Categories
SELANGOR

Gan Pei Nei Pengurus Besar baharu YAWAS

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 8 OKT: Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) mengumumkan pelantikan Gan Pei Nei sebagai Pengurus Besar baharunya berkuat kuasa 1 Oktober 2018.

Perkara itu diumumkan Pengurusan YAWAS dalam satu kenyataan hari ini.

YAWAS merupakan agensi Kerajaan Negeri yang mengendalikan dua program dibawah Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) iaitu Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) dan Insentif Perkahwinan Belia.

Program TAWAS terbuka kepada anak-anak kelahiran Selangor yang memenuhi syarat dan permohonan juga perlu dilakukan sebelum anak berusia 3 tahun.

Tabung Amanah berkenaan diuruskan Kerajaan Negeri dan Ahli TAWAS menerima RM1, 500 apabila mencapai usia 18 tahun kelak.

Bermula dari 1hb Mac 2014, YAWAS memperkenalkan Skim Khairat Kematian TAWAS bernilai RM 1,500 yang akan diberikan kepada waris Ahli TAWAS sekiranya ahli meninggal dunia sebelum mencapai usia 18 tahun.

YAWAS juga diberi tanggungjawab bagi menguruskan Program Insentif Perkahwinan Belia mulai Januari 2017.

Pasangan pengantin baru layak menerima insentif perkahwinan sebanyak RM500 sekiranya pasangan tersebut menepati syarat ditetapkan.

Penyaluran Insentif disalurkan melalui bank BSN menggunakan Sijil Simpanan Premium dan pemohon tidak perlu membuka akaun BSN untuk menerima insentif tersebut.

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Insentif Perkahwinan Belia ditambah baik tahun depan

OLEH NADIAH ZAMLUS

GOMBAK, 11 SEPT: Insentif Perkahwinan Belia ditambah baik bermula tahun depan, kata Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari.

Katanya, program yang menerima sambutan baik golongan belia berusia 35 tahun ke bawah itu kini dalam proses peyusunan semula.

“Kerajaan Negeri sedang memperhalusi semula insentif ini samaada memerlukan penambahan nilai ataupun penambahan daripada sudut pengetahuan kepada pasangan.

“Langkah penambahbaikan ini tidak dilakukan pada tahun ini memandangkan kita sedang melaksanakan semua pelan yang sudah dirancang mantan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali sepanjang 2018 ini,” katanya kepada media.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Sambutan Maal Hijrah dan Nikah Perdana 2018 di Masjid Al-Khairiyah, Taman Seri Gombak, hari ini.

Sebelum ini, menerusi Belanjawan Selangor 2013, Kerajaan Negeri mengumumkan pemberian insentif perkahwinan kepada belia yang layak sebanyak RM200, namun bermula 1 Januari 2014 insentif itu dinaikkan kepada RM500 seorang.

Amirudin berkata, Kerajaan Negeri akan menambahbaik sumber ilmu pengetahuan dalam kalangan pasangan yang sudah berkahwin di negeri ini.

Katanya, ia kerana masih ramai pasangan tidak mempelajari ilmu psikologi alam rumahtangga antaranya cara berdepan keluarga baru serta menerima anak pertama.

“Disebabkan kekurangan ilmu ini, ia menjadi diantara salah satu punca penceraian, disebabkan itu kita cuba mengurangkan risiko penceraian yang agak tinggi ini melalui penambahbaikan semula Insentif Perkahwinan Belia,” katanya.

Categories
SELANGOR

Belanja kahwin RM1,000 dapat insentif RM1,000

OLEH SYASYA SUFIAN

GOMBAK, 2 OKT: Dalam usaha Kerajaan Negeri menggalakkan perkahwinan di usia muda, pasangan pengantin yang telah diijabkabul bakal menerima manfaat Program Insentif Perkahwinan Belia sebanyak RM500 seorang dari Pusat Khidmat DUN masing-masing.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Gombak Setia, Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, 10 pasangan pengantin menyertai program Pernikahan Perdana di Masjid Al-Khairiyah hari ini boleh memohon di pusat khidmat DUN setelah selesai urusan di pejabat agama.

“Usaha ini diambil bagi membantu pasangan yang baru memulakan kehidupan sebagai suami isteri selain menggalakkan perkahwinan di usia muda disamping mengelakkan perkara yang boleh merosakkan akhlak,” katanya..

kahwin-perdana-2Beliau berkata demikian ketika program Maal Hijrah & Majlis Pernikahan bertempat di Masjid Al- Khairiyah, Taman Sri Gombak Batu Caves, di sini, hari ini.

Menerusi program itu, setiap pasangan hanya perlu membayar RM1,000 untuk tujuan penganjuran majlis.

Katanya, inisiatif itu juga bertujuan mensejahterakan rumahtangga dan keluarga khususnya anak Selangor atau yang telah bermastautin lebih 10 tahun.

“Program itu dapat menjimatkan banyak kos perbelanjaan khusus bagi yang kurang berkemampuan,” katanya.

-nR-

Categories
SELANGOR

Sasar naik 30% pemberian Insentif Perkahwinan Belia

Oleh: Naeem Raffi

PETALING JAYA, 1 NOV : Kerajaan Selangor mensasarkan peningkatan 30 peratus bagi pemberian Insentif Perkahwinan Belia menjelang tahun hadapan.

Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari berkata hasrat itu akan dimulakan dengan melancarkan kempen besar-besaran bagi mempromosi program di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) itu ke pengetahuan belia.

Insentif perkahwinan beliaIni kerana, menerusi kajiannya, masih ramai belia tidak mengetahui kewujudan program itu dan sebahagian daripadanya masih kabur tentang insentif tersebut.

“Rekod terkumpul setakat ini, sekitar 17,000 belia mendirikan rumah tangga telah berdaftar dengan Kerajaan Negeri.

“Saya juga sedang mendapatkan statistik terkini dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melihat jumlah sebenar perkahwinan belia didaftarkan.

“Dalam usaha ini, kita mungkin dapat tingkatkan pendaftaran (jangkaan 30 peratus) menjelang tahun hadapan kerana masih ramai lagi belia belum mengetahui wujudnya insentif ini” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Selangor Kini seusai Majlis Penyerahan Insentif Perkahwinan Belia kepada 15 pasangan belia di Kompleks Arena PJ di sini, semalam.

Menerusi Insentif Perkahwinan Belia Selangor, setiap pasangan pengantin yang layak akan menerima RM500.

Pada fasa permulaan, Kerajaan Negeri hanya memberi insentif sejumlah RM200 setiap pasangan sebelum dinaikan kepada RM500.

EZY