Categories
SELANGOR

Penuntut kolej swasta hilang

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 23 MAC: Seorang penuntut kolej swasta dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah sewanya, di Seksyen 16, di sini, semalam.

Mohammad Hafiz Ismail, 24, dipercayai keluar bersama rakannya yang dikenali sebagai Wan menuju ke pasar malam dengan menaiki kereta Perodua Axia milik mangsa, pada jam 12.58 tengah malam.

Mangsa difahamkan ada menghubungi teman wanitanya, Sabrina Al-Jufri, sebelum keluar bersama rakannya itu.

Sabrina memaklumkan, beberapa jam selepas itu dia cuba menghubungi Hafiz, namun cubaan itu gagal apabila panggilan tidak dijawab.

Sabrina berkata, sejurus selepas itu dia menghubungi ibu mangsa untuk mendapatkan kepastian berhubung keberadaan Hafiz.

Bagaimanapun, ibu mangsa, Noorliah Kasbullah, 48, mengetahui anak lelakinya hilang selepas dimaklumkan Sabrina.

Noorliah berkata, dia juga cuba menghubungi anaknya itu, namun gagal kerana telefon bimbitnya sudah dimatikan.

“Hafiz pernah memaklumkan sebelum ini rakannya itu bekerja sebagai pembantu kedai makan berhampiran rumah sewanya,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan Muhammad Hafiz diharap boleh tampil memberi maklumat di balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut.

Siasatan masih giat dijalankan sebagai laporan orang hilang.

Categories
PENDIDIKAN SELANGOR

Program Pertukaran Pelajar KUIS-UMMI erat jalinan

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 16 MAC: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) menerima kunjungan delegasi pelajar daripada Universitas Muhammadiyah Sukabumi (UMMI) Indonesia bagi program pertukaran pelajar, baru-baru ini.

Timbalan Rektor Pengurusan Korporat (Pembangunan & Pengantarabangsaan) KUIS, Dr Zulkifli Abd Hamid berkata, program selama 17 hari itu membabitkan tiga pelajar perempuan dan seorang pelajar lelaki bagi program sarjana muda, dalam bidang pengajian perniagaan.

Melalui program itu, ia dijangka dapat mengerat dan memperkukuhkan lagi jaringan serta jalinan antarabangsa antara dua negara.

“Program pertukaran pelajar ini bakal memberi banyak manfaat apabila mereka bukan sekadar bertukar maklumat, budaya, adat resam, bahasa dan makanan.

“Pelajar dari UMMI turut merasai pengalaman perkongsian ilmu apabila mereka juga perlu menghadirkan diri ke kuliah dan program mahasiswa yang berlangsung sepanjang tempoh berada, di KUIS,” katanya.

Selain itu, pelajar UMMI turut dibawa melawat ke tempat menarik sekitar Lembah Klang diiringi pelajar KUIS ke Balai Seni Lukis Negara, Muzium Perdana Putrajaya, Menara Berkembar Petronas (KLCC), Pasar Seni dan lokasi lain.

Pada masa sama, KUIS merancang untuk mengadakan lawatan balas membabitkan empat pelajar iaitu mereka yang terbabit sebagai ‘buddy’ mengiringi pelajar UMMI ketika berada di KUIS bagi mengikuti program pertukaran pelajar ke UMMI, pada 19 hingga 30 April ini.

Categories
SELANGOR

Ceria menjelang hari pertama sekolah

OLEH SABIRAH AZIZ

SHAH ALAM, 2 JAN: Menjelang hari pertama persekolahan 2018 di Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Dato’ Mufti Yusof Sahabuddin, kebanyakan pelajar terutama murid tahun satu kelihatan tenang dan ceria memulakan sesi persekolahan mereka.

Tinjauan SelangorKini mendapati pelajar tahun satu yang baharu memulakan persekolahan ditemani ibu bapa memenuhi ruang perkarangan sekolah untuk menghantar anak mereka.

Sesi persekolahan yang bermula, pada jam 7.30 pagi dan berakhir pada 3.30 petang itu menyaksikan terdapat segelintir ibu bapa terus menghantar anak tanpa menemani mereka, di sekolah.

