Categories
AGENDA NASIONAL

404 individu kuarantin jalani projek rintis pemakaian gelang peranti digital

SHAH ALAM, 1 SEPT: Kementerian Kesihatan (KKM) sedang melaksanakan projek rintis pemakaian gelang peranti digital bagi individu yang menjalani kuarantin di rumah.

Menteri kesihatan Khairy Jamaluddin berkata ketika ini seramai 404 individu menjalani projek rintis berkenaan.

“Kalau kita berpuashati dengan ketepatan peranti ini kita akan laksanakan kepada lebih ramai individu yang menjalani kuarantin,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Selain itu katanya tiada kematian yang direkodkan KKM disebabkan oleh penerimaan vaksin Covid-19 sejak Program Imunisasi Covid-19 (PICK) dijalankan sehingga kini.

Menurutnya, menerusi kesan sampingan susulan imunisasi (AEFI), hanya 20.7 peratus daripada 1,000 dos yang diberikan mempunyai reaksi ringan.

“Kesan sampingan ringan yang dilaporkan antaranya sakit di bahagian suntikan, pening kepala dan kelesuan dalam kalangan penerima vaksin,” katanya.

Categories
AGENDA NASIONAL

KKM: Penduduk Lembah Klang lengkap dos vaksin bulan depan

PUTRAJAYA, 15 JULAI: Semua penduduk di Lembah Klang dijangka mendapat sekurang-kurangnya dos pertama suntikan vaksin Covid-19 awal bulan depan dan dos lengkap menjelang hujung bulan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata ia merupakan perancangan semasa kerajaan dengan mengambil contoh kejayaan kesihatan awam termasuk proses vaksinasi di Labuan.

“Merujuk kepada kejayaan tindakan kesihatan awam dan vaksinasi di Labuan, kes jangkitan baharu dilihat menurun kepada 26 kes hari ini berbanding 1,340 kes sebelum ini. Ini menunjukkan keberkesanan vaksinasi walaupun jangkitan adalah daripada varian Delta.

“Dalam masa dua minggu pelaksanaan tindakan kesihatan dan vaksinasi di Labuan, penerima dos pertama adalah 87 peratus manakala 52 peratus telah lengkap menerima dua suntikan. Apabila penerima vaksinasi mencecah lebih daripada 52 peratus, kita dapati kes baharu Covid-19 di Labuan menurun,” katanya pada sidang media khas Kementerian Kesihatan (KKM) di sini hari ini.

Beliau berkata keberkesanan tindakan kesihatan awam dan peningkatan jumlah penerima vaksin itu dapat mencegah penularan varian Delta yang menular di Labuan.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Datuk Dr Adham Baba mengesahkan vaksin jenis Pfizer-BioNTech akan digunakan di pusat pemberian vaksin (PPV) di Kelantan bagi menggantikan vaksin jenis Sinovac bermula bulan depan.

“Sebenarnya bukan di Kelantan sahaja malah akan diperluas ke seluruh negara memandangkan kita (kerajaan) telah menempah 45.7 juta dos Pfizer-BioNTech berbanding 16 juta dos Sinovac,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai keputusan penamatan pengagihan vaksin jenis Sinovac di semua PPV di Kelantan memandangkan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (CITF) hanya akan membekalkan vaksin jenis Pfizer ke semua PPV di negeri itu.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

KKM lupus 6.2 tan botol vaksin setakat Jun

Categories
AGENDA NASIONAL

Varian baharu Covid-19 merebak cepat, orang ramai diminta amal PKP kendiri

KUALA LUMPUR, 18 MEI: Kemunculan varian-varian baharu yang membimbangkan (VOC) amat merisaukan kerana kebanyakan pesakit tidak menunjukkan gejala, malah ujian saringan Covid-19 juga sering mencatatkan keputusan negatif sekalipun ada pesakit sudah berada pada tahap kritikal, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata varian-varian VOC itu juga merebak dengan lebih cepat dan dikaitkan dengan kadar kematian yang tinggi.

Katanya kebanyakan pesakit yang dijangkiti tidak menunjukkan gejala seperti batuk atau demam tetapi hanya sakit sendi, berasa lemah badan, kelesuan dan hilang selera makan.

