Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Data satelit MH370 dikaji semula

KUALA LUMPUR 8 MAC : Data merangkumi gambar satelit dan penemuan serpihan pesawat MAS MH370 akan dikaji semula oleh negara terbabit dalam pencarian pesawat itu yang memasuki tahun ketiga kehilangannya.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata penelitian itu perlu dibuat semula pasukan penyiasat diketuai Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) selepas Malaysia, Australia dan China bersetuju menangguhkan operasi pencarian MH370.

“Kita mendapat sokongan ATSB untuk mengkaji semua data yang ada termasuk melihat kembali gambar satelit dan penemuan serpihan.

“Ia bagi memastikan kita mendapat kedudukan MH370 dengan lebih tepat,” katanya menjawab soalan tambahan William Leong Jee Keen (KEADILAN-Selayang) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Menjawab soalan Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) mengenai penyebaran berita palsu, Tiong Lai berkata, kementerian mengambil inisiatif menyalurkan maklumat tepat mengenai carian kepada waris mangsa dan orang ramai.

Beliau berkata, segala maklumat dan fakta carian turut dimuat naik di laman web rasmi kementerian bagi rujukan semua pihak dan waris mangsa.

=EZY=

Categories
NASIONAL

Keluarga MH370 rancang kumpul RM67 juta teruskan sendiri usaha pencarian

KUALA LUMPUR 4 MAC: Tiga tahun berlalu, namun tiada sebarang petunjuk kukuh membawa kepada keberadaan pesawat MH370.

Dengan tertangguhnya usaha pencarian yang dijalankan bersama Malaysia, Australia dan China pada Januari lalu, ia menggerakkan ahli keluarga mangsa terlibat untuk melakukan sesuatu supaya usaha pencarian dapat diteruskan.

Hari ini mereka melancarkan inisiatif untuk menjalankan usaha pencarian secara persendirian dengan sasaran mengumpul RM67 juta (USD15 juta) bagi tujuan tersebut.

Grace Nanthan, anak kepada Anne Daisy iaitu salah seorang daripada 239 penumpang dan anak kapal yang hilang bersama pesawat itu berkata, usaha mereka yang menamakan diri Voice 370 akan dibantu beberapa pihak yang mempunyai kemahiran dan prihatin terhadap usaha mereka itu.

“Kita telah berhubung dengan mereka yang pakar dalam bidang ini (penerbangan dan lautan) seperti David Gallow iaitu individu yang menemukan Air France beberapa tahun lepas, kita juga berhubung dengan Fugro iaitu syarikat yang berpengetahuan tentang geografi laut.

“Mereka sangat positif dan memaklumkan kepada kami bahawa sekiranya kerajaan tidak meneruskan pencarian, mereka sanggup membantu segala yang termampu untuk meneruskan pencarian MH370,” katanya lapor ASTRO AWANI.

Ketika ini mereka masih pada fasa perancangan dan hanya akan memulakan kempen pengumpulan dana selepas kerajaan menamatkan sepenuhnya usaha pencarian pesawat yang hilang sejak 8 Mac 2014 itu.

Inisiatif persendirian itu disokong Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang berkata, pihaknya mengalu-alukan sebarang usaha yang dapat membantu dalam pencarian MH370.

“Kita serahkan kepada mereka, semua orang boleh datang dan tolong. Kita alu-alukan bantuan dari setiap pihak.

“Setiap pihak ada cara sendiri untuk membantu dan kita juga akan menyokong usaha tersebut menerusi kerajaan dan melihat kepada pelbagai saluran,” katanya.

=EZY=

Categories
GLOBAL

Pencarian MH370 digantung

SHAH ALAM 17 JAN: Selepas hampir tiga tahun pencarian pesawat MAS MH370 di Lautan Hindi, misi berkenaan digantung hari ini tanpa menemui bangkai dan jejak pesawat itu sejak ia hilang pada 8 Mac 2014, lapor Agensi Berita Antarabangsa BBC News.