Bagi seorang pelajar, Harith Amirullah, dia sangat gembira dan teruja apabila masuk ke sekolah serta bertemu rakan baru di dalam kelas.

“Hari ini mak dan ayah datang menghantar saya ke sekolah tetapi saya minta ayah terus balik, tidak perlu temankan sebab saya sudah jumpa ramai kawan di sini.

Seorang lagi pelajar, Sarah Safiyah berkata, dia tidak sabar memulakan sesi pembelajaran di kelas bersama guru dan rakan lain.

“Pagi ini baru belajar satu subjek, saya tidak sabar tunggu cikgu ajar subjek lain pula,” katanya.

Sementara itu, keadaan di kelas menunjukkan guru memulakan sesi persekolah dengan bacaan doa, catatan kehadiran pelajar dan sesi suai kenal antara pelajar dan guru.

Salah seorang guru, Nooraini Afifah berkata, ia adalah pengalaman keduanya mengajar pelajar tahun satu.

“Sebenarnya agak mencabar untuk mengendalikan pelajar tahun satu, namun sebagai guru, kita mesti bijak mengawal tingkah laku mereka dan perlu peka dengan keadaan,” katanya yang mengajar subjek Akhlak.

Terdahulu, sekolah itu mengadakan sesi orientasi kepada pelajar tahun satu, pada 23 Disember lalu bagi melatih pelajar membiasakan diri dengan persekitaran di sekolah.

Categories
PENDIDIKAN SELANGOR

Ulang kaji bersama rakan tips pelajar cemerlang STAM 2016

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 27 APR: Rajin mengulangkaji pelajaran serta tidak meninggalkan solat antara tips kejayaan Ahmad Fareez Abdul Wahab yang menerima anugerah Pelajar Terbaik Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2016 peringkat negeri.

Fareez, 19, berkata, beliau gemar belajar secara berkumpulan berbanding mengulangkaji berseorangan.

“Saya lebih suka ajak kawan belajar bersama sebab kita akan berkongsi pelbagai idea dan ilmu dalam kepakaran subjek masing-masing. Malah, rakan juga sering berjumpa saya kerana ingin mengulangkaji pelajaran bersama.

PELAJAR UPKK STAM (1)“Selain itu, saya menjadikan guru saya, Dr Sahrul Azmi Sidek sebagai sumber inspirasi kerana beliau banyak memberi kata semangat dan motivasi.

“Saya amalkan tips beliau melalui perkataan ‘SATU’ yang bermaksud ‘Sedia Awal, Tumpu dan Ulang’. Kini, saya dapat mencapai kejayaan,” katanya yang sebelum ini bersekolah di Sekolah Agama Menengah Tinggi (SAMT) Hishamuddin, Klang.

Seorang lagi pelajar yang merangkul Pelajar Terbaik STAM 2016 peringkat negeri bagi kategori perempuan ialah Nur Syafiqah Ahmad Azmee, 19, dari Sekolah Agama Menengah (SAM) Jeram, Kuala Selangor.

Syafiqah berkata, didikan ibunya yang sering mengejutkan beliau jam 3 pagi untuk belajar membuatkannya berjaya.

“Sejak saya enam tahun, ibu selalu kejut awal pagi. Berbanding orang lain, bagi saya masa waktu belajar yang tepat adalah pukul tiga pagi sehingga sebelum subuh.

PELAJAR UPKK STAM (2)“Selain itu, ibu juga selalu berpesan tidak tinggal solat hajat setiap hari, selepas waktu Maghrib,” katanya yang bercita-cita ingin menjadi seorang pendidik aliran agama seperti ibunya.

Pada masa sama, Muhammad Ammar Ahmad Arman Firdaus, 12, juga berjaya merangkul Anugerah Pelajar Lelaki Terbaik Peringkat Negeri bagi Ujian Peperiksaan Kelas KAFA (UPKK) dan Adrianna Alea Lee Muhammad Fairuz Lee, bagi kategori perempuan.

Manakala ,Anugerah Pelajar Cemerlang Lelaki terbaik peringkat negeri bagi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) diperolehi Muhammad Arif Arham Amri dari Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Seksyen 9, di sini.

