Categories
KENYATAAN MEDIA

Respon siasatan SPRM isu Jana Niaga

Berikutan laporan siasatan yang dimulakan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Unisel dan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) pada hari ini, Kerajaan Negeri Selangor, termasuklah pihak Unisel dan MBI, bersedia memberi kerjasama penuh dengan pihak SPRM agar perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, pendekatan penyelesaian pertikaian yang diambil oleh Jana Niaga dan Unisel adalah diputuskan di peringkat Lembaga Pengarah.

Setiap proses yang dilaksanakan telah diambil dengan mengutamakan kepentingan universiti dan terutamanya pelajar.

Oleh itu, kami serahkan kepada pihak SPRM untuk melakukan siasatan ke atas perkara ini, dan pada masa yang sama akan memberikan segala bukti serta keterangan yang diperlukan.
NIK NAZMI NIK AHMAD
PENGERUSI JAWATANKUASA TETAP PENDIDIKAN, PEMBANGUNAN MODAL INSAN, SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI SELANGOR

Categories
SELANGOR

Rombakan kabinet jejas sektor pendidikan

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 30 JULAI: Rombakan kabinet yang memperlihatkan kewujudan dua kementerian berlainan bagi pendidikan dan pengajian tinggi dijangka akan menjejaskan sektor itu.

Exco Pendidikan, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata setiap menteri yang mengambil alih portfolio pendidikan akan mengetengahkan agenda sendiri dan ketidakselarasan itu menyebabkan berlakunya masalah.

Katanya, ia juga mengakibatkan kekeliruan dan membantutkan sebarang usaha pemulihan ekoran sistem terdahulu baru sahaja ditetapkan berikutan pelantikan kabinet tahun 2013.

niknazmi“Pelantikan Mahadzir Khalid sebagai Menteri Pendidikan menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digulingkan memberi isyarat salah kepada rakyat yang kini begitu mengharapkan reformasi sebenar dalam sektor pendidikan.

“Kerajaan Barisan Nasional (BN) seakan tidak pasti apa hala tuju yang hendak diambil.

“Justeru, setiap usaha yang dijalankan sebelum ini untuk memulihkan sektor pendidikan mungkin sia-sia,” katanya dalam satu kenyataan.

Nik Nazmi berkata, umum mengetahui sektor pendidikan di negara ini sedang mengalami penyusutan, justeru rombakan itu langsung tidak membantu dalam meningkatkan prestasinya.

Katanya ia sekali gus akan menggugat penyelarasan sektor pendidikan serta mengorbankan kemakmuran rakyat di negara ini.

“Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan BN sepatutnya sedar bahawa kegagalan mereka untuk memainkan peranan sebagai badan pentadbir sedang merosakkan sistem yang akhirnya memberi kesan tidak baik kepada generasi akan datang,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Selangor bertukar pandangan dengan ahli akademik dunia

Oleh Afeeqa Afeera

SHAH ALAM 10 APR: Kerajaan Selangor menjalin hubungan rapat dengan ahli akademik universiti terkenal dunia bagi memantapkan pendidikan strategik di negeri ini.

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata ia membantu perancangan strategik program pendidikan peringkat pengajian tinggi.

“Ini satu peluang menukar pandangan dan idea dengan universiti terbaik dunia,” katanya pada kenyataan media.

Beliau mengetuai lawatan kerja enam hari bermula 24 Mac lalu bersama Presiden Universiti Selangor (Unisel), Profesor Dr Anuar Ahmad dan penasihatnya, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdul Latif Ibrahim.

Dalam lawatan itu, Unisel memperbaharuai Memorandum Persafahaman (MoU) University of Petra, Jordan bagi meneruskan kerjasama dan disaksikan bekas Perdana Menteri Jordan, Dr Adnan Badran.

Mereka turut melawat ibu pejabat Islamic World Academy of Sciences (IAS) di Amman, Jordan.

Nik Nazmi juga memberi ucaptama dalam World Affairs Council (Majlis Shu’un Dawliyya).

Beliau juga menyampai sumbangan Kerajaan Selangor RM10,000 kepada Badan Kebajikan Anak Selangor Jordan (BKASJ) dan bertemu 133 mahasiwa Selangor.

Pada akhir lawatan, delegasi turut melawat sekolah dan kem pelarian Syria di Irbid dan Mafraq, Jordan.

28 SJKT terima bantuan RM830,000

Exco Nik Nazmi Nik Ahmad berkata Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) memainkan peranan penting membangunkan modal insan di Selangor.

Sejak 2009, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM20 juta untuk memajukan SJKT.

Ucapan Exco Nik Nazmi di Hari Tadika Selangor 2014

Exco Nik Nazmi Nik Ahmad berkata bagi 2014 sahaja, sebanyak RM3.329 juta telah diagihkan kepada hampir 7,000 penerima manfaat skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) seluruh Selangor.