“Ada sebahagian daripada pesakit ini tidak menunjukkan gejala-gejala awal Covid-19 yang biasa seperti kehilangan deria bau atau deria rasa. Namun, varian baharu ini cepat merebak terus ke paru-paru.

“Sebilangan besar pesakit juga tidak menunjukkan gejala demam walaupun terdapat tanda-tanda radang paru-paru yang dikesan melalui imbasan X-ray,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini dilaporkan terdapat tiga varian VOC di negara ini iaitu varian Afrika Selatan (B.1.351), varian United Kingdom (B.117) dan varian India (B.1.617.1).

Sehubungan itu, Dr Noor Hisham meminta orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kendiri bagi mengelak dijangkiti wabak berkenaan.

Ini kerana katanya gelombang Covid-19 kali ini adalah lebih bahaya berbanding gelombang sebelumnya.

“Jangan kita lalai dan kita mesti sentiasa berwaspada. Duduk di rumah sekiranya tiada urusan penting. Kita perlu amalan PKP kendiri,” katanya.

Beliau juga terus mengingatkan orang ramai supaya mengelakkan daripada pergi ke tempat-tempat sesak dan ruang sempit, sentiasa menjaga penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan kerap mencuci tangan dengan sabun atau cecair pensanitasi.

– BERNAMA

Categories
SELANGOR

Kes Covid-19 Selangor kembali meningkat, 1,328 jangkitan baharu

SHAH ALAM, 11 MEI: Kes baharu Covid-19 di Selangor kembali meningkat kepada 1,328 berbanding 1,149 yang dicatatkan semalam.

Ketua pengarah kesihatan berkata negeri itu kekal merekodkan kes tertinggi dalam negara dengan 697 kes berpunca daripada saringan kontak rapat.

“Jumlah ini termasuk 513 lain-lain saringan dan 118 jangkitan kluster,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi sidang media hari ini.

Beliau memaklumkan lima kluster baharu dikesan iaitu kluster Jalan Haji Abdul Aziz, kluster Jalan Utarid Lima, kluster Jalan Sepuluh Industri Miel, kluster Kota Warisan dan kluster Jalan Mempelam.

Katanya terdapat enam kematian dilaporkan membabitkan lima lelaki dan seorang wanita warganegara berusia lingkungan 31 hingga 83 tahun.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) pula memaklumkan sebanyak 1,073 pesakit pulih menjadikan keseluruhan sembuh adalah seramai 145,747.

“Kes aktif yang sedang dirawat sebanyak 5,229 dengan 10 daripadanya membabitkan jangkitan luar negara,” katanya menerusi Facebook.

Keseluruhannya, Selangor merekodkan 145,747 kes positif dengan 438 maut disebabkan wabak tersebut.

Categories
AGENDA NASIONAL

Covid-19: Malaysia rekod 3,973, 22 kematian

PUTRAJAYA, 11 MEI: Malaysia terus merekodkan kes Covid-19 harian melebihi angka 3,000, dengan sejumlah 3,973 kes baharu dicatatkan dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah kes positif mencecah 448,457 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh yang sama sebanyak 2,848 kes sembuh dicatatkan menjadikan jumlah kumulatifnya 408,236 kes manakala kes aktif kini 38,499.

Beliau berkata sejumlah 453 kes ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 244 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan manakala jumlah kematian akibat pandemik itu meningkat kepada 1,722 kes, susulan 22 kematian baharu dilaporkan hari ini.

Kes kematian itu melibatkan semua warganegara berumur antara 31 hingga 85 tahun dengan majoriti menghidap penyakit kronik.

Dr Noor Hisham berkata demikian dalam satu sidang media bersama Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Sementara itu, menerusi kenyataan media rasmi mengenai penularan Covid-19, Dr Noor Hisham memaklumkan terdapat 13 lagi kluster baharu dikesan hari ini termasuk empat daripadanya melibatkan kluster keagamaan dan tiga kluster di tempat kerja.

