Categories
NASIONAL

MH370: Tiong Lai perlu tubuh badan penyiasatan bebas segera

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 30 JUN: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendesak Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menubuhkan badan penyiasatan bebas berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 dengan segera.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, berkata ia perlu dilakukan ekoran anggota keluarga penumpang dan anak kapal masih menunggu jawapan yang menjangkau lebih tiga bulan.

“Saya menyeru menteri untuk menubuhkan badan penyiasatan bebas terdiri daripada pakar penyiasatan kemalangan udara daripada seluruh dunia.

Grafik MAS“Diharap dengan badan penyiasatan bebas ini, keluarga penumpang mendapat jawapan yang dicari serta kredibiliti Malaysia akan diselamatkan,” katanya dalam kenyataan media.

Izzah turut menggesa Tiong Lai mendedahkan laporan audit terhadap sistem radar Jabatan Penerbangan Awam dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

Katanya, sistem keselamatan KLIA2 turut dipersoalkan berulang kali dan mantan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga menyatakan Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) akan menjalankan audit berkenaan keselamatan lapangan terbang itu.

“Skop audit ini masih lagi belum diketahui. Apakah benar audit ini dilaksanakan? Jika ya, saya meminta menteri mendedahkan laporan ini dengan segera.

“Antara tugasan menteri adalah menubuhkan badan penyiasatan bebas untuk insiden MH370, mendedahkan segera laporan audit ICAO berkenaan kerosakan sistem radar Lapangan Terbang Subang pada 12 September 2012 serta skop dan laporan audit ICAO ke atas KLIA2 yang dijanjikan timbalan menteri pada 16 Jun lalu,” katanya.

nurul izzahBeliau berkata, audit yang pernah disarankannya sejak tahun 2012 wajib dilaksana dan dibentangkan bagi memastikan negara tidak terkesan dengan sebarang kelemahan dan mengenalpasti tindakan, langkah susulan serta keselamatan bagi mempertingkatkan kesiapsiagaan pemantauan ruang udara penerbangan awam.

“Kami sudah meminta sistem udara Malaysia diaudit Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO). Sehingga hari ini rakyat masih lagi menunggu apakah audit itu akan dilaksanakan.

“Apakah jika audit itu dijalankan dan saranan baik pulih dilakukan, pesawat MH370 tidak akan hilang pada hari ini kerana sistem radar lebih tepat. Demi keselamatan rakyat Malaysia dan pengunjung negara ini, saya menyeru menteri menyiasat sistem radar penerbangan awam,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Laporan Audit persoal kementerian belanja RM320,000 untuk FB, Twitter

laporan 1KUALA LUMPUR 1 OKT: Ketua Audit Negara mempersoal bayaran RM320,000 oleh kementerian kesihatan kepada dua syarikat untuk dua kempen dalam talian menerusi Facebook dan Twitter.

Perbelanjaan itu yang dibuat sewaktu kementerian itu diterajui Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Mengikut Malaysia Kini, sebahagiannya ialah bayaran RM199,068 kepada Eficaz Media Sdn Bhd untuk laman Facebook kempen ‘Tak Nak Merokok’.

laporan 2Laman Facebook kedua dan akaun Twitter yang dibangunkan Astonish View Sdn Bhd untuk ‘Kempen intervensi penyakit tidak berjangkit’ pula menelan belanja RM120,500.

Laporan Ketua Audit Negara 2012 itu mengulas skop dua tugas yang hampir sama itu tetapi menyaksikan Astonish View dibayar RM120,500 untuk membangunkan akaun Facebook dan Twitter itu.

Sementara, Eficaz Media pula dibayar jumlah yang lebih tinggi hanya untuk membangunkan satu laman Facebook.

Laporan itu maklum bahawa Eficaz Media dilantik untuk tempoh Julai sehingga Disember 2011 dan bayaran penuh dibuat berdasarkan jumlah ‘Likes’ yang diperolehi laman itu, yang ditetapkan sebanyak 100,000.

– Malaysia Kini