Categories
SELANGOR

Selangor hasil Buku Audio mesra OKU pertama di Malaysia

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 29 JULAI : Kerajaan Negeri menjadi peneraju kepada penghasilan Produksi Buku Audio yang bakal memberi manfaat kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) cacat penglihatan di seluruh negeri.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata iniasitif tersebut dilaksanakan bagi memastikan golongan berkenaan tidak terlepas daripada mendapat askes pembacaan ilmu.

“Kita mengaplikasikan penggunaan teknologi baru dengan melontarkan idea melakukan sesuatu yang dapat memberi manfaat dan kemudahan kepada golongan sasar.

“Misalnya, dalam konteks OKU Penglihatan, inisiatif ini tentu sekali mengembirakan bagi mereka,” katanya mengulas keberkesanan program tersebut.

IMG_6755Mohamed Azmin berkata, pelaksanaan sistem tersebut akan dilancarkan dalam tempoh terdekat, selepas proses peralihan dan transkripsi kandungan pembacaan siap sepenuhnya.

“Kita memulakan inisiatif ini dalam Belanjawan Selangor yang lepas dan peluang ini digunakan untuk melakukan proses penterjemahan yang telah bermula sebelum ini.

“Saya percaya proses ini akan memberi kesan dan manfaat yang baik kepada golongan sasar di masa depan,” katanya.

Mohamed Azmin ketika membentangkan Belanjawan Negeri tahun ini mefokuskan usaha terhadap pelaksanaan program tersebut dengan memperuntukkan RM2 juta bagi tujuan penghasilannya.

Antara penterjemahan yang giat dilakukan termasuklah peralihan audio bagi karya Melayu klasik moden bertujuan membantu golongan OKU penglihatan berkongsi maklumat.

-nR-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Elak kenyataan renggang PAKATAN – MB

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 25 JULAI: Pemimpin Pakatan diingatkan supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang mampu menjejaskan muafakat konsesus itu bagi mengekalkan mandat rakyat seperti Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata ia selaras kehendak rakyat di peringkat akar umbi yang mahukan parti gabungan itu duduk semeja bagi membina kerjasama lebih erat.

“Saya sudah tegaskan sebagai Ahli Dewan Negeri (ADN), kita harus mempertahankan proses demokrasi dan mandat diberikan rakyat pada 2013 yang jelas memberikan sokongan padu dengan majoriti terbesar pernah Pakatan dapat.

MB05“Saya mahu semua pihak menghormati sentimen hari ini. Kalau kita lihat di sosial media dan akar umbi, rakyat menuntut semua parti duduk berbincang kepentingan negara dan negeri.

“Mereka tidak mahu kita bergaduh dan saya bertanggungjawab mendengar suara rakyat,” katanya kepada media selepas menghadiri Forum Kebebasan Maklumat di Bangunan Annex, Dewan Negeri Selangor di sini, hari ini.

Mohamed Azmin berkata, muafakat di dalam pentadbiran Kerajaan Selangor boleh dijadikan contoh terbaik kepada mana-mana kerajaan dalam mentadbirkan sebuah kerajaan.

Selain menghormati mandat rakyat, beliau turut menggesa institusi Diraja termasuk Selangor dipertahankan dan dimuliakan.

“Kita harus bersyukur institusi Raja di Selangor tidak mencampuri urusan pentadbiran dan urusan politik.

“Jangan buat kenyataan yang boleh menimbulkan prasangka dan persepsi tidak baik,” katanya.

-AA-

Categories
SELANGOR

Terus bersederhana, jimat belanja bonus raya – MB

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 22 JUN : Pengumuman tiga insentif Kerajaan Negeri kepada penjawat awam di seluruh negeri mendapat perhatian masyarakat di media sosial.

Rata-rata, pengguna media sosial di Facebook dan Twitter memuji inisiatif Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dalam menghargai sumbangan penjawat awam Selangor.

