Categories
SELANGOR

Bersama hayati Maal Hijrah 1438 di Masjid Negeri 1 Oktober

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 28 SEPT: Majlis Ambang Sambutan Maal Hijrah peringkat negeri bakal diadakan di Dewan Solat Bawah, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 1 Oktober ini.

Majlis bakal disempurnakan DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan mengangkat tema “Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah” sebagai penggerak penyatuan masyarakat.

Program dijangka bermula seawal jam 4 petang dengan pelbagai tentatif positif demi kesejahteraan masyarakat.

Antaranya, Forum Perdana Ehwal Islam, ceramah khas Maal Hijrah, pembacaan doa akhir tahun dan awal tahun.

Tidak terkecuali, majlis penyampaian Anugerah Khas Maal Hijrah 1438 bakal diberikan kepada penerima anugerah.

14470584_980769275367896_8280003431917910357_nMaal Hijrah atau sambutan Awal Muharam merupakan hari penting bagi umat Islam sejagat bagi mengimbau peristiwa hijrah Nabi Muhammad S.A.W dari Kota Makkah ke Madinah pada 622 Masihi.

Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah, namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.

Hadirin Muslimin dan Muslimat dijemput untuk bersama-sama hadir meraikan Majlis Ambang Hijrah peringkat negeri.

EZY

Categories
KENYATAAN MEDIA

Hijrah dorong diri memilih dan bertindak

Oleh: RODZIAH ISMAIL

Dalam ertikata yang lebih luas, kefahaman terhadap Hijrah akan mendorong dan memberdaya individu untuk memilih yang lebih baik daripada yang sedia ada.

Memilih yang beretika, bukan yang mengamalkan korupsi

Memilih ketelusan, bukan menyembunyikan data dan informasi

Memilih kepolitikan yang berlandaskan nilai, bukan politik durjana

Memilih untuk memberi peluang, bukan menghalang kemajuan sesiapa yang tidak sekufu dengan pandangan kelompok yang berkuasa

Memilih untuk meraikan semua yang berhajat dan berkepentingan, bukan meminggir mereka yang berbeza pandangan

Memilih untuk melonjakkan kebaikan dan keupayaan orang lain, bukan mengheret mereka kepada inferioriti

A Muslim is someone who spares the people the harassment of his tongue and his hand, and a migrant is someone who migrates (berhijrah) away from what Allah has forbidden – The Prophet Muhammad saw

Bagaimanakah untuk memadanikan masyarakat di Malaysia?

Sekiranya dilanjutkan akta-akta yang bertujuan mengunci mulut dan menghapus suara rakyat, mengecilkan keupayaan membeli rakyat dengan memaksa cukai dan kenaikan harga barangan ke atas mereka – cukai dan kenaikan harga barangan yang bertujuan untuk memadamkan kegagalan dan kecacatan pengurusan kerajaan.

Sehingga rakyat terpinga-pinga bertanya, tidakkah Malaysia ini sebuah negara yang kaya-raya yang boleh mencukupkan apa yang diperlukan oleh rakyat, bahkan lebih lagi?

Bilakah akan wujudnya sebuah pentadbiran dan pemerintahan kerajaan yang boleh disoal dan diakses dengan mudah dan mesra tanpa sebarang bentuk ugutan yang menakutkan rakyat dan sebarang celaan yang dilarang?

Bilakah akan wujud suasana di mana rakyat yang menyoal itu dianggap berniat baik dan bersifat tulus, bukan pula dianggap sebagai mengancam mereka yang berkuasa?

Hijrah daripada kepandiran kepada kecelikan

Hijrah ke arah status ekonomi, kesihatan dan keselamatan rakyat yang beroleh peluang dan akses secara adil dan saksama serta berasa selamat dan bebas jenayah serta sebarang ancaman.

Penghayatan Hijrah bererti melangkah bersama dan seiring dengan rakyat, merapatkan jurang kaya-miskin

Membina masa depan yang inklusif

Mengurangkan kelemahan dan membina daya tahan (reducing vulnerability and building resilience)

Mencipta negara maju yang memberi peluang rakyat memilih dengan baik bentuk kehidupan mereka

Melindungi pencapaian-pencapaian mereka

Menjamin hak keinsanan

Menyemarakkan kasih dan keprihatinan sesama insan

Melahirkan insan yg berperikemanusiaan, mampu menguasai emosinya (emotional mastery)

Bagaimana untuk memadanikan masyarakat Malaysia?

