Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Teliti projek Canal City, pertimbang aspek urus banjir

SELAYANG, 31 DIS: Pembinaan terusan Canal City perlu dipertimbang dan diteliti terutama melibatkan aspek pengurusan banjir, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Kerajaan Negeri tiada halangan berhubung projek itu namun ia mestilah dapat menampung jumlah air yang tinggi.

“Perlu terima hakikat pada 18 Disember lalu jumlah hujan tiga kali ganda daripada biasa, kalau buat terusan atau kedalaman tetap tidak dapat menangani banjir sebab berlaku limpahan.

“Apa sekalipun nama kita tiada masalah tetapi kena tengok balik dan Kerajaan Negeri akan pertimbang mengikut kesesuaian daripada segi pengurusan banjir di Selangor. Namun keutamaan jelas iaitu selamatkan nyawa, proses pembersihan dan penyampaian sumbangan,” katanya.

Beliau ditemui selepas meninjau Apartment Teratai di Bandar Baru Selayang semalam ditemani Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kasim dan Ahli Dewan Negeri Taman Templer Mohd Sany Hamzan.

Tambah Amirudin Kerajaan Negeri telah bermesyuarat dengan setiap pejabat tanah sebagai persediaan sekiranya berlaku gelombang kedua banjir.

“Mesyuarat telah dijalankan untuk meningkatkan persediaan dan aset. Kita bersiap sedia walaupun Selangor bukan negeri berisiko seperti di Pantai Timur,” katanya.

Projek Canal City yang memperuntukan RM3 bilion merupakan pembinaan terusan air utama sepanjang 18 kilometer (km) merentasi daerah Klang hingga ke Hulu Langat.

Projek ini menghubungkan Sungai Klang dengan Sungai Langat dan bertujuan mengalihkan 30 peratus air dari Sungai Klang ke Sungai Langat pada waktu puncak.

MBI kaji semula perjanjian Canal City pastikan hak negeri dilindungi

Demi melindungi kepentingan Kerajaan Negeri, Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) mengkaji semula terma perjanjian bersama Sapphire Index Sdn Bhd (Sapphire Index) berhubung isu pembangunan tanah Canal City.

Categories
SELANGOR

Abdul Khalid tak terbabit pemilihan tender projek Canal City

Oleh: AFEEQA AFEERA

KUALA LUMPUR, 10 OGOS: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak terbabit dalam sebarang urusan pemilihan tender projek pembangunan Canal City yang menjadi kontroversi sejak sekian sekian lama apabila gagal diselesaikan Barisan Nasional (BN), pada 2003.

Eksekutif Komunikasi Menteri Besar Selangor, Shazni Munir Mohd Ithnin, berkata ia diputuskan lembaga pengarah Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) yang membuat keputusan untuk mengeluarkan kertas kerja bagi membangunkan 1,123 ekar tanah di Canal City.

Katanya, sebuah jawatankuasa penilai turut ditubuhkan untuk meneliti dokumen yang disediakan enam syarikat pembida masing-masing bernilai antara RM173 juta hingga RM1.297 bilion.

canalcity“Dalam jawatankuasa penilai yang akhirnya menentukan bidaan itu dimenangi Tropicana Corp Berhad, tiada satu pun yang tersenarai namanya Abdul Khalid Ibrahim.

“Abdul Khalid menghadiri mesyuarat bersama PNSB sewaktu Tropicana Corp diumumkan sebagai pemenang tender, tetapi beliau tiada sebarang kuasa untuk menukar atau menolak keputusan berkenaan.

“Beliau tidak pilih (pembida) dan tidak ganggu keputusan PNSB, sebaliknya Tropicana dipilih kerana mampu memberi pulangan besar,” katanya pada Forum Krisis Selangor : Khalid Ibrahim belot Pakatan? di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Shazni berkata, Tropicana Corp turut menanandatangani perjanjian usaha sama (JV) selama 20 tahun bersama PNSB dengan beberapa syarat ditetapkan selepas memperoleh tender.

Katanya, perjanjian itu kemudiannya diingkari Tropicana Corp apabila syarikat terbabit menjual suku daripada tanah itu kepada Eco World pada harga RM4.07 juta.

shaznihqdefault“Tropicana Corp merasakan mereka tidak memiliki tanah itu lalu menjual suku daripadanya kepada Eco World pada harga RM4.07 juta, sekali gus melanggar JV yang sudah dimeterai.

