Categories
AGENSI SELANGOR

Kerja pembaikan paip pecah Rumah Pam Taman Melawati siap

SHAH ALAM, 26 JULAI: Kerja pembaikan paip pecah di Rumah Pam Taman Melawati siap sepenuhnya, maklum Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Bagaimanapun, ketua komunikasi korporatnya berkata kerja membaik pulih sistem elektrikal dan mekanikal giat dijalankan dan dijangka siap pada 12 tengah malam esok.

“Bekalan air air akan mula disalurkan kepada pengguna selepas sistem rumah pam tersebut diuji dan selamat untuk dioperasikan,” kata Elina Baseri dalam kenyataan.

Beliau berkata pihaknya sedang mengambil segala usaha bagi meminimakan impak gangguan kepada pengguna termasuk menghantar bantuan air melalui lori tangki ke kawasan terjejas.

Katanya pengguna diminta mengekalkan jarak sosial satu meter dan memakai pelitup muka ketika mengambil bekalan air daripada lori tangki.

Hari ini 16 lokasi di Gombak mengalami gangguan bekalan air susulan sistem rumah pam tersebut terpaksa dihentikan pada jam 8.30 pagi tadi.

Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Baiki paip pecah Klang, Kuala Langat siap petang esok

SHAH ALAM, 21 JULAI: Pembaikan paip pecah di kawasan tanah mendap di simpang jalan antara Jalan Johan Setia dan Jalan Langat, Klang dijangka siap pada jam 6 petang esok.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berkata bekalan air pula dijangka pulih sepenuhnya bermula jam 6 pagi pada 23 Julai.

“Bantuan bekalan air kecemasan melalui lori tangki ke kawasan terlibat termasuk di Wilayah Klang dan Kuala Langat telah digerakkan kepada pengguna.

“Sekiranya orang ramai ingin memohon bantuan air kecemasan, mereka boleh menghubungi talian 15300 atau Whatsapp ke talian 0192800919 atau 0192816793,” kata Elina Baseri dalam kenyataan.

Semalam dilaporkan, beberapa kawasan di Klang dan Kuala Langat mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual akibat paip pecah di simpang jalan antara Jalan Johan Setia dan Jalan Langat, Klang.

Kejadian itu berlaku di kawasan tanah mendap di tapak kerja Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) GS10.

Kawasan terlibat seperti berikut:

Wilayah Klang

-Bandar Bistari, Batu 5&6 Sijangkang

-Jalan Johan Setia

Wilayah Kuala Langat

-Seluruh kawasan Sijangkang & Kampung Medan

-Jalan Sijangkang Utama

-Eco Sanctuary

-Batu 9 Kebun Baru

-Taman Perwira

-Taman Seri Medan

-Taman Sijangkang Jaya

-Tropicana Aman

Categories
EXCO SELANGOR

1,278 kes paip pecah direkodkan

PETALING JAYA: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) merekodkan 1,278 kes paip pecah antara 2017 hingga 2019 disebabkan kecuaian kontraktor, kata EXCO kerajaan tempatan.

Ng Sze Han berkata insiden tersebut tidak akan berlaku jika pihak yang melaksanakan projek pembangunan lebih berhati-hati di sekitar jajaran paip.

“Bagi mengawal isu ini pihak berkuasa tempatan (PBT) diberi kuasa untuk mengarahkan kontraktor berhenti melakukan kerja sekurang-kurangnya 30 hari.

“Klausa tambahan arahan pemberhentian sementara akan dimasukkan dalam permit kerja bermula 1 Mac ini,” katanya selepas menghadiri mesyuarat bersama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini hari ini.

Sze Han berkata, kawasan merekodkan kes tertinggi dalam tempoh tiga tahun terdahulu adalah di Gombak membabitkan 483 kes, Petaling (225) dan Kuala Lumpur (221).

Categories
SELANGOR

Paip pecah: 10 kawasan di Gombak alami gangguan bekalan air sementara

 

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

GOMBAK, 6 JUN: Kira-kira 10 kawasan di daerah ini berdepan gangguan bekalan air sementara susulan insiden paip pecah di Taman Prima Gombak Off Taman Sri Gombak, di sini, hari ini.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Abdul Raof Ahmad berkata, setakat ini kerja pembaikan dan pemulihan di lokasi paip pecah terbabit sedang giat dijalankan.

Bagaimanapun, Abdul Raof berkata, pihaknya menyasarkan kerja pembaikan dapat disiapkan sebelum 6.30 petang ini.

“Gangguan bekalan air sementara melibatkan beberapa kawasan antaranya perusahaan ringan, Prima Sri Gombak, Pusat Niaga Batu Caves, Kampung Sri Gombak Indah, Taman Sahabat, Taman Berlian, Jalan Dewan Simpang 3, Jalan Kunci Air, Desa Minang dan Taman Bolton.

“Kerja pembaikan sedang giat dijalankan dengan peratusan kerja pembaikan di tahap 70 peratus dan kami sedang berusaha mempercepatkan kerja pembaikan,” katanya ketika dihubungi.

Pelangan terjejas sudah dimaklumkan melalui pesanan khidmat ringkas (SMS) dan Air Selangor sentiasa mengemaskini status dari semasa ke semasa di aplikasi telefon bimbit.

 

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Paip pecah: Kerja baik pulih ambil masa dua hari – MB

OLEH NADIAH ZAMLUS

BATU CAVES, 28 MEI: Tempoh kerja baik pulih paip pecah di sini dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya dua hari, kata Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari.

