Categories
PENDIDIKAN SELANGOR

241 pelajar cemerlang UPSR SJKT dirai

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 23 JULAI: Seramai 241 pelajar cemerlang Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 lalu, dirai dalam majlis hari ini.

Exco Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang, V Ganabatirao berkata, majlis istimewa itu khusus bagi menghargai komitmen tinggi murid, terutama anak pekerja ladang dalam peperiksaan utama itu.

Katanya, 50 murid yang mendapat 8A diberikan RM200 setiap seorang, 72 murid dengan 7A menerima RM150, manakala 110 murid mendapat 6A menerima RM100.

“Walaupun terdapat kemerosotan berbanding tahun sebelum ini, kita tetap meraikan mereka yang cemerlang dan berharap ia memberi dorongan dan semangat untuk semua lebih maju dalam pelajaran.

SJKT1“Kemerosotan disebabkan terdapat perubahan fiasco dan sebagainya pada tahun lalu, namun kita harap ia dapat diatasi pada tahun seterusnya,” katanya kepada SelangorKini.

Terdahulu, beliau menyempurnakan Majlis Anugerah Kecemerlangan UPSR 2016 bagi SJKT Selangor, di sini, hari ini.

Ganabatirao berkata, majlis turut meraikan bekas guru SJKT dan lima tokoh guru bagi menghargai sumbangan kumpulan pendidik itu.

“Ini adalah sesuatu yang julung kali diraikan, khusus bagi memberi semangat kepada guru yang adakalanya merasakan seolah pengorbanan mereka tidak dihargai,” katanya.

Majlis turut menyaksikan sembilan anak pekerja ladang menerima sumbangan keseluruhan RM41,000 menerusi program Bantuan Yuran Pengajian fasa 5 bagi 2017.

Masing-masing menerima antara RM3,000 hingga RM5,000 sebagai bantuan untuk mendaftar ke institusi pengajian tinggi.

=EZY=

28 SJKT terima bantuan RM830,000

Exco Nik Nazmi Nik Ahmad berkata Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) memainkan peranan penting membangunkan modal insan di Selangor.

Sejak 2009, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM20 juta untuk memajukan SJKT.

Categories
SELANGOR

110 murid SJK (T) terima subsidi tambang bas sekolah

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 18 MEI : Seramai 110 orang murid daripada tiga buah Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil (T) di negeri ini menerima bantuan subsidi tambang bas sekolah fasa pertama daripada kerajaan Selangor.

Tiga sekolah berkenaan adalah SJK (T) Sungai Rambai, Kuala Selangor; SJK (T) Taman Permata, Dengkil dan SJK (T) Batang Kali di Hulu Selangor yang dikhususkan untuk anak pekerja ladang.

Exco Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, V Ganabatirau, berkata program yang dirancang sejak tahun 2008 itu memilih sekolah yang berada pada kedudukan terpencil, yang mana sasaran utamanya adalah keluarga berpendapatan rendah.

IMG_1440aKatanya, setiap murid yang layak akan diberikan subsidi RM300 seorang untuk menampung tambang bas sekolah selama 10 bulan.

“Program ini sememangnya dikhususkan untuk anak pekerja ladang kerana kita maklum pendapatan keluarga mereka tidak begitu besar.

“Bantuan ini sangat penting bagi mereka kerana ia dapat mengurangkan beban kos hidup keluarga yang semakin bertambah,” katanya pada Majlis Penyerahan Sumbangan Subsidi Tambang Bas Sekolah Fasa Pertama 2014 di Ruang Legar Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), dekat sini, semalam.

Pada masa sama, Ganabatirau turut menyeru Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) supaya memohon bantuan yang diperuntukkan Kerajaan Negeri berikutan masih ramai yang belum berbuat demikian.

Katanya, setakat ini pihaknya hanya menerima kira-kira 18 permohonan daripada 97 buah sekolah SJK (T) yang wujud di negeri itu untuk mendapatkan bantuan berkenaan .

IMG_1429a“PIBG tidak menunjukkan kerajinan mereka dalam menggesa ibu bapa supaya memohon peruntukan ini kerana wang tidak dibayar kepada mereka tetapi diberi terus kepada murid terbabit.

“Justeru, saya menyeru supaya PIBG lebih aktif dalam mewar-warkan bantuan ini supaya ia dapat diteruskan pada masa akan datang,” katanya.

Bantuan berkenaan adalah salah satu program yang dilaksanakan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dan dikhususkan kepada keluarga berpendapatan RM1500 ke bawah.

-NFN-

 

Categories
NASIONAL SELANGOR

SAR, SJKC, SJKT Terima Lebih RM76 Juta Dari Kerajaan Selangor- FOKUS

Sinopsis

FOKUS Untuk 08072013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 2.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Kerajaan Selangor telah menyalurkan bantuan lebih RM 76 juta kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di seluruh negeri sejak 2009 hingga Mei tahun ini.

2. Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) mengenalpasti 19 projek perumahan terbengkalai di Selangor pada tahun ini yang berpotensi untuk dibaikpulihkan.

3. Tender terbuka untuk pembinaan Jambatan Ketiga Klang dijangka akan dikeluarkan pada Oktober tahun ini.

4. Selepas enam tahun, Selangor kembali menguasai pentas sukan negara apabila dinobatkan sebagai juara Sukan Malaysia XVI (Sukma XVI).

5. Mengakhiri Fokus petang ini, kita ikuti perkembangan terkini bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dari Jabatan Alam Sekitar dari jam 12 Tengahari hingga 5 Petang tadi.

Categories
SELANGOR

465 Sekolah Di Selangor Terima Bantuan Kerajaan Negeri

 

SHAH ALAM, 9 JULAI : Sebanyak 465 buah sekolah di Selangor menerima bantuan pendidikan sejak empat tahun Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Rakyat.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr. Halimah Ali berkata, sebanyak 256 buah Sekolah Agama Rakyat (SAR), 112 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan 97 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) menerima bantuan itu.

Katanya, pengagihan peruntukan kepada sekolah-sekolah ini bertujuan memastikan proses pembelajaran dan pengajaran berada di tahap optima.

“Peruntukan yang diberikan berbeza kerana bergantung kepada keperluan yang diperlukan sekolah-sekolah ini,” katanya ketika menjawab soalan daripada Amirudin Shari (Batu Caves-PKR).

Sementara itu, bantuan fizikal yang dipohon termasuk bangunan tambahan, pembelian komputer, membaiki tandas dan mengecat sekolah.

Manakala bantuan bukan fizikal adalah seperti pembayaran yuran pelajar miskin dan penambahbaikan sistem pembelajaran.

“SJKT memohon bagi Kerajaan Negeri membayar yuran bagi pelajar miskin dan SAR memerlukan guru-guru pakar bagi meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran,” jelasnya.

“Setiap permohonan perlu menyertakan laporan lengkap beserta gambar dan ia akan dinilai sebelum sesuatu peruntukan diberikan,” katanya lagi ketika menjawab soalan tambahan daripada Yap Ee Wah (Sungai Pelek-BN).