Kluster keagamaan melibatkan Kluster Jalan Haji Abdul Aziz di Selangor, Kluster Pauh Lima (Kelantan), Kluster Jalan Dato Setia (Johor) dan Kluster Dah Penghulu (Kedah) manakala kluster di tempat kerja meliputi Kluster Jalan Utarid Lima dan Kluster Jalan Sepuluh Industri Miel di Selangor serta KlusterJalan Serkam di Melaka dan Johor.

Bagi kluster komuniti membabitkan Kluster Bako Hilir di Sarawak dan Banggol Gajah Mati di Kelantan, manakala Kluster Dah Amanjaya 2 di Kedah adalah kluster kumpulan berisiko tinggi.

“Kluster Kota Warisan di Selangor adalah Kluster Institusi Pendidikan; Kluster Jalan Lingkaran Ilmu di Johor (Kluster Pendidikan Tinggi) dan Kluster Jalan Mempelam di Selangor (Institusi Pendidikan Swasta Berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan),” katanya.

Mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara mulai esok, Dr Noor Hisham berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga berasa berat hati kerana memikirkan kesannya kepada sektor-sektor lain yang terpaksa ditutup sementara, namun pendekatan itu (PKP) terpaksa diambil kerajaan memandangkan penularan Covid-19 didapati semakin meruncing dalam negara.

“Dengan jumlah kes harian sekitar 4,000 kes, 38,499 kes aktif dan 1,722 kes kematian dilaporkan setakat hari ini, Malaysia sedang berhadapan dengan kesinambungan gelombang ketiga Covid-19 yang boleh mencetuskan suatu krisis nasional,” katanya.

– BERNAMA

 

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Dua kluster baharu di Selangor babit institusi pendidikan

SHAH ALAM, 26 APRIL: Dua kluster baharu Covid-19 dikesan di Selangor membabitkan institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Ketua pengarah kesihatan berkata kluster Jalan Bukit Naga tercetus di Klang dan Petaling dengan kes indeks dilapor positif pada 19 April hasil saringan individu bergejala.

“Kluster ini membabitkan kakitangan pelajar sebuah sekolah di Jalan Bukit Naga, Shah Alam.

“Sehingga hari ini, sejumlah 127 individu disaring dengan 18 kes dikesan positif,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan.

Sementara itu, beliau berkata kluster Jalan Kuala Garing di Gombak membabitkan pelajar sebuah sekolah.

Menurutnya, kes indeks kluster terbabit dilapor positif wabak semalam hasil saringan individu bergejala.

“Sebanyak lima kes positif dikesan daripada 230 yang disaring setakat hari ini,” katanya.

 

Categories
AGENDA NASIONAL

Kes baharu Covid-19 kekal catat lebih 2,000, Sarawak tertinggi

KUALA LUMPUR, 20 APRIL: Sebanyak 2,341 kes baharu Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas, meningkat berbanding 2,078 kes semalam menjadikan jumlah kumulatif jangkitan virus setakat ini 379,473 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam Twitter rasmi memaklumkan Sarawak terus mencatatkan kes baharu tertinggi iaitu 600 kes, diikuti Selangor (539), Kelantan (429), Kuala Lumpur (344) dan Johor (102).

Sementara itu, Pulau Pinang merekodkan 92 kes, Sabah (82), Kedah (44), Perak (34), Melaka (19), masing-masing 17 kes di Negeri Sembilan dan Pahang, manakala Putrajaya dan Perlis masing-masing tiga kes dan Labuan (1).

Sementara itu, menerusi kenyataan rasmi mengenai perkembangan Covid-19 hari ini, Dr Noor Hisham berkata daripada jumlah kes baharu yang dilaporkan itu, tujuh adalah kes import manakala 2,334 kes melibatkan penularan dalam negara.

“Kes import melibatkan dua warganegara dan lima bukan warga, manakala kes tempatan membabitkan 2,209 warganegara dan 125 bukan warganegara,” katanya dengan menambah 1,592 kes sembuh dicatatkan, manakala 249 pesakit memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 95 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau berkata sebanyak tiga kematian dilaporkan melibatkan dua warga tempatan dan seorang bukan warga yang membawa kepada jumlah kumulatif sebanyak 1,389 kematian manakala kes aktif kini 21,268.

