Categories
SELANGOR

KoHijrah tingkat sosioekonomi peserta HIJRAH

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 25 JAN: Penubuhan Wisma Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad (KoHijrah) mampu mempertingkatkan kedudukan sosioekonomi peserta Hijrah Selangor (HIJRAH) dan seluruh warganya.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, sehingga kini bilangan anggota KoHijrah sudah mencecah 11,057 orang dan kebanyakannya terdiri daripada bekas peminjam skim mikrokredit HIJRAH.

“Impak penubuhan KoHijrah sebagai satu platform alternatif untuk mempelbagaikan kaedah pinjaman seperti peruntukan ‘Zero To Hero’ dan program berasaskan ‘Mentor Mentee’ membuktikan HIJRAH cuba meneroka kepelbagaian serta meningkatkan kualiti program pembangunan usahawan di Selangor.

“Dengan pelaksanaan penuh integriti dan telus, saya percaya HIJRAH menerusi KoHijrah mampu mengembangkan fungsi mereka selain daripada menjadi alat untuk membantu peminjam meningkatkan kualiti produk.

“HIJRAH juga boleh membantu peserta khususnya dalam kalangan peniaga Bumiputera berkenaan pemasaran dan ‘networking’ kepada peniaga dengan kewujudan KoHijrah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Perasmian Wisma KoHijrah dan Penyerahan Pembiayaan Skim Hijrah Selangor di Wisma KoHijrah, Seksyen 32 di sini, semalam.

Pada masa sama, katanya, perasmian Wisma KoHijrah itu mampu menjadi motivasi dan perangsang kepada warganya untuk lebih proaktif dan progresif pada masa akan datang.

“Saya yakin dengan kemampuan dimiliki Ahli Lembaga KoHijrah, ia sekali gus dapat memacu kepada pertumbuhan yang lebih cemerlang, berdaya saing dan mampan.

“Saya akan sentiasa memberi sokongan padu kepada KoHijrah dan semoga boleh menjadi contoh yang baik serta berdaya saing pada masa akan datang,” katanya.

KoHijrah adalah sebuah koperasi ditubuhkan sejak April 2016 bertujuan meningkatkan kedudukan sosioekonomi peserta HIJRAH yang menjadi ahlinya.

Sehingga Oktober tahun lalu, sejumlah RM4,349,531 pendapatan diterima KoHijrah menerusi projek Tabung Kebajikan Hijrah Selangor; sewaan padang, Ladang Alam Warisan, Kendera Saji, ‘Vending Machine’, penjualan lembu korban, pelaburan getah beku dan MyTani.

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

RM12.06 juta pembiayaan HIJRAH diserah kepada 1,311 peminjam

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 25 JAN: Sebanyak RM12.06 juta pembiayaan Hijrah Selangor (HIJRAH) diserahkan kepada 1,311 peserta.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, jumlah itu termasuk kepada penyelesaian isu kelewatan pembayaran balik yang berlaku baru-baru ini membabitkan 107 usahawan Melayu cawangan Petaling Jaya Utara.

“Jumlah ini adalah bukti kepedulian Kerajaan Negeri membantu meringankan beban ditanggung usahawan kecil di Selangor dalam memastikan kelangsungan operasi perniagaan masing-masing.

“Bantuan pinjaman diberikan ini mampu menjadi motivasi kepada usahawan supaya lebih mampan, berdaya saing, progresif, berinovatif serta kreatif dalam mencari peluang bagi mengembangkan perniagaan sehingga ke peringkat global sekali gus mencipta lebih banyak peluang pekerjaan kepada generasi muda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Perasmian Wisma KoHijrah dan Penyerahan Pembiayaan Skim Hijrah Selangor di Wisma KoHijrah, Seksyen 32, semalam.

Pada masa sama, katanya, beliau percaya dengan iltizam dan jaringan kukuh mampu menjadikan peserta skim HIJRAH menjadi usahawan terkenal sekali gus memberi impak baik kepada Selangor dan Malaysia.