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

PEKAWANIS rai 1,950 pelajar 33 DUN

OLEH SYASYA SUFIAN

GOMBAK, 16 DIS: Sempena sesi persekolahan 2017 yang akan dibuka pada awal Januari ini, Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS) menganjurkan program ‘Back To School’ bagi meraikan persediaan pelajar kurang berkemampuan untuk kembali ke sekolah.

Pengerusinya, Datin Seri Shamshida Taharin berkata, PEKAWANIS memperuntukkan RM195,000 untuk program itu melibatkan 33 Dewan Undangan Negeri (DUN) dan enam Parlimen.

“Program ini melibatkan hampir 1950 pelajar dan setiap DUN akan menyerahkan sumbangan bernilai RM100 kepada 50 pelajar terpilih.

“Cara penyerahan sumbangan diberikan dengan pelbagai cara mengikut DUN masing-masing, ada yang ahli PEKAWANIS membawa pelajar ke pasaraya membeli-belah, ada juga yang memberikan secara tunai,” katanya kepada SelangorKini.

img_20161216_115733_543Beliau berkata demikian ketika Majlis Penyampaian Sumbangan Kembali ke Sekolah 2017 di Pusat Khidmat Rakyat YAB DS Mohamed Azmin Ali, Taman Melawati, di sini, pada 16 Disember lalu.

Katanya, program sumbangan hari itu gabungan bagi Parlimen Gombak, DUN Bukit Antarabangsa dan Batu Caves dengan menyerahkan baucer pusat membeli-belah Hari-Hari yang bernilai RM100 kepada 150 pelajar.

“Kita memilihHari-Hari kerana ia mudah dijumpai dan terdapat 19 cawangan di Selangor.

“Kita berharap dengan sumbangan ini dapat meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan persiapan persekolahan anak khususnya bagi yang berpendapatan rendah,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Badur, 67, melahirkan rasa syukur di atas pemberian itu yang dapat menampung kos persekolan cucu yang dijaganya yang bakal masuk darjah satu tahun hadapan.

“Dengan sumbangan ini, saya dapat membeli pakaian sekolah serta keperluan alat tulis untuk cucu memandangkan saya sudah bersara,” katanya.

Manakala, Sukma Mohamed, 39, berkata dia berterima kasih kepada PEKAWANIS dan Kerajaan Negeri kerana prihatin perihal rakyat.

“Saya tidak memohon di mana-mana, tetapi pusat khidmat DUN Bukit Antarabangsa yang menghubungi saya mengatakan layak menerima baucer RM100 untuk anak yang kelainan upaya ini.

“Saya berterima kasih kepada Kerajaan Negeri yang memang prihatin tentang keadaan rakyat memandangkan kos sekarang semakin meningkat,” katanya.

-NFN-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Pelajar Filipina lakar kejayaan cemerlang UPSR

OLEH SYASYA SUFIAN

KUALA LANGAT, 21 NOV: Semangat jihad berterusan seorang pelajar Filiphina dalam mempelajari pembelajaran dan budaya yang baru membuahkan hasil apabila berjaya mencipta kecemerlangan dalam keputusan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Ahmed Gonzales Galender,12, yang hadir menerima anugerah cemerlang di DUN Sijangkang berasa gembira dengan keputusan 5A dalam UPSR walaupun beliau baru menetap di Malaysia tiga tahun.

“Guru, rakan dan ibu bapa merupakan pembakar semangat untuk saya belajar berbahasa Melayu dengan fasih seterusnya ke mata pelajaran yang lain.

img_20161121_094206 “Saya dan keluarga berpindah ke Malaysia ketika umur saya 10 tahun dan pada waktu itu tidak tahu langsung bercakap bahasa Melayu apatah lagi membaca. Namun, tekad guru yang tak pernah putus asa mendidik akhirnya saya dapat memberikan keputusan yang cemerlang buat mereka,” katanya yang bercita-cita menjadi saintis.

Guru Matematik Sekolah Kebangsaan Teluk Panglima Garang, Saiful Anuar Basiran berkata, beliau berasa amat bangga dengan pencapaian muridnya itu walaupun penulisan Ahmed hanya mendapat keputusan C, namun mata pelajarannya yang lain semua A.

