Categories
NASIONAL SELANGOR

Rumah Sementara Hampir Runtuh, Mana Janji BN ? – FOKUS

Sinopsis

FOKUS Untuk 15072013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 2.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Sudahlah tempat tinggal mereka diambil untuk membangunkan Putrajaya, rumah ganti yang dijanjikan Kerajaan Persekutuan Umno-BN hanya tinggal janji.

Itulah nasih kira-kira 400 keluarga yang merupakan “penduduk asal” Putrajaya…yang sudah 15 tahun tinggal di dalam Pangsapuri Taman Permata.

2. Pakatan Rakyat dilapor telah memfailkan permohonan ke Mahkamah Tinggi memohon keputusan PRU13 di semua 222 kerusi Parlimen dibatalkan.

3. Kerajaan Selangor akan menaiktaraf lebih banyak surau-surau di seluruh negeri bagi membolehkan lebih ramai penduduk Islam menunaikan Solat Jumaat.

4. Bagi mengawal harga ayam yang seringkali meningkat menjelang musim perayaan, Kerajaan Persekutuan disarankan untuk menyiasat samada wujudnya monopoli pihak tertentu yang mengambil kesempatan menaikkan harga di peringkat ladang lagi.

Categories
NASIONAL

Pengecualian Cukai Eksais : Rakyat Asing Dahulukan, Rakyat Sendiri Ditekan

lau weng san pc 05 jul 01

SHAH ALAM 5 JULAI : Kerajaan Persekutuan Umno-BN didakwa mengambil sikap diskriminasi terhadap rakyat tempatan apabila memberi pengecualian cukai eksais dan cukai jualan kenderaan kepada warga asing.

Menurut Adun Kampung Tunku, Lau Weng San pengecualian itu diberikan kepada warga luar yang menyertai program ‘Malaysia My Second Home’ (Malaysia Rumahku Kedua atau MM2H).

Weng San berkata wa berdasarkan laman web MM2H, peserta program itu dibenarkan untuk membeli sebuah kenderaan pemasangan tempatan (Complete Knock Down-CKD) tanpa perlu membayar cukai-cukai terbabit.

“Dalam Pakatan Rakyat kita menuntut Umno-BN supaya mengurangkan harga kereta dan menghapuskan cukai eksais, namun tidak diberi perhatian.

Selepas Pilihanraya Umum ke 13, Umno-BN memaklumkan harga kereta akan turun secara berperingkat tetapi mereka menegaskan tidak akan menghapuskan cukai eksais kerana ia menyumbang cukai sebanyak RM7 bilion.

“Mengapakah Kerajaan Pusat sanggup memberi pengecualian cukai eksais dan cukai jualan kepada warga luar negara yang mengambil bahagian dalam MM2H sedangkan rakyat sendiri tidak dibenarkan menikmati pengecualian ini?

“Adakah bermakna cukai rakyat yang disumbangkan kepada Kerajaan Pusat masih tidak cukup untuk rakyat terima layanan itu? soalnya dalam sidang media, di Bangunan Annexe, Dewan Negeri Selangor di sini hari ini.

Weng San menambah percanggahan itu menunjukkan ketidakseimbangan dan kepincangan dasar-dasar Kerajaan Pusat yang diterajui oleh Umno-BN.

“Seharusnya rakyat Malaysia harus didahulukan dalam mana-mana dasar kerajaan. Apa yang kita perhatikan, ia berlaku sebaliknya.

Saya sangat berharap rakyat dapat membeli kereta berkualiti tinggi dengan harga yang lebih rendah melalui pengurangan cukai-cukai itu bagi mengurangkan beban mereka,” katanya.