Categories
NASIONAL

KERABAT: Aset hartanah strategik ATM jadi mangsa kerakusan BN

Oleh: HAFIZAN TAIB

PERMATANG PAUH, 2 MEI: Kerajaan Umno BN semakin rakus apabila aset hartanah strategik milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut menjadi mangsa.

Pengerusi Kebajikan Rangkaian Bekas Anggota Tentera Malaysia (KERABAT), Azizan Salleh, berkata banyak kawasan milik ATM telah dan bakal dijual bagi menampung ketirisan dilakukan kerajaan pimpinan BN.

1MDBRMAFSungaiBesiairportb2“Antara kawasannya adalah Lapangan terbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sungai Besi dengan nilai dikatakan RM70 sekali persegi.

“Sekarang kedengaran tanah kawasan TUDM Kepala Batas juga akan dijual. Tanah strategik milik ATM hampir habis dijual angkara ketiadaan wang,” katanya yang juga dikenali ‘Azizan Memali’.

Azizan berkata dalam majlis Pesta Pasca Himpunan 1 di Tapak Ekspo Seberang Jaya di sini, malam tadi.

Beliau berkata, rakyat tiada pilihan lain selain menolak BN dan menjadi kewajiban pengundi di Permatang Pauh memilih calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam pilihan raya Kecil, 7 Mei ini.

Katanya, pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) jelas langkah BN menutup ketirisan tetapi menekan rakyat dan baginya GST itu adalah ‘Ganyang Umno Sampai Tumbang’.

“Kalau kamu menangkan calon BN dari Umno, akhirnya jadi ‘Yes Man’ kerana sifat Umno tidak boleh lawan ketua.

“Kalau lawan ketua akan dicantas, akan disekat. Siapa kata, Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya.

Azizan berkata, perkara itu berlaku kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dipenjarakan di Sungai Buloh.

‘Kini ramai anggota tentera yang tidak lagi menyokong dan menentang Umno-BN,” dakwanya.

EZY

Categories
NASIONAL

Cawangan Umno calon BN bubar, bukti ahli sendiri tak percaya

Oleh: HAFIZAN TAIB

PERMATANG PAUH, 1 MEI: Pembubaran Umno cawangan Guar Jering Jaya bukti perjuangan parti itu kini jauh menyimpang dan sokongan rakyat kepadanya semakin berkurangan.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, berkata keputusan dibuat ahli Umno cawangan itu adalah khabar gembira bagi calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, bagi menghadapi pilihanraya kecil Permatang Pauh, 7 Mei ini.

20150501_114602“Saya menyambut baik keputusan dibuat beberapa ahli Umno untuk meninggalkan perjuangan Umno.

“Ini membuktikan dasar PKR dan Pakatan Rakyat (PR) berjaya menyakinkan ahli parti itu bahawa hala tuju perjuangan Umno hari ini sudah jauh menyimpang daripada matlamat asalnya,” katanya yang juga Dato’ Menteri Besar Selangor kepada media, di sini, hari ini.

Beliau berkata, Umno kini tidak lagi memperjuangkan nasib rakyat dan juga orang Melayu tetapi lebih tertumpu kepada mengaut kekayaan bagi pimpinan dan keluarga mereka sahaja.

“Dalam tempoh seminggu ini kita menjelaskan kepada rakyat di Permatang Pauh betapa pentingnya bahawa mereka mesti bersama-sama dengan PR mendokong dasar-dasar kita.

“Saya percaya dan yakin kumpulan meninggalkan Umno ini berpegang kepada prinsip dan dasar PR,” katanya.

ADUN Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin berkata, pembubaran Umno Guar Jering Jaya membabitkan 68 ahli parti terdiri daripada Pemuda dan Wanita.

“Ini hasil ketidakpuasan hati terhadap nasib mereka selama ini yang terabai dan juga tidak berpuas hati dengan polisi Kerajaan Persekutuan yang menekan rakyat di bawah.

“Menariknya cawangan ini adalah di kampung calon BN sendiri, Suhaimi Sabudin, kalau di kampung sendiri dia tidak mampu menjaga kebajikan, bagaimana dia hendak menjaga kebajikan semua rakyat Permatang Pauh?,” kata Dr Afif.

Katanya, ia adalah tamparan hebat kepada Suhaimi kerana ahli Umno sendiri tidak percaya dengan kepimpinan Umno yang ada pada hari ini.

EZY

Categories
SELANGOR

Sibuk berkempen PRK tak jejas kerja Exco & Adun

Oleh: NAZLI IBRAHIM

BUKIT MERTAJAM, 1 MEI: Meskipun sibuk dengan tanggungjawab utama dalam Kerajaan Selangor, Menteri Besar dan barisan exconya mampu membantu jentera kempen pilihan raya Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh.

Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor, Elizabeth Wong berkatselain Exco dari PKR, Exco PAS dan DAP turut membantu kempen memastikan kemenangan calonnya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

_MG_1395 (1)“Setakat ini ramai hadri. Selain Menteri Besar, saya, Amiruddin, Dr Daroyah, malah Zaidy dari PAS dan Ganabatirau, DAP juga dah datang.

“Cuma beberapa exco seperti Nik Nazmi yang baru pulang dari Umrah dan exco yang perlu menyelesaikan tugasan penting sahajabelum datang,” kata Elizabeth ketika ditemui Selangor Kini di perkarangan di Bilik Gerakan Utama PKR di Dewan Yayasan Aman di sini, hari ini.

Tambah Elizabeth lagi, Dr Wan Azizah sendiri walaupun sibuk berkempen tetap menjalankan tugasnya sebagai Adun Kajang.

Jelas beliau, ini dapat dilihat apabila Dr Wan Azizah memantau perkembangan kawasan banjir di Kajang bagi penyelesaian masalah itu.

Bagaimanapun kata beliau, pihak tidak bertanggungjawab memfitnah konon beliau tidak mempedulikan mangsa banjir disebabkan sibuk berkempen.

“Malah selepas itu Dr Daroyah pula turun bagi memastikan masyarakat di sana diberi perhatian sewajarnya,” kata Elizabeth lagi.

Sementara itu, Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, provokasi dicetus terhadap Wan Azizah agenda pihak lawan engaja mengalihkan tumpuan Wan Azizah berkempen di PRK Permatang Pauh.

“Walau bagaimanapun timbul beberapa masalah penduduk yang sengaja menyatakan kediaman mereka turut terjejas walau hakikatnya tidak.

“Kerajaan negeri sedia maklum mengarahkan agensi kerajaan bersama Pejabat Daerah Hulu Langat memberi sumbangan kepada 88 keluarga mangsa di Kampung Sungai Jernih dan Batu 13 dan 14 hari ini,” katanya dalam kenyataan media.

EZY

Categories
NASIONAL

Guan Eng: “MB Selangor bantu di Selangor, saya bantu di Permatang Pauh”

Oleh: NAZLI IBRAHIM

BUKIT MERTAJAM, 1 MEI: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberi jaminan kepada pengundi Permatang Pauh beliau terus membantu Datuk Seri Dr Wan Azizah menjaga kawasan itu sekiranya Wan Azizah menang dalam Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh.

pasar tani“Kalau di Selangor, YAB Dato’ Menteri Besar Selangor bantu di Kajang, di Permatang Pauh saya sendiri tolong,” kata Guan Eng dalam ceramah pada kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh di padang Taman Guar Perahu di sini, malam tadi.

Sementara itu, Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali ketika mengulas isu sama berkata, Wan Azizah sudah membuktikan kemampuan beliau sebagai Adun bagi DUN Kajang.

Jelas beliau, beliau komited membantu Wan Azizah dalam kapasiti beliau sebagai Menteri Besar Selangor.

EZY

Categories
NASIONAL

‘Langkah Pekan’: Najib patut letak jawatan gagal urus negara

Oleh: NAZLI IBRAHIM

BUKIT MERTAJAM, 1 MEI: Barisan Nasional (BN) perlu menumpukan isu dalaman sendiri apabila kedudukan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri semakin goyah dan dipertikai banyak pihak termasuk partinya sendiri.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, BN tidak patut mempertikaikan keputusan PKR mencalonkan Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam Pilihan Raya Kecil (PRK), Permatang Pauh.

marshort VVIPKatanya, beliau tidak berminat mencampuri urusan dalaman Umno tetapi tidak mahu masa depan negara dirosakkan pemimpin gagal menjalankan tanggungjawabnya.

“Najib menerima tekanan cukup kuat daripada pimpinan Umno untuk meletakkan jawatan.

“Saya kira bukan setakat letak jawatan sebagai Perdana Menteri tetapi dia harus meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Pekan kerana dia gagal memikul tanggungjawab.

“Beliau gagal jalankan tanggungjawab sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan serta Ahli Parlimen maka wajar beliau meletakan semua jawatannya,” kata Mohamed Azmin yang juga Dato’ Menteri Besar Selangor.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas ‘langkah Pekan’ terhadap Najib oleh banyak pihak dalam Umno sendiri.

Beliau berkata demikian kepada Selangor Kini sebaik selesai program ceramah kempen PRK Pakatatan Rakyat (PR) di sini, malam tadi.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dalam program sama berkata skandal 1MDB merupakan salah satu isu melemahkan pengaruh Najib.

“Belum pernah dalam pilihan raya tidak ada gambar Perdana Menteri tetapi dalam PRK Permatang Pauh kali ini tidak walau sekeping pun gambar Perdana Menteri,” kata Nurul Izzah.

EZY

Categories
NASIONAL

Guan Eng: Kalau tak ada PRK, harga bahan api dah naik

Oleh: NAZLI IBRAHIM

BUKIT MERTAJAM, 1 MEI: Kerajaan Barisan Nasional (BN) dipercayai mengambil keputusan tidak menaikan harga petrol dan diesel bagi Mei disebabkan adanya dua Pilihan Raya Kecil.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, perkiraan ini dibuat berdasarkan amalan BN sebelum ini yang tidak peduli dengan kesusahan yang dihadapi rakyat.

20petrol_m_m“Kalau tidak adanya PRK Permatang Pauh dan Rompin sudah pasti harga petrol esok naik.

“Ada PRK dia tangguh tetapi bulan depan sudah pasti naik,” kata Guan Eng dalam ceramah pada kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh di padang Taman Guar Perahu di sini, malam tadi.

Jelas beliau, BN sebelum ini begitu cepat menaikan harga bahan api itu tatkala harga pasaran antarabangsa melonjak tetapi melewat-lewatkan penurunan harga apabila harga mengalami penurunan.

Pada masa sama Guan Eng turut menyelar Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengaut keuntungan berbilion ringgit setiap tahun tetapi mengambil masa lama menurunkan harga.

EZY

Categories
NASIONAL

Azmin: BN tak peduli suara rakyat bantahan GST & rasuah

Oleh: HAFIZAN TAIB

SEBERANG JAYA, 1 MEI: Demi kelangsungan kuasa politik, Barisan Nasional (BN) melakukan apa sahaja termasuk membelakangkan kepentingan rakyat.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, berkata BN pada hari ini sudah sampai ke tahap tidak lagi mempedulikan suara dan kebajikan rakyat.

_MG_0030“Sebab itu bila rakyat serang soal Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), soal rasuah, mereka tidak peduli. Ini dipanggil ‘arrogant of power’.

“Sudah menjadi sombong dan angkuh. Sudah tidak peduli tanggungjawab kepada rakyat di bawah,” katanya kepada media di sini, semalam.

Katanya, maka sebab itu dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh, 7 Mei ini, pengundi di kawasan itu harus memilih calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Ini kerana pimpinan daripada parti ini dapat mempertahankan prinsip dan idealisme serta aspirasi rakyat,” katanya yang juga Dato’ Menteri Besar Selangor.

Dalam kenyataan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), harga petrol Ron95, Ron97 dan diesel bagi Mei kekal pada paras semasa.

Ia dipercayai ada kaitan dengan dua pilihan raya kecil di Permatang Pauh dan Rompin diadakan dalam masa terdekat.

Mohamed Azmin berkata, walaupun harga minyak ditentukan dan dipengaruhi pasaran dunia tetapi jika pengurusan itu baik dan telus, Malaysia sebagai negara pengeluar minyak pastinya mendapat pulangan untuk kepentingan rakyat.

“Tetapi kalau rasuah itu menjadi teras pentadbiran Putrajaya, apa juga kenaikan atau pemulihan harga minyak dunia, ianya tidak membantu,” katanya.

EZY

Categories
NASIONAL

DSWA: Saya tak bertindak membabi buta

Oleh: NORHAYATI UMOR

SEBERANG JAYA, 30 APR: Calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menempelak dakwaan pihak yang mempertikaikan peranan beliau sebagai isteri kepada Ketua Pembangkang.

Dalam jelajah dan ceramah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) semalam, Azizah menolak tanggapan bahawa beliau setia membabi buta kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dipenjara.

marshort VVIP“Jangan hina saya, saya rasa saya tidak tahu apa yang berlaku. Apapun yang berlaku, saya lakukan bukan membabi buta,” katanya.

Hadir sama, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dan Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu.

Beliau juga menegaskan, Anwar melalui kes sama dua kali di mahkamah dan banyak perkara tidak kena berhubung perkara itu.

“Kenapa saya kena ikut Barisan Nasional (BN) dan percaya apa mereka kata berkenaan saudara Anwar, saya tahu apa yang berlaku,” tegasnya.

Sebelum ini, pelbagai tohmahan yang didakwa ke atas Wan Azizah terutama beliau dikatakan terlalu taat kepada arahan Anwar.

-NFN-

Categories
KENYATAAN MEDIA

52 percent women voters in Permatang Pauh, Kak Wan understands women best

By: HANIZA TALHA

With 52 percent women voters in Permatang Pauh, who best understands and represents women? The answer is clear – it is Kak Wan. With her past experience as a Parliamentarian and current state assemblyman, Kak Wan is the best person to represent the women.

How many women are there in our Malaysian Parliament? 13 from BN and 9 from Pakatan Rakyat which makes a total of 22 women out of 222 seats. This tally is far from the recommended 30 percent women participation in decision making and in particular, politics. As progressive Malaysians, we have to do our part to empower women further. It is a long struggle but we are making progress. Over time, the number of women who can make effective changes will rise.

Kak Wan has made a lot of sacrifices for the country since Keadilan was formed to fight for justice for her husband, who was the former Finance Minister. Nurul Izzah and her siblings were still very young and it was Kak Wan who braved through all the hardships from 1999 until today. When things were rough, she simply wiped away her tears and said, “Lapkan airmata, teruskan perjuangan.” That is the spirit of Reformasi – for justice, for the people.

No woman should have been made to go through the suffering Kak Wan did. Two times, her husband, Dato Seri Anwar Ibrahim was charged and imprisoned for what can only be described as a political assassination. Permatang Pauh voters feel for her and no words can describe the betrayal and hurt the rakyat feel as the judiciary convicted Anwar unfairly with evidences which were doubtful. Everybody knows the story.

For this great disappointment, the rakyat should vote for Keadilan’s president Kak Wan. The rakyat should cast their votes to show their dissatisfaction for the UMNO-BN government and show them again the people’s power. Makkal Sakti.

Our fight now and forever is for Keadilan and justice, against corruption, against wasteful spendings.

The power is in the rakyat’s hands. The rakyat’s best choice – our humble Kak Wan for Keadilan.

Haniza Talha- Election Director Wanita Keadilan

Categories
NASIONAL

Pengunjung & peniaga Pasar Tani Guar Perahu kerumun Kak Wan

Oleh: NORHAYATI UMOR

GUAR PERAHU, 30 APR: Calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dikerumuni pengundi Pasar Tani ketika mengadakan lawatan, di sini, semalam.

Pengunjung dan peniaga pasar terbabit mengelilingi Wan Azizah yang mesra disapa Kak Wan untuk mengambil peluang bersalam dan bergambar.

pasar tani 5Pelbagai gelagat dan keletah dilihat dalam lawatan berkenaan apabila pengunjung seolah-olah beratur untuk bersalam dan bertemu dengan Kak Wan.

Ada di antara pengundi di kawasan itu merungut apabila tidak berkesempatan mengambil gambar bersama Kak Wan.

“Apa ni, ramai sangat. Nak ambil gambar pun tak dapat,” katanya sambil terus berlalu.

Manakala, seorang lagi pengundi wanita, berlari untuk mendapatkan Kak Wan.

kakwan pasar tani 1“Cepat, cepat mai nak salam ni, sat lagi tak dapat orang ramai ni,” katanya yang terus menuju ke arah Kak Wan.

Terdahulu, Calon Barisan Nasional (BN), Suhaimi Shabudin dilihat hadir di pasar sama dalam satu majlis bersama dengan Timbalan Menteri Pertanian.

Bagaimanapun, difahamkan sambutan yang diterimanya tidak menggalakkan.

-NFN-

Categories
NASIONAL

BN letak calon ‘ujikaji’ di PRK Permatang Pauh

Oleh: NORHAYATI UMOR

KUBANG SEMANG, 29 APR: Barisan Nasional (BN) cenderung meletakkan calon dalam pilihan raya kecil sebagai ujikaji kerana sudah menjadi budaya parti itu.

Pengarah Pilihan Raya PKR, Datuk Saifuddin Nasution, berkata Umno mempunyai sehingga tujuh calon sebelum memilih Suhaimi Sabudin untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh.

PRK Permatang Azizah“Itu cara pemikiran Umno. Lihat sahaja, Umno mempunyai enam hingga tujuh calon sebelum memilih Suhaimi Sabudin,” katanya.

Beliau berkata berbanding PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dinamakan sebagai calon tunggal parti itu.

“Kami tidak perlu buat uji kaji apabila meletakkan nama Kak Wan.

“Kita melakukannya melalui proses biro politik yang secara sebulat suara memilih beliau,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

EZY

Categories
NASIONAL

Elok Muhyiddin jaga Pagoh, pembangunan Permatang Pauh lebih maju

Oleh: NORHAYATI UMOR

KUBANG SEMANG, 29 APR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sepatutnya menjaga dan menumpukan isu pembangunan di kawasannya berbanding di Permatang Pauh.

Pengarah Pilihan Raya PKR, Datuk Saifuddin Nasution berkata ia kerana parlimen Pagoh lebih mundur dari segi pembangunan dan infrastruktur berbanding di Permatang Pauh.

bendera 6“Muhyiddin semalam menyentuh tentang pembangunan di Permatang Pauh.

“Jika dibandingkan dengan di Pagoh, di Permatang Pauh, pembangunannya lebih baik dari Pagoh dari segi prasarana, peluang pekerjaan dan pembangunan,” katanya pada sidang media harian di Pusat Media PKR Permatang Pauh.

Saifuddin berkata Muhyiddin juga tidak seharusnya mempertikaikan peranan Wan Azizah yang menggalas banyak tugas dalam parti dan Adun Kajang.

“Adalah lebih baik beliau menegur Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang banyak menghabiskan masa di luar berbanding dalam negara.

“Beliau juga memegang banyak portfolio, nak jaga Pekan, jadi Menteri Kewangan, Perdana Menteri.

“Nak hadapi serangan Tun Mahathir lagi, jadi lebih baik bimbangkan kedudukan Najib dari Kak Wan,” sindirnya.

EZY