Categories
SELANGOR

Islam bukan penghalang hubungan keluarga

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 17 JUL: Memeluk agama Islam tidak pernah menjadi sebab sesuatu hubungan kekeluargaan perlu diputuskan kerana ia mengajar untuk menyayangi sesama manusia.

Bagi Aina Safiyah Mujah, 21, Islam mendekatkan lagi hubungan kekeluargaannya bersama ibu bapa dan enam beradik lain.

aina safiya aAina berkata, dua abangnya turut memilih Islam sebagai pegangan hidup berbanding agama Kristian.

“Keluarga tidak kisah, bahkan sebelum masuk Islam saya sendiri ada cuba berpuasa dan mereka tiada halangan.

“Walaupun ada perbezaan pegangan, kami sentiasa meraikan perayaan bersam termasuk Aidil Fitri,” katanya pelajar kolej di Puchong ini.

Sementara itu, Farah Lee atau nama sebenarnya Lee Kim Choo pula berkata, Islam adalah agama yang damai dan mudah serta berkuasa mengeratkan hubungan sesama insan.

“Sebelum ini, ramai fikir masuk Islam perlu tukar nama, namun sebenarnya tidak perlu kerana ia boleh kekal selagi maknanya baik.

muallaf cina a“Hal ini kerana kita dapat tahu asal usul keturunan dan pelihara keluarga melalui nama.

“Jika ini dikekalkan, maka tiada sebab hubungan keluarga akan retak dengan memasuki Islam,” katanya yang hampir lima tahun bergelar Muslimah.

Usahawan wanita itu mula berminat dengan Islam ketika menceburi perniagaan berasaskan produk halal.

Beliau kemudian menyertai kelas fardhu ain bagi mendalami Islam sebelum membuat keputusan menganuti agama itu.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Anggota bomba sayu tapi bangga bertugas 1 Syawal

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SUNGAI BULOH, 17 JULAI: Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Sungai Buloh juga teruja jika berkesempatan pulang beraya di kampung halaman sama seperti masyarakat Islam lain.

Namun, niat itu terpaksa dipendamkan sahaja kerana tanggungjawab yang memerlukan mereka bersiap siaga setiap masa demi kepentingan nyawa dan harta orang awam.

bomba yusafriPegawai Bomba, Yusafri Mohd Yusoff, 30, yang berasal dari Kedah berkata, perasaan sayu beraya di tempat kerja tanpa isteri dan anak tetap dirasai terutama ketika takbir raya berkumandang.

“Dua atau tiga hari sebelum raya, saya dah hantar empat anak dan isteri pulang ke kampung. Memang sayu beraya seorang diri di sini tetapi mujur ada rakan yang senasib menceriakan keadaan.

“Walaupun sayu kerana bertugas tetapi perasaan bangga tetap ada kerana kita menjaga keselamatan orang awam,” katanya ketika ditemubual Selangor Kini di sini, baru-baru ini.

Sementara itu, seorang lagi Pegawai Bomba, Suffian Ismail, 31, berkata keperitan beraya di tempat kerja tetap dirasai dan dia sudah tiga tahun berturut-turut tidak dapat cuti beraya.

suffian bomba“Pengalaman bekerja di pagi raya memang agak memeritkan sebab berjauhan dengan keluarga kerana hanya tinggal saya seorang di sini. Keluarga dah balik Perlis tetapi memang nasib pegawai bomba kena bertugas di hari raya.

“Bagaimanapun, ada juga badan bukan kerajaan (NGO) datang sini pada 1 Syawal beri sumbangan seperti juadah raya dan lain-lain,” katanya.

Rakan sejawatnya, Tarmizi Abd Ghani, 45, yang berasal dari Perak pula agak bernasib baik kerana berpeluang bercuti untuk berhari raya bersama keluarga di kampung halaman.

tarmizi“Bersyukur dapat bercuti kali ini. Ia peluang untuk kita meraikan Aidilfitri bersama anak, isteri dan ibu bapa di kampung.

