Categories
AGENSI SELANGOR

Baca al-Quran setiap hari, rahsia pelajar cemerlang

SHAH ALAM, 20 NOV: Amalan membaca ayat suci al-Quran setiap hari antara kunci kejayaan Nor Syamimi Mohd Fuad, 6, yang diumumkan sebagai Murid Cemerlang Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) 2019 di negeri ini.

“Nor Syamimi merupakan anak sulung daripada tiga adik-beradik menjadi contoh kepada adiknya lain.

“Rezeki saya bila anak saya menerima anugerah ini, walaupun dia suka belajar saat-saat akhir tetapi kekuatannya adalah menghafal,” kata bapanya, Mohd Fuad Ibrahim, 39.

Berasal dari Klang, Mohd Fuad berkata, sebagai ayah, dia sentiasa mendoakan anaknya itu mendapat keputusan yang terbaik.

“Makanan sunnah juga tidak pernah tinggal, saya berikan kepada dia. Dia anak yang baik, solat dan mengaji memang dia tidak tinggal,” katanya.

Sementara itu, Nor Syamimi berkata, dia bertuah kerana bapa dan ibunya sentiasa memberikan sokongan tidak berbelah bahagi.

“Saya terkejut bila cikgu telefon minta saya hadir untuk terima anugerah ini, memang terkejut dan tidak sangka.

“Saya sering mengulang kaji pelajaran dengan membuat nota ringkas dan peta minda,” kata pelajar yang sering mendapat tempat pertama di dalam kelas.

Pada sama sama, Anugerah Murid Cemerlang PSRA bagi kategori lelaki dimiliki oleh Muhammad Uwais AlQarni Fairus dari Gombak.

Uwais berkata, dia terharu dan tidak menyangka menerima keputusan yang baik, sekali gus mengangkatnya sebagai pelajar lelaki terbaik peringkat negeri.

“Apa yang boleh saya kongsikan, saya jarang menonton televisyen dan bermain telefon bimbit. Setiap hari saya akan belajar kira-kira sejam.

“Bapa saya banyak membantu dari segi latihan dan bahan bacaan,” katanya.

Pencapaian Peratus Kelulusan Keseluruhan bagi PSRA 2019 merosot 2.77 peratus dengan pencapaian 90.13 peratus berbanding 92.9 peratus tahun lalu.

Manakala, Anugerah Daerah Terbaik PSRA ialah daerah Sepang.

Categories
AGENSI SELANGOR

Pencapaian keseluruhan PSRA 2019 merosot 2.77 peratus

SHAH ALAM, 20 NOV: Pencapaian Peratus Kelulusan Keseluruhan bagi Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) 2019 merosot 2.77 peratus berbanding tahun lalu.

Keputusan itu diumumkan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd Shahzihan Ahmad hari ini.

Mohd Shahzihan berkata, pencapaian peratus itu adalah 90.13 peratus berbanding 92.9 peratus tahun lalu.

PSRA 2019 menyaksikan seramai 40,558 calon berdaftar sementara 39,919 calon iaitu 98.2 peratus hadir menduduki peperiksaan.

Jumlah Pusat Peperiksaan ialah sebanyak 529 pusat 2019 (519 tahun 2018) , membabitkan 756 buah sekolah (744 tahun 2018).

“Daripada jumlah itu, peratus calon yang mendapat pangkat Mumtaz (cemerlang) menurun 4.4 peratus bersamaan 12.0 peratus (4,799 calon) berbanding 16.4 peratus (6,458 calon) pada tahun lalu.

“Bagi calon yang mendapat pangkat Jayyid Jiddan (sangat baik), juga menurun 3.6 peratus iaitu 32.1 peratus 12,829 calon) berbanding 35.7 peratus (13,934 calon) pada tahun lalu,” katanya pada Majlis Pengisytiharan Keputusan Peperiksaan PSRA Peringkat Negeri Selangor 2019 dan Pelancaran Modul Pemerdayaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab di Masjid Negeri di sini.

Manakala, bagi calon yang mendapat pangkat Jayyid (baik) meningkat 1.3 peratus iaitu, 25.4 peratus (10,123 calon) berbanding 24.1 peratus (9,422 calon) pada tahun lalu.