Azmin RakyatBagaimanapun, Mohamed Azmin berkata, pemberian bonus itu sewajarnya digunakan dengan bijak dan sebaik mungkin menjelang musim perayaan ini.

“Perlu sentiasa bersederhana dan berjimat dalam perbelanjaan,” katanya di Twitter.

Mohamed Azmin membuat catatan itu sebagai respon kepada pengguna Twitter @BujangSenandung dan @Najeehaghafar.

Terdahulu, Mohamed Azmin pada Majlis Rapat Ramadan Bersama Perkhidmatan Awam Selangor di SUK mengumumkan tiga insentif untuk kakitangan awam Kerajaan Negeri.

Ia meliputi bantuan khas sempena raya sebanyak sebulan setengah gaji, dua kenaikan gaji iaitu kenaikan biasa dan kenaikan khas dan menaikkan imbuhan tetap perumahan bagi penjawat awam Gred 41 ke bawah, daripada RM180 kepada RM300.

Seramai 17,528 penjawat awam Selangor bakal menerima bantuan itu pada 1 Julai ini melibatkan peruntukan RM45.6 juta.

Sementara RM6.38 juta diperuntukan bagi kenaikan gaji pertama 1 Julai ini.

-nR-

Categories
SELANGOR

Kakitangan awam Selangor sertai iftar bersama Menteri Besar

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 19 JUN: Lebih 500 pegawai dan kakitangan perkhidmatan awam Kerajaan Selangor hadir pada majlis berbuka puasa bersama Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, semalam.

Majlis iftar di kediaman rasmi Menteri Besar itu bermula pada jam 6.30 petang dengan solat Maghrib, Isyak dan tarawih dipimpin Ustaz Fahmi dan Sheikh Karim daripada masjid negeri.

IMG-20160618-WA0019Antara pegawai yang hadir termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) dari Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Perbandaran Spang (MPSepang), Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan lain-lain.

Hadir sama, Setiausaha Politik Menteri Besar, Shuhaimi Shafiei bersama pegawai Kerajaan Negeri.

-AA-

Categories
SELANGOR

Penjawat awam Selangor terima bonus Aidilfitri lebih sebulan?

OLEH: HAFIZAN TAIB

SUNGAI BESAR, 17 JUN: Penjawat awam di Selangor dijangka menerima bonus Aidilfitri tahun ini lebih sebulan gaji berbanding tahun lalu.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata peningkatan rezab negeri sehingga RM4.1 bilion membuktikan komitmen tinggi pegawai dan kakitangan awam dalam menjayakan dasar digariskan Kerajaan Negeri.

f8f959a5“Kalau rezab RM3.3 bilion, bonus sebulan, kalau RM4.1 bilion…saya belum ada jawapan tetapi pastinya mestilah lebih daripada dulu.

“Ini kerana saya tidak bersetuju dengan dulu, kini dan selama-lamanya, tak kan dulu sebulan hari ini pun sebulan juga,” katanya berucap dalam Majlis Iftar Menteri Besar bersama penjawat awam di Masjid Ma’muniah, Simpang Lima, di sini, malam ini.

Sebelum ini, Menteri Besar sudah memberi bayangan berhubung perkara itu dalam ucapannya ketika menghadiri majlis iftar di Kampung Hala Cara Baru, Sungai Panjang, dekat sini, 14 Jun lalu.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri menghargai sumbangan penjawat awam malah pemberian bonus sebulan sempena Aidilfitri tahun lalu adalah tinggi berbanding negeri lain dan Persekutuan.

76870751“Saya berharap sokongan dan kekuatan yang ada serta perpaduan ini harus dipertahankan kerana kita mempunyai tanggungjawab besar untuk membangunkan Selangor,” katanya.

Pada tahun lalu, Kerajaan Negeri memberikan bonus sebulan gaji kepada penjawat awam negeri sempena Aidilfitri.

