Categories
SELANGOR

Ekonomi kukuh, MBI tabur bakti untuk rakyat

OLEH HAFIZAN TAIB

BATU CAVES, 18 OGOS: Pencapaian cemerlang dalam ekonomi membuka ruang Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) menganjur dan menyumbang dalam pelbagai program kemasyarakat demi manfaat rakyat Selangor.

Ketua Pegawai Operasinya, Soffan Affendi Aminudin berkata, dengan pendekatan itu MBI dan anak syarikat Kerajaan Negeri dapat berkongsi hasil mahsul negeri seperti program lembu korban sempena Aldiladha peringkat Selangor pada tahun ini.

“MBI dan anak syarikat Kerajaan Negeri mendapat peluang menabur khidmat bakti kepada rakyat dengan kita menyumbang RM6.4 juta untuk 1,180 ekor lembu korban yang akan diagihkan di masjid dan surau di Selangor.

KORBAN SELAYANG (4)“Usaha ini menunjukkan bahawa MBI dan anak syarikat Kerajaan Negeri mencapai tahap kewangan kukuh dan dapat terus menyumbang kepada rakyat Selangor,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan lembu korban sempena Aidiladha peringkat Selangor di Masjid Selayang Baru, di sini, hari ini.

Majlis perasmian itu disempurnakan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Soffan Affendi berkata, program dijalankan itu adalah susulan daripada program dibuat MBI sebelum ini iaitu antaranya insentif mengerjakan haji dan sumbangan kepada mahasiswa.

“Kita berharap usaha ini dapat diteruskan dan diterima baik rakyat,” katanya.

Categories
SELANGOR

Kerajaan Negeri sedaya upaya serah bantuan sebelum Aidilfitri

OLEH SYAZWANI SUFIAN

HULU LANGAT, 22 JUN: Kerajaan Negeri berusaha menyerahkan sumbangan bantuan sebelum Aidilfitri kepada lebih 100 keluarga terlibat musibah banjir luar biasa di Hulu Langat, baru-baru ini .

Exco Kebajikan, Kesihatan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berharap bantuan itu sedikit sebanyak menceriakan mangsa dalam menghadapai Ramadan dan menyambut Aidilfitri akan datang.

MANGSA BANJIR (7)“Kalau boleh kita nak serahkan bantuan secepat mungkin, namun hanya 32 daripadanya yang lengkap isi borang.

“Jadi kita terpaksa menyampaikan mengikut fasa dimana seterusnya selepas hari raya,” katanya ketika majlis penyerahan sumbangan di Kompleks Penghulu Batu 10, Mukim Cheras.

Turut Hadir Ketua Pegawai Operasi MBI, Soffan Affendi Aminudin, ADN Kajang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, ADN Dusun Tua, Razaly Hassan dan Ahli Parlimen Hulu Langat, Che Rosli Che Mat.

Sekurang-kurangnya setiap keluarga menerima sumbangan RM1,000 dan barangan keperluan harian daripada Kerajaan Negeri dan Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI).

IMG_20170622_125748-1280x1264Sementara itu, Jamaluddin Busu, 65, berkata, beliau bersyukur atas keprihatinan Kerajaan Negeri dan MBI yang memberikan sumbangan bagi meringankan beban mereka.

“Syukur sangat, sumbangan ini sedikit sebanyak kurangkan beban walaupun sebenarnya kerosakan yang kami hadapi lebih besar daripada itu.

“Walaupun sambutan raya tahun ini mungkin tidak semeriah seperti tahun sudah, tetapi kami hadapinya dengan redha,” katanya ketika ditemui Selangor Kini.

Categories
SELANGOR

32 Mangsa banjir terima bantuan RM1,000

 

OLEH SYAZWANI SUFIAN

HULU LANGAT, 22 JUN: Seramai 32 keluarga mangsa banjir menerima sumbangan wang tunai RM1,000 setiap keluarga dan keperluan asas hasil keprihatinan Kerajaan Negeri dan Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI).

Exco Kebajikan, Kesihatan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, sumbangan fasa pertama itu diberikan kepada mangsa banjir yang lengkap borang permohonannya.

