Categories
AGENDA NASIONAL

1,000 kekosongan jawatan bomba diisi tahun ini

IPOH, 28 FEB: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan mengisi sebanyak 1,000 kekosongan jawatan pegawai gred KB19 tahun ini secara berperingkat mulai bulan hadapan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata pengambilan bulan Mac itu melibatkan 250 orang, manakala 750 lagi pada Jun dan kesemua mereka akan mengikuti Kursus Sijil Sains Kebombaan selama empat bulan setengah di Akademi Bomba dan Penyelamat Wilayah Timur di Marang, Terengganu.

Katanya, semua pengambilan itu merupakan sebahagian jawatan yang diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sehingga tahun 2020 dan kekosongan antara lain disebabkan persaraan serta penubuhan balai bomba baharu.

“Kita percaya penerimaan 1,000 pegawai bomba gred KB19 ini akan mengisi penuh kekosongan jawatan di peringkat balai, zon dan negeri dan mereka ini adalah pegawai di barisan hadapan,” katanya kepada pemberita selepas majlis Penganugerahan Pingat Kebesaran Jabatan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019 JBPM Wilayah Utara di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohammad Hamdan berkata pihaknya mengalu-alukan penyertaan pelbagai kaum dan latar belakang untuk mengisi kekosongan jawatan berkenaan.

“Dalam profesion bomba ini ada banyak jurusan bukan sekadar penyelamatan sahaja sebaliknya penerbangan untuk mengendalikan helikopter, kejuruteraan untuk pemeriksaan dan kelulusan bangunan dan lain-lain.

“Oleh kerana terdapat pelbagai jurusan teknikal di JBPM, kita harap dengan penyertaan daripada pelbagai latar belakang ia akan menaikkan imej, prestasi dan kecekapan jabatan,” katanya.

Dalam pada itu, Mohammad Hamdan berkata JBPM akan menubuhkan pasukan Pegawai Bomba Bantuan (PBB) dianggotai orang awam di lokasi ‘hotspot’ kemalangan di seluruh negara bagi kerja-kerja pencarian dan penyelamatan sementara menunggu bantuan anggota dari balai bomba berdekatan tiba.

“Sebagai contoh sekiranya tempat itu menarik dan ada penjaga kita akan lantik dia sebagai PBB yang akan diberi latihan dan tauliahan untuk memberikan bantuan awal.

“Setakat ini, kita telah kenal pasti 15 ‘hotspot’ di seluruh negara, manakala bagi negeri pantai timur Terengganu, Kelantan dan Pahang seramai 30 PBB telah dipilih,” katanya.

Mengenai kesiapsiagaan JBPM menghadapi situasi politik negara, Mohammad Hamdan berkata pihaknya sentiasa bersiap sedia dan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia.

Pada majlis itu, lebih 100 pegawai bomba wilayah utara dan Perak menerima anugerah perkhidmatan cemerlang temasuk empat pegawai yang berkhidmat lebih 30 tahun.

– BERNAMA

Categories
NASIONAL

Bapa maut, anak cedera pemampat hawa dingin meletup

SEREMBAN, 29 MEI: Seorang bapa maut manakala anaknya cedera selepas pemampat penghawa dingin di sebuah kedai ais krim meletup dalam kejadian di pekan Kuala Pilah, pagi tadi.

Ketua Operasi dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah, Eva Saifun Kamuni berkata, dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, mangsa berusia 56 tahun jatuh dari tingkat satu akibat letupan itu dan mengalami kecederaan parah di bahagian muka dan kepala.

Bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira 11.13 pagi dan sebuah jentera bersama enam pegawai bomba bergegas ke lokasi kejadian, katanya.

“Siasatan awal mendapati letupan berlaku ketika mangsa sedang membaiki salah satu pemampat penghawa dingin yang berada di tingkat satu bahagian belakang premis berkenaan, mangsa kemudiannya telah memanjat tangga dan dibantu anaknya yang berusia 22 tahun.

“Bagaimanapun letupan berlaku secara tiba-tiba menyebabkan mangsa terpelanting dan jatuh dari tangga sementara anaknya mengalami cedera ringan. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Eva Saifun berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca letupan dan kes akan diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

“Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Kuala Pilah,” katanya.

-BERNAMA

Categories
NASIONAL

Hanya 20 peratus anggota dibenar cuti Aidilfitri

KUALA LUMPUR, 9 MEI: Jabatan Bomba dan Penyelamat membenarkan 20 peratus daripada lebih 14,000 pegawai dan anggota bomba di seluruh negara bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata, seperti tahun terdahulu, anggota selebihnya akan bertugas pada musim perayaan ini berdasarkan syif kerja ditetapkan.

