JURNAL BERITA – Kerajaan Negeri sedia dedah kandungan kimia Kolam Hang Tuah

1. Selangor tidak beku Lesen Pendudukan Sementara

2. Kerajaan Negeri sedia dedah kandungan kimia Kolam Hang Tuah

3. Dua pam mula operasi 12 jam sehari, aliran sungai jadi optimum

4. Najib bohong kes Anwar pada sidang media Obama

5. Obama perlu bersuara, beritahu Najib rekod hak asasi Malaysia teruk

6. TPPA: Obama datang Malaysia, penjajahan era baru Amerika

7. TPPA agenda Amerika Syarikat jajah ekonomi Malaysia

8. Tragedi MH370: Najib, Hishamuddin perlu letak jawatan

9. 26 cerun sekitar Ampang kritikal, perlu penyelesaian segera

10. Rakyat Selangor perlu sertai skim TAWAS, penting tuntut RM1,500

11. Johari : 7 kawasan bakal laksana pemilihan semula

Categories
SELANGOR

Selangor tidak beku Lesen Pendudukan Sementara

SHAH ALAM, 28 APRIL: Permohonan untuk Lesen Pendudukan Sementara (TOL) masih boleh dilakukan rakyat Selangor berikutan tiada sebarang arahan pembekuan dikeluarkan Kerajaan Negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim, berkata Kerajaan Negeri tidak pernah membekukan sebarang permohonan dan bersedia memberi hak milikan terhadap mereka yang menduduki tanah termasuk berstatus TOL.

Katanya, tindakan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Sabak Bernam yang sebelum ini membeku permohonan baru kepada penduduk berkemungkinan salah faham dengan pendirian yang dibuat Kerajaan Negeri berkenaan status itu.

ng suee lim“Perkara ini saya ajukan sendiri kepada menteri besar ketika sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) yang lalu dan beliau memaklumkan bahawa TOL tidak dibekukan, mungkin cuma salah faham pejabat tanah berhubung perkara berkenaan,” katanya yang dipetik daripada Sinar Harian.

Suee Lim berkata, sebarang permohonan TOL boleh dihantar ke PTD masing-masing di negeri iitu, namun menegaskan proses kelulusannya hanya dilakukan di peringkat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES).

“Harus diingatkan tanah rizab kerajaan, tepi sungai dan rizab jalan tidak akan dipertimbangkan, hanya tanah Kerajaan Negeri yang tidak dirizabkan akan dipertimbangkan,” katanya.

Pada sidang DNS yang lalu, Kerajaan Negeri menegaskan tidak pernah mengeluarkan arahan untuk membekukan permohonan TOL.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata tindakan akan diambil terhadap pihak yang mengeluarkan kenyataan atau arahan bercanggah dengan Kerajaan Negeri.

Katanya, beliau akan berbincang dengan Setiausaha Kerajaan Negeri bentuk tindakan yang akan diambil terhadap mereka yang ingkar.

-NFN-