-nR-

Categories
NASIONAL SELANGOR

MB ziarah Ahmad Bashah, doa diberi kesihatan dan kembali pulih

OLEH : NAEEM RAFFI

PULAU PINANG, 16 JUN : Jadual padat sepanjang ramadan selain kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar tidak menghalang Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali meluangkan masa menziarahi Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Besar Pulau Pinang (HPP).

Mohamed Azmin ditemani Naib Presiden KEADILAN, Shamsul Iskandar Mat Akin disambut Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dato’ Mohd Rashid Hasnon dan Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin sebaik tiba jam 9.30 malam tadi.

ClFBW32VEAAjPv-“Saya mendoakan kesihatan Dato’ Seri Ahmad Bashah. Semoga beliau diberi kesihatan dan kembali pulih seperti sediakala,” kata Timbalan Presiden KEADILAN itu menerusi laman Twitter.

SelangorKini difahamkan, hanya Mohamed Azmin dibenarkan masuk bertemu Ahmad Bashah dan ruang masa 20 minit bertemu itu digunakan sepenuhnya untuk bertanya khabar dan beramah mesra.

Ahmad Bashah sebelum ini dikejarkan ke Kedah Medical Centre (KMC) selepas mengadu tidak selesa ketika menghadiri mesyuarat di Hotel Grand Alora, Mergong, Kedah sebelum disahkan komplikasi usus.

Bagaimanapun, pada 6 Jun lalu, Ahmad Bashah ditukarkan ke HPP untuk proses pemantauan berterusan.

AZMIN WAWI WALKABOUTMohamed Azmin sebelum itu bersama Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Taman Chandan Putri sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar sebelum melanjutkan langkah ke Pulau Pinang untuk menziarahi Ahmad Bashah.

-nR-

Categories
SELANGOR

Pemimpin didakwa rasuah, Kerajaan Negeri sedia beri kerjasama – MB

OLEH : AFIX REDZUAN

KUALA KANGSAR, 16 JUN: Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan Kerajaan Selangor sedia memberikan kerjasama terhadap sebarang bentuk siasatan selaras dengan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban.

Katanya, prinsip itu melibatkan semua pimpinan negeri termasuk di peringkat eksekutif hingga bawahan.

“Seperti ditegaskan sebelum Kerajaan Selangor berpegang kepada prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam pentadbiran negeri.

MB Azmin“Sabarang aduan perlu dikemukakan kepada pihak bertanggungjawab termasuk SPRM dan Kerajaan Negeri akan memberikan kerjasama sepenuhnya dalam siasatan ini.

“Kita serahkan kepada SPRM untuk menjalankan siasatan dan sekiranya terbukti ada sebarang bentuk kesalahan dan ada prosedur serta peraturan yang perlu dipatuhi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kes penahanan seorang Penyelaras Dun Selangor oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan rasuah hari ini.

Difahamkan Penyelaras Dun itu terlibat atas dakwaan menerima rasuah sebanyak RM30,000 daripada seorang kontraktor.

Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden KEADILAN sebelum itu bersama Presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meluangkan masa beramah mesra bersama peniaga bazar Ramadan di Taman Chandan Putri sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar.

AZMIN WAWI WALKABOUTHadir sama calon Parti Amanah Negara (AMANAH), Prof Dr Ahmad Termizi Ramli bersama beberapa pimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH).

Pembuangan undi yang bakal berlangsung 18 Jun ini menyaksikan pertembungan empat penjuru antara tiga calon lain, Datin Mastura Mohd Yazid (BN), Dr Najihatussalehah Ahmad (PAS) dan Izat Bukhary Ismail Bukhary (BEBAS).

PRK Parlimen Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

-nR-

Categories
SELANGOR

MB ucap takziah keluarga Zahid Hamidi

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 3 JUN : Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali merakamkan ucapan takziah ke atas pemergian menantu Timbalan Perdana Meteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Syed Alman Zain Alwi semalam.