“Sekiranya anda boleh bertahan, kekalkan prinsip ketelusan, kejujuran dan intergriti dalam pengurusan operasi perniagaan, sudah pasti anda mampu mengembangkan ke peringkat lebih jauh,” katanya.

Terdahulu, Yayasan Hijrah Selangor ditubuhkan pada 2015 adalah badan yang dipertanggungjawabkan Kerajaan Negeri bagi mengurus, menyelia dan menyelaras kesemua skim pinjaman mikrokredit.

Pinjaman bersepadu dan efisien itu berkonsepkan “Mudah, Cepat dan Tidak Membebankan” berteraskan falsafah “Pinjaman Asas Simpanan” sekali gus menjadi keunikan kepada HIJRAH membantu usahawan dan peniaga kecil di Selangor.

Ia menjadi penanda aras dalam kerangka usaha bagi melahirkan lebih ramai usahawan dan peniaga baru di Selangor.

Categories
SELANGOR

Bayaran pinjaman HIJRAH tertangguh selesai

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 24 JAN: Kelewatan pembayaran pembiayaan pinjaman kepada usahawan Selangor di bawah skim mikrokredit Hijrah Selangor (HIJRAH), sudah selesai sepenuhnya.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, isu kelewatan berpunca daripada permohonan program skim itu yang berlipat kali ganda sehingga HIJRAH terpaksa mengatur semula proses pembiayaan terbabit.

“Pembayaran tertangguh ini sebenarnya tidak disengajakan, namun ia berpunca daripada peningkatan jumlah permohonan yang agak luar biasa terutama selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.

“Oleh sebab sambutan memberangsangkan ini, kita terpaksa mengatur semula agihan pembiayaan pinjaman sehingga masuk tahun 2019,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Perasmian Wisma KoHijrah dan Penyerahan Pembiayaan Skim Hijrah Selangor di Wisma KoHijrah, Seksyen 32, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, kesemua pemohon program skim mikrokredit yang terlibat dengan isu kelewatan itu sudah pun menerima pembiayaan pinjaman masing-masing pada hari ini.

Pada 7 Januari lalu, kira-kira 15 individu mewakili 107 usahawan Melayu cawangan Petaling Jaya Utara menuntut Kerajaan Negeri menyegerakan pembayaran pinjaman HIJRAH.

Susulan itu, Pengerusi Eksekutif Yayasan HIJRAH, Dato’ Mansor Othman memberi jaminan perkara tersebut akan diselesaikan penghujung bulan ini.

Categories
SELANGOR

Jom meriahkan Program Orang Lokal esok

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 26 APR: Orang ramai dijemput memeriahkan Program Orang Lokal yang menyajikan pelbagai aktiviti menarik selain berpeluang memenangi hadiah lumayan.

Program anjuran Kerajaan Negeri dan HIJRAH Selangor (HIJRAH) itu berlangsung di Tempat Orang Lokal (T.O.L), Kompleks PKNS Shah Alam, bermula jam 10 pagi sehingga 10 malam, pada 27 April.

Antara aktiviti dianjurkan adalah Pertandingan Mewarna, Pertandingan Carom, Pertandingan Hot Wheels dan Pertandingan Makan.

Program Orang Lokal ini turut mendapat kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), PKNS Real Estate (PREC) dan Shah Alam Hot Wheels Club (SAHWC).

Demo dan Bengkel ‘Hands On’ bermula pada jam 3 petang dengan aktiviti dekorasi ‘cupcake’, potong rambut dan cara balutan reben serta hamper.

Pertandingan Karom pula dijadual berlangsung sekitar jam 4 petang dengan tawaran hadiah RM400 untuk Juara, RM300 Naib Juara sementara bagi tempat ketiga dan keempat masing-masing RM150. Yuran penyertaan RM20 dikenakan untuk satu beregu.

