Categories
SELANGOR

AKTIVITI YB: Rakyat, pelajar jadi keutamaan Adun Sekinchan

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 29 MEI: Adun Sekinchan, Ng Suee Lim mengambil inisiatif menyerahkan bantuan RM1,000 kepada Sekolah Rendah Agama Taman Harmoni, di sini, dalam usaha memastikan keselesaan dan kebersihan pelajar terjamin.

Bantuan terbabit bagi menyelenggara tandas sekolah yang sebelum ini gagal berfungsi dengan baik dan tidak dapat digunakan pelajar.

IMG-20150525-WA0040“Bagi saya, prasarana di sekolah perlu lengkap dan berada dalam keadaan yang baik kerana ia tempat pelajar menuntut ilmu. Bantuan ini sedikit sebanyak membantu meringankan beban sekolah.

“Sebagai wakil rakyat yang dilantik, kita perlu membantu rakyat tanpa mengira kaum dan agama. Soal kebajikan rakyat dan pelajar adalah sangat penting untuk diutamakan,” katanya.

Pada masa sama, Suee Lim turut menyumbang RM1,500 untuk membaik pulih jalan ban 1 dan parit 7 yang rosak teruk.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Bantuan pendidikan suntik motivasi pelajar

Oleh: HAFIZAN TAIB

BANDAR BARU BANGI, 20 MEI: Agihan bantuan pendidikan disalurkan Kerajaan Negeri membawa perubahan positif terhadap kemajuan sekolah dan pelajar di daerah Hulu Langat.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ampang, M Murugan berkata, perubahan ketara di sekolah itu adalah keputusan cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dicatatkan pelajar tahun lalu meningkat berbanding sebelumnya.

MURUGUN AL MARI“Pelbagai program yang dijalankan seperti kelas tambahan dan motivasi membuahkan hasil apabila keputusan cemerlang diperoleh dalam UPSR.

“Selain itu, kita turut menambahbaik kemudahan infrastruktur sekolah untuk manfaat guru dan pelajar,” katanya kepada Selangor Kini di sini, semalam.

Ketua Guru Kafa Integrasi Irshad Ampang, Suzaimah Amir pula berkata, peruntukan diterima dapat digunakan bagi membaiki kelas dan menambah kemudahan sedia ada untuk memenuhi keperluan pelajar.

“Walaupun dana diterima terhad tetapi banyak membantu bagi memberikan pendidikan lebih baik kepada pelajar. Sekolah juga mampu membaiki segala kerosakan dan lebih kemudahan dapat disediakan,” katanya.

_MG_0320Sementara itu, Timbalan Pengerusi Lembaga Pengurusan SJK(Cina) Batu 18 Hulu Langat, Tan Yot Teck berkata, masalah dihadapi sekolah diatasi secara berperingkat sejak menerima bantuan Kerajaan Negeri.

“Kita sudah baiki banyak kerosakan dialami seperti pagar, kantin dan tandas. Kini, sekolah alami perubahan lebih baik.

“Kedudukan sekolah hampir dengan sungai dan apabila hujan kerap berlaku banjir. Dengan bantuan ini, pelajar dapat menumpukan perhatian lebih baik kepada pelajaran,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

GST beban utama pelajar

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 14 APR: Kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan yang meminta pelajar memasak sendiri adalah mustahil apabila undang-undang universiti tidak membenarkan masak di dalam kampus.

Kebanyakan pelajar mengkritik kenyataan Ahmad kerana membawa peralatan memasak juga tidak dibenarkan ke dalam kampus.

faizun abdullah, 24Pelajar, Faizun Abdullah, 24, berkata universiti melarang pelajar membawa sebarang peralatan elektrik untuk mengelakkan kebakaran.

“Ada pelajar yang bawa alatan memasak ke kampus tapi dirampas sebab takut terlebih guna elektrik. Kerajaan sepatutnya fikirkan cara untuk menyenangkan pelajar seperti melarang peniaga mengenakan cukai.

“Sesetengah peniaga walaupun tidak berdaftar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tetapi menaikkan harga makanan hingga membebankan pelajar,” katanya.

Ismi fahmi Abdul Rahman, 22, pula berkata kenyataan Ahmad menunjukkan menteri tidak memikirkan kebajikan rakyat kerana memberi jawapan yang tidak menyelesaikan sebarang masalah.

“Pelajar lelaki mungkin ada yang tidak tahu memasak. Kami hanya mampu membeli makanan di luar dan barang dalam kampus sendiri sudah naik.

Ismi fahmi Abdul Rahman“Paling kurang kami makan mee segera tetapi sekarang ia juga dikenakan GST. Tiada pembelaan bagi kami sebagai pelajar,” katanya.

Qurratu Anini, 23, berkata universiti melarang pelajar masak di kampus kerana berisiko selain memikirkan keselamatan.

“GST sangat membebankan bukan sebab tidak boleh masak di kampus. Dalam keadaan kos sara hidup semakin tinggi membuatkan kami terasa semakin susah.

“Tidak semua pelajar datang daripada golongan kaya. Jadi, GST sangat tidak wajar dikenakan kepada kami dan berharap kerajaan meneliti semula berkenaan perkara ini,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Pelajar Perubatan Malaysia maut selepas kemalangan 3 Jun

SHAH ALAM, 17 JUN: Pelajar Tahun Dua Fakulti Perubatan (Pergigian) Malaysia di Mesir, Ummi Nadiah Filzah Daud, yang terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 3 Jun lalu, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Miri Iskandariah, kelmarin. 

Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata berdasarkan laporan awal, Allahyarham Ummi Nadiah Filzah, 21, meninggal pada jam 8 malam (waktu tempatan) akibat kecederaan teruk pada paru-paru.

Memetik Bernama, Duta Besar Malaysia ke Mesir Datuk Ku Jaafar Ku Shaari bersama pegawai Kedutaan kini berada di Iskandariah bagi membantu urusan membawa pulang jenazah ke Malaysia atas permintaan ibu bapa Allahyarham.

al-FatihahKenyataan itu menjelaskan ibu bapa itu mahukan Allahyarham dikebumikan di Bandar Tasik Putri, Rawang, Selangor.

“Kementerian menyampaikan takziah dan simpati mendalam kepada keluarga Ummi Nadiah Filzah,” kata Wisma Putra.

Kemalangan itu dilaporkan berlaku bila van yang membawa Ummi Nadiah Filzah dan bersama lima lagi rakannya yang juga penuntut Universiti Iskandariah melanggar bahagian belakang sebuah lori lalu terbabas.

Mereka tercampak keluar van dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Borg El Arab untuk pulang bercuti semester di Malaysia, namun lima pelajar lain cedera dan pemandu terselamat.