Categories
NASIONAL

TPM: Hormati sensiviti orang lain demi keamanan negara

OLEH NORHAYATI UMOR

KUALA LUMPUR, 10 JUN: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengingatkan mana-mana individu supaya menghormati sensitiviti orang lain sebelum mengeluarkan kenyataan secara terbuka.

Katanya, walaupun Malaysia mengamalkan konsep kebebasan bersuara, namun terdapat sesetengah perkara yang perlu ditapis demi memastikan keamanan negara sedia ada sentiasa terpelihara.

“Setiap daripada rakyat Malaysia perlulah sensitif terhadap perasaan orang lain walaupun kebebasan bersuara diamalkan di negara ini.

“Kita perlu jaga tutur kata, hormati tatasusila dan juga institusi Raja Berperlembagaan.

“Negara kita juga mempunyai undang-undang Raja Berperlembagaan dan ia harus dihormati oleh semua pihak,” katanya semasa sidang akhbar Program Iftar@KualaLumpur 2018 di Dataran Merdeka di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas peletakan jawatan Datuk A Kadir Jasin sebagai Ketua Media dan Komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan berkuat kuasa serta merta.

Terdahulu, A Kadir dilaporkan berkata, beliau membuat keputusan itu bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan masyarakat berkaitan peranannya dalam Majlis itu serta pandangan beliau dalam blog dan kolum mingguan di akhbar Sinar Harian.

“Sebagaimana yang saya tegaskan dalam mukadimah blog saya, segala pendapat yang saya zahirkan di dalamnya adalah pendapat saya semata-mata.

“Saya menulis atas kapasiti sebagai seorang blogger dan tiada kaitan dengan sebarang jawatan yang mungkin saya pegang.

“Bagaimanapun, wartawan dan pihak lain yang memetik pandangan saya terus mengaitkannya dengan kedudukan saya sebagai Ketua Media dan Komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan ,” katanya dalam kenyataan.

Categories
NASIONAL

Pindaan akta baru halang kebebasan media

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 21 SEPT: Pindaan akta diputuskan di peringkat Persekutuan berterusan menghalang prinsip kebebasan demokrasi kepada pengamal media di Malaysia.

Tokoh wartawan negara, Datuk A Kadir Jasin berkata, keadaan bertambah buruk apabila wujud ‘kebebasan’ daripada peguam negara dalam melaksanakan undang-undang yang menyekat kebebasan untuk melaporkan kebenaran membabitkan kerajaan pentadbir.

Katanya, pindaan akta yang diluluskan itu jelas melanggar fundamental kemanusiaan sekali gus menyebabkan keadaan berkenaan sukar diterima.

“Persoalan berkenaan merdeka atau tidak media kita itu sudah lama dibincangkan dan jawapannya tetap sama.

“Atas prinsip itulah memerlukan kebertanggungjawaban daripada wakil rakyat untuk membela kita dan bukannya membiarkan pindaan undang-undang terus menekan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi wacana; Merdekakah Media Kita anjuran Sinar Harian di Auditorium Universiti Selangor (UNISEL), semalam.

NST former chief editor Datuk A. Kadir Jasin speaks during forum on Media Shackled, Democarcy Dead? at KLSCAH, Kuala Lumpur on March 4, 2016. The Malaysian Insider/Seth Akmal.

Wacana itu turut disertai Ketua Pengarang Projek Malay Mail Online (PROJEK MMO), Fathi Aris Omar; Dekan Fakulti Komunikasi Seni Visual dan Perkomputeran Unisel, Profesor Dr Azmuddin Ibrahim dan Aktivis Media, Gayathtry Venkiteswaran.

Pada masa sama, Kadir berkata, kemajuan terknologi semasa yang kian dinikmati masyarakat dilihat tidak seimbang dengan dasar keterbukaan yang sewajarnya diberikan kepada pengamal media.

“Kita semakin menikmati kemajuan itu, daripada segi teknologi kita maju, namun di satu aspek kita diburu ketakutan dan dihalang bergerak ke hadapan.