Kerajaan dan Rakyat akan saling memilih dan akhirnya bertindak.

Alangkah indahnya jika pilihan dan tindakan keduanya adalah sama dan seiring.

Apakah tujuan berkerajaan dan sistem pemilihan sebuah kerajaan?

Adakah semua itu suatu idealisme?

Anganan?

# Rodziah Ismail adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga

 

Categories
AGAMA

‘Bin Abdullah’ punca ramai batal hasrat peluk Islam

Oleh Siraj Mohd Zaini

SEKALIPUN mengucapkan kalimah syahadah sejak 17 tahun lalu, Tokoh Saudara Kita peringkat negeri Selangor , Lim Jooi Soon berusia 44 tahun tidak menukar namanya sebagaimana budaya di Malaysia.

Biarpun ramai tertanya-tanya mengapa tidak ‘berbin Abdullah’, beliau sebenarnya mahu merubah tanggapan masyarakat bahawa bertukar agama tidak semestinya menukar nama.

Apatah lagi, amalan menukar nama bapa kepada ‘bin Abdullah’ tidak diamal pada zaman Nabi Muhammad s.a.w tetapi ia begitu membudayai masyarakat mualaf di negara ini.

LIM JOOI SOON -TOKOH SAUDARA KITAJooi Soon menyatakan Rasulullah hanya menasihati mereka yang memeluk Islam menukar nama asal kepada nama yang membawa maksud baik.

Dan, nama yang mempunyai makna baik bukan semestinya dalam bahasa Arab.

Apatah lagi, mengekalkan nama penuh dalam bahasa ibunda perkara penting di kalangan masyarakat Cina kerana setiap perkataan membawa pengertian tertentu.

“Saya kekalkan nama asal kerana maksud di sebalik nama itu membawa pengertian yang indah dan terpuji dalam masyarakat dan budaya Cina, malah tidak melanggar syariat.

“Lim adalah nama keluarga, Jooi nama keturunan dan Soon nama diri saya. Bayangkan apabila ada sebahagian masyarakat Cina yang mahu peluk Islam terpaksa membuang nama keturunan.

“Ia seolah-olah memutuskan pertalian dari nasab keturunan,” katanya kepada Selangor Kini.

Hakikatnya, Jooi Soon berkata, ramai masyarakat Cina membatal hasrat memeluk Islam kerana bimbang nama keturunan ‘terpaksa’ dibuang atau diganti.

Tanpa menukar nama, beliau percaya tanggapan masyarakat bukan Islam betapa memeluk Islam itu bermakna ‘masuk Melayu’ dapat dihakis, sekaligus menunjukkan Islam agama syumul dan universal.

11Jooi Soon dianugerah Tokoh Saudara Kita 1435H/2013M yang disampaikan Tengku Panglima Diraja Selangor, YAM Tengku Sulaiman Shah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Anugerah itu bersempena sambutan Maal Hijrah peringkat Selangor pada 5 November lalu.

Ia disampaikan Tengku Panglima Diraja Selangor, YAM Tengku Sulaiman Shah ibni ALmarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Masjid Negeri Shah Alam.

Menyingkap kembali peristiwa 17 tahun lalu, perasaan syukur, lega dan tenang dirasai Jooi Soon setelah mengucap kalimah syahadah.

Tiada siapa menduga beliau dikurnia hidayah Islam sekalipun sejak kecil, beliau menganut kepercayaan Buddhisme, Taoisme, Confusianisme dan beralih kepada Kristian pada awal usia 14 tahun.

Bagaimanapun, perasaan sedih dan risau tetap menyelubungi dirinya kerana keluarga dan sahabat terdekat masih tidak memeluk Islam.

Bagi mendalami agama, beliau kemudian menuntut di Islamic Education Trust Nigeria selama 12 tahun dan Australia selama empat tahun dalam ‘Bible Student‘.

