Categories
AGENSI SELANGOR

Jerebu: YIDE edar 1,000 penutup mulut

SHAH ALAM, 22 SEPT: Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) mengedarkan 1,000 penutup mulut dan air mineral kepada orang awam di Masjid Jamek Raja Tun Uda, Seksyen 16, di sini, pada 20 September lalu.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nur Mohd Razali Abdullah berkata, edaran itu dilakukan sebagai langkah awal penjagaan kesihatan terutama ketika menghadapi fenomena jerebu yang semakin membimbangkan pada masa kini.

Katanya, selain mengedarkan penutup mulut pihaknya bersama jemaah masjid turut melaksanakan solat sunat Istisqa’ memohon hujan turun, sekali gus meredakan jerebu.

“Edaran penutup mulut ini dilakukan sebagai sebahagian tanggungjawab sosial YIDE yang juga badan berorentasikan kebajikan di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

“YIDE menyeru orang awam khususnya kanak-kanak untuk menjaga kesihatan serta mengikut mengikut panduan dalam menangani fenomen jerebu ini,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Kanak-kanak turut dibekalkan penutup mulut dan hidung oleh YIDE sebagai persediaan berdepan cuaca jerebu. – Foto Facebook YIDE

Terdahulu, YIDE turut mengedarkan 1,000 penutup mulut di sekitar kawasan Johan Setia.

Sementara itu, berdasarkan laporan rekod bacaan jerebu di portal Jabatan Alam Sekitar, Johan Setia sebagai kawasan tunggal di Selangor merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di paras sangat tidak sihat dengan bacaan 202 setakat jam 2 petang tadi.

Manakala, lima kawasan di Selangor direkodkan pada paras tidak sihat iaitu Kuala Selangor (161), Shah Alam (138), Petaling Jaya (134), Klang (133) dan Banting (121).

Berdasarkan rekod, bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Orang ramai boleh merujuk laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) di http://apims.doe.gov.my/public_v2/api_table.html.

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Jerebu: Jumlah kawasan IPU tidak sihat meningkat

KUALA LUMPUR, 22 SEPT: Jumlah kawasan dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 8 pagi ini, meningkat kepada 38 kawasan berbanding 18 kawasan bagi tempoh sama, semalam.

Jumlah itu menyaksikan penambahan lokasi di beberapa negeri yang terjejas serta penambahan negeri baharu seperti Kedah, Perak, Melaka, Pahang, Johor dan Terangganu.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Kedah menjadi negeri terbaharu dengan dengan IPU tidak sihat membabitkan dua kawasan iaitu Sungai Petani (107) dan Kulim Hi-Tech (105) diikuti Perak dengan lima kawasan iaitu Taiping (111), Tasek Ipoh (164), Pegoh Ipoh (145), Seri Manjung (132) dan Tanjung Malim (132).

Kawasan baharu dengan IPU tidak sihat termasuk ILP Miri, Sarawak (102); Port Dickson, Negeri Sembilan (104); Alor Gajah, Melaka (104); Segamat, Johor (129); Seberang Jaya , Pulau Pinang (103) dan lima di Pahang iaitu Rompin (114);Temerloh (127); Jerantut (134); Indera Mahkota Kuantan (142); dan Balok Baru Kuantan (135).

Turut menjadi negeri terbaharu kualiti udara tidak sihat ialah Terengganu dengan tiga kawasan membabitkan Kemaman (142), Paka (125) dan Kuala Terengganu (136).

Sementara itu, Sarawak menunjukkan perkembangan baik selepas hanya empat kawasan berada pada paras IPU tidak sihat pagi ini, iaitu Miri (107); Sri Aman (183); Kuching (139); dan Samarahan (136) berbanding lapan kawasan, semalam.

Kekal dengan IPU tidak sihat sejak semalam, adalah dua kawasan di Kuala Lumpur iaitu Cheras dan Batu Muda masing-masing dengan bacaan IPU 153 dan 173, sementara Putrajaya (138) diikuti Minden (140) dan Balik Pulau (151) di Pulau Pinang.

Turut kekal dengan IPU lebih 100, Tangkak, Johor (106) dan enam kawasan di Selangor iaitu Johan Setia Klang (193); Kuala Selangor (152), Petaling Jaya (148); Shah Alam (143); Klang (131); dan Banting (116), diikuti Negeri Sembilan melibatkan Nilai (140) dan Seremban (124).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Untuk berita terkini berkaitan jerebu boleh layari www.bernama.com.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Jerebu: IPU 19 kawasan masih tidak sihat

KUALA LUMPUR, 21 SEPT: Walaupun jerebu teruk melanda seluruh negara sejak beberapa hari lepas mula menunjukkan keadaan semakin positif berdasarkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU), namun masih terdapat beberapa kawasan yang berada pada tahap tidak sihat.

