Oleh: HAFIZAN TAIB
GOMBAK, 13 JAN: Kerajaan Kelantan menghulurkan sumbangan kepada Amirul Shazrie Azhar Shah yang mengalami kecederaan akibat terbabit kemalangan ketika dalam perjalanan ke Kelantan bagi membantu mangsa banjir, baru-baru ini.
Dalam kejadian itu, Amirul Shazrie menaiki motosikal bersama sahabat baiknya, Fajrul Iman , yang meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.
Sumbangan Kerajaan Kelantan disampaikan Presiden Perakan Malaysia, Ir Hamzah Abdul Rahman.
Hadir sama, ADUN Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan; Ketua Pemuda PAS Selangor, Syarhan Humaizi dan rombongan PAS Gombak.
-NFN-