Categories
EXCO SELANGOR

Harga barang naik, langkah awal diambil – EXCO

SHAH ALAM, 11 APRIL: Kerajaan Negeri sudah membuat kawalan serta pemantauan bagi mengelak kenaikan harga barang secara mendadak akibat wabak Covid-19, kata EXCO Hal Ehwal Pengguna.

Hee Loy Sian berkata berdasarkan pemerhatiannya sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terdapat beberapa peniaga sayur-sayuran di Selangor menaikkan harga barang.

“Setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) membuat pemantauan dan cuba mengawal peningkatan harga barang.

“Kerajaan mengambil inisiatif antaranya berjumpa petani setempat, mendapat barangan secara langsung, mengagihkannya secara percuma kepada golongan yang terkesan Covid-19,” katanya ketika dihubungi.

Dalam pada itu, pada 5 April, Kerajaan Persekutuan memberi amaran tindakan tegas akan dikenakan terhadap peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barang sepanjang PKP.

Menteri Kanan (kluster keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga menggalakkan rakyat melaporkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) jika ada peniaga menaikkan harga.

Categories
NASIONAL

Kadir Jasin: Pemimpin persenda rakyat isu kenaikan harga barang ‘cetek akal’

SHAH ALAM 26 JAN: Bekas Ketua Pengarang Kumpulan News Straits Times Press (NSTP), Datuk A Kadir Jasin menyifatkan pemimpin yang mempersendakan kesulitan rakyat dalam berdepan dengan kenaikan harga barang sebagai “cetek akal”.

Tanpa menamakan individu tertentu secara spesifik, Kadir Jasin menegaskan, isu kenaikan harga adalah suatu yang serius dan sesuatu realiti dihadapi rakyat bawahan ketika ini.

barang naik copy1“Kenaikan harga adalah suatu yang sangat serius, sesiapa yang mempersendakannya adalah cetek akal.

“Kenyataan sesetengah pemimpin tentang kenaikan harga, sesiapa yang mempersendakannya adalah berfikiran cetek,” kata Kadir dipetik dari The Malaysian Insider.

Kadar inflasi di Malaysia melonjak daripada 2.9 peratus pada November kepada 3.2 peratus pada Disember 2013, berpunca daripada pengurangan subsidi dan dijangka meningkat pada tahun 2014.

Kadar tersebut adalah yang tertinggi sejak November 2011, purata peningkatan setiap tahun inflasi naik daripada 1.9 peratus pada November kepada 2.1 peratus pada Disember.

Kenaikan harga bahan api, tarif elektrik, air dan gula, antara lain mewujudkan kesan domino yang menyebabkan harga barang-barang lain turut meningkat.

a. kadir jasin(m)Pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerima kritikan keras daripada rakyat dan pemimpin parti sendiri ekoran keputusan tidak popular itu yang dilakukan secara drastik.

Secara tidak langsung mengakui tekanan yang dihadapi kerajaan, Najib selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno pada Jumaat mengumumkan peruntukan RM20 juta bertujuan menstabilkan harga barang di pasaran.

“Adakah jumlah peruntukan 20 juta itu memadai untuk menstabilkan kenaikan harga barang yang begitu meluas?

“Saya ingat satu hari rakyat Malaysia membelanjakan berbilion untuk beli minyak, beli makanan, bayar bil elektrik dan bayar tol. Jadi, adakah 20 juta itu memadai?” soal Kadir mengulas tentang peruntukan yang diumumkan Najib itu.

Kadir turut menggesa Kerajaan Pusat supaya bertegas dalam isu kenaikan harga barang dengan mengenakan hukuman lebih berat.

Dalam pada itu wartawan veteran itu juga mahu kerajaan sedia ada mementingkan hak rakyat dan bukannya bersikap seperti kerajaan sepenuh masa dalam menangani isu-isu yang dibangkitkan.

