Categories
AGENSI SELANGOR

Pelajar Yayasan Selangor dipelawa sertai pertandingan cipta video merdeka

SHAH ALAM, 20 OGOS: Pelajar tajaan Yayasan Selangor (YS) berpeluang menang hadiah wang tunai keseluruhan RM1,700 dalam pertandingan menghasilkan video pendek sempena bulan kemerdekaan negara ke-64.

Berdasarkan perkongsian agensi itu menerusi Facebook, johan pertandingan mendapat RM500, pemenang kedua RM300 diikuti ketiga RM200 manakala tujuh lagi peserta menerima sagu hati RM100 setiap seorang.

Cara penyertaan adalah peserta perlu menekan tanda suka dan mengikuti Facebook, Instagram, Twitter dan YouTube rasmi YS melalui pautan:https://linktr.ee/yayasanselangor.

Syarat lain peserta perlu menghasilkan video selama tiga minit bertema kemerdekaan sama ada bentuk lakonan, nyanyian, puisi, syair, sajak dan rap.

Video kemudian dihantar ke e-mel [email protected] dan tarikh tutup penyertaan pada 27 Ogos

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://bit.ly/3CtIRpS

Categories
AGENDA NASIONAL

Google papar logo khas Orang Utan sempena Hari Kebangsaan 2020

KUALA LUMPUR, 31 OGOS: Enjin carian Google meraikan Hari Kemerdekaan Ke-63 Malaysia dengan memaparkan lakaran doodle atau logo Orang Utan yang juga spesies berasal dari negara ini.

Mamalia ini boleh ditemui di sekitar hutan Borneo, terutamanya di Sabah dan Sarawak selain di Sumatera.

Google telah menampilkan lakaran doodle khas bagi meraikan acara bersejarah atau detik bermakna di serata dunia sejak 20 tahun lepas.

Bagi Malaysia, Orang Utan adalah haiwan kedua sempena Hari Kebangsaan selain harimau Malaya serta elemen lain seperti teh tarik dan wau bulan.

Namun, bunga raya menjadi doodle yang paling banyak dipaparkan.

Hari Kebangsaan diraikan setiap 31 Ogos yang menandakan negara bebas daripada penjajahan Britain dengan pengisytiharannya dibuat pada 31 Ogos,1957.

Ini disusuli dengan tarikh keramat 16 September 1963 yang menyaksikan pembentukan Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak.

-BERNAMA