Namun, katanya ia bukanlah jangka masa yang tepat ekoran pihaknya masih belum menerima laporan penuh susulan dari kejadian berkenaan.

“Buat masa ini Air Selangor sedang membuang semua air yang bertakung dan setelah itu kita baru dapat mengenalpasti punca sebenar kerosakan berkenaan.

“Sementara itu Jabatan Kerja Raya pula memaklumkan mereka akan mengambil masa diantara lima hingga ke enam hari untuk kerja baik pulih jalan, insyaAllah kita akan selesaikannya sebelum Aidilfitri,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke lokasi kejadian paip pecah yang terletak berhadapan Masjid Al-Amaniah, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata, kejadian paip pecah itu membabitkan paip berukuran 525 milimeter (mm) dan 600 mm.

“Sehingga kini 23 kawasan didapati terkesan akibat kejadian ini dan turut melibatkan 5,000 pengguna.

“Oleh itu, saya juga sudah mengarahkan bekalan air dihantar ke kawasan terjejas, dan ahli majlis kawasan juga akan membuat pemantauan,” katanya.

Kejadian paip pecah yang berlaku pada jam 10 pagi itu berlaku akibat sebuah lori yang tenggelam di sebuah jalan raya mendap.

Disebabkan tekanan, paip air bawah tanah meletup dan menyebabkan limpahan air berlarutan sehingga jam 1 petang tadi.

 

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Isu paip pecah Seksyen 17 dijangka selesai April

OLEH SABIRAH AZIZ

PETALING JAYA, 17 JAN: Masalah paip pecah yang dihadapi penduduk di kawasan Seksyen 17, di sini, dijangka selesai, pada April ini, kata Ahli Dewan Negeri Bukit Gasing, Rajiv Risyakaran.

Beliau berkata, keadaan yang berlarutan sejak tujuh hari lalu itu menyebabkan 3,000 rumah terjejas selain mengalami gangguan bekalan air.

“Terdapat lima lokasi terbabit iaitu di Jalan 17a/4, Jalan 17a/7, Jalan 17/1, Jalan 17/20 dan Jalan 17/50. Penduduk juga marah dan salah faham bahawa paip yang digunakan adalah paip baharu yang tidak berkualiti.

“Sebenarnya paip pecah itu adalah paip lama. Jadi, saya jelaskan kepada mereka bahawa paip baharu belum disambungkan dengan bekalan air lagi,” katanya kepada media selepas melawat kawasan terbabit, hari ini.

Rajiv berkata, proses penyambungan air di paip baharu akan dilakukan selepas pihak kontraktor menguji keseluruhan bahagian paip baharu yang kemudian akan disambungkan ke rumah.

“Saya kasihan kepada nasib dihadapi penduduk yang mengalami masalah sama ini sejak tiga tahun lalu kerana dalam tempoh setahun, lebih dari 20 masalah paip pecah berlaku.

“Justeru, saya menasihatkan kontraktor Air Selangor supaya membuat kerja penurapan dengan baik selepas melakukan kerja pembaikan dan penggantian paip,” katanya.

Kerja penggantian paip di kawasan itu bermula, pada April 2017 dan dijangka siap, pada April tahun ini.

Kawasan itu juga dikenal pasti antara 84 hotspot membabitkan penggantian paip sepanjang 425.7 kilometer (km) seluruh negeri, di bawah Air Selangor.

Pembaikan itu dilaksanakan dengan peruntukan keseluruhan RM248.7 juta bagi tempoh 2016 hingga 2019.

Categories
SELANGOR

Exco turun padang pastikan paip pecah dibaiki segera

SHAH ALAM 30 MAC: Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Zaidy Abdul Talib turun padang melihat sendiri tapak paip air yang pecah menyebabkan berlaku gangguan bekalan air.

Kejadian itu mengakibatkan masalah tekanan air rendah kepada kolam Sime UEP dan Kolam Bandar Puteri yang menerima air dari Line 2 LRA Semenyih.

“Pihak SYABAS sedang cuba sedaya upaya bagi menstabilkan dan memulihkan kembali bekalan dapat sampai kepada rakyat yang khususnya tinggal di kawasan Puchong dan USJ,” kata Zaidy hari ini.

11040937_1646298095602185_8114621154314926687_nKatanya beliau berharap SYABAS dapat membaiki secepat mungkin untuk keselesaan rakyat.

Turut sama dalam lawatan itu ADUN Seri Serdang, Noor Hanim Ismail.

Beberapa kawasan di Wilayah Petaling (36 kawasan) dan Hulu Langat (23 kawasan) mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual dan tekanan air rendah sejak awal pagi hari ini, disebabkan kejadian paip pecah di jajaran paip yang menyalurkan bekalan air dari Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih ke kolam simpanan air Bandar Puteri Puchong.

Paip tersebut adalah dari jenis Mild Steel (MS) dengan garis pusat bersaiz 600mm.

11081236_992521314100199_8973362292193235430_nSituasi ini menyebabkan berlakunya penurunan kadar aliran kemasukan air dari Sungai Semenyih Kolam Air Bandar Puteri Puchong dan ke Kolam Air Sime-UEP di Wilayah Petaling dan juga menjejaskan tekanan air ke Kolam Air Terminal Bandar Baru Bangi di Wilayah Hulu Langat.

Dengan penggunaan air berterusan oleh pengguna, ianya menyebabkan penurunan deras paras kolam tersebut dan menyebabkan gangguan bekalan air dan sesetengahnya pula menyebabkan tekanan rendah.

EZY