Setakat pukul 7.00 petang ini, Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) mencatatkan 19 kawasan dengan bacaan IPU tidak sihat, di mana Batu Muda di Kuala Lumpur mencatatkan bacaan paling tinggi iaitu 161.

Satu lagi kawasan di Kuala Lumpur iaitu Cheras mencatatkan bacaan 150 manakala empat kawasan di Sarawak masih berada pada tahap tidak sihat ialah Sri Aman (104); Kuching (156); Samarahan (136); dan Sarikei (109).

Sebanyak enam kawasan di Selangor merekodkan bacaan IPU lebih daripada 101 iaitu Johan Setia, Klang (157), Petaling Jaya (144), Shah Alam (131), Banting (114), Klang (118) dan Kuala Selangor (106) serta dua kawasan di Negeri Sembilan iaitu di Nilai (139) dan Seremban (128).

Putrajaya dan Segamat serta Tangkak di Johor, masing-masing mencatatkan bacaan IPU 137, 130 dan 102.

Selain itu, turut mencatat bacaan IPU tidak sihat ialah Temerloh dan Jerantut di Pahang iaitu masing-masing mencatatkan bacaan IPU 102 dan 112.

Sementara itu, 60 peratus daripada 81 hektar ladang dan hutan di kawasan Sri Aman, Sarawak yang terbakar telah dipadam setakat semalam.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (kiri) menyarungkan topeng muka kepada adik Muhammad Irfan Mikhail ketika mengedarkan topeng muka secara percuma kepada orang ramai berikutan keadaan jerebu yang masih pada tahap tidak sihat di Kompleks Muhibbah Taman Nirwana hari ini. Foto BERNAMA

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pihak bomba, Angkatan Pertahanan Awam, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dengan kerjasama pelbagai agensi sedang bekerja keras memadamkan baki 32 hektar lagi kawasan yang terbakar dalam operasi pemadaman selama 24 jam yang bermula sejak 19 September lalu.

Operasi pembenihan awan di Sri Aman, Sarawak semalam pula berjaya menurunkan bacaan IPU di kawasan itu daripada tahap bahaya lebih 400 semalam kepada tahap tidak sihat 125 pada pukul 10 pagi tadi.

Menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS), kebakaran hutan belukar di Kampung STC Sri Aman, Jalan Tisak Betong dan Jalan Ketajau yang menyebabkan jerebu teruk di kawasan itu juga sedang dalam tindakan pemadaman oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Operasi pembenihan awan berjaya kurangkan jerebu di Sri Aman

PUTRAJAYA, 21 SEPT: Operasi pembenihan awan di Sri Aman, Sarawak semalam berjaya menurunkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan itu daripada tahap bahaya lebih 400 semalam kepada tahap tidak sihat 125, pada pukul 10 pagi tadi.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam kenyataan hari ini berkata, kebakaran hutan belukar di Kampung STC Sri Aman, Jalan Tisak Betong dan Jalan Ketajau yang menyebabkan jerebu teruk di kawasan itu juga sedang dalam tindakan pemadaman oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Dalam pada itu, JAS berkata secara keseluruhannya kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia masih menyebabkan jerebu merentas sempadan dan memberi kesan kepada peningkatan bacaan IPU di semua kawasan di sepanjang Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia, bahagian Barat Sarawak dan sekitar kawasan Tawau dan Sandakan, Sabah.

Berdasarkan laporan oleh ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) semalam, katanya imej satelit National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) 20, menunjukkan terdapat peningkatan titik panas (hotspot) di Sumatera iaitu sebanyak 676.

“Manakala titik panas di Kalimantan, Indonesia berkurangan kepada 332, dan 20 titik panas dikesan di dalam negara iaitu di Semenanjung Malaysia (9), Sarawak (7) dan Sabah (4),” katanya.

Menurut JAS, Peta Jerebu Serantau dikeluarkan ASMC semalam pula menunjukkan kluster titik panas di Sumatera Tengah, Sumatera Selatan, Riau dan Jambi berterusan melepaskan asap jerebu sederhana hingga tebal.