EZY

 

Categories
SELANGOR

Pengguna: Kerajaan Pusat patut kerja keras atasi isu kenaikan harga

Oleh: Norhayati Umor

SHAH ALAM 14 JAN : Kerajaan Pusat digesa dapat mengawal kenaikan harga barang terutama keperluan harian seperti bahan basah selepas beberapa siri kenaikan harga yang disifatkan membebankan golongan berpendapatan rendah.

AyamKenaikan harga ayam, ikan dan sayur ketika ini membebankan pengguna namun pengguna tidak mempunyai pilihan lain selain membeli.

Pengusaha kantin asrama, Shida Mat Rashid, 37, berkata kenaikan harga bahan basah sangat ketara menyebabkan perbelanjaan harian meningkat berkali ganda.

PENGUNA - SHIDA MAT RASID 37Katanya, sebagai pengusaha kantin beliau tidak mempunyai pilihan lain selain membayar harga yang agak mahal kerana beliau tidak boleh menaikkan harga sesuka hati atau menukar menu harian.

“Untuk perbelanjaan bahan basah dulu untuk seminggu hanya RM400 tetapi kini sudah RM900.

“Perbezaan sangat ketara, bagi orang berniaga macam saya menyebabkan berlaku kerugian. Tetapi tiada cara lain sebab saya tidak boleh tukar menu sesuka hati begitu juga dengan harga,” katanya ketika ditemui Selangor Kini di Pasar Seksyen 6, di sini.

PENGUNA -ZAINAL HASSIM 60Pengguna lain, Zainal Hussin, 60, berkata beliau terkejut dengan kenaikan mendadak harga barangan itu namun bertindak berjimat cermat ketika ini.

“Saya lebih senang membuat perbandingan terlebih dahulu sebelum membeli sesuatu barangan.

“Malah, kami sekeluarga bertindak berjimat cermat dalam berbelanja barang makanan dan sebagainya kerana tidak mempunyai pilihan lain,” katanya.

Bagi Liza Shamsuddin, 35, berkata beliau terpaksa membeli barangan yang benar-benar diperlukan sahaja.

PENGUNA - LIZA SHAMSUDDIN 35“Kena rancang betul-betul, sebab sekarang tidak macam dulu, boleh bila barang sesuka hati. Kita kena lihat apa yang diperlukan sahaja.

“Harga ikan mahal, makanan laut yang lain juga mahal. Kami sekeluarga terpaksa makan ala kadar sebab keluarga memang suka makan makanan laut,” katanya.

Beliau berkata perbezaan perbelanjaan barangan dapur yang sangat ketara menyebabkan ketika ini perbelanjaan mingguan melebihi RM150 seminggu berbanding kurang dari RM100 sebelum ini.

“Pengguna tidak mempunyai pilihan dan harus akur dengan harga tersebut walaupun kenaikannya agak melampau.

“Kita minta kerajaan dapat bertindak segera mengawal siri kenaikan harga barangan ini,” katanya.

EZY

Categories
NASIONAL

Kerajaan Pusat patut batal tarik subsidi elak ramai rakyat berhutang, muflis

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 13 JAN : Kerajaan Pusat digesa supaya menimbang semula keputusan membatalkan pemberian subsidi dan mengawal kenaikan harga barang di negara ini bagi memastikan bebanan hutang rakyat dapat dikurangkan.

Mantan Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Dr Rosli Yaakob, berkata pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) juga tidak boleh dilaksanakan kerana ia akan terus menekan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah.

turun185587_270068469770634_507982433_nSelain itu, katanya Kerajaan Pusat perlu mengambil langkah menurunkan harga rumah dan kenderaan supaya ia lebih berpatutan dan memenuhi kemampuan rakyat Malaysia.

“Kalau boleh Kerajaan Pusat melalui Bank Negara perlu menentukan supaya kadar faedah pinjaman bank tidak dinaikkan dalam masa terdekat kerana apabila perkara ini terjadi bayaran ansuran oleh peminjam itu juga turut meningkat.

“Sekiranya faedah pinjaman itu bertambah tetapi pendapatan rakyat tidak juga bertambah, maka masalah beban hutang akan terus meningkat yang akhirnya menyebabkan lebih ramai orang akan muflis,” katanya kepada Selangor Kini.

