Categories
NASIONAL

Pemilihan PKR 2014: 21 dilucutkan pencalonan di Selangor

Oleh : NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA, 11 JUN: Jawatankuasa Aduan Pemilihan (JAP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) memutuskan melucutkan pencalonan terhadap 21 calon di Selangor yang bertanding bagi merebut jawatan di peringkat pusat dan cabang.

Pemilihan 2014Pengerusi JAP, Abdul Malik Hussain, berkata selain itu tiga calon lagi akan dirujuk kepada Lembaga Displin PKR.

Perkara itu diputuskan selepas membuat penelitian terhadap dua negeri kritikal iaitu di Selangor dan Sabah , sehingga 9 Jun lalu.

“Perlucutan ini melibatkan pelucutan pencalonan di cabang-cabang yang akan diadakan pemilihan semula.

“Negeri-negeri lain di Sarawak dan Semenanjung akan menyusul kemudian dalam masa terdekat,” kata Abdul Malik.

Berikutan keputusan bantahan pemilihan di 17 cabang Negeri Selangor.

1. Ampang – bantahan ditolak – status pemilihan kekal.

2. Gombak- bantahan berasas. Tiada pemilihan semula dan seorang dilucutkan pencalonan dan seorang dirujuk ke Lembaga Displin.

3. Kota Raja – bantahan berasas. Pemilihan semula Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan cabang. Dua dilucutkan pencalonan, dua dirujuk kepada Lembaga Displin.

4. Pandan – bantahan berasas tetapi cuma melibatkan permintaan mengira semula undian pemilihan Ketua Wanita Cabang – tiada pemilihan semula.

5. Selayang – bantahan berasas.  Pemilihan semula Majlis Pimpinan Pusat dan Cabang. Lima calon dilucutkan pencalonan

6. Petaling Jaya Selatan – bantahan berasas. Pemilihan semula MPP dan cabang. Dua calon cabang dilucutkan pencalonan.

7. Sepang – bantahan berasas. Pemilihan semula MPP dan cabang. Tiga calon AJK cabang dilucutkan pencalonan.

8. Kuala Langat – bantahan berasas. Pemilihan semula MPP dan cabang. Dua dilucutkan pencalonan.

9. Subang – bantahan berasas. Pemilihan semula MPP dan cabang. Seorang dilucutkan pencalonan.

10. Sabak Bernam – bantahan berasas. Pemilihan semula MPP dan cabang. Seorang dilucutkan pencalonan.

11. Shah Alam – bantahan berasas. Undian disambung ke masa tambahan hari kedua.

12. Klang – bantahan berasas. Pemilihan semula MPP dan cabang. Seorang dilucutkan pencalonan.

13. Hulu Langat – bantahan berasas. Pemilihan semula MPP dan cabang.

14. Kapar – bantahan berasas. Pemilihan semula MPP dan cabang.

15. Puchong – bantahan berasas. Pemilihan semula MPP dan cabang.

16. Hulu Selangor – bantahan berasas. Pemilihan semula MPP dan cabang.

17. Kelana Jaya – bantahan berasas.
Pemilihan semula MPP dan cabang. Seorang dilucutkan pencalonan.

Sementara itu Majlis Pimpinan Pusat (MPP) akan membuat penelitian lebih mendalam di tiga cabang; Puchong, Sepang dan Serdang terhadap beberapa isu berbangkit dan akan diputuskan dalam masa terdekat.

Abdul Malik berkata, bagaimanapun nama mereka yang dilucutkan pencalonan hanya diumumkan selepas calon terlibat dimaklumkan perkembangan terbabit.

EZY

JURNAL BERITA – MB arah peguam serah notis saman pada Manikavasagam

1. MB arah peguam serah notis saman pada Manikavasagam

2. Abdul Khalid luang masa sambut Hari Wesak bersama penduduk Cheras

3. Pemilihan PKR: Undian Selangor tertinggi, 5 cabang dikira di Ibu Pejabat

4. MBPJ wajibkan 10% bangunan komersil sedia tempat letak kereta wanita

5. Krisis politik Terengganu, PAS negeri adakan mesyuarat khas

6. Kemelut politik Umno Terengganu, satu lagi ‘bala’ buat Najib

7. Najib muka tak tahu malu, mustahil akan letak jawatan

8. Anwar, Azizah kemalangan di Desa Sri Hartamas

9. Krisis Politik Umno Terengganu, balasan rampasan kuasa Perak

10.PRK Bukit Gelugor: RamKarpal sasar peningkatan majoriti

11.PRK Bukit Gelugor: Alasan MCA tidak masuk akal

12.JPP Aduan Pemilihan: Tiada aduan terhadap Abdul Khalid

13.80 peserta berkonvoi selami kehidupan masyarakat

14.Soccerkids MBSA ungguli Kejohanan Bola Sepak Junior 1MCC-Yamaha 2014

15.Abdul Samah Ketua Polis Selangor baru

16.Hari Muzium Antarabangsa 14-18 Mei tampil pelbagai acara menarik