“Asap jerebu dari Sumatera memberi kesan kepada hampir keseluruhan Semenanjung Malaysia. Di Kalimantan, kluster titik panas di Kalimantan Barat, Kalimantan Tengah dan Kalimantan Selatan berterusan melepaskan asap jerebu dimana memberi kesan jerebu di Sarawak,” jelasnya.

Setakat pukul 5.00 petang tadi, sebanyak 18 stesen di seluruh negara mencatatkan bacaan pada tahap tidak sihat dengan empat daripadanya di Sarawak iaitu Kuching (159), Samarahan (139), Sarikei (113) dan Sri Aman (107).

Di Selangor stesen terbabit ialah Johan Setia, Klang (152), Petaling Jaya (145), Shah Alam (128), Banting (115) dan Klang (113); manakala Kuala Lumpur melibatkan stesen Batu Muda serta Cheras masing-masing merekodkan bacaan 158 dan 150; dan Putrajaya 138.

Kawasan lain yang turut mencatatkan bacaan IPU tidak sihat ialah Nilai (138) dan Seremban (127) di Negeri Sembilan; Segamat (131) dan Tangkak (102) di Johor; serta Jerantut (114) dan Temerloh (102) di Pahang.

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Jerebu: 18 kawasan masih dalam kategori tidak sihat

KUALA LUMPUR, 21 SEPT: Kualiti udara di negara ini pada keseluruhannya bertambah baik dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pagi ini menunjukkan penurunan dan tiada kawasan berada pada tahap sangat tidak sihat.

Setakat 8 pagi ini, 18 kawasan mencatat bacaan tidak sihat iaitu lapan di Sarawak iaitu Sri Aman (170); Kuching (179); Samarahan (153); Sarikei (136); Sibu (127); Mukah (109); Bintulu (105); dan Samalaju (103).

Semalam Sri Aman mencatat bacaan IPU pada tahap berbahaya iaitu melebihi 400.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), sebanyak tiga kawasan di Selangor merekodkan bacaan IPU yang dikategorikan kualiti udara tidak sihat iaitu Shah Alam (108); Johan Setia (144); dan Banting (119); serta dua kawasan di Negeri Sembilan iaitu Nilai (139); dan Seremban (117).

Di Kuala Lumpur, dua kawasan masih mencatat bacaan IPU pada tahap tidak sihat iaitu Batu Muda (133) dan Cheras (142); manakala Putrajaya pula mencatat bacaan IPU 141.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Untuk berita terkini berkaitan jerebu boleh layari www.bernama.com.

-BERNAMA

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Keadaan jerebu di seluruh negara beransur pulih

KUALA LUMPUR, 21 SEPT: Keadaan jerebu bertambah baik hampir di kesemua kawasan pada tengah malam tadi dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) terus mencatatkan penurunan.

Bagaimanapun, Sri Aman, di Sarawak masih lagi mencatatkan paras bahaya walaupun merekodkan penurunan bacaan IPU daripada 405 pada 7 malam tadi kepada 379, setakat 11 malam tadi.

Berdasarkan portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), hanya kawasan Kuching yang masih berada di tahap sangat tidak sihat iaitu 212 pada jam 11 malam berbanding 226 sebelum ini.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Untuk berita terkini berkaitan jerebu boleh layari www.bernama.com

-BERNAMA

Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Kualiti udara di Selangor catat bacaan menurun

SHAH ALAM, 20 SEPT : Kualiti udara di Selangor didapati semakin pulih ekoran bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) menurun sejak semalam.

Laporan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) setakat jam 10 pagi ini mendapati tahap kualiti udara di kesemua lokasi di negeri ini berada pada tahap tidak sihat berbanding sebelum ini sangat tidak sihat.

Di Johan Setia, Klang bacaan ialah 155, Kuala Selangor (105), Petaling Jaya (145), Shah Alam 136), Klang (121) dan Banting (112).

Sementara itu Sri Aman, Sarawak masih lagi merekodkan kualiti udara paras berbahaya iaitu 420, dan tiga lagi kawasan Kuching (246), Samarahan (219) dan Sarikei (228) mencatatkan kualiti sangat tidak sihat.

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

1,037 sekolah Sarawak ditutup, IPU Sri Aman ‘bahaya’

KUCHING, 20 SEPT: Sejumlah 1,037 sekolah di 20 daerah yang terjejas akibat jerebu di Sarawak hari ini ditutup.

Jabatan Pendidikan Negeri dalam kenyataan berkata, penutupan itu melibatkan 136 sekolah menengah dan 901 sekolah rendah yang menjejaskan 325,391 murid.