Terdahulu, Ketua Ekonomi RAM Holdings, Dr Yeah Kim Leng berpendapat lebih ramai rakyat Malaysia bakal muflis berikutan pemotongan subsidi kerajaan serta kenaikan harga barangan untuk menyelesaikan masalah kewangan negara.

Akhbar Singapura, Straits Times pula melaporkan terdapat lebih 60 rakyat diisytiharkan muflis setiap hari sehingga September, iaitu naik daripada 53 sehari pada 2012.

Dr Rosli YaakopMengulas lanjut, Dr Rosli berkata perangkaan BNM menunjukkan kadar keberhutangan isi rumah tangga di Malaysia adalah tertinggi di Asia iaitu sekitar 80 hingga 85 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Malah katanya peratusan itu masih berterusan meningkat di mana dianggarkan kadar keberhutangan isi rumah rakyat berpendapatan rendah dan sederhana adalah jauh lebih tinggi.

Katanya hutang itu merujuk kepada tiga perkara utama iaitu rumah, kenderaan dan kad kredit.

“Seseorang individu itu terpaksa membayar ansuran bulanan yang tinggi sehingga hanya sebahagian kecil sahaja yang diperuntukkan untuk perbelanjaan lain.

harga-naik“Baki itu tidak mencukupi untuk meningkatkan kadar simpanan kerana rakyat terpaksa membayar ansuran bulanan hutang dalam keadaan terhimpit.

“Jadi saya tidak hairan kalau statistik menunjukkan kes muflis di kalangan rakyat Malaysia akan semakin meningkat,” katanya lagi.

EZY

 

Categories
SELANGOR

Harga minyak naik jejas pengusaha makanan

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM 8 JAN: Kenaikan harga barang yang mendadak sejak pengumuman kenaikan harga minyak September 2013 memberikan impak besar kepada pengusaha makanan yang bergantung kepada pembekal untuk meneruskan kelangsungan perniagaan.

Hal itu dikejutkan lagi dengan kenaikan harga ais RM0.50, sekali gus menjadikan harga baru ais RM1 satu beg.

Tinjauan Selangor Kini ke beberapa premis perniagaan mendapati kenaikan harga barang memberikan impak langsung kepada mereka, sekali gus tindakan menaikkan harga makanan terpaksa dilakukan.

BPembantu Restoran Geng Corner, Farhana Zulkifli, berkata kenaikan harga makanan sudah mula dilaksanakannya, sejak 2 Januari lalu.

Katanya, walaupun mendapat teguran daripada pelanggan, dia terpaksa menaikkan harga makanan kerana peningkatan kos perniagaan.

“Kami sudah mula menaikkan harga sejak Isnin lalu (2 Januari). Kenaikan harga barang memberikan kesan kepada perniagaan. Kenaikan harga ais batu RM0.50 turut memberi kesan kepada kami,” katanya.

Farhana berkata, daripada segi kuantiti makanan masih dikekalkan seperti biasa walaupun harga barang mengalami kenaikan.

ANamun, situasi berbeza berlaku di Restoran Ali Maju yang mengambil pendirian untuk tidak menaikkan harga makanan buat masa ini.

Pengurusnya, Rahman Mustaffa, berkata harga di restorannya masih dikekalkan sejak dibuka hampir tiga tahun lalu.

“Setakat ini tidak ada kenaikan harga. Kita masih mengekalkan harga dan kualiti yang sama,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Harga Ais pula naik bermula 1 Jan 2014

SHAH ALAM 29 DIS: Persatuan Pembuat Tube Ice Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya akan menaikkan harga ais sebanyak 50 sen setiap beg manakala harga air batu blok pula akan meningkat RM2.50 setiap blok mulai 1 Januari ini.

Menerusi iklan yang dikeluarkan dalam akhbar Inggeris oleh 26 pengilang ais di Lembah Klang, mereka berkata, kenaikan harga ini tidak boleh dielakkan berikutan kenaikan kos pengeluaran dan pengedaran.

ais kiub“Kadar tarif elektrik yang terkini (kira-kira 17 peratus) bermula 1 Januari 2014 dan kenaikan diesel (naik 11.1 peratus) sejak 2 September tahun ini telah menyebabkan perkara ini,” kata mereka.

Kenaikan harga ais juga disebabkan pelaksanaan dasar gaji minima mulai Januari tahun ini, kenaikan gaji 18 peratus serta kenaikan harga beg plastik, tayar dan alat ganti.

Mereka juga menyalahkan kenaikan ini kepada pihak penguatkuasaan yang selalu dibuat oleh Kementerian Kesihatan dan dalam masa yang sama di bawah Akta Makanan, semua pengeluar ais dan pengendalinya dikehendaki mematuhi prosedur keselamatan.

“Oleh itu, kami tidak ada pilihan tetapi menyesuaikan harga demi mempastikan perkhidmatan kami untuk mengeluarkan ais tidak tercemar dan kebersihannya tidak terganggu,” katanya dipetik dari The Malaysian Insider.

Kerajaan Pusat telah bersetuju untuk mengawal kenaikan harga sejak September apabila subsidi gula dan minyak dipotong, kenaikan tarif elektrik mulai bulan depan dan kemungkinan kadar tol dan cukai taksiran mulai tahun depan.

Manakala Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dengan kadar 6 peratus bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang bakal bermula April 2015.

EZY

Categories
KENYATAAN MEDIA

Rakyat makin sengsara pelbagai kenaikan oleh Kerajaan Umno-BN

Rakyat Malaysia khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana serta golongan fakir miskin bakal berdepan dengan pelbagai kenaikan selepas PRU13 bermula dengan kenaikan petrolieum.

cukainaikKenaikan gula turut diikuti dalam pembentangan Budjet 2014 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga merupakan Menteri Kewangan sehingga menghapuskan RM551.25 juta subsidi gula . Sejak Syed Mokhtar Al-Bukhary menguasai industri gula pada tahun 2009 , sebanyak 5 kali kenaikan sehingga kini.

Kini seluruh pengguna Astro pula berdepan dengan kenaikan RM2 bagi Pakej Famili dan RM6 bagi Pakej Sukan yang telah berkuatkuasa 11 November 2013 turut menambahkan tekanan pada lebih 3juta pengguna Astro yang terpaksa membayar kenaikan pakej tersebut.

Sedangkan Astro umumkan perolehan RM2.3 Billion untuk 6 bulan pertama berakhir 31 Januari 2014 iaitu peningkatan 13 peratus. Sedangkan Menteri Penerangan,Komunikasi dan Multimedia mempunyai kuasa terhadap mengawal dan menentukan harga pakej langanan yang ditawarkan Astro.

Bermula Januari 2014 pula rakyat Malaysia pula akan berdepan dengan kenaikan elektrik sepertimana yang diumumkan oleh Datuk Seri Maximus Ongkili baru-baru ini sebanyak 15 peratus atau 4.99sen setiap kilowatt,manakala di Sabah dan Labuan berjumlah 5sen.Satu kenaikan yang sangat ketara.

Wargakota Kuala Lumpur pula bakal berdepan dengan kenaikan tambang LRT dan Monorel berkuatkuasa pada 2014 sudah pasti akan membebankan para pengguna pengangkutan awam tersebut.Kerana LRT dan Monorel adalah merupakan pengangkutan golongan berpendapat rendah dan sederhana,mahasiswa,pelajar-pelajar dan warga miskin.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ,Datuk Seri Abdul Wahid Omar pula telah mengesahkan bahawa kadar TOL akan dinaikkan pada tahun 2014 dengan alasan terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuhraya.

Warga Kuala Lumpur pula ditekan dengan kenaikan cukai oleh DBKL mencecah 240 peratus sudah pasti akan memberikan impak kepada warga kota khususnya golongan berpendapatan rendah dan miskin. Justeru JINGGA 13 Malaysia menyeru agar turun ke “Himpunan Bantah Kenaikan Cukai Oleh DBKL” pada 16 Disember 2013 jam 11pagi di Dataran DBKL sebagai tanda bantahan terhadap kenaikan cukai yg tidak munasabah tersebut.