“Ketika saya menjadi guru matematiknya pada 2014, hari-hari beliau menangis dan sedih kerana tidak faham pengajian di sini. Bapanya juga menyerahkan seluruh kepercayaan kepada sekolah ketika itu untuk mendidik anaknya.

“Apabila saya melihat tekad beliau belajar dan saya suruh dia bergaul dengan anak Melayu, tidak sangka akhirnya membuahkan hasil. Saya juga ada meminta guru agama di sekolah untuk mengajar beliau bab agama dan mengaji,” katanya kepada Selangor Kini.

img_20161121_094141Sementara itu, Anis Sofea Hasan Parid, 12 dari Sekolah Rendah Agama (SRA) Kebun Baru pula merupakan pelajar terbaik Mumtaz DUN Sijangkang, tahun ini.

Katanya, setiap malam beliau tidak tinggal untuk mengulang kaji dan menghafaz al-quran.

“Apa yang penting untuk kita berjaya adalah solat perlu jaga dan kalau nak dapat lebih, perbanyakkan solat sunat kerana itu yang selalu dipesan mak ayah dan guru di sekolah,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

KUIS sasar 12,000 permohonan pelajar sesi pertama 2016

Oleh: AFIX REDZUAN

BANGI, 21 APR: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) mensasarkan 12,000 permohonan pelajar baru bagi sesi pertama 2016.

Timbalan Rektor Pengurusan Korporat KUIS, Dr Zulkifli Abd Hamid, berkata KUIS tidak menetapkan sebarang kuota pengambilan pelajar cuma mereka perlu layak mengikut kriteria ditetapkan.

KUIS CONVO“Alhamdulillah sejak keputusan SPM keluar, kita menerima 10,000 permohonan sehingga April lalu.

“Kita jangkakan sehingga penghujung Mei ini, akan menerima 4,000 hingga 5,000 permohonan.

“Saya percaya permohonan untuk sesi pertama tahun ini sahaja kita ada antara 12,000 hingga 14,000 permohonan,” katanya

Setakat ini, sebanyak 9,000 surat tawaran sudah dikeluarkan untuk semua pelajar daripada pelbagai bidang.

Antara permohonan terbesar adalah diperingkat Asasi dengan 3,000 permohonan diikuti Fakulti Pengajian Islam (2,600) serta Fakulti Pengurusan dan Mua’malah (2,300).

Pendaftaran sesi pertama 2016 bermula 1 Jun ini sementara sesi kedua pada November.

-NFN-

Bom di universiti : Pelajar panik apabila diarah keluar


2,000 pelajar Kolej Segi, Kota Damansara panik setelah diarah keluar dari kolej kerana dimaklumkan terdapat bahan letupan di kawasan itu.

Categories
SELANGOR

Selangor teramai kemasukan pelajar tahun satu dan tingkatan satu

SHAH ALAM 4 JAN: Selangor mencatatkan kemasukan pelajar baru teramai di seluruh negara tahun ini yang melibatkan pelajar tahun satu dan tingkatan satu.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan berkata seramai 448,677 murid memasuki tahun satu di 7,765 buah sekolah rendah di seluruh negara, melibatkan 229,808 murid lelaki dan 218,869 murid perempuan.

Pelajar sekolahSeramai 891,685 murid tahun satu dan tingkatan satu memulakan sesi persekolahan tahun ini di seluruh negara.

Selangor mencatatkan jumlah pelajar tahun satu paling ramai iaitu 89,419, diikuti Johor 54,492 murid dan Sabah (43,870).

Manakala bagi pelajar tingkatan satu paling ramai iaitu Selangor (83,368) murid, diikuti Johor (54,550) dan Sabah (41,945).

Berdasarkan statistik e-Daftar Rendah, kementerian berkata seramai 314,697 murid memulakan persekolahan tahun satu pada 4 Januari manakala 133,980 pelajar dari Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu pula 3 Januari.

Pelajar SekolahSeramai 443,008 pelajar tingkatan satu memulakan sesi persekolahan di 2,402 sekolah menengah di seluruh negara.

Pada 2015, terdapat 438,869 murid tahun satu dan 352,999 murid tingkatan satu mendaftar bagi sesi persekolahan di seluruh negara.