Sementara itu, Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan berkata, setakat 8 pagi ini, Sri Aman mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tahap berbahaya dengan bacaan 402.

Empat kawasan mencatatkan bacaan sangat tidak sihat iaitu Kuching (248), Samarahan (218), Sibu (202) dan Sarikei (234) manakala lima kawasan lagi mencatatkan bacaan IPU sederhana iaitu Samalaju (100), ILP Miri (91), SK Baram (87), Kapit (97) dan Limbang (76).

Hari ini, operasi pembenihan awam akan dilakukan dengan pesawat Charlie 130 Hercules milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Kualiti udara Sri Aman kembali ke tahap berbahaya

KUALA LUMPUR, 20 SEPT: Kawasan Sri Aman di Sarawak kembali merekodkan kualiti udara berbahaya apabila mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 362 setakat 7 pagi ini.

Sri Aman yang terletak berhampiran wilayah Kalimantan di Indonesia yang kini mengalami kebakaran hutan dan menyebabkan jerebu merentas sempadan, memberi kesan kepada peningkatan bacaan IPU di semua kawasan berhampiran bahagian barat Sarawak dan sekitar kawasan Tawau dan Sandakan, Sabah.

Empat lagi kawasan di negeri itu iaitu Sibu (204), Sarikei (235), Samarahan (218) dan Kuching (250) pula kekal di tahap sangat tidak sihat.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (Mestecc), Yeo Bee Yin semalam berkata, satu lagi operasi pembenihan awan akan diadakan di Sarawak hari ini bagi membantu menurunkan indeks pencemaran udara di negeri itu.

Kebakaran hutan yang turut berlaku di Sumatera pula menyebabkan kualiti udara di kawasan di sepanjang pantai barat dan selatan Semenanjung Malaysia turut terjejas.

Sebanyak 23 kawasan merekodkan bacaan tidak sihat di seluruh negara dengan IPU melebihi 101 iaitu di Minden (111) dan Balik Pulau (108) di Pulau Pinang; Tasek Ipoh (161) dan Pegoh Ipoh di Perak (119), dua kawasan di Kuala Lumpur iaitu Batu Muda (164) dan Cheras (155) serta Putrajaya (137).

Turut mencatat bacaan tidak sihat ialah enam kawasan di Selangor iaitu Kuala Selangor (111), Petaling Jaya (154), Shah Alam (143), Klang (121), Banting (116) dan Johan Setia Klang (156); dan tiga kawasan di Negeri Sembilan iaitu Nilai (135), Seremban (116) dan Port Dickson (115).

Selain itu, satu stesen di Johor iaitu di Segamat (105), dua stesen di Terengganu iaitu Kuala Terengganu (109) dan Besut (104) serta empat kawasan di Sarawak iaitu Miri (104), Samalaju (103), Bintulu (116) dan Mukah (167) turut merekodkan bacaan tidak sihat.

Sementara itu, 40 kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak mencatatkan IPU sederhana.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Penerbangan di LTSAS dibatal lagi akibat jerebu

IPOH, 19 SEPT: Semua penerbangan yang dijadualkan di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS), di sini terpaksa dibatalkan lagi hari ini akibat jerebu.

Pengurus LTSAS, Mohd Ali Osman berkata, penerbangan yang dibatalkan melibatkan laluan Singapura-Ipoh-Johor Bahru daripada syarikat AirAsia Bhd; laluan Ipoh-Johor Bahru-Ipoh (Malindo) dan syarikat penerbangan tambang murah Singapura, FlyScoot iaitu laluan Singapura-Ipoh-Singapura.

“Enam penerbangan melibatkan 12 pergerakan pergi dan balik ke Singapura dan Johor Bahru tidak dapat beroperasi lagi hari ini berikutan keadaan jerebu.

“Dua penerbangan dibatalkan pada pagi ini sejak pukul 9.45 pagi tadi,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Mohd Ali berkata, jarak penglihatan yang direkodkan adalah 2,500 meter, awal pagi ini.

Seorang penumpang, Chong Kwai Fong, 55, berkata, beliau sepatutnya menaiki penerbangan Malindo ke Johor Bahru pada pukul 1.25 tengah hari selepas penerbangan sama dibatalkan semalam.

“Pada pukul 8 pagi tadi, saya menerima mesej bahawa penerbangan sekali lagi dibatalkan pada hari ini jadi saya terpaksa datang ke lapangan terbang ini untuk mendapatkan tiket penerbangan gantian pada keesokan hari pula,” katanya.