“Kita lebih mundur ke belakang,” katanya.

-AA-

Categories
NASIONAL

TPPA : Mustapa ‘berdosa’ jika Malaysia gagal

SHAH ALAM, 11 NOV : Datuk Seri Mustapa Mohamed bakal menjadi individu pertama dipersalahkan jika Malaysia gagal mendapat manfaat dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin, berkata ia berikutan Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri bertanggungjawab sebagai ketua perunding mewakili negara.

kadir_jasin“Jika kita gagal mendapat manfaat daripada TPPA, maka Mustapa berdosa (kepada rakyat) dan saya akan menjadi orang pertama mengkritik beliau.

“Pendirian Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak dalam perjanjian itu tidak dipedulikan memandangkan beliau lebih tertarik mendekatkan diri kepada ‘teman golf’, Barrack Obama,” katanya dalam posting di blog.

Kadir berkata, TPPA selari dengan Perdagangan rentas Atlantik dan Pelaburan Perkongsian yang dirunding Amerika Syarikat (AS) akan menjadikan negara itu sebagai pusat global.

Katanya, perjanjian itu meletakkan negara pentadbiran Obama berkuasa bukan sahaja dalam perdagangan, malah termasuk kedaulatan wilayah dan pertahanan.

TPPA“Kita berharap Mustapa memberitahu kebenaran dan jaminan bahawa Malaysia mempunyai asas kukuh dalam TPPA memandangkan pemenang terbesar kini adalah AS.

“TPPA adalah jawapan AS terhadap kedudukannya yang semakin berkurangan sebagai kuasa besar ekonomi dunia di China dan memberi risiko kepada negara membangun.

“Lebih bahaya untuk kita menyebelahi AS dan sekutunya dalam perjanjian tanpa China sedangkan negara tembok besar itu adalah rakan dagangan terbesar di Malaysia,” katanya.

Terdahulu, Mustapa berkata, rundingan TPPA bersetuju mempertimbang hampir kesemua kebimbangan dan sensitiviti dibangkitkan Malaysia seperti isu pemerolehan kerajaan, perusahaan milik negara dan bumiputera.

Katanya, butiran fleksibel TPPA diberikan kepada Malaysia termasuk tempoh peralihan lebih panjang dan layanan berbeza bagi perkara sensitif kepada negara.

AS, Jepun dan 10 negara lain di rantau Asia Pasifik, termasuk Malaysia memeterai perjanjian bagi mengurangkan halangan perdagangan barangan dan perkhidmatan serta menetapkan peraturan komersial dua per lima daripada ekonomi global.