“Walaupun setelah segala usaha menggunakan sains terbaik yang ada… pencarian tersebut tidak dapat mengesan pesawat itu,” kata pihak berkuasa Malaysia, Australia dan China dalam satu kenyataan bersama.

Sementara itu, AFP melaporkan, kenyataan bersama tiga negara itu menyebut tiada maklumat baharu ditemui bagi menentukan lokasi spesifik pesawat berkenaan.

“Sehubungan itu, pencarian dasar laut bagi MH370 ditangguhkan,” kata kenyataan itu.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata kerajaan membelanjakan kira-kira RM500 juta bagi misi berkenaan.

Katanya, semua kapal yang terbabit dalam operasi mengesan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014, mula meninggalkan zon pencarian hari ini.

Boeing 777-200ER membawa 227 penumpang dari 15 negara dan 12 anak kapal di dalam pesawat, dengan majoriti penumpang ialah rakyat China.

Pada 5 Ogos 2015, Perdana Menteri Malaysia Najib Razak mengesahkan sepihan yang dijumpai di Pulau Reunion adalah milik MH 370.

=EZY=

Categories
GLOBAL

Lagi serpihan pesawat dipercayai milik MH370 ditemui

MOZAMBIQUE 6 SEPT: Pihak berkuasa Mozambique menunjukkan tiga keping serpihan pesawat yang terdampar di sepanjang pantai, disyaki milik milik pesawat MH370.

Agensi berita antarabangsa AFP melaporkan serpihan berbentuk segi tiga itu berwarna merah dan putih di sebelah bahagian dan bahagian lain pula metalik.

Ia ditemui pada bulan lalu oleh seorang pemilik hotel Afrika Selatan di perairan di selatan Mozambique di wilayah Inhambane.

Pengarah Pihak Berkuasa Penerbangan Mozambique, Joao de Abreu berkata, ini merupakan kali pertama menemui serpihan pesawat yang berwarna.

fc7781c02851594518c6d9a3e797af09Beliau berkata, bahagian itu mungkin aileron (permukaan berengsel di pinggir belakang sayap kapal terbang yang digunakan untuk mengawal keseimbangan sisi), sayap atau lif.

Di bahagian dalamnya pula ada label yang memudahkan untuk mengenal pasti pemilikan pesawat itu, katanya

Dua kepingan lain yang kecil yang ditemui oleh anak seorang diplomat Kesatuan Eropah berhampiran selatan Resort Xai-Xai telah diserahkan kepada pihak berkuasa bulan lalu.

Barang-barang akan dihantar ke Malaysia untuk pemeriksaan.

Pesawat Malaysia Airlines MH370 hilang pada Mac 2014 dengan 239 orang penumpang dan anak kapal ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

GAMBAR: Adrien Barbier/AFPSource:AFP

EZY

Categories
NASIONAL

Serpihan di Afrika Selatan hampir ‘sepadan’ MH370

OLEH : NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 12 MEI : Dua keping serpihan pesawat ditemui di Afrika Selatan dan Pulau Rodrigues dipercayai milik pesawat MH370, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Menerusi kenyataan hari ini, Liow berkata, penyiasat percaya seseorang mungkin dengan sengaja mematikan transponder pesawat itu sebelum mengalihkan laluannya ribuan kilometer menghala ke Lautan Hindi.

Sayap MH370“Pasukan itu telah mengesahkan bahawa kedua-dua keping serpihan dari Afrika Selatan dan Pulau Rodrigues hampir pasti dari MH370,” katanya.

Pada Mac 2014, pesawat MH370 bersama 239 penumpang dan krew dilaporkan hilang tidak lama selepas berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Liow berkata hasil terkini menyokong pemeriksaan sebelum ini pada bulan Mac, di mana pasukan itu mengesahkan bahawa satu lagi serpihan dijumpai di Mozambique, juga hampir pasti dari MH370.

Pada Julai 2015, serpihan pertama pesawat itu dijumpai terdampar di Pulau Reunion Perancis dan flaperon itu disahkan oleh Malaysia dan pihak berkuasa Perancis bahawa ia adalah milik pesawat Boeing 777 itu.