“Ekoran itu Kerajaan Negeri memberi kata dua kepada Tropicana supaya membayar nilai tanah itu secara keseluruhannya berjumlah RM0.84 bilion secara langsai kepada PNSB.

“Kalau Tropicana Corp adalah kroni kepada Abdul Khalid, pasti beliau akan beri muka kepada syarikat ini tetapi perkara itu tidak berlaku,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Tropicana percepat bayaran tanah Canal City

SHAH ALAM, 09 OGOS: Tropicana Corp Bhd memeterai satu perjanjian tambahan bersama Menteri Besar Selangor Inc (MBI) dan Permodalan Negeri Selangor Bhd (PNSB) berkenaan pembayaran tanah ‘Canal City’ sekitar Kota Kemuning.

Tropicana Corp Bhd berkata, unit milikan Sapphire Index Sdn Bhd akan membayar RM173 juta kepada Kerajaan Selangor untuk seluas 308,72 ekar tanah.

canalcity“Saphhire Indeks bersetuju menjual sebahagian kepada Prominent Stream Sdn Bhd dan Kumpulan EcoWorld.

“Berdasarkan nilai dipersetujui RM18.02 sekaki persegi di kawasan yang boleh dibangunkan seluas 308,72 ekar,” kata Tropicana dipetik The Edge Malaysia.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mengemukakan kaedah pembayaran mengikut sub-jualan Tropicana 308,72 ekar kepada EcoWorld berjumlah RM470.7 juta pada awal tahun ini.

Beliau menuntut Tropicana membayar RM800 juta pendahuluan bagi keseluruhan tanak seluas 1,172 ekar.

Categories
SELANGOR

MB: Beza keuntungan Pembangunan Canal City RM1 bilion

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 12 APRIL: Kerajaan Negeri akan beroleh keuntungan sekurang-kurangnya RM1.3 bilion melalui pembangunan Canal City berbanding hanya RM22.2 juta ketika zaman pentadbiran Barisan Nasional (BN) di Selangor.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata Kerajaan Negeri memberi nilai tertinggi kepada aset dengan cara menjual tanah berserta pelan pembangunan bukan sekadar sekeping tanah kosong.

Katanya, hal itu dilakukan dengan menggunakan tenaga pakar yang dimiliki dalam bidang perancangan pembangunan dan kuasa kelulusan melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), Pejabat Tanah Dan Galian Selangor serta pihak berkuasa tempatan (PBT).

04“Kini, kita berpeluang memperoleh sekurang-kurangnya RM1.3 bilion dalam tempoh 20 tahun melalui Perbadanan Menteri Besar (MBI) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) sebagai pengurus.

“Kita juga akan mendapat pembangunan infrastruktur dan prasarana seperti jalan raya, sekolah, kawasan perkuburan, masjid dan pelbagai kemudahan lain di atas tanah seluas 424 ekar,” katanya, di Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) ketika ucapan penggulungan, di sini, semalam.

Beliau berkata, pendekatan seumpama itu adalah kali pertama dilakukan bagi negeri yang ada di Malaysia.

“Ini adalah pendekatan yang dilakukan untuk mewujudkan satu perkongsian pintar antara syarikat penuh milik Kerajaan Negeri dan pemaju.

canalcity“Jadi, kalau pemaju berhasrat mempercepatkan proses pembangunan, maka Kerajaan Negeri akan memperoleh keuntungan dalam tempoh dan jangka masa diambil mereka,” katanya.

Pada 2003, perancangan asal pembangunan Canal City membabitkan kos keseluruhan RM1.345 bilion dengan keuntungan keseluruhan RM74 juta bagi tempoh 20 tahun dengan PNSB hanya memperoleh RM22.2 juta.

Pada 1 Jun 2009, mesyuarat Lembaga Pengarah PNSB memutuskan membatalkan perjanjian dipersetujui BN sebelum itu dan mewujudkan ‘task force’ bagi mengkaji keseluruhan cadangan projek pembangunan terbabit.

Pada 13 Ogos 2010, PNSB menandatangani Termination Agreement antara PNSB, Radiant Pillar Sdn Bhd dan Canal City Corporation.

