Categories
NASIONAL

Forum @Kini bincang hala tuju PAS malam ini

SHAH ALAM, 12 MAC: Orang ramai dijemput menghadiri Forum @Kini yang bakal berlangsung di pejabat Malaysia Kini beralamat No 9, Jalan 51/205A off Jalan Tandang, Petaling Jaya, malam ini, bermula jam 8 malam.

TVSelangor juga akan membawa siaran langsung program itu yang boleh dilayari di http://tv.selangorku.com

forumAhli panel forum berkenaan adalah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat merangkap Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin; Adun Hulu Klang, Saari Sungib; IRF, Dr Ahmad Farouk Musa; Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kayat dan Ketua Pengarang Malaysiakini.com, Fathi Aris Omar.

Manakala program itu akan dipengerusikan oleh Pengarang, Malaysiakini.com, Jimadie Shah Othman.

Forum itu akan mengulas dan mengetengahkan pendapat hala tuju PAS dan maklumat lanjut boleh diperoleh melalui pautan https://www.facebook.com/events/615429741923859/

 

Categories
NASIONAL

Forum Malaysia Kini umum pemergian Nik Aziz

Oleh: NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA, 12 FEB: Forum Anwar Dipenjara: Masa depan politik Malaysia yang berlangsung di pejabat Malaysia Kini dihentikan beberapa minit selepas moderator, Fathi Aris Omar mengumumkan mantan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia.

karpal_nikaziz2“Ini suatu berita menyedihkan, saya dimaklumkan, Datuk Nik Aziz meninggal dunia.

“Kita hentikan sebentar untuk membaca Al-Fatihah dan bukan Islam boleh bertafakur,” katanya.

Pengumuman menyedihkan itu amat mengejutkan audien yang menghadiri forum terbabit.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Laporan Audit persoal kementerian belanja RM320,000 untuk FB, Twitter

laporan 1KUALA LUMPUR 1 OKT: Ketua Audit Negara mempersoal bayaran RM320,000 oleh kementerian kesihatan kepada dua syarikat untuk dua kempen dalam talian menerusi Facebook dan Twitter.

Perbelanjaan itu yang dibuat sewaktu kementerian itu diterajui Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Mengikut Malaysia Kini, sebahagiannya ialah bayaran RM199,068 kepada Eficaz Media Sdn Bhd untuk laman Facebook kempen ‘Tak Nak Merokok’.

laporan 2Laman Facebook kedua dan akaun Twitter yang dibangunkan Astonish View Sdn Bhd untuk ‘Kempen intervensi penyakit tidak berjangkit’ pula menelan belanja RM120,500.

Laporan Ketua Audit Negara 2012 itu mengulas skop dua tugas yang hampir sama itu tetapi menyaksikan Astonish View dibayar RM120,500 untuk membangunkan akaun Facebook dan Twitter itu.

Sementara, Eficaz Media pula dibayar jumlah yang lebih tinggi hanya untuk membangunkan satu laman Facebook.

Laporan itu maklum bahawa Eficaz Media dilantik untuk tempoh Julai sehingga Disember 2011 dan bayaran penuh dibuat berdasarkan jumlah ‘Likes’ yang diperolehi laman itu, yang ditetapkan sebanyak 100,000.

– Malaysia Kini

Categories
NASIONAL

Anwar beri amaran isu persempadanan semula atau berdepan BERSIH 4.0

anwar whiteSHAH ALAM 26 SEPT: Pakatan Rakyat tidak akan membenarkan isu persempadanan semula kawasan pilihan raya dibahas di Parlimen jika ia tidak dilakukan dengan telus dan adil, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya beri amaran kepada kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Pakatan tidak akan membenarkan amalan korup, penipuan SPR ini dibentangkan dan perbahasan berhubung persempadanan semula,” katanya.

Beliau memberi amaran itu di New York Ahad lalu pada sesi soal jawab bersama kira-kira 100 peserta, kebanyakannya rakyat Malaysia yang menuntut dan bekerja di Amerika Syarikat.

Dipetik dari Malaysia Kini, Ketua Pembangkang itu berkata, keputusan itu disimpulkannya selepas berbincang dengan Pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga dan Datuk A Samad Said.

“Jika mereka teruskan (dengan persempadanan semula), akan ada masalah. Saya boleh janjikan pada anda, di dalam dan di luar Parlimen, kita akan jadikannya isu besar, kita tidak akan mengalah,” katanya.

Proses persempadanan semula dijangka bermula pada hujung tahun ini. Ia dilihat bakal memberi kesan besar terhadap keputusan pilihan raya umum akan datang.

Sebelum ini, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, rakyat akan membantah sekeras-kerasnya isu persempadanan semula melalui Bersih 4.0 jika dilaksana tanpa prinsip adil dan dipersetujui semua pihak.

– FZL