-nR-

Categories
NASIONAL

Serpihan kabin di Mauritius sepadan MH370 – Pakar Bebas

SHAH ALAM, 3 APR: Serpihan dipercayai daripada bahagian dalam kabin pesawat Malaysia Airlines MH370 dijumpai di sebuah pulau di Mauritius, timur Afrika.

Dalam laporan news.co.au memaklumkan Pakar Bebas (IG) MH370, Don Thompson bahawa beliau sudah melihat gambar bahagian berkenaan dan berkata ia sepadan dengan dinding sekat daripada kelas bisnes pesawat MAS Boeing 777.

Bagaimanapun, katanya, kemasan hiasan pada bahagian itu tidak hanya berasal dari seksyen pesawat milik Boeing 777, malah ia mungkin juga dari kelas ekonomi.

MH370Anggota IG Mike Exner turut bersetuju dengan penilaian itu sambil berkata, kumpulan berkenaan telah menyampaikan maklumat tersebut kepada Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB).

“Jika terbukti serpihan itu datang dari pesawat MAS yang hilang, maka serpihan itu sangat penting kerana menjadi serpihan dalaman pertama yang dijumpai.” katanya.

Dalam laporan itu juga memberitahu, serpihan itu ditemui pasangan sedang bercuti di pulau Rodrigues (sebuah pulau gunung berapi di kepulauan Lautan Hindi, timur Mauritius).

Pada 8 Mac 2014, pesawat Boeing 777-200ER yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang daripada radar ketika dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur.

Pencarian pesawat berkenaan kini dijalankan di selatan Lautan Hindi.

Baru-baru ini, Liow mengesahkan dua lagi serpihan yang dijumpai di Mozambique dan Afrika Selatan pada 28 Mac lepas, berkemungkinan besar milik pesawat itu memandangkan kedua-duanya sama dengan panel sebuah pesawat Boeing 777.

-nR-

Categories
NASIONAL

Teruskan pencarian tragedi MH370 – Nurul Izzah

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 10 MAC : Persoalan mengaitkan tragedi pesawat MH370 perlu diperjelaskan supaya tidak timbul spekulasi berkenaan kehilangannya, kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.

Katanya, selepas dua tahun tragedi berlaku, kerajaan masih gagal mencari penyelesaian terbaik sekali gus menimbulkan persoalan kepada ahli keluarga mangsa terbabit.

Nurul-Izzah“Saya sempat menghadiri acara memperingati peristiwa kehilangan MH370, Ahad lalu di Publika kelolaan anggota keluarga penumpang berserta krew Malaysia Airlines (MAS) yang terlibat dalam tragedi.

“Jelas isu utama yang dibangkitkan adalah jawapan kepada kehilangan pesawat terbabit dan kepentingan penyelesaian misteri itu supaya tragedi sama tidak berulang,” katanya kepada SelangorKini.

KEADILAN sebelum ini menggesa Kerajaan Persekutuan mengeruskan misi pencarian pesawat Boeing 777 itu walaupun terpaksa melakukannya bersendirian.

Gesaan berkenaan dikeluarkan ekoran kenyaataan Joint Agency Coordination Center (JACC) menegaskan China dan Australia bersetuju tidak akan meneruskan misi pencarian pesawat itu.

Bagaimanapun, tindakan terbabit memperlihatkan unsur penafian kepada keluarga mangsa yang masih menuntut jawapan kepada tragedi tersebut.

MH370 dalam penerbangan ke Beijing China hilang tanpa jejak pada 8 Mac 2014 dengan membawa 239 penumpang termasuk anak kapal.

-AA-

Categories
NASIONAL

Teruskan pencarian MH370 walaupun bersendirian

OLEH : AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 9 MAC: KEADILAN menggesa Kerajaan Malaysia meneruskan misi pencarian pesawat MH370 walaupun terpaksa melakukannya bersendirian.

