Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Suspek kes buang sisa kimia di Kajang ditahan

KUALA LUMPUR, 8 FEB: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor dengan kerjasama polis memberkas suspek yang disyaki terlibat dalam kes pembuangan haram sisa kimia di rezab Sungai Langat, Taman Seri Reko, Kajang, Selangor pada 3 Feb lepas.

Ketua Pengarah Alam Sekitar Norlin Jaafar yang memaklumkan perkara itu dalam satu kenyataan malam tadi bagaimanapun tidak menyatakan jumlah suspek yang diberkas pihak berkuasa itu semalam.

Menurutnya, berdasarkan maklumat risikan, JAS Selangor menemukan sebuah lori tiga tan yang disyaki digunakan dalam aktiviti itu yang nyaris menyebabkan Sungai Langat tercemar dan lori terbabit disita jabatan berkenaan untuk siasatan lanjut.

Katanya, kertas siasatan sedang dilengkapkan untuk membawa suspek terbabit ke muka pengadilan di bawah Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang membawa hukuman berat iaitu penjara mandatori dan boleh didenda tidak melebihi RM500,000.

“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada orang awam yang melaporkan mengenai kejadian ini dan sebarang aduan pencemaran hendaklah dilaporkan terus ke talian bebas tol JAS di 1-800-88-2727 atau e-mel ke [email protected] dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my.

“Saya juga ingin menegaskan JAS sentiasa mengambil tindakan tegas dan tiada kompromi terhadap penjenayah alam sekitar,” katanya.

Pada 3 Feb, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dalam kenyataan turut memaklumkan pihaknya akan melakukan siasatan lanjut berikutan penemuan tong berisi bahan buangan berjadual yang berpotensi menjadi punca pencemaran sungai.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

JAS buka kertas siasatan kes buang sisa kimia di Kajang

PUTRAJAYA, 3 FEB: Jabatan Alam Sekitar membuka kertas siasatan berhubung kejadian pembuangan haram bahan kimia di rizab Sungai Langat, Taman Seri Reko, Kajang semalam, kata Ketua Pengarahnya Norlin Jaafar.

Beliau berkata JAS Selangor sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu dan pemeriksaan di lokasi petang semalam mendapati terdapat 21 tong berisi larutan cecair yang berbau seperti pelarut.

“Tiada tumpahan cecair dikesan di atas tanah semasa siasatan dan tidak kelihatan sebarang cecair mengalir di atas tanah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Norlin berkata kawasan berkenaan ditutup bagi mengelak sebarang kesan bahan kimia kepada orang awam, manakala sampel bahan kimia tersebut dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.

Beliau berkata kertas siasatan dibuka mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 termasuk Seksyen 34A iaitu gagal mengemukakan laporan mengenai kesan kepada alam sekeliling (EIA) daripada aktiviti yang ditetapkan (penstoran luar tapak) dan Seksyen 34B iaitu menempatkan buangan terjadual di premis tanpa mendapat apa-apa kelulusan daripada ketua pengarah.

Siasatan turut membabitkan Seksyen 18(1) iaitu menjalankan aktiviti di premis yang ditetapkan tanpa mendapat apa-apa lesen daripada ketua pengarah dan Seksyen 19(a) iaitu menjalankan aktiviti di premis yang ditetapkan tanpa mendapat apa-apa kebenaran bertulis daripada ketua pengarah.

“Pihak JAS sedang giat memburu pelaku yang bertanggungjawab terhadap insiden ini dan tangkapan akan dibuat ke atas orang yang disyaki dalam masa terdekat,” kata Norlin.

Orang awam diminta membuat aduan pencemaran secara terus ke talian bebas tol JAS di 1-800-88-2727 atau e-mel keĀ [email protected] atau melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my.

Terdahulu, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dalam kenyataan memaklumkan pihaknya akan melakukan siasatan lanjut berikutan penemuan tong-tong berisi bahan buangan berjadual itu yang berpotensi menjadi punca pencemaran sungai.

– BERNAMA

Categories
SELANGOR

Projek Jalan Reko dijangka siap penghujung 2016

Oleh: AFIX REDZUAN

BANGI, 4 JAN: Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengadakan lawatan kerja di Bangi bagi melihat perkembangan projek menaiktaraf laluan B17 Jalan Bangi/Jalan Reko berhadapan pintu masuk Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini, hari ini.

Beliau tiba sekitar jam 8.40 pagi dengan memandu sendiri kenderaan Jabatan Kerja Raya (JKR) sambil ditemani Pengarah JKR Selangor, Datuk Ir Hamizan Mohd Inzan.

Mohamed Azmin diberikan taklimat hampir 10 minit berkenaan perkembangan semasa fasa pertama projek sepanjang 5.75 kilometer yang disampaikan sendiri Ir Hamizan.

Azmin AliSetakat ini, projek sudah berjalan 66 peratus, namun lewat 12 hari yang sepatutnya siap 70 peratus mengikut jadual disebabkan proses pengambilalihan tanah.

Beliau berkata, projek itu dijangka siap penghujung tahun ini disebabkan kelewatan proses pengambilan tanah membabitkan lapan lot milik UKM dan satu milikan individu.

“Saya berterima kasih kepada UKM kerana membenarkan kerja dimulakan di atas tanah mereka walaupun proses pengambilam tanah masih berjalan untuk pembinaan jalan empat lorong ini.

“Projek ini penting dan memberikan manfaat juga kepada UKM selain keselesaan kepada pengguna di Bangi dan Kajang.

“Saya meminta Pegawai Daerah Hulu Langat menyegerakan pemberian borang H supaya proses pengambilalihan dan bayaran pampasan boleh dibuat dalam tempoh dua minggu daripada sekarang,” katanya.

jalan rekoProjek yang menelan kos hampir RM49.66 juta sepatutnya dijadualkan siap, pada 28 Julai ini.

Mohamed Azmin berkata, kos pengambilan tanah menelan belanja RM55 juta, manakala RM38 juta bagi kos pengalihan utiliti, bahkan beliau sendiri akan memantau perkembangan projek selain mengharapkan tempoh penyiapan jalan dapat dipendekkan.

Selain itu, projek itu juga berhadapan masalah pembinaan struktur kekal di atas tanah rizab jalan, namun notis pengalihan sudah diberikan kepada pemilik.

-NFN-

Categories
SELANGOR

MB lawat perkembangan projek Jalan Reko

Oleh: AFIX REDZUAN

BANGI, 4 JAN: Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengadakan lawatan kerja di Bangi bagi melihat perkembangan projek menaiktaraf laluan B17 Jalan Bangi/Jalan Reko berhadapan pintu masuk Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

lampu jalan jkrBeliau tiba sekitar jam 8.40 pagi dengan memandu sendiri kenderaan Jabatan Kerja Raya (JKR) sambil ditemani Pengarah JKR Selangor, Datuk Ir Hamizan Mohd Inzan.

Mohamed Azmin diberikan taklimat hampir 10 minit berkenaan perkembangan semasa fasa pertama projek sepanjang 5.75 kilometer yang disampaikan sendiri Ir Hamizan.

Setakat ini, projek sudah berjalan 66 peratus, namun lewat 12 hari yang sepatutnya siap 70 peratus mengikut jadual disebabkan proses pengambilalihan tanah.

Projek yang menelan kos hampir RM49.66 juta dijangka siap 28 Julai ini.

-NFN-