Sementara Pertandingan Makan Makanan Lokal akan bermula pada jam 8 malam dengan tawaran hadiah RM100 untuk pertama, RM80 kedua dan ketiga RM50 serta tiga hadiah saguhati berbentuk hamper menanti peserta di tempat keempat hingga keenam

Categories
SELANGOR

Kursus NLP beri manfaat kepada peserta HIJRAH

OLEH SABIRAH AZIZ

SUBANG JAYA, 6 APR: Kursus ‘Neuro-Linguistic Programming’ (NLP) yang julung kali dianjurkan Hijrah Selangor (HIJRAH) ternyata memberi manfaat kepada 44 peserta dalam kalangan usahawan baru.

Pengerusi Eksekutifnya, Dato’ Mansor Othman berkata, kursus tiga hari bermula 4 hingga 6 April itu memberikan perkongsian cukup baik dan menarik sebagai persediaan peserta menhadapai cabaran dalam perniagaan di masa hadapan.

“Program dibimbing di bawah Smart Excel Consultant ini, menawarkan pendekatan melalui ‘neuro-linguistic programming’ (NLP), iaitu cara pendekatan dari segi berkomunikasi, pembangunan personal diri dan psikoterapi.

“Kebanyakan peserta juga terdiri daripada mereka yang tiada pengalaman atau ilmu dalam bidang ini. Saya berharap peserta dapat menggunakannya sebaik mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penutup Kursus NLP (Mentoring) Syarikat Peneraju dan Usahawan HIJRAH dengan kerjasama Kumpulan Perangsang Selangor di Hotel Summit, USJ hari ini.

Pada masa sama, Mansor berkata, kursus itu mengutamakan peserta yang belum lagi memulakan perniagaan namun mempunyai idea atau produk yang ingin dijual dan dipromosikan.

“Kami mensasarkan mahasiswa, ibu tunggal, belia dan golongan berpendapatan rendah untuk menyertai program ini supaya tampil ke hadapan.

“Ia sekali gus dapat memberi galakan kepada mereka untuk sama-sama diberi peluang bagi meningkatkan kemajuan diri,” katanya sambil menambah terdapat banyak kesan positif diterima daripada peserta HIJRAH sendiri.

Mansor berkata, antara perubahan berkenaan adalah ramai peserta yang berjaya dan keluar dari kawasan mereka serta dapat memasarkan produk luar dari kawasan Selangor dan pasaran luar.

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

HIJRAH cadang naik kadar pinjaman kepada RM100,000

OLEH SABIRAH AZIZ

SUBANG JAYA, 6 APR: Hijrah Selangor (HIJRAH) bercadang menaikkan had pinjaman mikrokredit daripada RM50,000 kepada RM100,000 buat pemohon yang layak.

Pengerusi Eksekutifnya, Dato’ Mansor Othman berkata, pihaknya menghantar cadangan berkenaan kepada Kerajaan Negeri supaya dipertimbangkan bagi membantu lebih ramai usahawan memulakan perniagaan.

“Ia juga bagi membantu syarikat pemaju berkembang lebih maju dalam bidang perniagaan diceburi.

“Perkara ini ekoran kami menerima sambutan amat menggalakkan daripada peminjam. Ia termasuklah peratusan kadar bayaran balik pinjaman yang memberangsangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penutup Kursus NLP (Mentoring) Syarikat Peneraju dan Usahawan HIJRAH dengan kerjasama Kumpulan Perangsang Selangor di Hotel Summit, USJ hari ini.

Katanya, melalui program HIJRAH, peserta bukan hanya diberikan pinjaman malahan turut dibantu daripada pelbagai sudut.

“Justeru itu, kami melantik beberapa syarikat peneraju untuk memberikan bimbingan supaya dapat meluaskan landasan perniagaan sekali gus memperkenalkan produk mereka ke pasaran,” katanya.