Mengenai kluster baharu, beliau berkata tujuh kluster dikesan hari ini dengan empat melibatkan komuniti, dua kluster pendidikan termasuk satu kluster sekolah atau institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta satu membabitkan penularan di tempat kerja.

Kluster baharu komuniti ialah Kampung Tengah Betong (Sarawak), Sungai Rian (Sarawak), Jalan Meranti (Selangor), Taman Dato Senu (Kuala Lumpur) dan kluster pendidikan ialah Jalan Pasir Mas-Pohon Tanjung (Kelantan) dan Jalan Padang Lallang (Pulau Pinang) manakala kluster tempat kerja ialah Hala Kampung Jawa (Pulau Pinang).

“Perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kluster kini sebanyak 1,541 dengan 340 kluster aktif, dan sebanyak tujuh kluster diisytihar tamat hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kluster yang tamat ialah 1,201,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata kluster diisytihar tamat itu ialah Kluster Jalan Industri Sofa, Kluster Andromeda, Kluster Nanga Bulo, Kluster Tapak Bina Jalan Salak, Kluster Industri Sungai Gadut, Kluster Jalan Changkat Jong dan Kluster Jalan Awang.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Covid-19: 1,300 kes baharu, lima kematian

KUALA LUMPUR, 6 APRIL: Sebanyak 1,300 kes baharu Covid-19 dengan lima kematian direkodkan hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau menerusi hantaran di laman media sosial Twitter rasmi memaklumkan daripada jumlah berkenaan, 1,276 kes membabitkan penularan tempatan manakala 24 kes merupakan kes import.

Perkembangan terbaharu itu menjadikan kes terkumpul positif Covid-19 di negara ini berjumlah 353,329 dengan kes aktif 14,161.

Tiga negeri mencatatkan kes baharu Covid tertinggi iaitu Sarawak dengan 385 kes, diikuti Selangor (242) dan Kelantan (126).

Dr Noor Hisham turut memaklumkan sebanyak 1,412 kes sembuh harian dicatatkan manakala sebanyak 189 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 88 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sementara itu dalam kenyataan mengenai perkembangan Covid-19, Dr Noor Hisham berkata 10 kluster baharu dikenal pasti, melibatkan lima kluster tempat kerja, tiga kluster komuniti, serta masing-masing satu kluster pusat tahanan dan kluster keagamaan.

Kluster tempat kerja membabitkan kluster Integrasi Rawang Tiga dan kluster Jalan Badli Shah di Selangor, kluster Jalan Maju (Sarawak), kluster Jalan Kota Kubang Labu (Kelantan) dan kluster Jalan Mega Industri (Johor).

Kluster komuniti pula adalah kluster Kampung Palekbang di Kelantan, kluster Taman Peruda (Kedah) dan kluster Kampung Belaoh (Terengganu).

Selain itu kluster pusat tahanan melibatkan kluster Padang Hijau di Johor serta kluster keagamaan iaitu kluster Belacon di Sabah.

– BERNAMA

 

Categories
AGENDA NASIONAL

KKM kesan satu kluster baharu babit tempat kerja di Selangor

SHAH ALAM, 29 MAC: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan satu kluster baharu Covid-19 di Selangor hari ini membabitkan tempat kerja.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster Seksyen 16 tercetus di Hulu Langat dan Sepang.

Menurutnya, kes indeks ke-327,393 kluster terbabit dilapor positif wabak pada 18 Mac lalu hasil saringan kontak rapat.

“Kluster ini membabitkan sebuah pusat pendidikan yang terletak di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi.

“Sehingga hari ini, sejumlah 322 individu disaring dengan 18 kes dikesan positif Covid-19,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Dr Noor Hisham, sebanyak 1,350 kluster dilaporkan setakat ini, 977 kluster tamat manakala 373 lagi kluster aktif.