“Begitu juga calon yang mendapat pangkat Maqbul (lulus) juga meningkat kepada 4.1 peratus iaitu, 20.6 peratus (8,226) calon) berbanding 16.5 peratus (6,486 calon) pada tahun lalu.

“Manakala bilangan calon yang mendapat pangkat Musaadah (perlu bimbingan) meningkat 2.76 peratus iaitu (3942 calon) iaitu 9.87 peratus berbanding 7.11 peratus (2,780 calon), pada tahun sebelumnya,” katanya.

Categories
SELANGOR

PSRA2018 : 6,424 calon Mumtaz, peratus lulus meningkat

SHAH ALAM, 20 NOV: Pencapaian Peratus Kelulusan Keseluruhan bagi Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) 2018 meningkat kepada 92.9 peratus berbanding 90.8 peratus tahun sebelumnya.

PSRA 2018 menyaksikan seramai 39,759 calon berdaftar sementara 39,086 calon iaitu 98.3 peratus hadir menduduki peperiksaan.

Untuk rekod, jumlah pusat peperiksaan tahun ini membabitkan 519 pusat di 744 buah sekolah.

Daripada jumlah itu, seramai 6,424 calon mendapat pangkat Mumtaz (Cemerlang) sekali gus menyaksikan peningkatan 2.0 peratus bersamaan 16.4 peratus berbanding 14.4 peratus pada tahun sebelumnya.

Bagi calon yang mendapat pangkat Jayyid Jiddan (Sangat Baik), meningkat 3.3% iaitu 35.8% (13,999 calon) berbanding 32.5% (12,420 calon), pada tahun lalu.

Sementara, pangkat Maqbul (Lulus) menurun 2.5% iaitu, 6,462 calon (16.5% ) berbanding  7,257 calon (19.0%), pada tahun lalu.

Bilangan calon  yang  mendapat pangkat Musaadah (Perlu bimbingan) pula menurun 2.08% iaitu  2,775 calon (7.10%) berbanding 3,509 calon (9.18%) , pada tahun sebelumnya.

Pencapaian PSRA Mengikut Matapelajaran

–  Ujian Tilawah dan Hafazan (UTH) ialah 99.8%, pencapaian lulus seperti 2017
– Akhlak dan Sirah (AS01) meningkat 1.8% iaitu 91.1% calon lulus berbanding 89.3% (2017)
– Bahasa Arab (BA02), meningkat 2.1% dengan pencapaian 96.2%, berbanding 94.1% (2017)
– Jawi, Imlak dan Khat (JIK03) meningkat 1.3% iaitu 96.9% berbanding 95.6% (2017)
– Tauhid dan Fekah (TF04) mencapai 90.9% kelulusan iaitu meningkat 1.9% berbanding 89.0% (2017)
– Tajwid (TJ05) iaitu 87.5%, naik 3.0%  berbanding 84.5% (2017)

Pencapaian Kecemerlangan Calon PSRA  mengikut Daerah

Daerah Klang : Ashraf Ali Bin Misbah (SRI Al- Farabi Kg.Delek,Klang)
Daerah Petaling  : Nurliyana Farhanah Binti Mohd Zaki (SRA Kinrara Seksyen 5, Petaling)
Daerah Kuala Langat : Nur  Izzati Faqihah Binti Hasrol (SRAI Sg. Manggis Kuala Langat)
Daerah Hulu Langat : Al-‘izz uwais Bin Abu Zaki (SRAI Bandar Baru Bangi Hulu Langat)
Daerah Gombak : Muhammad Arifuddin Bin Zainal Abidin (SRA As-Siddiqin Bandar Tasek Putri Gombak)
Daerah Sepang : Mohammad Adib Bin Abd.Kadir (SRA Dengkil Sepang)
Daerah Kuala Selangor : Kamalia Zuhayra Binti Khairul Nizam (SRA Bandar Malawati Kuala Selangor)
Daerah Sabak Bernam: Nuralia Izzah Binti Zainurin (SRA Ehyaul Falah Sg.Besar Sabak Bernam)
Daerah Hulu Selangor : Afaf Fasihah Binti Zulkhairi (SRA Kuala Kubu Bharu Hulu Selangor)

