Categories
SELANGOR

MB jawab Anwar: Strategi urus dana Selangor-Pulau Pinang berbeza – FOKUS


 

Sinopsis

FOKUS Untuk 14102013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyambut baik pandangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pengurusan dana Kerajaan Negeri dibawah pentadbirannya.

2. Seramai 100 orang penduduk di DUN Sementa, Klang ternyata gembira setelah menerima bantuan Jom Shopping Aildiladha yang dilakukan di pasaraya Econsave Kapar,baru-baru ini.

3. Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamed Khir Toyo memandang positif terhadap pemberian elaun kepada Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor.

Categories
NASIONAL

Dr Daroyah Beri Tumpuan Bangun Infrastruktur Di Sementa

Dr Daroyah Beri Tumpuan Bangun Infrastruktur 01

SEMENTA 20 MEI : Pembangunan infrastruktur di Sementa akan diberi perhatian serius dengan beberapa cadangan akan dikemukakan kepada kerajaan Negeri untuk dipertimbangkan.

Menurut ADUN Sementa, Dr Daroyah Alwi aspek ini akan diberi perhatian bagi membangunkan kawasan ini.

“Saya juga ingin melihat dalam masa lima tahun Sementa dari segi landskapnya cantik. Sebelum ini saya Ahli Majlis MBSA dan menganggotai Jawatankuasa Landskap, saya rasa punya pengalaman bagaimana nak membangunkan dan tambah baikkan dari segi landskap,” ujarnya sambil menjelaskan dua cawangan pusat aduan akan dibuka di Sementa bagi memudahkan orang ramai mendapat khidmatnya.

Selain itu, sekolah agama, pembinaan masjid, jalanraya, longkang dan yang lain bagi memenuhi keperluan penduduk tempatan.

“Demi kepentingan anak-anak, semoga sebuah sekolah menengah agama dapat dibina di DUN Sementa,”katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Sementa, Mat Ellah Mat Nor berkata kejayaan Pakatan Rakyat merampas DUN Sementa daripada Umno-BN akan membawa perubahan besar kepada kawasan itu.

“Diharapkan banyak lagi perubahan akan berlaku dengan Kampung Sementa sendiri yang masjidnya perlu dibangunkan semula selain sekolah agama yang sudah lama,” katanya.

Pengerusi JKKK Kampung Sungai Serdang, Hassan Basir pula berharap beberapa masalah asas di kampung tersebut akan mendapat perhatian supaya ia di atasi segera.

“Selama ini banyak pembangunan yang tertangguh di DUN Sementa kerana masalah wakil rakyat (Umno-BN) dengan pusat khidmat yang sering bertukar.

“Di Kampung Sungai Serdang, masalah seperti sekolah agama, masjid dan lain-lain tetapi saya harap dipantau masalah ban(empangan) dengan membaikinya segera supaya ianya tidak pecah daripada menampung air,” katanya.

Dr Daroyah berkata, pihaknya akan mempertingkatkan kerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan bagi mengatasi masalah perkara berbangkit seperti pengurusan sampah.