“Sebelum ini, memang dah kerap berhari raya di balai dengan rakan setugas. Memang rasa sunyi dan sayu terkenangkan kampung tetapi ia seakan hilang dengan kehadiran rakan yang lain.

“Biasanya, jika kena bertugas di hari raya, saya juga hantar keluarga pulang ke kampung kerana kesian mereka beraya di sini. Bukan ada apa-apa dan ibu bapa juga masih ada,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Sultan Sharafuddin tunai solat Aidilfitri bersama warga Shah Alam

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 17 JULAI: Umat Islam di Malaysia hari ini menyambut Aidilfitri dengan penuh kemeriahan bersama ahli keluarga.

Di setiap pelusuk negeri, masjid menjadi tumpuan jutaan muslimin bagi menunaikan solat sunat Aidilfitri pada pagi Syawal selepas genap sebulan berpuasa.

Hari ini, kira-kira 10,000 umat Islam terdiri daripada penduduk Shah Alam menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

IMG_20150717_085129Kemeriahan semakin dirasai dengan seruan takbir raya berkumandang sebagai satu ibadah bagi melahirkan rasa syukur kepada Allah SWT.

Turut hadir menunaikan solat, Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali dan beberapa pimpinan negeri.

Selain itu, dapat dilihat separuh dari jemaah yang hadir di masjid terdiri dari warga Bangladesh, Myanmar dan Indonesia yang tidak berpeluang pulang ke tanah air menyambut syawal bersama keluarga.

Selesai solat, jemaah kemudian mengambil kesempatan bersalaman dengan baginda.

-NFN-

Categories
KENYATAAN MEDIA

PKR tak akan hadir program raya BN

Oleh: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

PKR  ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakyat Malaysia.

PKR amat kesal bahawa sdr Anwar Ibrahim, yang telah diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai seorang tahanan politik, terus dipenjara.

Pada ketika ketidaktentuan halatuju ekonomi dan urus tadbir kerajaan kian meruncing, walhal pemimpin demokratik yang sah yang telah dipilih rakyat melalui undi popular masih terpenjara.

Sebagai tanda protes terhadap sabitan dan pemenjaraan sdr Anwar Ibrahim, KEADILAN akan memboikot kesemua program anjuran Barisan Nasional di peringkat Nasional dan Negeri.

# Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah Presiden PKR

 

Categories
BERITA UTAMA

FOMCA dedah taktik jualan raya , kemeriahan tak perlukan pembaziran

Oleh NAEEM RAFFI

Pengguna yang bijak tidak akan memilih berhutang sebagai kaedah terbaik dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

Apatah lagi menggunakan sepenuhnya gaji semasa yang akhirnya komitmen asas seperti bil utiliti, ansuran rumah atau kenderaan tertunggak.

Begitu juga memilih saluran bantuan kewangan seperti kad kredit sebagai talian hayat menampung perbelanjaan dan akhirnya memberi kesan kepada kewangan bulan berikutnya.
Perancangan awal dan budaya menabung mampu membantu pengguna berdepan dengan situasi sebegini.

04“Setiap tahun, kita memerlukan banyak wang untuk itu dan ini. Tetapi sebahagian besar daripada kita tidak ada simpanan ke arah itu.

“Belajarlah dari kesilapan, rancang perbelanjaan dan berbelanja secara berhemah dengan membuat penilaian berdasarkan pendapatan dan tabungan,” kata Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman.

Masa Untuk Berubah

Lebaran kali ini disambut dalam suasana ekonomi getir.

Keluar ke gedung pakaian mahupun ke bazar mencari juadah, sana sini, kiri kanan, depan belakang, semuanya serba mahal kesan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

FOMCAPengguna tidak mampu lari dari senario ini. Cekalkan hati dan berubahlah agar kesan kenaikan harga dapat diminimum untuk kelangsungan hidup yang lebih terjamin.

Buanglah tradisi raya semua benda perlu diganti sehingga terpaksa berbelanja lebih dari kemampuan sebelum terjerat hutang.