Anugerah Murid Cemerlang PSRA ( Terbaik Keseluruhan ) 

LELAKI             : Ashraf Ali Bin Misbah (SRI Al- Farabi Kg.Delek,Klang)
PEREMPUAN  : Nurliyana Farhanah Binti Mohd Zaki (SRA Kinrara Seksyen 5, Petaling)

Anugerah Sekolah-sekolah Cemerlang PSRA 

KATEGORI SRA CEMERLANG (GRED A)  PSRA:  SRA Bandar Kinrara 5, Petaling GPS : 1.66 (Sekolah Gred A : Bilangan Murid lebih 1000)

KATEGORI SRA CEMERLANG (GRED B)  PSRA:  SRA Ibnu Rusyd Kawasan Melayu, Petaling GPS : 1.9 (Sekolah Gred B : Bilangan Murid 500-999)

KATEGORI SRA (GRED C) CEMERLANG PSRA: SRA Parit 11 Timur, Sungai Besar, Sabak BernamGPS : 1.72(Sekolah Gred C : Bilangan Murid kurang 500)

KATEGORI SRAI CEMERLANG PSRA :SRAI Sungai Manggis, Kuala Langat GPS : 1.39

KATEGORI  KAFAI CEMERLANG PSRA :KAFAI Al-Aziziah AU1,Taman Keramat, Gombak GPS : 1.84

KATEGORI SEKOLAH RENDAH ISLAM SWASTA CEMERLANG PSRA:SRI Irsyadiah Gombak GPS : 1.27

Anugerah Daerah Terbaik PSRA 2018

DAERAH KLANG – GPS 2.38

Categories
SELANGOR

SPIES Mampu Beri Motivasi Tambahan Kepada Pelajar

SPIES PSRA ceramah motivasi pelajar halimah 21 jul 02

KLANG 21 JULAI : Rata-rata ibu-bapa berpendapat program Spiritual, Physical, Intelektual, Emosi dan Sosial (S.P.I.E.S) mampu membentuk sahsiah dan peribadi anak-anak untuk berjaya di masa hadapan.

Bagi bapa, Mohd Khairullah Mohd Shafie, 42, beliau berpendapat program motivasi anjuran SPIES mampu memberi keyakinan tambahan kepada pelajar yang menghadapi peperiksaan supaya memanfaatkan masa untuk belajar dengan bersungguh-sungguh.

“Kebanyakan anak-anak tidak tahu bagaimana teknik atau cara sebetulnya jika ingin berjaya. Jadi melalui program motivasi ini diterangkan kepada pelajar bagaimana cara sebetulnya jika ingin menjadi seorang insan yang berjaya,” katanya.

Beliau ditemui ketika menghadiri Program Mahabbah Ke Arah Kecemerlangan Anak-Anak Dunia Akhirat yang diadakan di Dewan Putra, Kampung Delek, Klang di sini hari ini.

SPIES PSRA ceramah motivasi pelajar halimah 21 jul 01Program ini dianjurkan khusus kepada ibu-bapa, guru-guru serta para pelajar Sekolah Rendah Agama (SRA) yang bakal menghadapi ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) pada tahun ini.

Manakala seorang ibu, Fauziah Abdullah, 39, berkata program motivasi ini memberi faedah kepada dirinya tentang bagaimana untuk mendidik anaknya.

“Mungkin ramai yang kurang memberi tumpuan kepada aspek pendidikan rohani. Ini penting untuk membentuk sahsiah dan jati diri anak-anak supaya menjadi insan yang berguna.

?Jadi melalui program ini sedikit sebanyak saya dapat memahami bagaimana cara mendidik seseorang anak itu,” katanya lagi.

Program tersebut dirasmikan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali.

Dr Halimah berkata anak-anak perlu diberikan kesedaran mengenai tanggungjawab yang akan dipikulnya terhadap diri sendiri, keluarga masa hadapannya.

“Anak-anak adalah hartawan yang sangat bernilai di masa akan datang jika dipupuk dengan cara yang betul.

?Oleh sebab itu Kerajaan Negeri sentiasa peka untuk melaksanakan pembangunan modal insan secara seluruhnya termasuk kepada anak-anak,” katanya.