Categories
SELANGOR

SPIES Mampu Beri Motivasi Tambahan Kepada Pelajar

SPIES PSRA ceramah motivasi pelajar halimah 21 jul 02

KLANG 21 JULAI : Rata-rata ibu-bapa berpendapat program Spiritual, Physical, Intelektual, Emosi dan Sosial (S.P.I.E.S) mampu membentuk sahsiah dan peribadi anak-anak untuk berjaya di masa hadapan.

Bagi bapa, Mohd Khairullah Mohd Shafie, 42, beliau berpendapat program motivasi anjuran SPIES mampu memberi keyakinan tambahan kepada pelajar yang menghadapi peperiksaan supaya memanfaatkan masa untuk belajar dengan bersungguh-sungguh.

“Kebanyakan anak-anak tidak tahu bagaimana teknik atau cara sebetulnya jika ingin berjaya. Jadi melalui program motivasi ini diterangkan kepada pelajar bagaimana cara sebetulnya jika ingin menjadi seorang insan yang berjaya,” katanya.

Beliau ditemui ketika menghadiri Program Mahabbah Ke Arah Kecemerlangan Anak-Anak Dunia Akhirat yang diadakan di Dewan Putra, Kampung Delek, Klang di sini hari ini.

SPIES PSRA ceramah motivasi pelajar halimah 21 jul 01Program ini dianjurkan khusus kepada ibu-bapa, guru-guru serta para pelajar Sekolah Rendah Agama (SRA) yang bakal menghadapi ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) pada tahun ini.

Manakala seorang ibu, Fauziah Abdullah, 39, berkata program motivasi ini memberi faedah kepada dirinya tentang bagaimana untuk mendidik anaknya.

“Mungkin ramai yang kurang memberi tumpuan kepada aspek pendidikan rohani. Ini penting untuk membentuk sahsiah dan jati diri anak-anak supaya menjadi insan yang berguna.

?Jadi melalui program ini sedikit sebanyak saya dapat memahami bagaimana cara mendidik seseorang anak itu,” katanya lagi.

Program tersebut dirasmikan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali.

Dr Halimah berkata anak-anak perlu diberikan kesedaran mengenai tanggungjawab yang akan dipikulnya terhadap diri sendiri, keluarga masa hadapannya.

“Anak-anak adalah hartawan yang sangat bernilai di masa akan datang jika dipupuk dengan cara yang betul.

?Oleh sebab itu Kerajaan Negeri sentiasa peka untuk melaksanakan pembangunan modal insan secara seluruhnya termasuk kepada anak-anak,” katanya.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Manfaatkan Ramadan Dengan Amalan Mulia Yang Berkat

MB-Ramadan

SHAH ALAM 10 JULAI : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyeru agar setiap guru agama dan jawatankuasa institusi masjid serta surau di seluruh negeri Selangor meningkatkan lagi peranan dalam usaha memanfaatkan bulan Ramadan menerusi pelbagai program keagamaan, intelektual dan kemasyarakatan.

Menurutnya lagi, umat Islam khususnya di negeri Selangor perlu  memanfaatkan setiap hari dalam bulan yang mulia dan penuh berkat ini dengan amalan-amalan murni dan bermakna kepada pembangunan diri, keluarga dan masyarakat.

“Kita digalakkan mengambil peluang menambah pahala dengan melakukan amalan-amalan sunat seperti solat sunat Terawih dan bertadarus al-Quran di sepanjang Ramadan.

“Kita juga digalakkan bersedekah bagi memupuk sikap kebertanggungjawaban, ambil berat dan saling membantu antara satu sama lain seiring dengan saranan baginda Nabi Muhammad S.A.W,” ujar Abdul Khalid.

Beliau dalam perutusan sambutan Ramadan juga berkata, amalan mengimarahkan malam-malam di bulan Ramadan di masjid dan surau dengan kelas takmir dan tadarus al-Quran perlu diteruskan sebagai wadah perpaduan dan kekuatan ummah, bukannya sekadar tuntutan agama semata-mata.

Dalam pada itu, Adun Pelabuhan Klang itu turut mengingatkan semua agar perbezaan ideologi politik dapat diketepikan dalam usaha meningkatkan kefahaman antara satu sama lain selain menginsafi nasib malang yang menimpa saudara Islam di Syria, Palestin dan pergolakan politik di Mesir.

“Akhir kata, saya bagi pihak Kerajaan Negeri Selangor mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan Al-mubarak 1434 Hijrah bersamaan 2013 Masihi.

“Semoga amal ibadah dan jariah yang kita lakukan sepanjang Ramadan ini akan diterima dan mendapat keredaan daripada-Nya,” akhiri beliau.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Program SPIES Bantu Pembangunan Negeri Selangor

Konvensyen Spies 02

SHAH ALAM 20 FEB: Program Spiritual, Physical, Intelektual, Emosi dan Sosial (S.P.I.E.S) Selangor yang dimulakan sejak lima tahun lalu berjaya melatih 101,239 rakyat di negeri ini melalui 1,252 program yang dijalankan.

Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim program SPIES ini memberi sumbangan terhadap pembangunan di negeri ini kerana pelaburan di negeri Selangor meningkat dalam lima tahun kebelakangan ini.

Konvensyen Spies 01Menurut beliau, Selangor menduduki tangga pertama dengan sumbangan tertinggi kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri Selangor dengan menyumbang sebanyak 23 peratus.

“Saya sangat berterima-kasih dalam lima tahun penglibatan saudara-saudara semua, apa yang berlaku, Selangor membangun lebih bertambah dalam lima tahun ini.

“SPIES mengajar kita memberikan sumbangan dan sumbangan saudara adalah sebahagian daripada kejayaan kita,” katanya selepas merasmikan perlancaran Pembudayaan SPIES Negeri Selangor di Dewan Jubli Perak, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di sini.

Program pembangunan modal insan ini dilaksanakan mengikut beberapa kategori seperti SPIES Remaja, SPIES Belia, SPIES Siswa, SPIES Penjawat Awam, SPIES Warga Pendidik, SPIES Kepimpinan Masyarakat, SPIES Keluarga, dan SPIES Profesional.

Konvensyen Spies 03Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, modul program ini dibentuk bersandarkan kepada falsafah SPIES yang dibangunkan oleh ahli akademik, ahli agamawan, dan perunding berpengalaman dalam bidang pendidikan.

“Modul SPIES menggunakan beberapa teori dalam pendidikan seperti teori pembangunan manusia, falsafah pendidikan Islam, falsafah pendidikan kebangsaan, sosiologi Islam dan modul ini menekankan nilai universal dan prinsip universal,” katanya dihadapan 700 duta SPIES dalam pelbagai bidang.

Katanya, program SPIES ini diharap akan menjadi satu model pembangunan insan bagi seluruh rakyat di negeri ini dalam usaha menjadikan Selangor sebuah negeri yang aman, sejahtera dan berkebajikan.