Katanya, beliau akan bermalam di rumah ibunya di Taman Rasa Sayang di sini sehingga penerbangan beroperasi semula untuk pulang ke rumahnya di Johor Bahru.

Tinjauan Bernama mendapati kawasan sekitar lapangan terbang LTSAS masih lengang akibat pembatalan semua penerbangan pada hari ini namun terdapat beberapa penumpang yang datang ke lapangan terbang itu bagi mendapatkan gantian tempahan tiket.

Pada Jumaat lepas, seramai 549 penumpang terkandas di lapangan terbang sama berikutan tiga penerbangan tergendala akibat jerebu dan seramai 1,418 penumpang terjejas selepas semua penerbangan dibatalkan semalam.

Berdasarkan portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), sehingga 11 pagi, empat kawasan di Perak mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat iaitu Tasek Ipoh (141), Pegoh Ipoh (129) dan Seri Manjung (196), Taiping (189).

– BERNAMA

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

IPU Johan Setia menurun, Kuching dan Samarahan kekal sangat tidak sihat

KUALA LUMPUR, 19 SEPT: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kebanyakan tempat di Semenanjung berkurangan pagi ini termasuk di Johan Setia, Klang yang berada pada paras tidak sihat (188) setakat 7 pagi ini berbanding sangat tidak sihat (231), tengah malam tadi.

Bagaimanapun, bacaan IPU di Kuching dan Samarahan di Sarawak masing-masing meningkat daripada 243 kepada 271 dan 213 kepada 229 bagi tempoh yang sama iaitu kekal dalam kategori sangat tidak sihat.

Sementara itu, seramai 1.73 juta pelajar bercuti hari ini dan esok kerana sesi persekolahan di 2,459 sekolah di enam negeri dan dua Wilayah Persekutuan dibatalkan berikutan bacaan IPU melepasi 200 di kawasan terlibat.

Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan Malaysia malam tadi, enam negeri yang terlibat itu adalah Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perak, Negeri Sembilan dan Sarawak sementara Wilayah Persekutuan yang terlibat adalah Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dalam kenyataan pagi ini berkata, sebanyak 809 sekolah di 17 daerah ditutup pada pagi ini berbanding 373 sekolah seperti yang diumumkan oleh Kementerian Pendidikan malam tadi.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Tiga lagi lokasi di Sarawak capai IPU sangat tidak sihat

KUALA LUMPUR, 19 SEPT: Tiga lagi lokasi di Sarawak terkesan dengan keadaan jerebu ketika ini, menjadikan keseluruhan lima kawasan di negeri berkenaan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap sangat tidak sihat.

Berdasarkan portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) setakat jam 11 malam tadi, ketiga-tiga lokasi yang menunjukkan bacaan IPU pada tahap sangat tidak sihat ialah Sibu (206), Sarikei (206) dan Samarahan (209).

Bacaan IPU ketiga-tiga kawasan itu berada dalam keadaan tidak sihat setakat 6 petang semalam, selain Sri Aman (228) dan Kuching (236) yang masih menunjukkan bacaan IPU pada tahap sangat tidak sihat, manakala tiga lagi lokasi di seluruh negara turut berada pada tahap sama iaitu Johan Setia Klang (244), Balik Pulau (241) dan Minden (213).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Dalam pada itu, Kementerian Pendidikan, dalam kenyataan malam tadi, memaklumkan sebanyak 2,459 sekolah ditutup hari ini melibatkan keseluruhan 1,732,842 pelajar di enam negeri dan dua wilayah persekutuan.

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, dalam kenyataan pula, memaklumkan penangguhan program Sambutan Minggu Perpaduan 2019 yang sepatutnya berlangsung pada Sabtu dan Ahad ini di Dataran Merdeka ekoran keadaan jerebu yang mencatat bacaan IPU yang sangat tidak sihat di ibu negara.

Sementara itu, Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Dr Siti Zaharah Ishak menasihatkan pengguna jalan raya agar lebih berhati-hati dalam keadaan jerebu bagi mengelakkan kemalangan.

“Pakai pakaian yang berwarna terang atau jaket pemantul cahaya ketika menunggang (motosikal), berhenti di tempat yang selamat seperti di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) atau di tempat yang dikhaskan untuk berhenti sekiranya tidak selamat untuk meneruskan perjalanan.

“Pejalan kaki pula perlu sedar bahawa pemandu atau penunggang (motosikal) mungkin tidak dapat melihat mereka. Justeru, pejalan kaki disaran untuk peka terhadap keadaan sekeliling dan hanya melintas di tempat yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan.

– BERNAMA