Kursus yang berlangsung tiga hari itu membabitkan 16 mentor dan 44 mentee daripada pelbagai golongan.

Categories
SELANGOR

HIJRAH tawar sewa berpatutan di tapak T.O.L PKNS

OLEH SABIRAH AZIZ

SHAH ALAM, 4 APR: HIJRAH Selangor (HIJRAH) diberi kepercayaan mengendalikan tapak perniagaan Tempat Orang Lokal (T.O.L) di Kompleks PKNS di sini, yang menawarkan harga sewa tapak lebih berpatutan kepada usahawan.

Pengurus Khidmat Profesionalnya, Nur Siti Hazliana Mat Hashim berkata, terdapat tiga jenis sewaan ditawarkan kepada peniaga dengan kadar sewa dari RM2,000 hingga RM2,800 sebulan.

Katanya, kadar sewaan itu termasuk bayaran elektrik, permit dan GST, bergantung kepada keluasan tapak di situ.

“HIJRAH diberi kepercayaan mengambil alih T.O.L dan kami membuka peluang kepada vendor atau usahawan tempatan khususnya di Selangor, untuk menjadikan tapak ini sebagai landasan mereka memperkenalkan produk masing-masing.

“Sehingga kini, 25 lagi vendor diperlukan dan keutamaan diberikan kepada pengusaha atau peniaga yang menjual barangan unik, menarik, dan lain dari lain.

“Di samping itu, kontrak kepada penyewa diberikan bermula dari April hingga Disember 2018, dengan kemasukan vendor baru pada 15 April ini.

“Waktu operasi pula bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam, ” katanya kepada SelangorKini.

Pada masa sama, beliau berkata, T.O.L kini mempunyai 16 vendor sedia ada dan bakal mengadakan pembukaan secara rasmi pada awal bulan Mei depan dengan pelbagai kelainan dan pengisian khas diberikan kepada pengunjung dan usahawan.

“Antara pengisiannya adalah membuka pentas di tapak ini dengan berkolaborasi bersama Deejay dan PKNS bagi membuat pelbagai aktiviti pada hujung minggu serta memberi peluang kepada para peniaga mempromosikan produk mereka,” katanya.

T.O.L adalah sebuah projek tranformasi bagi menjenamakan semula dan menaik taraf kompleks PKNS yang berusia lebih 40 tahun itu dan sangat terkenal pada tahun 80an.

Ia bertujuan mengembangkan perniagaan usahawan baru lokal yang berani mengambil cabaran demi merealisasikan impian mereka dengan mengenakan kadar berpatutan.

Sementara itu, Pengurus Lee Trading, Mohd Norazli Md Daud, 27, yang mengikuti program HIJRAH berpendapat, peluang diberikan Kerajaan Negeri kepada usahawan selama ini dilihat banyak membantu peniaga kecil-kecilan mengembangkan perniagaan mereka.

“Saya sudah menyewa tapak di sini hampir dua tahun dan menerima respon amat baik daripada pelanggan.

“Lumrah jatuh dan bangun dalam sesebuah perniagaan, namun berkat sokongan dan dorongan dari HIJRAH, saya berjaya sampai ke tahap ini.

“Saya mahu usahawan di luar sana menggunakan peluang diberikan sebaik mungkin dan tidak takut mengambil risiko dalam perniagaan,” katanya yang menjalankan perniagaan menjual kasut, sandal dan selipar.

Sebarang pertanyaan mengenai sewa tapak T.O.L boleh menghubungi Shazatul Athirah di talian 012-6723713 atau 03-55191692.

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

HIJRAH: Sabak Bernam, Sungai Besar catat 100 peratus kutipan

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 13 JUL: Daerah Sabak Bernam dan Sungai Besar mencatatkan perolehan 100 peratus kutipan pembayaran balik modal perniagaan Hijrah Selangor (HIJRAH) bagi tempoh pertengahan 2017.