“Sebenarnya terdapat ramai lagi mangsa banjir, namun hanya 32 mangsa sahaja dalam senarai nama yang kita terima kerana mereka berjaya melengkapkan borang.

MANGSA BANJIR (3)“Jadi saya menasihat untuk semua mangsa banjir mengisi dan melengkapkan borang secepat mungkin supaya kita dapat membantu menyampaikan sumbangan,” kata ketika majlis penyerahan sumbangan di Kompleks Penghulu Batu 10, Mukim Cheras.

Turut Hadir Ketua Pegawai Operasi MBI, Soffan Affendi Aminudin, ADN Kajang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, ADN Dusun Tua, Razaly Hassan dan Ahli Parlimen Hulu Langat, Che Rosli Che Mat.

Daroyah berkata, sumbangan ini membuktikan Kerajana Negeri dan agensi-agensi kerajaan sentiasa sangat prihatin kepada apa yang berlaku pada rakyat di Selangor.

“Kerajaan Negeri menyumbangkan RM500 manakala MBI juga turut menyumbangkan RM500.

“Kita juga menggalakan agensi-agensi lain bandan bukan kerajaan untuk turun membantu mangsa musibah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Tanggungjawab Sosial dan Korporat MBI, Mohd Jaafarudin Md Ali berkata, pihaknya mensasarkan RM500,000 kutipan dapat dikumpulkan bersama dengan anak syarikat MBI serta anak-anak syarikat Kerajaan Negeri.

“MBI adalah organisasi pelaburan yang paling besar dan paling maju di Selangor untuk kita
melaksanakan kerja-kerja amal dan kebajikan.

“Untuk kita memenuhi hasrat dan menyantuni golongan memerlukan perhatian, MBI berjaya mengumpulkan lebih kurang 30 anak syarikat Kerajaan Negeri untuk turut sama menyumbang.

“Daripada itu, kita mensasarkan kutipan sumbangan sebanyak RM500,000 dan dengan itu dapat kita salurkan kepada rakyat yang ditimpa musibah,” katanya

MANGSA BANJIR (7) MANGSA BANJIR (6) MANGSA BANJIR (5) MANGSA BANJIR (1)

Categories
SELANGOR

MBI sasar kumpul RM500,000 bantu mangsa banjir

OLEH SYAZWANI SUFIAN

HULU LANGAT, 19 JUN: Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) memperuntukkan sumbangkan RM100,000 bagi membantu mangsa banjir di Hulu Langat baru-baru ini.

Ketua Pegawai Operasi MBI, Soffan Affendi Aminudin berkata, pihaknya berharap dengan sumbangan itu dapat memberikan sinar harapan kepada mangsa memandangkan musim perayaan bakal tiba kurang dari seminggu.

“Sumbangan ini hanya sebahagian dari pihak kami, manakala kita mensasarkan sebanyak RM500,000 dapat dikumpulkan bersama dengan anak syarikat MBI serta anak-anak syarikat Kerajaan Negeri seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dan Yayasan Selangor.

MBI BANTU 1Selain itu, Soffan berkata, hari ini pihaknya turun padang mengedarkan 250 bubur lambuk bagi menyantuni mangsa banjir di Hulu Langat.

“Disamping itu, edaran bubur lambuk hari ini adalah usaha kami menyantuni mangsa banjir disamping membuat lawatan untuk melihat keadaan mangsa banjir supaya sumbangan kewangan dapat diperuntukkan,” katanya.

Pada 17 Jun lalu, Hulu Langat mengalami banjir luar biasa mengakibatkan beberapa kawasan di naiki air sehingga paras 1 meter.

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Ihya Ramadan: RM1.5 juta untuk 120 masjid dan surau

OLEH AFIX REDZUAN

HULU KELANG, 26 MEI: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali meyampaikan sumbangan Ihya Ramadan berjumlah RM1.5 juta kepada 120 masjid dan surau bagi Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa.

Sumbangan diserahkan pada Majlis Penyampaian Sumbangan Ihya Ramadhan Masjid dan Surau DUN Bukit Antarabangsa dan Parlimen Gombak serta Jamuan Rakyat di Masjid Klang Gates Baru.

