Categories
AGENDA NASIONAL

Mesej mayat pesakit Covid-19 didapati masih hidup palsu

KUALA LUMPUR, 3 OGOS: Hospital Kuala Lumpur (HKL) menafikan mesej tular yang mendakwa kononnya ada pesakit Covid-19 yang disahkan meninggal dunia, namun semasa mayat tiba di lokasi pengebumian pesakit itu didapati masih hidup.

Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dalam kenyataan malam tadi berkata HKL menjelaskan bahawa tiada kejadian berlaku seperti dakwaan mesej tular berkenaan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mempercayai mesej itu dan berhenti daripada menyebarkan maklumat palsu yang boleh menimbulkan kekeliruan dan keresahan dalam kalangan masyarakat,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini tular mesej yang mendakwa seorang pesakit Covid-19 yang telah disahkan meninggal dunia oleh doktor yang bertugas di wad Unit Rawatan Rapi didapati masih hidup semasa di lokasi pengebumian dan seterusnya dibawa kembali ke HKL untuk rawatan.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Polis nafi KPN minta masyarakat lapor golongan antivaksin

KUALA LUMPUR, 6 JUN: Polis hari ini menafikan mesej tular mendakwa Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Abdullah Sani meminta masyarakat menyalurkan maklumat tentang golongan antivaksin menerusi sebuah portal.

Supt Komunikasi Korporat PDRM Supt A Skandaguru berkata berdasarkan maklumat yang diterima oleh polis, mesej palsu itu antara lain meminta orang ramai melaporkan ‘penghasut antivaksin’ melalui portal https://ereporting.rmp.gov.my/register.aspx.

“Portal dinyatakan dalam mesej palsu terbabit bagaimanapun merupakan portal perkhidmatan projek rintis oleh polis di beberapa lokasi khusus untuk orang awam membuat laporan polis secara dalam talian hanya bagi kes-kes yang tidak melibatkan jenayah atau memerlukan siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau seterusnya mengingatkan orang ramai agar tidak terus menyebarkan maklumat palsu itu dan membuat pertanyaan kepada polis sekiranya berasa ragu tentang sebarang maklumat yang diterima.

“Salurkan pertanyaan kepada PDRM menerusi pautan Facebook rasmi https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/ atau lain-lain media sosial rasmi pasukan keselamatan itu,” katanya.

– BERNAMA

Categories
NASIONAL

Kisah tujuh beradik ditinggal ibu ‘WhatsApp’ lama

 

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 29 MEI : Mesej WhatsApp yang tular di media sosial berhubung tujuh beradik ditinggalkan ibu adalah mesej lama, kata Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Wakilnya dalam kenyataan memberitahu, ia adalah mesej tular pada 2017 yang kembali berulang dan kembali disebarkan sejak Ramadan tahun lalu.

“Bagaimanapun LZS turut melakukan siasatan dan menghubungi nama yang terdapat pada mesej terbabit untuk mendapatkan pengesahan dan maklumat lengkap.

“Hasilnya individu berkenaan memaklumkan bahawa mesej tular itu merupakan viral lama yang disebarkan oleh rakan-rakan kejiranan sejak tahun 2017,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, WhatsApp tular itu memaklumkan tujuh beradik yang berusia dari 6 hingga 18 tahun ditinggalkaan ibu kepada bapa yang juga pengawal keselamatan.

Turut diberitahu keluarga terbabit terputus bekalan makanan dan terpaksa makan bubur nasi kosong sahaja.

Mengulas lanjut, LZS memaklumkan keluarga asnaf miskin itu telahpun menerima bantuan daripada Zakat Selangor sejak 2017.

“Bantuan yang diterima ialah bantuan Aidilfitri, persekolahan anak dan bantuan kewangan bulanan sebanyak RM650 sebulan.

“Kami berharap supaya orang ramai yang menerima WhatsApp ini tidak lagi menyebarkannya,” katanya.

Categories
SELANGOR

BERNAMA: Mesej berita Abdul Khalid letak jawatan palsu

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 7 JULAI: Agensi Berita Nasional (Bernama) melalui laman mikro Twitter memaklumkan pihaknya mengesan ada pihak tertentu menggunakan namanya untuk menyebarkan berita palsu mengenai peletakan jawatan Menteri Besar Selangor.

berita palsuHari ini beberapa agensi media berhadapan kekeliruan berkenaan penyebaran SMS palsu melalui aplikasi Whatsapp yang menggunakan nama Bernama.

Mesej palsu itu dinafikan Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor.

Sejak malam Ahad, sistem Whatsapp pengamal media dipenuhi dengan maklumat palsu mengenai kononnya Abdul Khalid akan mengadap DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menyerahkan surat peletakan jawatannya.

PALSU

Kesan daripada penyebaran berita ini, para wartawan berkumpul di hadapan Istana Mestika, Shah Alam dan Istana Alam Shah, Klang hari ini lantaran penyebaran khabar angin Khalid Ibrahim akan meletakkan jawatan.

EZY

Sidang Media YB Iskandar jelas penyebaran mesej palsu

http://tv.selangorku.com