Menulis di Twitter, Mohamed Azmin berharap agar pemergian Allahyarham Syed Alman dicucuri rahmat dan mendapat keredhaanNya.

Al-FATIHAH“Takziah buat keluarga Datuk Seri Zahid Hamidi. Semoga arwah menantunya Datuk Syed Alman Zain mendapat husnul khatimah dan ni’mat syurga Allah,” katanya.

Allahyarham tidak sedarkan diri ketika menjalani pemebedahan gigi di sebuah klini pergigian di Bangsar, semalam.

Beliau kemudiannya dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan disahkan meninggal dunia.

Bagaimanapun, sehingga tengah malam tadi, jenazah Syed Alman dibedah siasat untuk mengetahui punca kematiannya.

Allahyarham Syed Alman Syed Alwi merupakan suami kepada Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid.

Beliau juga merupakan pengasas kepada syarikat teknologi maklumat, i-Gen Technology, dan Pengerusi Tabung Kebajikan dan Pendidikan Gerakan Belia 4B Shah Alam.

-nR-

Categories
SELANGOR

Dua Bas Smart Selangor untuk Sabak Bernam dengan kos RM620 ribu

OLEH LIZAWATI MADFA

SABAK BERNAM, 18 MEI: Sejumlah RM620,000 diperuntukkan bagi menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam percuma, Bas Smart Selangor di daerah Sabak Bernam.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata ia membuktikan komitmen Kerajaan Negeri melaksanakan agenda pembangunan berlandaskan keadilan dan ihsan.

Katanya, pembangunan tidak seharusnya tertumpu di kawasan perbandaran sahaja.

IMG_20160518_145334-640x445“Masyarakat desa juga mempunyai hak ke atas kemudahan dan pembangunan disediakan hasil kekayaan negeri.

“Inisiatif ini bukan semata kerana sesuatu akan berlaku tetapi kerana perkhidmatan ini menerima sambutan menggalakkan rakyat.

“Jadi kita tidak mahu keluarga di Sungai Besar dan Sabak Bernam ketinggalan,” katanya di hadapan lebih 300 hadirin.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Stesen Bas Sungai Besar Sentral dan Pelancaran Bas Smart Selangor di sini, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Noordin Sulaiman dan Exco Negeri, Dr Daroyah Alwi.

Setakat ini, lebih RM13 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri bagi menyediakan 33 bas bagi program perkhidmatan bas percuma di seluruh Selangor.

Sementara 22 bas lagi disediakan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), menjadikan jumlah keseluruhan 55 bas.

BAS PERCUMA SABAK BERNAMBagi Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB), dua bas dijadual beroperasi setiap hari bermula 6 pagi sehingga 10 malam dengan kekerapan sejam sekali.

Mula beroperasi esok, bas percuma akan merentasi laluan Sabak ke Sungai Besar seterusnya ke pekan Sekinchan.

Seperti perkhidmatan bas percuma di daerah lain, bas ini turut dilengkapi perkhidmatan wifi, tempat duduk mesra OKU dan sistem maklumat penumpang.

Dalam pada itu, mengulas warkah Anwar dari penjara, Mohamed Azmin berkata perkara itu merupakan hal dalaman parti.

Katanya, beliau juga senada dengan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bahawa ia tidak perlu dibincang di luar parti.

-nR-

Categories
SELANGOR

PRK di bulan puasa mampu elak kempen fitnah

OLEH NAZLI IBRAHIM

SABAK BERNAM, 14 MEI: Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menyambut baik keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memilih tarikh pilihan raya kecil (PRK) pada bulan Ramadan.

Katanya, keadaan itu mampu menjadikan suasana kempen lebih tenteram tanpa sebarang fitnah dan perbuatan provokasi yang meningkatkan risiko pergaduhan antara penyokong.

