Categories
NASIONAL

JINGGA 13: Setahun berlalu, apa status siasatan SPRM terhadap Raja Ropiah?

Oleh: Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM 9 JAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menjelaskan menjelaskan status siasatan dan satu pendakwaan perlu dilaksanakan terhadap Raja Ropiah Raja Abdullah pemilik Awan Megah.

Dalam satu kenyataan media yang dipetik dari laman web JINGGA 13, menyatakan badan bukan kerajaan (NGO) itu sudah genap setahun melaporkan kepada SPRM terhadap kes isu bayaran RM160 juta anak syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) kepada Astacanggih dan Awan Megah.

SPRM jinggaPada 9 Januari 2013 lalu, Setiausaha Jingga13 Malaysia, DK Vicky telah mewakili Jingga13 Malaysia membuat laporan SPRM di SPRM Selangor di Shah Alam.

Rentetan daripada pendedahan yang pernah dibuat oleh YB Rafizi Ramli dan laporan SPRM oleh Jingga13 Malaysia, di manakah hasil siasatan tersebut yang sehingga sekarang SPRM terus membisu dan “menguncikan” lidah mereka,” kata Jingga 13.

raja ropiah

 Semalam, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli telah membuat pendedahan berkaitan syarikat Awan Megah menyatakan Pemimpin Wanita Umnom Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah pada dasarnya diberikan RM13 juta “wang percuma”.

Ia ekoran kontrak “tidak sah dan batal” bagi membina Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) dan perjanjian tanah itu ditandatangani dengan kerajaan.

EZY

 

JURNAL BERITA : Kontrak hangus, Raja Ropiah terima ‘wang percuma’ RM13 juta

1- PKNS setuju lanjut tempoh permohonan pembelian rumah Bukit Botak

2- Ulama perlu jadi jurubicara rakyat bukan ‘simplistik’

3- Kontrak hangus, Raja Ropiah terima ‘wang percuma’ RM13 juta

4- Selangor warta tanah untuk ‘sekolah bawah pokok’

5- Trek basikal bakal dibuka dalam masa terdekat

6- Waris pelajar syiling RM64 terima sumbangan Iskandar

7- DBKL perlu pantau projek sekitar Hutan Bukit Gasing, elak kejadian banjir lumpur

8- BN penakut, hidap penyakit fobia politik kronik

9- Rakyat tertekan ekoran harga barang dan kos sara hidup meningkat

10-Pindaan Enakmen Agama Bukan Islam Selangor, DAP terima teguran pimpinan PR