Categories
NASIONAL

Rodziah sah cabar Zuraida, AMK babit pertandingan 3 penjuru

Oleh: NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA, 29 MAC: Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyaksikan pertembungan antara Exco Negeri Selangor, Rodziah Ismail dan Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin.

Bagi jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) pula membabitkan pertandingan tiga penjuru antara Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selayang, Amiruddin Shaari dan Naib Ketua AMK, Mohd Nazree Mohd Yunus.

johari abdul parlimen 01Pengerusi Pemilihan PKR, Datuk Johari Abdul ketika mengumumkan senarai penuh calon berkata, pertandingan kali ini juga menyaksikan seramai 78 orang merebut kerusi Ahli Majlis Pimpinan Pusat.

Beliau berkata, Pemilihan PKR 2014 membuktikan kesungguhan pimpinan menyuburkan demokrasi dalam parti itu.

“Harus kita ingat walaupun bertanding sesama kita, musuh utama adalah Barisan Nasional. Oleh sebab itu, kita yakin pemimpin yang bakal dipikih ini akan membawa kejayaan untuk kita dalam Pilihan Raya Umum ke-14 nanti,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Pemilihan PKR 2014 : Pertembungan Anwar, Azizah jawatan Presiden

Oleh: NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA, 29 MAC: Pemilihan Parti Kedilan Rakyat (PKR) kali ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu bagi jawatan Presiden.

Penyandang jawatan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan dicabar suaminya, yang juga Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Manakala bagi jawatan Timbalan Presiden pula menyaksikan pertandingan enam penjuru yang turut membabitkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Anwar dan Wan Azizah Kongres PKRLawan beliau bagi posisi sama, penyandang jawatan Mohamed Azmin Ali, Tian Chua, Datuk Saifuddin Nasution, .Ramachandran dan Murali Subramaniam.

Sementara itu bagi Naib Presiden pula menyaksikan seramai 16 calon disahkan bertanding dan hanya empat sahaja akan menduduki kerusi terbabit berdasarkan keputusan pemilihan parti.

Calon Naib Presiden adalah, Nurul Izzah Anwar, Rafizi Ramli, Yahya Mat Sahri, Elizabeth Wong, Fuziah Salleh, Tian Chua, N Surendran, Shamsul Iskandar, Xavier Jeyakumar, Lee Chin Cheh, Datuk Mansor Othman, Suresh Kumar, Baru Bian, Mustaffa Kamil Ayub, Dr Shanmugam dan Dr Sritharan.

Nama calon diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR, Datuk Johari Abdul selepas penamaan calon di tutup jam 5 petang, di Ibu Pejabat PKR di sini, hari ini.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Pemilihan PKR: 1 sah tanding Presiden, 2 Timbalan Presiden, 6 Naib Presiden

Oleh: NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA, 29 MAC: Sehingga jam 1.00 tengah hari tadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah satu-satunya calon yang sudah menghantar borang pencalonan bagi bertanding untuk jawatan Presiden dalam Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR), kali ini.

Bagi jawatan Timbalan Presiden pula, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua juga sudah menghantar borang bagi jawatan nombor dua parti itu.

fahmi-fadzilEnam nama yang sudah mengesahkan akan bertanding jawatan Naib Presiden kali ini, Datuk Mansor Othman, Fuziah Salleh, Surendran, Suresh Kumar, Mustaffa Kamil Ayub dan Baru Bian.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzli, berkata pada masa ini proses penamaan calon Pemilihan PKR yang bakal ditutup jam 5.00 petang nanti berjalan lancar dan meriah.

“Penamaan calon akan ditutup pada jam 5.00 petang ini dan kita dapati prosesnya berjalan lancar serta meriah dengan kain rentang calon serta ada yang memakai lencana,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.

wan azizah pc 01Sementara itu, Dr Wan Azizah ketika menyentuh isu sama berharap pertandingan kali ini dijalankan dalam suasana kekeluargaan dan calon diingatkan atidak membuka ruang untuk anasir jahat daripada luar mengambil kesempatan memecah belahkan keharmonian parti.

“PKR sentiasa meraikan calon yang bertanding dalam pemilihan PKR kali ini. Harapan saya semoga berjalan dalam suasana penuh kekeluargaan, sekali gus menyuburkan demokrasi dalam PKR,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Kak Wan utamakan Kajang, belum umum bertanding Pemilihan PKR

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 29 MAC: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tetap memberikan keutamaan tanggungjawab beliau kepada penduduk Kajang tidak kira sama ada bertanding dalam sebarang jawatan dalam Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Perkara itu diberitahu Pembantu Peribadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang itu, Julaili Junaidi, ketika diminta mengulas pendirian Dr Wan Azizah dalam pemilihan kali ini.

“Tak kira sama ada Kak Wan bertanding atau tidak yang pasti tugas dan tanggungjawab kepada penduduk Kajang menjadi fokus beliau seperti dalam Manifesto Kajang lalu.

Azizah saujana“Insya-Allah pengalaman sebagai Ahli Parlimen lebih dua penggal dan sepenggal sebagai Ketua Pembangkang akan dimanfaat sepenuhnya terutama denyut nadi rakyat sentiasa bersama beliau,” kata Junaidi ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.

PKR mengadakan penamaan calon hari ini bagi merebut jawatan dalam pemilihan pucuk pimpinan parti itu dan sehingga jam 1.00 tengah hari tadi, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Naib Presiden Tian Chua, masing-masing menyerahkan borang pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden.

Turut dijangka bertanding untuk posisi berkenaan, Mohamed Azmin Ali yang akan mempertahankan jawatan yang disandangnya, sejak 2010.

Sementara itu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim disahkan bertanding jawatan presiden PKR dalam pemilihan pucuk pimpinan parti itu kali ini apabila borang pencalonnya diserahkan oleh Timbalan Bendahari Agung PKR, Low Chee Chong, sekitar jam 11 pagi tadi.

Categories
SELANGOR

Tian Chua sah rebut jawatan Timbalan Presiden PKR

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 28 MAC: Ahli Parlimen Batu, Tian Chua mengesahkan beliau akan bertanding jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pemilihan PKR 2014.

Beliau yang juga Penyandang jawatan Naib Presiden PKR mengumumkan perkara itu kepada Selangor Kini melalui khidmat pesanan ringkas.

“Ya, Saya akan serah borang pencalonan esok, ” katanya, di sini, hari ini.

Tian ChuaKeputusaan itu bakal menyaksikan pertembungan sengit tiga penjuru antara penyandang jawatan berkenaan, Mohamed Azmin Ali dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Tarikh penamaan calon pertandingan peringkat Pusat bakal berlangsung di ibu pejabat PKR, pada 29 Mac ini (esok).

Bagi peringkat Cabang, tarikh penamaan calon dibuat selama dua minggu mengikut zon masing masing, bermula 4 April hingga 13 April ini.

Tarikh pengundian pemilihan akan berlangsung selama tiga minggu mengikut pecahan zon bermula, pada 25 April dan berakhir 11 Mei ini.

Barisan kepimpinan PKR 14 akan diumumkan selewat-lewatnya 13 Mei ini selepas proses pengundian di seluruh negara selesai.

-NFN-