“Sudah tiba masanya pengguna mengikis tradisi menyambut Aidilfitri dengan pakaian dan kelengkapan rumah serba baru.

“Bagi yang pendapatannya terhad, memadai memakai pakaian raya tahun lalu jika masih dalam keadaan baik,” kata Yusuf.

Beringat sebelum kena 

Menghampiri musim perayaan, pusat membeli belah menganjurkan karnival jualan murah.

Peluang baik untuk pengguna mendapatkan barangan keperluan pada harga berpatutan.

Tetapi, berhati-hatilah dengan strategi pemasaran sedemikian kerana sebahagiannya tidak lebih daripada gimik semata-mata.

fomca 3Gimik bertujuan menarik pengguna datang walhal harga barangan yang ditawarkan sete-lah diskaun tidak berbaloi untuk pengguna.

“Ada pusat membeli belah menaikkan harga barangan terlebih dahulu dan setelah ditawar diskaun setinggi 70 peratus, harganya sama atau kurang sedikit dari harga asal.

“Dalam situasi itu, pengguna perlu bijak merancang dan rasional dalam berbelanja,” katanya.
Biarpun berjimat, percayalah kita tetap merai sambutan Aidilfitri dengan penuh kemeriahan.

Categories
KENYATAAN MEDIA

Perutusan Eidulfitri 1435 Hijrah – Anwar Ibrahim

Bismillahirrahmanirrahim.

Allahu akbar. Allahu akbar. Allahu akbar.
Wallillailhamd.

Segala puji kita panjatkan ke hadrat Ilahi, setelah sebulan Ramadhan diharungi, kini bulan mulia Eidulfitri bakal dirai.

Mewakili keluarga besar KEADILAN, saya merakamkan ucapan Salam Eidulfitri buat seluruh muslimin muslimat di Malaysia. Semoga Allah SWT menerima segala amat ibadah yang telah kita imarahkan sepanjang Ramadhan yang berlalu.

Ramadhan yang bakal meninggalkan kita seharusnya dimaknai seperahimnuhnya dengan ibadah yang telah dikerjakan untuk mencapai redhaNya, di samping kita terus disaran memupuk ukhuwah sesama manusia khususnya kalangan mereka yang tidak berkemampuan dan dihambat penderitaan.

Inilah falsafah agung di sebalik Ramadhan: kita memperkukuh iktikad dan rohani ke derajat taqwa.

Ramadhan kali ini kita turut dikejutkan dengan penderitaan saudara seagama di Gaza, akibat kezaliman regim Zionis Israel yang semakin angkuh dan biadap. Demikian juga kekejaman gerombolan di Ukraine yang mengorbankan anak kapal serta penumpang pesawat Malaysia Airlines MH17.

Dunia Islam terus dilanda malapetaka – di Syria, Iraq dan Afghanistan. Kita meneruskan ikhtiar melalui doa dan munajat, agar pertolongan Allah SWT dapat mempermudahkan keadilan tertegak, insyaAllah.

Pastinya Syawal yang menjelang harus kita lapisi dengan penuh rasa syukur dan penuh keinsafan.

Madrasah Ramadhan yang telah diimarah harus mensiap siagakan kita dengan penghayatan Rabbani agar ukhuwah insani terus diperkukuh, ketaqwaan padaNya kekal ampuh. Roh Islami terus kita sematkan demi mencapai kemenangan, sebagaimana firman Allah SWT di dalam ayat 48 Surah Al-Fath Ayat 1-2:

Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata; Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya).

Semoga Syawal ini terus kita raikan sebagai hari kemenangan, tidak terhad kemenangan melawan hawa nafsu, tetapi juga dimaknai dengan iktiqad memperbanyakkan amalan, menegakkan keadilan dan meruntuh kezaliman.

Salam Eidulfitri 1435 Hijrah.
Minal ‘aidil wal faiziin.
Maaf zahir dan batin.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Ketua Umum KEADILAN