EZY

Categories
SELANGOR

i-HIT dan YES tingkat bakat belia

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 18 DIS: Komitmen Kerajaan Negeri membantu belia mengasah bakat dan kebolehan melalui program Internship High Impact Talent (i-HIT) serta Youth Youth Enhancement Strategy (YES) Selangor dengan kerjasama erat Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC) membolehkan golongan itu bergerak ke hadapan seiring pembangunan semasa.

Usaha itu akan mempertingkatkan lagi kemahiran anak muda Selangor dan dapat menyokong pertumbuhan ekonomi yang rancak juga maju.

voxpop jurulatihTenaga pengajar, Abdul Aziz Abdul Rahman, berkata mereka diajar pelbagai subjek dan bergantung program yang dipilih daripada segi pembuatan.

“Selama tiga bulan pelajar akan diajar cara pembuatan yang betul dan mengikut masa terpantas.

“Selama tiga bulan sesi pembelajaran dan bakinya akan praktikal di kilang agensi sebelum diserap masuk menjadi pekerja tetap,” katanya

IMG_2717Pelajar, Sharifah Rashida Rosli, 19, mengakui sememangnya minat dalam bidang kemahiran dan praktikal berbanding terori.

“Saya rasa peluang ini patut diambil anak muda lepasan SPM kerana selepas tamat pengajian kita akan diberi peluang pekerjaan di syarikat terpilih.

“Pelatih juga diberi elaun RM300 sebulan,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pelajar, Shahril Jamaludin, 17, berkata dia memasuki YES sejurus tamat SPM.

“Peluang itu patut diambil anak muda kerana di sini saya diberi peluang menimba ilmu, pengalaman dan mendapat kawan baru, di samping tidak membazirkan masa dengan perkaratidak berfaedah.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Bantuan Ramadan YKT ringan beban pelajar

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 23 JUN: Program Sentuhan Kasih anjuran Yayasan Kasih Tauhid (YTK) memberi khabar gembira buat pelajar asnaf Universiti Selangor (UNISEL) apabila mereka menerima pek berbuka puasa sepanjang Ramadan.

Pelajar semester tiga Pentadbiran Pengurusan, Husniza Husna Huhssin, 19, berkata bantuan berkenaan meringankan beban perbelanjaannya yang semakin menekan.

“Ini tahun kedua saya menerima pek berbuka puasa daripada YTK. Terharu dan sangat berterima kasih di atas keprihatinan mereka membantu kami.

DSC_0038“Makanan yang diberi enak dengan menu berbeza setiap hari dan memberi peluang kepada saya untuk berjimat kerana tidak perlu berbelanja membeli juadah di bazar,” katanya ketika ditemui Selangor Kini.

Pelajar kelahiran Tanjung karang itu adalah salah seorang daripada 120 pelajar UNISEL yang menerima pek berbuka puasa dalam siri kedua program itu sempena ramadan 2015.

Bagi, pelajar semester enam Teknologi Fotografi, Muhammad Zaen Asyraf, ternyata gembira apabila terpilih menerima bantuan berkenaan untuk kali kedua.

Unisel Grafik“Ekonomi hari ini semakin getir dan secara tidak langsung memberi kesan kepada harga juadah berbuka puasa. Sebagai pelajar, sudah tentu perkembangan ini merisaukan kami.

“Dengan bantuan YTK, sedikit sebanyak membantu kami merancang perbelanjaan, bahkan penjimatan kos itu dapat kami alihkan untuk keperluan pengajian yang lain,” katanya.

Semua 120 pelajar terlibat dari kalangan keluarga asnaf yang menerima tajaan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi melanjutkan pengajian di UNISEL.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Pelajar UNISEL terima pingat emas IEM

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 23 JUN: Universiti Selangor (UNISEL) terus menempa nama apabila pelajarnya dianugerahkan pingat emas Institut Jurutera Malaysia (IEM) 2014.

1Pelajar Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Lee Wei Pin menerima anugerah itu di Grand Ballroom Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur, pada 18 April lalu.

Wei Pin yang kini bekerja sebagai jurutera projek di sebuah syarikat kejuruteraan ternyata bangga dengan pengiktirafan itu.

Beliau yang bakal bergraduasi Oktober ini berharap kejayaan itu dapat dijadikan contoh serta pembakar semangat kepada pelajar lain.

-NFN-