Pengerusi Eksekutif Yayasan HIJRAH, Datuk Dr Mansor Othman berkata, zon di bawah kedua-dua daerah berkenaan berjaya mengutip semula pembayaran modal berpandukan jadual ditetapkan.

“Memang ada beberapa zon yang berjaya mengutip dana permodalan sebanyak 100 peratus dan ini memang prestasi amat membanggakan.

MANSOR OTHMAN“Malah, jika dibandingkan dengan zon di kawasan bandar, prestasi zon ini sangat baik berbanding di kawasan luar bandar,” katanya kepada SelangorKini.

Pada masa sama beliau berkata, yayasan itu giat melaksanakan pemantauan bagi mengenalpasti punca berhubung kelewatan pembayaran semula melibatkan peminjam dari kawasan bandar.

HIJRAH merupakan dasar kebajikan baru yang dilaksanakan di bawah program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) bagi tempoh tahun kedua dijayakan.

Untuk rekod, seramai 38,000 peserta sudah dibantu menerusi bantuan permodalan perniagaan sebanyak RM232 juta.

Terdahulu, HIJRAH mula dilancarkan menerusi Projek Penyelidikan Tindakan oleh Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali sebagai inisiatif menjana pendapatan ekonomi golongan pertengahan.

Categories
EKONOMI SELANGOR

Taman Medan sasar 1,000 peniaga sertai HIJRAH

AFIX REDZUAN

TAMAN MEDAN, 26 FEB: Sekurang-kurangnya 1,000 peniaga di DUN Taman Medan disasarkan mendaftar dibawah skim mikrokredit HIJRAH Selangor bagi membantu mereka mengembangkan perniagaan sedia ada.

ADN Taman Medan, Haniza Talha, berkata setakat ini hampir 300 peniaga sudah berdaftar dan beliau yakin baki sasaran mampu dicapai pada penghujung 2016.

HANIZA DAFTAR HIJRAH“Ini merupakan antara usaha agresif kita bagi mencari peniaga kecil supaya mendaftar bersama HIJRAH Selangor.

“Baki 700 akan diusahakan kerana HIJRAH Selangor merupakan satu kaedah untuk penduduk setempat menambah pendapatan,” katanya kepada Selangor Kini.

Sebelum ini, Haniza mengadakan lawatan bertemu peniaga di Pasar Malam Sri Manja untuk menyampaikan makluman mengenai pengecuailan fi lesen penjaja kecil.

Disamping itu, kaunter bergerak pusat khidmat DUN turut dibuka untuk pendaftaran HIJRAH Selangor serta pendaftaran pengundi baru.

-nR-

Categories
SELANGOR

HIJRAH sedia latihan keusahawanan bantu ibu tunggal

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 9 NOV: Pengurusan Hijrah Selangor (HIJRAH) komited membantu golongan ibu tunggal teribat dalam perniagaan untuk lebih berdaya saing dan berdikari.

Ketua Pengurus Operasi HIJRAH, Roslim Md Akhir, berkata ia adalah sebahagian daripada sasaran utama dengan memastikan peserta terlibat dilengkapi latihan keusahawanan.

HIJRAH SELANGOR“Kita akan merangka sebuah program dan latihan yang akan membantu mereka tentang ilmu dan kemahiran perniagaan sebelum modal perniagaan diberi.

“Antara latihan yang diberi adalah latihan kemahiran, asas keusahawanan serta pemantauan,” katanya kepada Selangor Kini.

Roslim berkata, selain Ibu tunggal HIJRAH juga mengutamakan golongan wanita ladang, asnaf zakat, belia, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan kariah masjid.

“Selepas pinjaman diberi, HIRJAH akan memantau dalam tempah lima hingga enam bulan bagi memastikan perniagaan mereka berdaya maju dan dilaksanakan dengan baik.

“Dengan perancangan teratur, HIJRAH yakin golongan ibu tunggal serta golongan sasar lain dapat keluar dari kempompong kemiskinan,” katanya.

-nR-