Ia berikutan Joint Agency Coordination Center (JACC) mengeluarkan kenyataan bahawa selepas tamat tempoh pada Julai, 2016, Malaysia China dan Australia bersetuju tidak akan meneruskan kawasan pencarian jika tiada maklumat baru yang boleh dipercayai membawa kepada pengenalpastian lokasi tertentu pesawat.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, berkata ahli keluarga MH370 mempunyai hak untuk diberi jawapan yang pasti kepada kehilangan pesawat utama Malaysia itu.

sim-tze-tzim“MH370 adalah tragedi paling serius dalam sejarah Malaysia dan salah satu misteri terbesar di dunia.

“Ahli keluarga perlu penutupan kepada tragedi itu dan dunia juga ingin tahu mengapa ia hilang.

“Oleh itu, kerajaan Malaysia perlu memikul tanggungjawab sepenuhnya tidak kira berapa lama atau berapa banyak kos yang mungkin diperlukan,” katanya dalam kenyataan di Lobi Parlimen.

Jelasnya, KEADILAN juga bersolidariti ahli keluarga mangsa pesawat hilang tersebut dan berikrar memberikan sokongan tidak berbelah bahagi untuk misi pencarian itu diteruskan.

-nR-

Categories
NASIONAL

Tragedi MH370: Dewan Rakyat bertafakur peringati genap dua tahun

KUALA LUMPUR 8 MAC: Anggota Dewan Rakyat meluangkan masa seminit bertafakur memperingati genap dua tahun tragedi pesawat MH370.

Stealth MH370Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ketika memulakan sidang Parlimen meminta wakil rakyat beragama Islam membaca surah al-Fatihah manakala Anggota Parlimen bukan beragama Islam untuk bertafakur.

Menurut beliau, tragedi kehilangan MH370 merupakan tragedi menyayat hati dan menyentuh hati rakyat Malaysia.

Pesawat MH370 hilang daripada imbasan radar semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dan masih belum dijumpai hingga kini.

EZY

Categories
BERITA UTAMA

Pencarian MH370 selama 730 hari tanpa petunjuk

OLEH: MOHD EZLI MASHUT

PENJEJAKAN pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 memasuki usia genap dua tahun. Daripada hampir 3,000 komponen pada pesawat itu hanya serpihan flaperon ditemui di Pulau La Reunion, wilayah kecil Perancis di Lautan Hindi pada 29 Julai tahun lepas.

Terbaru pada 6 Mac 2016, serpihan kedua dipercayai kemungkinan milik pesawat itu ditemui di pulau La Reunion oleh Johnny Begue ketika dia keluar berjoging di tepi pantai serta penemuan serpihan ditemui di pantai Mozambique yang masih dalam analisis.

Stealth MH370Dalam tempoh itu juga pencarian melibatkan pelbagai pihak antarabangsa yang menelan belanja ratusan juta menggunakan teknologi terkini masih belum menemui hasilnya.

Usaha pencarian pesawat menjangkau keluasan lebih daripada 85,000 kilometer persegi di dasar laut dan diteruskan sehingga Jun ini.

“Di manakah MH370 berada dan apa yang sebenarnya berlaku?”‎, persoalan itu masih kekal menjadi kejadian paling misteri dunia penerbangan antarabangsa selepas kehilangan juruterbang legenda, Amelia Earhart pada 1937.

Pesawat Boeing 777 Penerbangan MH370 yang dalam penerbangan ke Beijing dengan 239 penumpang dan anak kapal hilang pada awal pagi 8 Mac 2014, setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Martin Dolan, Ketua Biro Keselamatan Pengangkutan Australia, dilaporkan berkata tanpa apa-apa petunjuk baharu, misi pencarian perlu berakhir pada kira-kira Jun, lebih kurang tiga bulan dari sekarang apabila empat buah kapal: Go Phoenix, Fugro Equator, Fugro Discovery dan Fugro Supporter dijangka selesai menjalankan pencarian di perairan dekat barat Australia.