Berikut perincian dua kluster lain dalam negara:

1. Kluster Jalan Azlan – Kluster tempat kerja melibatkan Kepong dan Titiwangsa, Kuala Lumpur serta Kuala Langat, Selangor

2. Kluster Taman Vistagro – Kluster komuniti melibatkan Sri Aman, Sarawak

 

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Covid-19: 1,208 kes baharu, pesakit sembuh terus meningkat

KUALA LUMPUR, 15 MAC: Kes baharu Covid-19 terus merekodkan penurunan kepada 1,208 kes hari ini berbanding 1,354 pada hari sebelumnya, menjadikan jumlah kumulatif kes dalam negara kini menjangkau 324,971.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata 1,199 daripada jumlah kes hari ini melibatkan kes tempatan dan sembilan lagi adalah kes import.

Beliau berkata kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 di negara ini menunjukkan penurunan kepada 15,511 kes dalam tempoh yang sama berbanding 16,279 pada hari sebelumnya, dengan 1,973 kes sembuh direkodkan, menjadikan jumlah keseluruhan pulih kini 308,247 kes.

“Selain itu, tiga kes kematian dilapor menjadikan jumlah kumulatif kematian akibat wabak itu kini 1,213,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan Covid-19 hari ini.

Dr Noor Hisham berkata kes kematian itu melibatkan masing-masing satu di Selangor, Johor dan Sarawak, manakala 155 kes dimasukkan di Unit Rawatan Rapi dengan 70 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Dr Noor Hisham berkata tiga negeri yang merekodkan kes tertinggi adalah Selangor dengan 379 kes, Sarawak (251) dan Johor (118).

Mengenai kluster baharu, beliau berkata daripada 13 kluster yang dikenal pasti melibatkan lapan negeri hari ini, 12 kluster membabitkan tempat kerja dan satu kluster keagamaan.

Kluster tempat kerja ialah kluster Sungai Puloh, Batu Tiga Lama dan Perusahaan Amari di Selangor; Jalan Mega Lima, Jalan Delima dan Batu 19 di Johor; Jalan Tanjung di Sarawak; Industri Gunung Mas di Negeri Sembilan; Jalan Lapan Belas di Kuala Lumpur; Tapak Bina Meha di Kedah; Kampung Air Batang di Pahang dan Chendering Height di Terengganu.

Kluster keagamaan pula melibatkan kawasan di Jalan Sekerat, Kedah.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata 819 kluster telah tamat termasuk enam kluster hari ini iaitu kluster Jalan Tropicana, Pengkalan Teras, Jalan Perindustrian Getah, Lengkok Pantai, Tabong dan Jalan Niaga.

“Jumlah kluster aktif adalah sebanyak 431 kluster manakala kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini ialah kluster Tanjung Suria dan Ladang Bukit masing-masing dengan 29 kes dan kluster Jalan Mega Lima (22 kes),” katanya.

– BERNAMA

 

Categories
AGENDA NASIONAL

Covid-19: Lebih 3,000 pesakit sembuh, jangkitan baharu 2,154

SHAH ALAM, 5 MAC: Seramai 3,275 lagi pesakit sembuh daripada virus Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sembuh sebanyak 286,904.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jangkitan baharu positif Covid-19 dalam negara pula kini 310,097 dengan pertambahan 2,154 kes.

“Seramai 2,149 individu dalam negara positif Covid-19, lima kes import, enam kematian dilaporkan,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19 di sini hari ini.

Dr Noor Hisham berkata 184 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi ICU dengan 87 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, 10 kluster baharu dikenal pasti hari ini dengan lapan kluster melibatkan tempat kerja dan masing-masing satu kluster keagamaan dan kluster komuniti.

“Kluster baharu tempat kerja ialah Tapak Bina Jalan Zamrud, Jalan Dato Sellathevan, Industri Cheras Jaya dan Meranti Utama di Selangor; Kampung Nyatoh di Selangor dan Negeri Sembilan; Persiaran Alam di Kuala Lumpur; Jalan Mutiara Barat di Kuala Lumpur dan Selangor; dan Perusahaan 10 di Pulau Pinang.

“Kluster baharu komuniti pula dikesan di Kuala Punteh di Sabah, manakala kluster keagamaan di Jalan Senu di Perak,” katanya.