Categories
NASIONAL SELANGOR

PKR Dakwa Zahid Sogok Pengundi – BULETIN 13


Sinopsis

BULETIN 13 Untuk 12062013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. PKR hari ini mendedahkan video yang menunjukkan Ahli Parlimen Bagan Datok, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dalam satu sidang media di Ibu Pejabat parti itu hari ini.

2. Calon PKR di Setiawangsa, Ibrahim Yaacob dalam petisyen pilihanrayanya mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal menyemak kewujudan pengundian dua kali di kawasan Parlimen itu.

3. Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim dituntut supaya tidak berdolak-dalih dan menjelaskan maksudnya apabila berkata kes kematian Altantuya Shaariibuu sudah diselesaikan.

4. Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah mengarahkan pemberhentian projek kondominium mewah 29 tingkat, Dolomite Park Avenue yang menimbulkan kontroversi atas sebab keselamatan dan perlindungan alam sekitar.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Lima Profesional Teliti Projek Kontroversi Kondo Batu Caves

batucaves(1)
SHAH ALAM 19 DIS : Lima profesional dilantik oleh Kerajaan Negeri bagi menganggotai jawatankuasa bebas untuk meneliti kelulusan projek pembinaan kondominium di Batu Caves dan kawasan sekitarnya.

Ahli-ahli profesional itu adalah Orang Besar Daerah Klang, Datuk Setia Diraja Datuk Abdul Ghani Pateh ; Pakar bedah neuro, Dr M Nachiappan ; bekas Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ranita Hussein ; pakar undang-undang pembinaan, Harbans Singh dan Pakar Geologi, Tan Boon Kong.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata jawatankuasa itu akan mengkaji isu tersebut dengan bebas dan profesional, dan menasihati Kerajaan Negeri tentang isu itu.

Jawatankuasa tersebut akan memulakan mesyuarat rasminya pertama dalam masa terdekat.

“Kerajaan Negeri berterima kasih kepada lima profesional ini kerana kesediaan mereka untuk membantu menyelesaikan perkara ini,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat exco Selangor di ibupejabat SUK di sini.

Sebelum ini, Projek Dolomite Park Avenue oleh pemaju Dolomite Properties Sdn Bhd di Batu Caves mendapat tentangan yang behat kerana kawasan tersebut merupakan tumpuan masyarakat Hindu beribadat.

Ekoran itu, ratusan penganut dan aktivis Hindu mengadakan perhimpunan untuk membatah pembinaan tersebut.

Manakala, sesetengah pihak menuduh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor meluluskan pembinaan kondominium itu.

Bagaimanapun, Majlis Perbandaran Selayang (MPSp) kemudiannya mendedahkan minit mesyuarat penuh bulanannya yang menunjukkan projek tersebut diluluskan pada 2007 ketika pentadbiran Umno-BN.