Bagi DUN Bukit Antarabangsa, masjid dan surau masing-masing menerima sumbangan berjumlah RM20,000 sementara bagi setiap masjid dan surau terpilih di Parlimen Gombak menerima sumbangan RM10,000.

Dalam majlis sama, Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) turut menyerahkan sumbangan iftar perdana berjumlah RM300,000.

CP2A0711-1024x683Sumbangan dilakukan oleh Ketua Pegawai Operasi MBI dan juga Pengarah PNSB, Soffan Affendi Aminudin kepada Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Soffan Affendi berkata, program iftar dilihat sebagai salah satu kaedah bersama-sama masyarakat secara langsung di masjid dan surau sekaligus memperkukuh penyatuan ummah.

“Dengan adanya program iftar perdana anjuran MBI dan PNSB dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), seluruh masyarakat islam di Selangor akan dapat menikmati nilai ukhuwah islamiah yang berkualiti dalam konteks berjamaah ketika berbuka puasa, disusuli dengan solat fardhu berjamaah dan solat sunat terawih yang turut dilakukan secara berjamaah,” katanya.

Categories
SELANGOR

Perjuangan Subuh MBI lahir pemimpin muda cemerlang

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 5 OKT: Generasi muda dengan semangat kepimpinan cemerlang bakal dilahirkan menerusi Program Perjuangan Subuh anjuran Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI).

Program digerakkan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) itu dijadualkan bermula akhir bulan ini dengan menyasarkan 600 penyertaan bagi setiap daerah.

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) MBI, Mohd Jaafarudin Md Ali, berkata program digerakkan menitikberatkan pembentukan disiplin tinggi dalam kalangan peserta seperti mana ketokohan dan kepribadian terpuji bekas pemimpin Islambol, Sultan Muhammad Al Fatih,

ust jaafar 2 web“Kita mahu melahirkan peserta muda dengan semangat juang tinggi dan perwatakan hebat dari segi keagamaan dan akademik demi membela agama, bangsa dan negeri serta negara.

“Sedia maklum, solat subuh berjemaah adalah waktu solat paling mencabar dilaksanakan umat Islam. Maka program ini mewajibkan perkara itu supaya menjadi rutin dalam kehidupan peserta,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Beliau berkata, peserta ditempatkan di masjid terpilih di setiap daerah akan kendalian tenaga pengajar pakar dalam bidang masing-masing dengan aturcara ditetapkan dalam tempoh tiga hari iaitu dari Jumaat ke Ahad.

SOLAT JEMAAH“Kita akan membimbing peserta mengikut konsep dan disiplin betul untuk diikuti seperti bersolat jemaah, berqiamullail serta forum kepimpinan dan sebagainya.

“Paling kurang lima peserta setiap daerah akan terpilih sebagai peserta cemerlang. Dengan itu kita akan memperoleh 45 peserta seluruh Selangor,” katanya.

Sultan Muhammad Al Fatih adalah Muhammad II iaitu raja yang memerintah Empayar Uthmaniyyah yang menakluk Constantinople pada umur 21 tahun membawa kepada kehancuran Empayar Byzantine.

Selain muncul sebagai pemimpin hebat, warak dan tawaduk, baginda juga mementingkan kekuatan dalaman dan luaran kumpulan tentera serta mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan, sains, matematik dan menguasai enam bahasa (bahasa Turki, Greek, Hebrew, Arab, Parsi dan Latin).

Diceritakan baginda tidak pernah meninggalkan solat wajib, tahajud dan rawatib sejak baligh hingga akhir hayat begitu juga tenteranya.

-NR-

MBI kaji semula perjanjian Canal City pastikan hak negeri dilindungi

Demi melindungi kepentingan Kerajaan Negeri, Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) mengkaji semula terma perjanjian bersama Sapphire Index Sdn Bhd (Sapphire Index) berhubung isu pembangunan tanah Canal City.

Lapan pembantu mantan MB diarah kembalikan RM2.6 juta

Lapan pembantu mantan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid, diarah menyerahkan kembali wang pembayaran gratuiti RM2.6 juta yang diterima mereka kepada Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI).