Categories
AGENDA NASIONAL

Google papar logo khas Orang Utan sempena Hari Kebangsaan 2020

KUALA LUMPUR, 31 OGOS: Enjin carian Google meraikan Hari Kemerdekaan Ke-63 Malaysia dengan memaparkan lakaran doodle atau logo Orang Utan yang juga spesies berasal dari negara ini.

Mamalia ini boleh ditemui di sekitar hutan Borneo, terutamanya di Sabah dan Sarawak selain di Sumatera.

Google telah menampilkan lakaran doodle khas bagi meraikan acara bersejarah atau detik bermakna di serata dunia sejak 20 tahun lepas.

Bagi Malaysia, Orang Utan adalah haiwan kedua sempena Hari Kebangsaan selain harimau Malaya serta elemen lain seperti teh tarik dan wau bulan.

Namun, bunga raya menjadi doodle yang paling banyak dipaparkan.

Hari Kebangsaan diraikan setiap 31 Ogos yang menandakan negara bebas daripada penjajahan Britain dengan pengisytiharannya dibuat pada 31 Ogos,1957.

Ini disusuli dengan tarikh keramat 16 September 1963 yang menyaksikan pembentukan Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak.

-BERNAMA

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Google beri penghormatan khas kepada Sudirman

OLEH AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 25 MEI: Google hari ini memberi penghormatan khas kepada legenda seni tanah air, Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad, dengan memaparkan imej utama bagi laman carian berkenaan.

Penghormatan sempena kelahiran permata seni negara berkenaan yang jatuh pada hari ini (25 Mei) mengimbau semula kenangan penghibur yang gah mencipta nama di Asia itu.

Paparan “Doodle” yang diletakkan pada imej utama laman carian Google itu tertera kapsyen “Sudirman Arshad’s 65th Birthday” dan jika diklik, paparan maklumat penyanyi berkenaan akan disiarkan.

Allahyarham Sudirman yang berasal dari Temerloh, Pahang dilahirkan pada 1954 dan memulakan kerjaya sebagai penyanyi apabila dinobatkan sebagai juara Bintang RTM, pada 11 Ogos 1976.

Pada 15 April 1986, beliau mengadakan sebuah konsert di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur yang mencipta sejarah apabila berjaya menarik lebih 100,000 orang daripada pelbagai kaum.

Sepanjang 16 tahun kerjayanya dalam lapangan seni suara tanah air, Allahyarham Sudirman merakamkan 15 album studio, 52 album kompilasi dan puluhan lagu hits serta memenangi pelbagai anugerah tempatan juga antarabangsa.

Antara lagu popular dendangan Allahyarham adalah Balik Kampung, Pelangi Petang, Salam Terakhir, Ayah dan Ibu, Merisik Khabar, Warisan dan Terasing.

Pencapaian tertinggi dalam kerjanya adalah apabila Allahyarham memenangi anugerah Asian Popular Music Awards di London Royal Albert Hall, pada 1989 yang menjadi batu loncatan buat kerjayanya sebagai penyanyi untuk dikenali di peringkat antarabangsa.

Allahyarham juga juga adalah satu-satunya pemegang gelaran “Penghibur Nombor 1 Asia”, pada 19 Mac 1989 dari Pahang, sebelum kehadiran Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Selain menyanyi, Allahyarham juga mempunyai kebolehan lain sebagai penggubah lagu, peguam, penulis, pengarang (buku memoir dan kanak-kanak), pelukis kartun, usahawan dan pelakon.

Allahyarham Sudirman mengembuskan nafas terakhir pada 22 Februari 1992, selepas tujuh bulan bertarung dengan penyakit radang paru-paru.

Categories
GLOBAL

Google tamat lebih 60 akaun berkait IRIB

SAN FRANCISCO, 24 OGOS: Google menyekat saluran YouTube dan akaun lain berhubung kempen salah maklumat dikaitkan Iran, semalam.

Naib Presiden Google, Kent Walker berkata, pihaknya bekerja sama dengan firma keselamatan siber, FireEye serta akaun dikaitkan dengan Penyiaran Republik Islam Iran (IRIB) sejak Januari 2017.

“Kami mengenal pasti dan menamatkan sejumlah akaun dikaitkan dengan organisasi IRIB yang menyembunyikan kaitan mereka.

“Pihak yang terbabit dalam operasi pengaruh seperti ini melanggar dasar kami dan kami segera mengeluarkan kandungan seperti itu daripada perkhidmatan dan menamatkan akaun mereka,” katanya dalam kenyataan.