Menurut Perkara 35 Konvensyen untuk Penyatuan Peraturan Tertentu bagi Pengangkutan Udara Antarabangsa (Konvensyen Montreal) 1999, hak untuk menuntut ganti rugi terhadap MAS akan terhapus jika tindakan tidak dikemukakan dalam tempoh dua tahun bemula dari tarikh pesawat sepatutnya tiba di Beijing, pada 8 Mac.

Imbau kembali apa yang berlaku?

“Good night Malaysian three-seven-zero” – Itu mesej terakhir dari pesawat MH370, seterusnya penerbangan kapal itu penuh misteri. Tidak diketahui dengan jelas ke manakah dan apakah yang berlaku selepas itu.

Penerbangan MH370 berlepas dari Kuala Lumpur pada 00:41 waktu tempatan. Pada 1:19, juruterbang atau pembantu juruterbang menghubungi kawalan trafik udara Malaysia. Pesawat itu kemudian menyeberang ke ruang udara Vietnam tetapi tidak pernah diperiksa di Vietnam dengan kawalan trafik udara.
Color MH370 location map.jpg.CROP.promovar-mediumlargeTransponder pesawat, yang menghantar kedudukan pesawat ke radar, ditutup.

Radar tentera Malaysia dan Thailand mengesan pesawat ke barat, dan kemudian menuju utara. Penerbangan MH370 kali terakhir dikesan oleh radar tentera Malaysia di 02:22, terbang di Laut Andaman.

Penerbangan MH 370 terus terbang selama hampir enam jam lebih, mengikut tujuh automatik “ping” dikesan oleh satelit. Penyiasat rasmi menggunakan data ini menganalisis dua laluan yang mungkin bagi kapal terbang: satu ke arah utara Kazakhstan, dan satu lagi ke selatan Lautan Hindi.

Dengan menggabungkan data satelit dan maklumat dari pesawat, mereka menganggarkan ia terbang laluan selatan, akhirnya kehabisan bahan api dan menjunam ke dalam Lautan selatan India.

Namun, kejadian sebenar tidak diketahui selagi tiada bukti dari kotak hitam dan bukti-bukti lain.

Masihkan ada harapan ditemui?

Keluarga mangsa MH370 pastinya menanti jawapan sebenar semenjak hari kehilangan. Pastinya hari mendatang juga masih dinanti sehingga serpihan utama MH370 ditemui.

Sayap MH370Pencarian mesti diteruskan walaupun mengambil masa lama. Kerana hanya dengan penemuan sahaja dapat merungkai misteri nasib pesawat itu dan lebih penting adalah pelajaran dan langkah diambil susulan tragedi itu.

Setiap tahun kira-kira 3.7 bilion penumpang menggunakan kapal terbang untuk pelbagai tujuan. Justeru dengan pencarian ini sangat penting bagi mengelakkan kejadian serupa berlaku di masa hadapan.

Kertas putih siasat tragedi MH370

Adalah dicadangkan agar Kerajaan Persekutuan mengadakan kertas putih bagi menyiasat keseluruhan tragedi itu daripada pelbagai sudut.

Siasatan juga perlu diberikan perhatian berkenaan tindakan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak menghantar pesawat untuk memintas MH370 ketika mengubah haluannya secara tiba-tiba.

kotak-hitam-mh370Aspek keselamatan di lapangan terbang juga perlu diberi perhatian supaya tiada penerobosan elemen keganasan yang boleh mengancam industri penerbangan negara.

Kerajaan juga perlu bersuara dan memberikan jawapan tepat kepada keluarga mangsa serta membersihkan nama juruterbang pesawat berkenaan, Kapten Zahrie Shah yang dituduh sesetangah pihak sebagai dalang kepada kehilangan pesawat itu.

Badan antarabangsa juga perlu proaktif memperbaiki sistem penjejakan pesawat secara langsung di seluruh dunia. Kebergantungan siasatan kepada kotak hitam perlu diubah dengan teknologi lebih canggih, pantas dan tepat untuk memberikan analisis punca sesuatu tragedi.