MOHAMED AZMIN“Ada baiknya (PRK pada Ramadan) supaya kempen lebih tenang, aman khususnya dalam kalangan umat Islam dengan menjaga adab, jangan melemparkan fitnah dan tohmahan dan kata-kata kesat serta tidak menimbulkan provokasi.

“Saya percaya Ramadan adalah bulan mulia dan mendidik kita untuk menjadi hamba Allah yang beriman kepada dan pada masa sama menjalankan tugas sebagai pimpinan di muka bumi ini dengan adil dan saksama,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Kenduri Rakyat dan juga solat Jumaat di Masjid As-Siraj Kampung Batu 23 di sini, semalam.

Terhadulu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah mengumkan tarikh penamaan calon jatuh pada 5 Jun, undi awal pada 14 Jun dan hari mengundi pada 18 Jun.

-AA-

Categories
SELANGOR

Rekod cemerlang senjata terbaik pikat hati rakyat-MB

OLEH NAZLI IBRAHIM

SABAK BERNAM, 14 MEI: Kempen menabur pelbagai projek di saat akhir menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar ditolak Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Sebaliknya, beliau berkata, amalan melaksanakan pelbagai program dan projek pembangunan sepanjang masa mampu menjadi senjata terbaik sebelum turun ke gelanggang pilihan raya.

IMG_20160513_141841“Persiapan di Selangor ini Alhamdullilah baik apabila usaha Kerajaan Negeri membangunkan setiap daerah sudah berjalan lama, bukanlah bila ada pilihan raya kecil barulah kita tergesa-gesa seperti yang saya katakan semalam, program kebajikan rakyat itu berjalan lancar sejak 2008 lagi.

“Selepas saya mengambil alih pada 2014 usaha ini diteruskan dan ditingkatkan termasuk program HIJRAH, perkhidmatan bas percuma Smart Selangor, wifi percuma supaya ada akses kepada internet untuk petani, nelayan dan lain-lain. Program seperti ini berterusan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Kenduri Rakyat dan solat Jumaat di Masjid As-Siraj Kampung Batu 23 di sini, semalam.

IMG_20160513_142308_658Beliau berkata, rakyat sudah semakin bijak untuk menilai sama ada sesebuah kerajaan mampu dan bersungguh-sungguh atau sebaliknya dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Kempen menabur pelbagai ‘projek mi segera’ menjelang pilihan raya sudah menjadi amalan Barisan Nasional (BN) sejak dahulu lagi.

Tindakan itu menyebabkan rakyat tertipu apabila banyak program pecah tanah bagi sesuatu projek semasa kempen pilihan raya akhirnya tidak dilaksanakan dengan meninggalkan ‘batu nisan’ di atas tapak projek yang dicadangkan.

-AA-

Categories
SELANGOR

Penghawa dingin Surau Taman Berkat bakal dinaik taraf

OLEH NAZLI IBRAHIM

SABAK BERNAM, 14 MEI: Kemudahan penghawa dingin di Surau Taman Berkat akan dinaik taraf bagi memastikan keselesaan jemaah di surau itu untuk beribadah.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata keputusan itu diambil selepas beliau mendapat aduan daripada jemaah yang sama-sama menunaikan solat subuh ketika kehadirannya di situ.

IMG_20160513_062813“Tadi saya sempat singgah lebih awal, ada jemaah memaklumkan kepada saya ada keperluan untuk kemudahan penghawa dingin yang perlu dinaik taraf.

“Jadi InsyaAllah menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri untuk kita membangunkan surau dan masjid bagi memastikan ia terus diimarahkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir ke Surau Taman Berkat bagi menunaikan solat subuh bersama penduduk di situ, semalam.

Katanya, usaha membangunkan surau dan masjid menjadi agenda utama Kerajaan Negeri sejak dua tahun lalu bagi memastikan institusi surau dan masjid di Selangor menarik minat semua golongan untuk mendekatinya.

-AA-