-NFN-

Categories
KENYATAAN MEDIA

Selangor nilai potensi penuh berdasar nilai bersih terkini untuk penjualan tanah Canal City

Oleh: SEKRETARIAT AKHBAR SELANGOR

Perjanjian jual-beli di antara Tropicana Corp Berhad (Tropicana) dan Eco World Development Group Berhad  (Eco World) yang melibatkan tanah seluas 1,172 ekar yang dahulu dikenali sebagai Canal City, telah memberi Kerajaan Selangor satu perspektif baharu terhadap perjanjian yang telah dibuat oleh anak syarikat Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan anak syarikat Tropicana,  Sapphire Index Sdn Bhd (Sapphire Index).

Kerajaan Negeri melalui Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) membuat perancangan untuk menawarkan kepada Tropicana penjualan secara tunai berdasarkan Nilai Bersih Terkini (Net Present Value) berjumlah RM844.2 juta berbanding pulangan berjumlah RM1.3 billion yang sepatutnya dibayar dalam tempoh 20 tahun oleh Tropicana.

Kita membuat keputusan ini susulan pengumuman oleh Tropicana menerusi anak syarikatnya Sapphire Index yang telah menjual 308.72 ekar tanah kepada Eco World menerusi Prominet Stream Sdn Bhd pada harga RM470.67 juta.  Oleh kerana Tropicana menyedari tanah berkenaan mempunyai potensi besar daripada jualan,  kerajaan negeri juga akan melakukan perkara yang sama.

Kerajaan Negeri berharap bayaran tunai boleh dibuat oleh Tropicana secepat mungkin kerana dana tersebut boleh disalurkan untuk melaksanakan pelbagai projek pembangunan hartanah dan program-program kebajikan untuk rakyat Selangor.

Kerajaan Negeri bersedia untuk membantu Tropicana and Eco World Development mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan bagi memastikan perancangan pembangunanan berjalan dengan lancar.

Tanah Canal City seluas 1,172 ekar telah diambil alih MBI dan  PNSB dilantik sebagai Pengurus Projek untuk menguruskan rancangan pembangunan  di atas tanah berkenaan. Daripada keseluruhan tanah itu,  424 ekar diwartakan untuk pembinaan jalan dan kemudahan awam manakala selebihnya iaitu 748 ekar untuk pembangunan.

Pada April 2013, PNSB dan anak syarikat Tropicana, Sapphire Index telah menandatangani perjanjian jual beli merangkap perjanjian pembangunan dengan tawaran pulangan minima RM1.3 bilion untuk tempoh 20 tahun.

 

Categories
NASIONAL

Projek Tebatan Banjir : Zin Jadi ‘Pak Lawak’

Debat Dengan Abdul Khalid 04

PELABUHAN KLANG 1 MEI : Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamad disifatkan sebagai ‘pak lawak’ oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung projek tebatan di Kota Kemuning di sini.

Beliau turut mencabar Zin membawa perkara itu ke mahkamah.

“Dia boleh pergi ke mahkamah dan jadi ‘pak lawak’ di sana.

” Boleh jadi pengalaman dia tidak dalam dalam hal ini. Itu sebab kenapa dia tidak dipilih menjadi Menteri Besar,” sindir Abdul Khalid.

Sebelum ini, Zin menuntut penjelasan menteri besar berhubung urus niaga yang didakwa membabitkan tapak seluas 1,960 hektar untuk projek tebatan banjir dikenali sebagai Canal City ketika zaman kerajaan sementara ini.

Menurut Abdul Khalid urus niaga penjualan tanah bagi projek tebatan banjir berkenaan dibuat selepas DUN Selangor dibubarkan.

Beliau menegaskan, tindakan itu bukan merupakan satu kesalahan memandangkan ia hanya melibatkan pelaksanaan projek yang sudah diputuskan hujung tahun lalu.

?Ia tak salah, saya ingat, kita kena faham bahawa keputusan-keputusan ini dibuat pada hujung tahun lepas, ini adalah pelaksanaan.

?Seperti juga yang dilakukan oleh (Datuk Seri) Najib ( Razak) yang memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), keputusan itu telah dibuat masa (pembentangan) bajet dulu. Selepas bubar Parlimen pun BR1M bagi diberikan,? katanya ketika ditemui selepas menghadiri program Jelajah Manifesto dan Pembentangan Laporan Kecemerlangan Pakatan Rakyat (PR), di sini.

Hadir sama, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.