Google menjadi perkhidmatan dalam talian terbaharu melakukan tindakan keras terhadap usaha salah maklumat berpunca daripada Russia dan Iran dengan sasaran jelas mencetuskan huru-hara dan kekeliruan sebelum pilihan raya Amerika Syarikat (AS), pada November.

Gergasi teknologi itu berkata, ia menyekat 39 saluran YouTube yang menarik sejumlah 13,466 paparan di AS berkaitan ‘video relevan’ dan menyekat enam akaun di Blogger serta 13 akaun di rangkaian sosial Google+.

“Sebagai tambahan kepada perisikan yang kami terima daripada FireEye, pasukan kami menyiasat secara meluas pihak mencurigakan dikaitkan Iran yang terbabit dalam usaha ini,” kata Google. -AFP

 

Categories
SELANGOR

Selangor cari peluang kerjasama dengan Google Malaysia

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 10 JUN: Kerajaan Selangor sedang mencari peluang kerjasama dengan syarikat Google Malaysia khususnya dalam bidang pendidikan dan teknologi maklumat.

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata ia bagi menambah baik pembudayaan ilmu untuk diterapkan kepada masyarakat di negeri iTU.

“Sedikit sebanyak pembangunan negara bergantung kepada pembentukan modal insan cemerlang. Ia bermula dengan generasi muda melalui pendidikan yang baik.

11393119_938734952843595_7614038300706384989_n“Pembudayaan ilmu terutama teknologi terkini juga perlu diterapkan kepada masyarakat di Selangor,” katanya melalui laman sosial Facebook.

Terdahulu, beliau mengadakan lawatan bersama Pejabat Sumber Manusia dan Bahagian Teknologi Maklumat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), wakil Fakulti Teknologi Maklumat Universiti Selangor (UNISEL) dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) ke ibu pejabat Google Malaysia di KL Sentral.

Lawatan itu bertujuan mengenali lebih dekat syarikat teknologi terbesar di dunia di samping membincangkan peluang kerjasama.

Mereka turut diberi penerangan berkenaan budaya inovasi dan usaha penemuan baru oleh Google Malaysia untuk menyelesaikan masalah sedia ada.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Google beri penghormatan kepada Allahyarham Mokhtar Dahari

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 13 NOV: Google memberikan penghormatan kepada lagenda bola sepak Malaysia, Allahyarham Datuk Mohd Mokhtar Dahari dengan memaparkan karikatur beliau pada laman utama carian mereka sempena ulangtahun kelahirannya pada 13 November.

Karikatur Allahyarham yang lahir pada 13 November 1953 dipaparkan dengan reaksi mendepakan tangan sambil memakai jersi kebangsaan bernombor 10.

Gambar-Mokhtar-Dahari-Bersama-Maradona-1Allahyarham yang terkenal dengan jolokan ‘Super Mokh’ merupakan penyerang sensasi pasukan Selangor sejak 1972 hingga 1987 dengan rekod jaringan sebanyak 177 gol.

Sepanjang bersama Selangor, Mokhtar berjaya membantu pasukan tersebut menjulang Piala Malaysia sebanyak 10 kali.

Selepas menabur bakti bersama skuad The Red Giants, pemain kelahiran Setapak, Kuala Lumpur ini akhirnya membuat keputusan bermain di Kwong Yik Bank (sekarang RHB Bank) dan berjaya menghasilkan 20 jaringan.

Selain itu, beliau juga pernah menyertai pasukan Kelab Sultan Sultan Sulaiman, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor(PKNS) dan Talasco.

Bersama pasukan Malaysia, beliau bermain sebanyak 167 kali bermula dari 1972 dengan rekod 125 jaringan.

Sepanjang karier sebagai pemain profesional, Allahyarham Mokhtar pernah bermain menentang lagenda pasukan Argentina, Diego Maradona dalam satu perlawanan persahabatan di Stadium Merdeka pada tahun 1982.

supermokhBeliau ketika itu menjadi ketua pasukan Pilihan Selangor menentang Pilihan Boca Juniors yang berkesudahan Boca Juniors menang 2-1.

Mokhtar juga pernah menjaringkan gol penyamaan 1-1 untuk pasukan kebangsaan ketika menetang skuad England B yang dibimbing oleh lagenda Bobby Robson dalam satu perlawanan persahabatan pada 1978.

Allahyarham Mokhtar Dahari meninggal dunia pada 11 Julai 1991 di Pusat Perubatan Subang pada usia 37 tahun.

EZY