“Seperti kebiasaan JPBM tidak berikan cuti lebih daripada 20 peratus, bermakna pegawai dan anggota yang telah bercuti tahun lepas tak boleh bercuti tahun ini. Kita sudah tetapkan begitu juga di balai operasi di mana setiap kakitangannya adalah mencukupi untuk bertugas pada perayaan nanti.

“Kami juga akan mengadakan rondaan di lokasi-lokasi tertentu selain mempergiatkan lebih banyak kempen tentang keselamatan terutama sekali berkenaan kebakaran sempena musim perayaan ini,” katanya selepas ditemui pemberita pada sidang forum media ‘Smart Home, Safe Home’ di sini hari ini.

Mohammad Hamdan berkata, pegawai kanan yang pulang bercuti di kawasan kampung halaman masing-masing juga perlu singgah ke balai bomba terdekat bagi memberikan motivasi buat anggota yang bertugas selain menyemarakkan suasana perayaan.

Dalam perkembangan lain, Hamdan turut mengulas mengenai sejumlah 495 daripada 1,267 pusat tahfiz berdaftar seluruh negara yang didapati tidak menepati kriteria ditetapkan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta berdepan risiko kebakaran seperti dilaporkan April lalu.

“Kami belum ada maklumat sama ada kesemua 495 pusat tahfiz yang berdepan risiko kebakaran itu telah kembali mematuhi kriteria ditetapkan tapi saya percaya proses itu sedang berjalan kerana mereka sedar ia sesuatu yang amat penting untuk dititik beratkan,” katanya.

Semua 495 pusat tahfiz terlibat telah diberikan notis selama tiga bulan bagi mematuhi kriteria. ditetapkan jabatan itu.

Pemeriksaan yang dilakukan mendapati hanya 772 pusat tahfiz menepati kriteria ditetapkan termasuk seperti menyediakan laluan bagi memudahkan pelajar menyelamatkan diri sekiranya berlaku kebakaran, penyediaan pintu kecemasan dan memastikan tempat memasak adalah berasingan dengan asrama pelajar.

– BERNAMA

Categories
NASIONAL

Jawatankuasa nilai kondisi aset milik Bomba ditubuh

KUALA LUMPUR, 19 APR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan membentuk sebuah jawatankuasa dalaman untuk menilai kondisi keseluruhan aset jentera milik Jabatan Bomba dan Penyelamat yang dikatakan rosak dan tidak berkualiti.

Menteri berkenaan, Zuraida Kamaruddin berkata, jawatankuasa yang dipengerusikan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) kementerian, Zamri Salleh itu turut dianggotai oleh wakil Bahagian Kewangan, Unit Audit Dalaman, Unit Integriti, Bahagian Undang-Undang serta Bahagian Pembangunan dan Pelaksanaan Projek.

Beliau berkata, jawatankuasa ini akan membangunkan pelan penilaian yang komprehensif dengan melaksanakan kajian terperinci termasuk menilai semula proses perolehan, punca kerosakan dan kualiti jentera sedia ada.

“Ini bagi memastikan keupayaan Jabatan Bomba dan Penyelamat terus berada pada tahap yang paling optimum.

“Penilaian yang dibuat jawatankuasa itu turut akan melihat sama ada proses perolehan yang dijalankan sebelum ini adalah telus dan berintegriti dengan mengikut ketetapan peraturan-peraturan perolehan yang betul,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, beliau berkata, hasil tinjauan awal Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Mohammad Mentek di depoh pembaikan kenderaan Jabatan Bomba dan Penyelamat menunjukkan maklumat mengenai kondisi jentera yang dipaparkan dalam laporan media iaitu melalui gambar dan rakaman video adalah kurang tepat.

“Bukan semua kenderaan yang dipaparkan berstatus rosak dan terbengkalai. Ini kerana sebahagian besar kenderaan berstatus sedang dibaiki, menjalani servis berkala, proses pandu uji, proses siasatan kemalangan dan proses pelupusan,” katanya.

Sebelum ini, sebuah akhbar tempatan melaporkan 97 jentera bomba bernilai RM165 juta didakwa tersadai akibat kerosakan komponen dan kegagalan pembekal membekalkan alat ganti jentera berkenaan.

SUMBER: BERNAMA

Categories
SELANGOR

Pusat urut disyaki jalankan aktiviti pelacuran diserbu MPS

Oleh : NAZLI IBRAHIM

RAWANG 6 MAC: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melancarkan serbuan dalam operasi bersepadu mencegah maksiat di pusat-pusat urut yang disyaki menjalankan kegiatan pelacuran di sekitar Rawang.20140306_105156

Operasi yang melibatkan dua pusat urut di Jalan Rawang Sentral dan satu lagi di Jalan Bandar Rawang 2 itu, seramai empat perkerja wanita warga Thailand dan dua lagi warga tempatan yang dipercayai bertindak sebagai penyelia di pusat urut itu berjaya ditahan.

