Categories
NASIONAL SELANGOR

Anwar : PCA terus dibantah besar-besaran – FOKUS

Sinopsis

FOKUS Untuk 04102013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Pakatan Rakyat (PR) akan terus membantah pelaksanaan Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaah dan Pemerluasan) 2013 atau Prevention of Crime Act (PCA) walaupun diluluskan kerajaan Umno-BN

2. Mahkamah Tribunal Tuntutan Pengguna memutuskan tribunal itu tidak mempunyai kuasa bagi mendengar perbicaraan tuntutan kerugian akibat masalah bekalan air terhadap Syabas.

3. PAS memiliki peluang cerah untuk mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau, Kedah semasa pilihan raya kecil (PRK) di kawasan itu pada 4 November nanti, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Categories
SELANGOR

KEMASKINI – Gantirugi tiada air: Tribunal nasihat failkan kes ke Mahkamah Sivil

Miter_air_SyabasSHAH ALAM, 3 OKT: Mahkamah Tribunal Tuntutan Pengguna memutuskan tribunal itu tidak mempunyai kuasa bagi mendengar perbicaraan tuntutan kerugian akibat masalah bekalan air terhadap Syabas.

Sebaliknya pihak penuntut gantirugi dinasihat agar memfailkan tuntutan di Mahkamah Sivil.

Presiden Tribunal Tuntutan Pengguna, Quaik Chong Yu dalam penghakimannya berkata tuntutan yang dibuat lapan pelanggan Syabas itu merupakan tuntutan gantirugi bukan wang.

“Kes ini bukan ditolak tetapi cuma dibatalkan, bermakna pengadu boleh failkan ke Mahkamah Sivil.

“Saya cadangkan agar ambil peguam dan failkan tuntutan di Mahkamah Sivil.

“Saya memang ingin mendengar dan memutuskan kes ini tetapi dengan berat hati saya buat keputusan bahawa tribunal ini tiada kuasa,” ujar beliau.

Sementara itu beberapa penuntut ganti rugi menyifatkan keputusan itu sebagai mengecewakan.

“Kalau mahkamah tribunal batalkan, di mana lagi pengguna boleh dapat pembelaan?” Soal pelanggan Syabas yang hanya mahu diikenali sebagai Lee sahaja.

Selvamayahi yang menetap di Apartment 16 tingkat di Ampang pula menganggap keputusan itu mendorong Syabas berterusan mengabaikan penderitaan yang ditanggung sejak Ogos 2012 lagi.

“Saya buat tuntutan ini bukan kerana wang, tetapi supaya Syabas dan semua pihak mengambil teladan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna,” kata beliau.

Adamulhasza Mohd Noor pula berkata masalah ketiadaan air menyebabkan pengguna terpaksa menanggung kerugian bagi mendapatkan bekalan air.

“Kami terpaksa makan di luar, beli air mineral, menumpang rumah saudara dan ada yang terpaksa menyewa hotel,” ujar beliau.

Selain itu masalah itu turut menyebabkan pemilik hartanah kehilangan penyewa.

Hari ini Mahkamah Tribunal Tuntutan Pengguna di sini mula mendengar lapan dari 300 kes yang difailkan terhadap Syabas yang gagal memberikan perkidmatan bekalan air dengan memuaskan.