Pelaporan kedudukan pesawat secara automatik juga membantu mengenalpasti kedudukan tepat jika berlaku sebarang kecemasan.Sistem perlu diperbaiki jika pesawat menemui kecelakaan seperti terhempas ia mampu memberikan reaksi pantas kepada badan pencari dan penyelamat untuk bergegas ke kawasan lokasi.

Diharapkan dengan kecanggihan era teknologi turut dimanfaatkan industri penerbangan bagi mengelakkan tragedi MH370 tidak ditemui sehingga kini menjadi pengajaran paling penting untuk dunia.

* MOHD EZLI MASHUT adalah Penolong Editor SelangorKini

Categories
NASIONAL

Lagi serpihan didakwa MH370 ditemui di Pulau Reunion?

SHAH ALAM 7 MAC: Penduduk di Pulau Reunion di Lautan Hindi yang menemui serpihan dipercayai MH370 tahun lalu mendakwa menemui petunjuk kedua mengenai serpihan pesawat itu.

Menurut Johnny Begue, beliau menemui objek berwarna biru mirip kepada pesawat MH370 berdimensi 40 X 20 sentimeter ketika bersenam di tepi pantai.

MH370“Objek itu ringan dan permukaan bawahnya berwarna kelabu, malah pembuatannya hampir sama dengan sayap (flaperon) yang saya temui dulu,” katanya dipetik agensi berita antarabangsa AFP.

Flaperon berfungsi sebagai daya angkat pesawat ditemui di Pulau Reunion, 29 Julai tahun lalu, sebelum pasukan penyiasatan dianggotai Australia dan Malaysia melakukan analisis lanjut terhadap objek berkenaan.

Penemuan Begue dilaporkan tiga hari selepas penyiasat bebas, Blaine Gibson menjumpai objek berukuran kira-kira semeter, dipercayai penstabil mendatar pesawat jenis Boeing 777 di Mozambique, Afrika.

Sementara itu, anggota satu pasukan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Malaysia dijadual mengadakan perjumpaan dengan rakan sejawatan mereka dari Mozambique di negara Afrika selatan bagi membincangkan penemuan satu objek dipercayai berasal dari MH370.

Stealth MH370Pasukan tiga anggota Malaysia itu, yang terdiri daripada penyiasat dan petugas daripada DCA dan Malaysia Airlines, kini berada di Mozambique bersama rakan sejawatan mereka dari Australia berikutan laporan mengenai penemuan bahagian pesawat awal minggu ini.

Pesawat MH370 ke Beijing bersama 239 penumpang dan anak kapal hilang pada awal pagi 8 Mac 2014 setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

EZY

Categories
NASIONAL

Lagi penemuan serpihan didakwa MH370?

MOZAMBIQUE 2 MAC – Agensi Berita Antarabangsa, CNN melaporkan serpihan objek pesawat Boeing 777 yang berkemungkinan MH370 ditemui hujung minggu lalu di pantai negara itu.

Perkara demikian dimaklumkan seorang pegawai Amerika Syarikat kepada CNN.

Bagaimanapun serpihan berkenaan telah dibawa ke Malaysia untuk pemeriksaan lanjut.

<MH370Difahamkan, objek berkenaan adalah penstabil mendatar pesawat.

Sementara itu di KUALA LUMPUR, Kementerian Pengangkutan mengesahkan sudah menerima maklumat mengenai penemuan serpihan pesawat Boeing 777 di pantai Mozambique bagaimanapun masih terlalu awal untuk mengesahkan ia daripada MH370.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata kementeriannya bekerjasama dengan pihak berkuasa Australia untuk mendapatkan serpihan itu kerana Malaysia tiada kedutaan di Mozambique.

“Saya harap tiada pihak yang membuat spekulasi serpihan itu milik MH370,” dipetik kepada BH Online hari ini.

Sejak tragedi MH370 pada 8 Mac 2014 lalu, tiada laporan pesawat Boeing lain yang dilaporkan hilang.

Pesawat yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing itu membawa 239 penumpang termasuk dua bayi dan 12 anak kapal.

EZY