20140306_120740Ketua Unit Khas Yang Dipertua MPS, C Paramasivam berkata, MPS dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) turut mengambil tindakan menyita kesemua peralatan, membuka papan tanda utama perniagaan dan memotong bekalan elektrik kesemua premis terlibat.

“Sebelum ini MPS sudah menarik lesen perniagaan mereka kerana disyaki menjalankan kegiatan pelacuran dan pernah diserbu tiga bulan lepas tetapi nampaknya mereka menyambung operasi semula tanpa lesen dan disebabkan itu kami memotong bekalan elektrik, menyita semua peralatan dan membuka papan tanda perniagaan supaya tidak boleh meneruskan operasi lagi. Jumlah kompaun keseluruhan pula RM75,000 dikeluarkan dalam operasi ini.

“Dari maklumat risikan kita juga mendapati ada antara pusat urut ini menjalankan kegiatan pelacuran tetapi disebabkan tidak terdapat bukti maka kita caj mereka atas kesalahan lain yang mereka lakukan,” kata Paramasivam dalam sidang media selepas berakhir operasi itu.20140306_120934

Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Penguatkuasa Imigresen Shah Alam, Aided Sani pula berkata warga Thailand yang ditahan akan disiasat di bawah seksyen 39(b) kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan berkerja secara tidak sah di pusat-pusat urut terbabit.

“Pekerja wanita warga asing itu ditahan untuk disiasat bawah seksyen 39(b) salah guna pas lawatan dan dua lelaki warganegara pula untuk diambil kenyataan dan bantu siasatan pihak Imigresen,” kata Aided.

20140306_120810Sementara itu PPgB Muhammad Razif Ismail pula memberitahu, pemilik premis juga didapati melakukan kesalahan syarat penggunaan bangunan tanggal tunggal.

“Bangunan kedai ini hanya dibenarkan untuk bawah kedai dan atas rumah atau pejabat sahaja tetapi kita tengok tadi ada satu premis yang menjalankan operasi perniagaan di tingkat atas yang mana ini tidak dibenarkan,” kata Muhammad Razif.

Operasi bersepadu yang melibatkan 60 anggota itu melibatkan pelbagai jabatan MPS, Jabatan Imigresen, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan TNB.

Categories
SELANGOR

Pembakaran terbuka disyaki punca 223 ekar hutan terbakar

mdkl 1

KUALA LANGAT, 28 OGOS : Aktiviti pembakaran terbuka yang tidak terkawal dan akhirnya merebak disyaki punca 223 hutan di Tanjung 12 terbakar.

Yang Di Pertua Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) Mohd Azhar Mohamed Ali berkata siasatan awal mengesyaki pembakaran terbuka dibuat di tanah gambut bagi tujuan pertanian.

“Punca kebakaran masih belum dikenalpasti, pihak Bomba juga belum mengesahkan punca sebenar, tetapi berdasarkan hasil siasatan awal boleh dikatakan ia berpunca daripada pembakaran terbuka,” jelas Azhar.mdkl 3

MDKL menasihatkan orang-ramai supaya supaya bersama-sama memikul tanggungjawab mencegah bencana ini dari berulang. Sebarang kes pembakaran terbuka perlu dilaporkan kepada Jabatan Bomba Dan Penyelamat.

“Kawasan tanah gambut ini bila berlaku kebakaran kecil ia sudah cukup untuk merebah ditambah pula dengan keadaan cuaca sebelum ini yang panas berpanjangan,”jelasnya.

– HM

Categories
NASIONAL SELANGOR

Pakar Jabatan Mineral & Geologisains dipanggil bantu lawan kebakaran

mdkl 3

Pakar dari jabatan itu juga diminta mengenalpasti struktur tanah yang turut mempengaruhi usaha melawan kebakaran.

Yang Di Pertua Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) berkata langkah-langkah awal ini diambil kerana sistem saliran sedia-ada menghadkan kemampuan Jabatan Bomba dan Penyelamat mengawal dan memadamkan kebakaran.

“Dalam siri kebakaran yang berlaku di kawasan pentadbiran MDKL, pihak kami sering berdepan dengan kegagalan mendapatkan sumber air dari saliran. Air yang ada tidak mencukupi jadi pihak kami terpaksa mengambil masa yang lama untuk menyalurkan air untuk kerja-kerja kebakaran,”ujarnya.

Kuala Langat adalah antara kawasan yang kerap menghadapi kebakaran antaranya berpunca daripada keadaan tanah dalam wilayah itu.

Serentak dengan memanfaatkan kepakaran JMG, MDKL sedang membina kolam-kolam takungan di beberapa kawasan dalam wilayah pentadbirannya sebagai persediaan menghadapi bencana kebakaran di masa hadapan.

– HM