Categories
SELANGOR

Air Percuma: “Kalau negeri BN ikut, ‘ghuyup!’

OLEH NAZLI IBRAHIM

GOMBAK, 27 APR: Kerajaan Negeri membelanjakan RM180 juta setahun bagi membiayai skim pemberian air percuma untuk rakyat Selagnor.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin berkata, pembiayaan air percuma itu merupakan satu jumlah yang besar dan ia sama sekali tidak mampu ditanggung beberapa negeri di bawah Barisan Nasional (BN).

“Selangor beri air percuma 20 meter padu (RM11.40) setiap bulan kepada enam juta rakyat Selangor. Maka Kerajaan Negeri tanggung RM180 juta setahun, ia bukan satu nilai yang sikit.

“Kalau negeri ini macam Melaka, Negeri Sembilan atau Pahang, ghuyup.

“Tetapi ini Selangor Darul Ehsan, namanya pun ehsan dan pemimpinnya pun ehsan. Akhirnya rakyat dapat kesejahteraan,” katanya.

Mohamed Azmin berkata demikian pada Program Menyantuni Pengundi DUN Sungai Tua di Padang Awam Taman Batu Caves, di sini, hari ini.

Katanya, pengundi perlu membuat pilihan yang betul pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), pada 9 Mei ini.

“Kesilapan membuat keputusan menyebabkan generasi hari ini dipersalahkan generasi akan datang,” katanya.

Categories
SELANGOR

Mohamed Azmin tekad teruskan kecemerlangan

OLEH NORHAYATI UMOR

KUALA LANGAT, 20 APR: Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berjanji akan meneruskan tanggungjawab dengan berwibawa dan berintegriti sekiranya rakyat mengekalkan Pakatan Harapan (PAKATAN) menerajui Kerajaan Negeri pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) ini.

Dato’ Menteri Besar itu berkata, tekad dan ikrar itu akan dapat dilaksanakan dengan jayanya serta beliau mahu perpaduan dipertahankan serta keharmonian diperkukuhkan.

“Kerja kuat ini akan pastikan Selangor terus maju serta makmur.

“Jika rakyat berikan amanat besar kepada kami, kami akan menggalas tanggungjawab dengan jujur untuk membangunkan negeri ini dan memperkukuhkan kemakmuran kepada semua rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Geran Hak Milik Tanah dan Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) di Dewan Kompleks Sukan Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL).

Mohamed Azmin berkata, Selangor masih kekal termaju di Malaysia dan merupakan penyumbang utama Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 23 peratus.

Katanya, kejayaan itu membuktikan Selangor bekerja kuat, sekali gus berjaya menyumbang angka terbesar di Malaysia.

“Selangor merupakan sebuah negeri rencam dengan pelbagai kaum, budaya dan agama.

“Melihat keadaan ini, kesejahteraan Selangor kukuh dan perpaduan sangat baik.

“Saya berterima kasih kepada rakyat yang memberi sokongan padu kepada Kerajaan Negeri sejak 2008,” katanya.

 

Categories
SELANGOR

MB: Pegawai Kerajaan Negeri berjiwa rakyat

OLEH NADIAH ZAMLUS

GOMBAK, 19 APR: Pegawai Kerajaan Negeri berjiwa rakyat kerana sentiasa memahami masalah masyarakat walaupun berapa dalam kelompok profesional, kata Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin.

Mohamed Azmin berkata demikian dalam Masjlis Makan Malam Masyarakat Minang Gombak Bersatu Bersama Dato’ Menteri Besar, semalam.

“Disebabkan itu, pada malam ini (semalam) Timbalan Setiausaha Kerajaan Selangor, Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim, Pegawai Daerah Gombak, Dato’ Amirul Azizan Abd Rahim dan Penghulu Mukim Setapak, Mohd Fazli Abdul Latif ikut serta bertemu penduduk Minang di sini.

“Mana ada pegawai kerajaan hendak ikut ahli politik bertemu masyarakat pada waktu malam sebegini, tapi di Selangor pegawai kerajaannya berjiwa besar,” katanya.

Mohamed Azmin menegaskan, sebagai pemimpin masalah rakyat perlu diketahui dengan cara turun padang.

“Jika pemimpin turun padang, lihat dan selesaikan masalah rakyat, barulah itu digelar pemimpin terbaik., kerana memahami jugalah Kerajaan Selangor tidak menuntut cukai taksiran daripada penduduk kampung termasuk Kampung Changkat.

“Memahami rata-ratanya berpendapatan rendah, Selangor hilang pendapatan RM1juta kerana tidak mengutip cukai.

“Dalam tempoh tiga tahun sebanyak RM240 juta jumlah pendapatan kurang kerana tidak kutip cukai, tetapi siapa yang bayar, sila maklumkan pada saya,” katanya.

 

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

MB: Dakwaan lompat parti hanya provokasi jahat

OLEH AFIX REDZUAN

SEPANG, 5 MEI: Dakwaan beberapa Ahli Dewan Negeri (ADN) Negeri Selangor bakal melompat parti sekaligus mencetuskan polemik pentadbiran Kerajaan Negeri disifatkan sebagai satu provokasi jahat.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin berkata, tindakan itu hanya bertujuan mewujudkan suasana tidak stabil kepada Kerajaan Negeri, namun dengan kehadiran ADN daripada setiap wakil parti menafikan segala dakwaan.

“Ini semua provokasi jahat yang cuba mencetuskan ketidakstabilan Kerajaan Negeri.

“Tetapi saya gembira dan yakin kepada semua ADN Selangor yang telah memberikan khidmat terbaik dan mereka sentiasa menumpukan soal kerja dan tidak bermain politik jahat seperti dilakukan musuh-musuh kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sejurus tiba daripada Mesir selepas mengadakan lawatan kerja ke Timur Tengah sejak 1 Mei lalu.

Antara nama yang ditimbulkan bakal meninggalkan PAKATAN daripada KEADILAN termasuklah
Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, Rodziah Ismail (Batu Tiga, Yaakob Sapari (Kota Anggerik) dan Dr Idris Ahmad (Ijok).

Sementara daripada PAS adalah dua Exco Kerajaan Selangor, Dato’ Iskandar Abdul Samad dan Dato’ Ahmad Yunus Hairi bersama tiga lagi ADN, Dr Abd Rani Osman (Meru), Dr Halimah Ali (Selat Klang) serta Hasbullah Mohd Ridzwan (Gombak Setia.

Disebalik dakwaan itu, Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi dan Exco Hal Ehwal Agama, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi turut bersama-sama Mohamed Azmin menjalankan tugas ke Timur Tengah yang turut disertai ExconPendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi serta Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad.

 

MB : RM20 juta selesai tiga projek terbengkalai di Selangor

Tiga projek terbengkalai akan dipulihkan tahun ini dengan menggunakan peruntukan Tabung Pemulihan Projek Terbengkalai (TEPAT) bernilai RM20 juta.