-nR-

Categories
NASIONAL

Isu 1MDB: Akur atau derhaka raja  

SHAH ALAM, 7 OKT: Isu 1Malaysia Development Sdn Bhd (1MDB) dilihat sangat mendesak apabila Raja-Raja Melayu bangkit bertitah menggesa siasatan berkenaan firma itu dipercepatkan selain tindakan sewajarnya diambil.
Tokoh wartawan, Datuk A Kadir Jasin, berkata walaupun tindakan bertitah berkenaan pentadbiran negara bukan amalan Raja-Raja Melayu tetapi ia jelas memperlihatkan keprihatinan dan kebimbangan memuncak baginda sekalian.
kadir_jasin“Apabila Raja-Raja Melayu mengeluarkan titah berkenaan penyiasatan 1MDB pasti ia sangat mendesak dan diperlukan. Dalam erti kata lain, Raja-Raja Melayu berasa tidak boleh berdiam diri lagi,” katanya memetik Malaysia Kini.
Kadir juga membangkitkan persoalan sama ada kerajaan bermula dengan perdana menteri atau patuh pada titah itu.
“Kita mahu lihat sama ada kerajaan, bermula dengan perdana menteri (Datuk Seri Mappadulung Daeng Matti­mung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak, akan mentaati perintah Raja-Raja Melayu itu atau menderhakainya,” katanya.
Kadir berkata, Najib sebagai ‘pahlawan Bugis’ pasti arif berkenaan kedaulatan raja-raja memandangkan beliau salah seorang daripada Orang Besar Berempat Pahang.
Bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press (NSTP) itu juga membangkitkan sama ada agensi penguatkuasaan dan pendakwaan negara akan’taat kepada Raja-Raja Melayu atau setia dan takut kepada Najib.
Mesyuarat-Majlis-Raja-RajaSemalam, Raja-Raja Melayu dalam kenyataan yang dikeluarkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad, menggesa kerajaan menyelesaikan siasatan isu 1MDB secepat mungkin serta mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak terbabit.
Raja-Raja Melayu bimbang jika isu itu tidak ditangani secara bijak, berlarutan dan memakan masa terlalu lama, maka ia akan menjejaskan ekonomi negara dan memudaratkan kehidupan rakyat jelata.
Titah itu bagaimanapun disambut baik Kerajaan Selangor yang berharap semua pihak termasuk pemimpin dan rakyat perlu mengalu-alukan serta mengambil serius pandangan yang dikemukakan baginda sekalian.
“Mewakili rakyat Selangor, kami menjunjung tinggi dan sangat menghargai pandangan serta nasihat tidak ternilai dalam kenyataan berkenaan,” kata Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali dalam kenyataan hari ini.
-NR-
Categories
NASIONAL

Kadir Jasin: “Saya sokong haram Soup Kitchen, jika gelandangan dijaga sepenuhnya”

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 9 JULAI: Tokoh wartawan, Datuk A Kadir Jasin menyatakan beliau akan menyokong penuh keputusan Kementerian Wilayah Persekutuan untuk mengharamkan operasi Soup Kitchen di ibu kota jika kerajaan memberi jaminan bahawa golongan gelandangan akan dijaga sepenuhya.

Beliau berkata, kebanyakan badan bukan kerajaan (NGO) tampil memberi makanan kepada gelandangan disebabkan kurangnya ‘kesedaran’ daripada pihak berkuasa terutama kerajaan untuk membantu golongan itu.

Katanya, kerajaan perlu melihat dalam konteks yang lebih besar berhubung ketidaksamaan ekonomi, pengangguran, kemiskinan dan kekurangan jaringan keselamatan bagi golongan miskin serta daif terutama di bandar.

Dapur Jalanan Gelandangan“Jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan barisan menterinya seperti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Datuk Rohani Abdul Karim bersiap sedia untuk menjaga gelandangan ini, maka NGO, sukarelawan dan penderma boleh bergerak melakukan sesuatu yang lain untuk masyarakat.

“Tema 1Malaysia juga akan menjadi lebih bermakna jika menteri cakap dan buat,” katanya yang juga bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times itu.

Pada masa sama, A Kadir turut menyelar arahan menteri yang mengharamkan operasi pemberian makanan dalam radius dua kilometer (km) dari Lot 10, Bukit Bintang.

Tokoh wartawan itu secara sinis mempersoalkan mengapa arahan itu hanya dikhususkan di kawasan pusat membeli belah terkemuka di tengah ibu kota.

a. kadir jasin(m)“Apa yang istimewa tentang Lot 10? Saya berharap ia bukan kerana bangunan itu milik YTL Corporation, yang mana Pengarah Urusannya, Francis Yeoh Siok Ping mengisytiharkan beliau bukan kroni Tun Mahathir Mohamad.

“Saya pasti pemilik hartanah mewah juga tidak suka Soup Kitchen beroperasi di sekitar pertubuhan mereka. Jadi, mengapa kerajaan hanya mengeluarkan arahan tunggal (mengharamkan pemberian makanan) di Lot 10 sahaja?” soalnya.

A Kadir berkata, pemimpin tertinggi hanya akan lebih sedar berkenaan kehidupan rakyat biasa jika turun memantau keadaan sebenar dan kurang menghabiskan masa di pejabat mewah mereka.

-NFN-