Lantaran minat terhadap dakwah mendorong Jooi Soon berkhidmat sebagai pendakwah bebas dan mengadakan banyak ceramah baik dalam mahupun luar negara.

19Beliau kini bertugas sebagai Pegawai Dakwah Persatuan Cina Islam Malaysia (MACMA) Cawangan Selangor.

Malah, turut terlibat menganjurkan kursus ‘Training The Trainer‘ anjuran Nuruddin Lemu dan Aisyah Rodrigo daripada Islamic Education Trust Nigeria.

Beliau juga penganjur kepada Kursus Interactive Dakwah Training, khusus untuk anak-anak muda dan golongan profesional.

Selain kerap terlibat sebagai ahli panel forum perbandingan agama dan kauseling keluarga, Jooi Soon juga aktif sebagai pelatih kader-kader dakwah kepada mualaf dan menguruskan kes murtad.

– FZL

Categories
SELANGOR

Sambutan Maal Hijrah DUN Selat Klang meriah

NORHAYATI UMOR

KLANG 10 NOV : Kira-kira 200 peserta mewakili 20 kontinjen dari pelbagai peringkat termasuk sekolah tadika, rendah dan menengah berarak bagi memeriahkan sambutan Maal Hijrah 1435 Hijrah peringkat DUN Selat Klang, hari ini.

Perarakan itu bermula dari tapak pasar malam Kampung Delek dan berakhir di Masjid Nurul Iman,di sini.

Majlis penutup program itu  dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selat Klang, Dr Halimah Ali dengan suasana harmoni dan meriah.

Sambutan Maal Hijrah DUN Selat Klang 02

Sambutan yang bertemakan ‘Mari Mencari Rahsia’, Islam Rahmat untuk semua’ itu turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Kapar, G Manivanan.

Halimah dalam ucapannya meminta pimpinan seluruh negeri dan seluruh rakyat negeri untuk mengehsankan diri sendiri agar tercapai taraf Selangor sebagai Darul Ehsan yang cemerlang.

Katanya, insan yang ehsan adalah insan yang ‘A-centric’ iaitu bersifat cemerlang dunia dan akhirat.

“Saya mahu kita bersama-sama membuat gelombang dalam diri sendiri iaitu mengehsankan diri ke arah yang lebih baik bermula dengan sambutan pada kali ini,” katanya.

Sambutan Maal Hijrah di peringkat Dun itu diadakan selama dua hari bermula 9 November dan berakhir jam 1 petang, 10 November.

Antara program yang diadakan ialah persembahan Qasidah, Forum Perdana, perarakan dan ceramah motovasi.

Empat orang dipilih menerima anugerah tokoh Maal Hijrah bagi Dun terbabit.

Sambutan Maal Hijrah DUN Selat Klang 01

Antaranya Mohd Hambali Arbaie dipilih sebagai Tokoh Belia ; Samad Awang sebagai Tokoh Pendakwah ; Shamsuddin Osman sebagai Tokoh Kepimpinan Masyarakat dan Yusuf Daud dipilih sebagai Tokoh Mithali.

Halimah turut berkesempatan menyerahkan bantuan Skim Mesra Usia Emas kepada lima penerima.

Selain itu, Halimah turut menyerahkan borang tawaran rumah bagi projek perumahan rakyat termiskin (PPRT) kepada kira-kira enam penerima.

EZY

Tan Sri Khalid – Hijrah Membentuk Kemuliaan Akhlak


 

Sinopsis: Akhlak umat Islam perlu diasaskan sebagaimana Akhlak Baginda Nabi Muhammad SAW yang memperjuangkan hak dan kebajikan seluruh umat dengan sifat-sifat terpuji dan meninggalkan sifat-sifat keji.- Perutusan Maal Hijrah 1434, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

Anwar Ibrahim – Hijrah adalah Proses Peralihan Perjuangan


 

Sinopsis: Fenomena hijrah Rasullullah tidak menggunakan tarikh lahir baginda sebagai tahun baru Islam tetapi proses peralihan perjuangan jumut, perkauman dan kejahilan kepada suatu cahaya yang menjamin keadilan dan kebaikan kepada seluruh umat manusia – Perutusan Maal Hijrah 1434 oleh Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim