Categories
GLOBAL

Qatar umum 80 negara bebas visa

DOHA 9 OGOS: Kerajaan Qatar mengumumkan program kemasukan bebas visa bagi rakyat 80 negara untuk merangsang pengangkutan udara dan pelancongan.

“Skim pengecualian visa akan menjadikan Qatar negara paling terbuka di rantau ini,” kata pegawai jabatan pelancongan, Hassan al-Ibrahim, kepada sidang akhbar di Doha, lapor Agensi Berita Antarabangsa AFP.

Pegawai Kementerian Dalam Negeri, Mohamed Rashed al-Mazroui, berkata rakyat 80 negara itu cuma perlu menyerahkan pasport sah bagi kemasukan ke negara itu yang bakal menjadi hos Kejohanan Piala Dunia 2022.

Lapan puluh negara itu tidak dinamakan dan sama ada tarikh program itu berkuat kuasa, tetapi akhbar Qatar berkata, kebanyakannya rakyat negara Barat.

Qatar AirwaysRakyat 33 negara akan dibenarkan menetap di negara itu selama 180 hari dan 47 lagi selama 30 hari.

Mazroui berkata, negara berkenaan dipilih berdasarkan keselamatan dan ekonomi, atau kuasa membeli rakyatnya.

Pengarah syarikat penerbangan Qatar Airways, Akbar al-Baker, berkata syarikatnya yang merancang meluaskan rangkaian ke 62 destinasi baru, akan mendapat manfaat daripada skim itu.

Arab Saudi, Bahrain, Emiriah Arab Bersatu dan Mesir, sejak 5 Jun lalu memulaukan Qatar, menuduh negara itu menyokong kumpulan pengganas dan berhubung rapat dengan Iran namun Qatar menafikan tuduhan itu.

=EZY=

Categories
GLOBAL

Doha sedia berunding tamatkan perang diplomatik

DOHA 22 JULAI: Qatar dilaporkan sedia berunding dengan lain-lain negara Teluk termasuk Arab Saudi bagi menamatkan krisis diplomatik rantau itu.

Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani berkata, perbincangan itu hanya boleh diadakan jika semua pihak menghormati kedaulatan negara itu, lapor Agensi Berita Antarabangsa AFP.

“Kami sedia mengadakan dialog untuk menyelesaikan segala masalah berbangkit, selagi kedaulatan Qatar dihormati.

“Malah, segala penyelesaian perlu dibuat berdasarkan dua prinsip dan persetujuan bersama antara semua pihak terbabit,” kata Sheikh Tamim dalam ucapan yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen.

https://selangorkini.my/2017/06/perang-diplomatik-negara-arab-vs-qatar-apa-yang-berlaku/

Ia adalah penampilan pertama pemerintah Qatar itu, sejak tercetusnya krisis diplomatik antara negara itu dengan lain-lain negara Teluk.

Pada 5 Jun lalu, Arab Saudi, Bahrain, Emiriah Arab Bersatu dan Mesir memutuskan hubungan dengan Qatar, selepas menuduh negara itu menyokong kumpulan pengganas.

Bagaimanapun, Doha menolak semua tuduhan itu.

=EZY=

Categories
GLOBAL

Turki gesa 13 tuntutan terhadap Qatar digugurkan

DOHA 20 JULAI: Turki menggesa Arab Saudi dan tiga lagi negara di Teluk menggugurkan 13 tuntutan terhadap Qatar, kerana tindakan itu dianggap melanggar kedaulatan negara itu.

Timbalan Perdana Menteri Turki, Numan Kurtulmus ketika ditemuramah rangkaian al-Jazeera turut memberi amaran kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan berkata, tindakan itu bakal menghasilkan konflik dan akibatnya sukar diramal, lapor Agensi Berita Antarabangsa REUTERS.

Turki memihak kepada Qatar dalam krisis yang bermula sejak bulan lalu ketika Arab Saudi, UAE, Bahrain dan Mesir mengenakan sekatan ke atas Doha.

Keempat-empat negara itu menuduh Doha menyokong keganasan dan mendesak Qatar supaya akur dengan 13 tuntutan, termasuk menutup rangkaian televisyen al-Jazeera dan pangkalan tentera Turki.

Tuduhan itu dinafikan Qatar dan menolak semua tuntutan terbabit dengan mengatakan kesediaannya untuk duduk berbincang.

“Presiden akan mendengar penjelasan semua pihak tetapi Arab Saudi perlu menghentikan tekanan, termasuk menimbangkan kembali 13 tuntutan itu,” kata Kurtulmus.

https://selangorkini.my/2017/06/turki-kami-tidak-akan-tinggalkan-saudara-kami-qatar/

Katanya, Qatar pula perlu berpendirian positif untuk membuka jalan rundingan dan Turki sedia bertindak selaku pengantara.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan bakal mengadakan lawatan ke Arab Saudi, Kuwait dan Qatar pada 23 hingga 24 Julai ini sebagai usaha untuk menyelesaikan krisis itu.

https://selangorkini.my/2017/06/perang-diplomatik-negara-arab-vs-qatar-apa-yang-berlaku/

=EZY=

Categories
GLOBAL

Qatar ada rizab RM1.46 trilion, tak gentar kena pulau

DUBAI 11 JULAI: Qatar mempunyai rizab AS$340 bilion (RM1.46 trilion) yang boleh membantu negara Teluk itu menangani pemulauan oleh negara jiran, kata Gabenor bank pusat negara itu, Sheikh Abdullah Bin Saoud al-Thani.

Al-Thani berkata, bank pusat mempunyai rizab AS$40 bilion ditambah emas, manakala dana kekayaan negara, Qatar Investment Authority mempunyai rizab AS$300 bilion yang boleh dicairkan.

“Inilah kredibiliti sistem Qatar, kami mempunyai tunai mencukupi untuk menyerap sebarang kejutan,” katanya kepada saluran berita CNBC dalam satu temubual yang diterbitkan dalam laman sesawangnya, lapor Agensi Berita Antarabangsa REUTERS.
Pasaran saham Qatar merosot dan riyal menjadi tidak menentu dalam pasaran spot sejak Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Mesir memutuskan hubungan diplomatik dan pengangkutan dengan Qatar pada 5 Jun lalu.

Negara berkenaan menuduh Qatar menyokong keganasan. Doha bagaimanapun menafikan semua tuduhan berkenaan.

emas“Qatar sudah pun mempunyai sistem yang bagus dan unik. Kami mempunyai peraturan yang dibentuk bagi menentang semua jenis keganasan,” kata al-Thani kepada CNBC.

“Kami bekerjasama dengan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan institusi lain untuk mewujudkan peraturan, audit dan semakan semula.

“Kami tiada masalah, kami mengalu-alukan semuanya untuk memeriksa akaun negara, ia terbuka,” tambahnya.

=EZY=

Categories
GLOBAL

Arab Saudi, sekutu setuju lanjut 48 jam lagi untuk Qatar penuhi 13 tuntutan

SHAH ALAM, 3 JULAI: Arab Saudi dan sekutunya bersetuju melanjutkan tempoh 48 jam lagi untuk Qatar memenuhi 13 tuntutan mereka seperti dicadangkan Kuwait.

Agensi berita Kuwait KUNA melaporkan, Emir Kuwait Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber meminta Arab Saudi dan sekutunya itu memberikan tempoh lanjutan.

MalaysiaKini melaporkan, Kuwait dilantik sebagai orang tengah untuk menyelesaikan kemelut yang menyaksikan Qatar dipulaukan selepas didakwa mendukung keganasan serantau dan bekerjasama dengan Iran.

Sebelum ini, Arab Saudi memberikan tempoh 10 hari yang tamat semalam dan menegaskan tuntutan itu tidak boleh dirunding sama sekali.

QATARBagaimanapun, Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman al-Thani menegaskan tuduhan itu tidak berasas dan tuntutan dikemukakan patut ditolak.

Tuntutan itu termasuk penutupan rangkaian stesen TV Al Jazeera dan pangkalan tentera Turki di Qatar.

“Semua orang sedar tuntutan ini bermakna kedaulatan Qatar dicabuli, menutup ruang kebebasan dan mengenakan mekanisme yang mengekang Qatar.

“Kami percaya bahawa dunia tidak ditadbir oleh kata dua, kami percaya bahawa dunia ditadbir oleh undang-undang antarabangsa, ia ditadbir dengan peraturan yang tidak membenarkan negara besar membuli negara kecil,” katanya ketika berkunjung ke Rom, Itali.

Bagaimanapun, Arab Saudi menegaskan jika Qatar gagal memenuhi semua tuntutan itu dalam tempoh berkenaan, maka sekatan tambahan akan dikenakan di samping penutupan sempadan dan pembatalan hubungan diplomatik sedia ada.

Categories
GLOBAL

Perang Diplomatik: Penggodam Rusia dalang, sumber gas Qatar puncanya?

OLEH: MOHD EZLI MASHUT

GLOBAL 7 JUN: Biro Siasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) mendakwa penggodam Rusia dalang yang meletakkan berita palsu ke laman web berita Qatar sehingga mencetuskan krisis diplomatik di Asia Barat.

Agensi Berita Antarabangsa CNN melaporkan pakar FBI yang melawat Qatar pada akhir Mei lalu menganalisis wujudnya situasi pencerobohan siber sehingga membolehkan penggodam memasukkan berita palsu di agensi berita Qatar.

Kerajaan Qatar pada 23 Mei menyatakan wujudnya berita palsu bahawa pemerintah negara itu mempunyai hubungan akrab dengan Iran dan Israel.

hackerMenteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed Bin Abdulrahman al-Thani memberitahu CNN bahawa FBI mengesahkan wujudnya pencerobohan siber dan kewujudan berita palsu.

CNN turut melaporkan kenyataan Kerajaan Qatar sedang bekerjasama dengan FBI dan Britain bagi menyiasat dakwaan pencerobohan siber.

Jika dakwaan ini benar ia menunjukkan Rusia berusaha melemahkan dasar luar Amerika Syarikat sejak timbulnya tuduhan Rusia cuba mempengaruhi keputusan Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat yang dimenangi Donald Trump.

 

Simpanan Gas dan Saliran Paip Qatar

Sementara itu laman web haaretz.com melaporkan krisis diplomatik terhadap Qatar adalah berpunca isu penyaluran gas Qatar apabila negara itu semakin mendominasi situasi di rantau teluk.

Qatar merupakan negara pengeluar terbesar dunia gas sehingga membantu menjana kemakmuran ekonomi negara itu mutakhir ini sehingga melonjakkan  pendapatan per kapita per tahunan mencapai US$130.000.

Dianggarkan simpanan gas Qatar berdasarkan data daripada pelbagai sumber dianggarkan sebanyak 25.07 trilion m³. Ia menjadikan Qatar negara ketiga dunia mempunyai simpanan gas terbesar selepas Rusia dan Iran.

QatarTurkeyGasLine_01

 

Proven gas

 

Sementara itu Presiden Turki, Recep Tayyip Erodogan tidak bersetuju dengan tindakan beberapa negara Arab memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar. Beliau menekankan perlunya jalinan kerjasama erat di antara negara Arab.

Manakala Ketua Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) menggesa negara Teluk yang memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar supaya memulihkan semula hubungan udara dengan negara itu, dan memberi amaran ia akan mencetuskan gangguan perjalanan yang besar.

“Kami faham bahawa negara berhak menutup sempadan masing-masing. Namun perhubungan perjalanan dengan Qatar mesti dipulihkan secepat mungkin,” kata Ketua Pengarah IATA, Alexandre de Juniac di luar mesyuarat tahunan kumpulan itu di Cancun, Mexico.

https://selangorkini.my/2017/06/perang-diplomatik-negara-arab-vs-qatar-apa-yang-berlaku/