JINGGA 13 Malaysia yakin beberapa siri kenaikan lagi bakal dikenakan kepada rakyat ekoran siri kenaikan selepas PRU13 dan bakal dilaksanakan pada tahun 2014 turut mengundang kenaikan harga barang makanan dan keperluan hidup yang sudah pasti memberikan kesan kepada rakyat .

turun3Kerajaan UMNOBN terus gagal memberikan kelegaan dan keselesaan kepada rakyat tetapi memberikan tekanan tanpa rasa belas kasihan dan perikemanusiaan ekoran kenaikan yang bakal dihadapi dan diterima oleh rakyat seluruhnya. Kenaikan harga barang makanan dan barang-barang keperluan terus meningkat manakala gaji dan pendapatan rakyat tidak naik malah berdepan dengan cukai yang terus membebankan mereka.

JINGGA 13 Malaysia mendesak Kerajaan UMNOBN menghentikan segala siri kenaikan dengan mengambil kira kesengsaraan majoriti rakyat Malaysia khususnya golongan berpendapatan rendah dan serderhana serta golongan fakir miskin.

Muafakat*Prihatin*Berani

Zainal Abidin Bin Abu Bakar
Koordinator Panatia Ekonomi
JINGGA 13 Malaysia

Categories
SELANGOR

Harga gula dan petrol naik, pengeluar roti terpaksa naik harga

OLEH : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM 13 NOV : Syarikat pengeluar roti, Roti Sedap Sdn Bhd terpaksa menaikkan harga produk keluarannya bagi mengimbangi peningkatan kos pengeluaran syarikat yang semakin melonjak sejak kebelakangan ini.

Exsekutif Pemasaran syarikat itu, Azlin Kassim berkata, antara faktor utama yang menyebabkan meningkatnya kos pengeluaran adalah disebabkan kenaikan harga petrol dan gula baru-baru ini.

harga-naikAnalisis pasaran yang dibuat syarikat itu turut menjangkakan syarikat pengeluar roti lain akan turut mengambil langkah sama, menaikkan harga pasaran produk keluaran masing-masing.

“Bukan tujuan kami mengejar keuntungan tetapi kenaikan ini tak boleh dielakkan, petrol contohnya, kami bukan beli 10 atau 20 liter tetapi beribu liter untuk memasarkan produk kami di seluruh negara dan begitu juga dengan gula dan lain-lain.

“Selama 20 tahun kita pasarkan roti keluaran kami dengan harga rendah berbanding syarikat lain tetapi apabila barang mentah semakin naik khususnya gula dah dua kali naik, petrol pun dah naik. Jadi kami terpaksa menaikan sedikit harga kami.

“Laporan dari lain-lain syarikat pengeluar roti, mereka juga ada kemungkinan akan menaikan harga, kalau tidak mereka akan alami kerugian,” kata Azlin ketika dihubungi Selangor Kini.

cukainaikBagaimanapun Azlin menambah, sehingga kini produk keluaran Roti Sedap Sdn Bhd masih mengekalkan harga yang rendah berbanding pesaing lain.

Selain itu Roti Sedap Sdn Bhd juga mengambil beberapa langkah menghadkan pasaran produk mereka hanya di kedai yang mempunyai jualan yang tinggi sahaja.

“Sekarang kami hanya menjual roti-roti kami di kedai yang tinggi jualannya sahaja seperti di pasaraya atau mini market yang boleh beri jualan tinggi dan cara itu dapat mengurangkan ‘return’ produk tidak terjual sekaligus setiap sen kos yang dikeluarkan dapat dimanfaatkan.

“Sebelum ini, dianggarkan lebih kurang 40 peratus ‘return’ tetapi sekarang dapat dikurangkan sehingga 20 peratus sahaja,” kata Azlin.

-EZY