Categories
AGENDA NASIONAL

Amaran ribut petir, angin kencang di seluruh negara mulai 16 Mac

KUALA LUMPUR, 12 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan beberapa kawasan di seluruh negara dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dalam jangka masa singkat, khususnya pada waktu petang dan awal malam, bermula 16 Mac ini hingga pertengahan Mei, berikutan fasa peralihan monsun.

Ketua Pengarah MetMalaysia Jailan Simon berkata keadaan cuaca itu yang menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut yang bermula pada 11 November lepas, dijangka berlaku di kebanyakan kawasan di negeri pantai barat dan pedalaman Semenanjung serta barat Sabah dan tengah Sarawak.

“Keadaan cuaca ini berpotensi menyebabkan banjir kilat serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai agar lebih berwaspada sepanjang tempoh berkenaan selain sentiasa peka dengan ramalan serta amaran cuaca yang dikeluarkan MetMalaysia.

Maklumat terkini cuaca boleh disemak melalui laman web rasmi, aplikasi mobil myCuaca, laman media sosial rasmi atau talian hotline 1-300-22-1638.

-BERNAMA

 

Categories
AGENDA ALAM SEKITAR & CUACA NASIONAL

Amaran cuaca bahaya beberapa kawasan Pahang, Johor

KUALA LUMPUR, 3 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca bahaya dan buruk, dengan hujan lebat berterusan di beberapa kawasan di Pahang dan Johor.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan amaran cuaca bahaya dengan hujan lebat berterusan dijangka berlaku hari ini di daerah Pekan dan Rompin di Pahang, manakala di Johor melibatkan daerah Mersing.

Menurut kenyataan itu, amaran cuaca buruk dengan hujan lebat berterusan pula melibatkan daerah Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan dan Bera di Pahang, serta Segamat dan Kluang di Johor.

Amaran cuaca waspada dengan hujan lebat sehingga esok pula dikeluarkan bagi Kelantan, Terengganu, Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Jerantut) dan Johor (Tangkak dan Muar).

“Amaran cuaca waspada dengan hujan lebat juga dijangka berlaku di Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru sehingga hari ini,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, kebanyakan kawasan di negeri pantai barat Semenanjung, Sarawak dan lain-lain kawasan di Sabah dijangka mengalami kejadian ribut petir, hujan lebat dan angin kencang terutamanya pada waktu petang sehingga awal malam dan keadaan ini berpotensi menyebabkan banjir kilat.

MetMalaysia juga meramalkan angin kencang timur laut berkelajuan melebihi 60km/jam dengan ombak melebihi 4.5 meter dijangka boleh berlaku di perairan negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur dalam tempoh tersebut.

“Di perairan Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, angin kencang timur laut berkelajuan sehingga 60 km/jam dengan ombak sehingga 4.5 meter dijangka boleh berlaku dalam tempoh sama, dan kejadian ini boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai dan muara sungai kawasan terbabit,” menurut kenyataan itu.

– BERNAMA

Sumber Grafik: METMalaysia
Categories
AGENDA NASIONAL

Monsun timur laut: Ribut petir, hujan lebat hingga Disember

KUALA LUMPUR, 18 NOV: Kejadian ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang dijangka berlaku lebih menyeluruh terutamanya pada waktu petang dan awal malam sepanjang fasa pertama monsun timur laut, yang berlaku ketika ini hingga hujung Disember.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Jailan Simon berkata ia melibatkan kebanyakan kawasan di negeri pantai barat Semenanjung meliputi Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor serta barat Sabah dan barat Sarawak.

“Ini disebabkan faktor penumpuan angin dari arah timur dan barat serta kelembapan udara yang tinggi di seluruh negara yang menggalakkan pembentukan awan ribut petir.

“Keadaan ini berpotensi menyebabkan kejadian banjir kilat di kawasan yang rendah dan kerosakan ke atas struktur yang tidak kukuh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

MetMalaysia menasihatkan orang ramai agar sentiasa peka dengan amaran cuaca semasa.

Sebarang maklumat lanjut berkaitan cuaca dan amaran cuaca, orang ramai boleh melayari laman web dan media sosial rasmi MetMalaysia, menghubungi talian 1-300-22-1638 atau menerusi aplikasi myCuaca.

-BERNAMA

Categories
AGENSI ALAM SEKITAR & CUACA SELANGOR

Selangor dijangka ribut petir sehingga 6 petang ini

SHAH ALAM, 22 JULAI: Selangor diramal mengalami hujan dan ribut petir sehingga jam 6 petang ini, kata Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).

Amaran berkenaan dikeluarkan pada jam 1.50 tengah hari tadi menerusi laman Facebook rasmi agensi itu.

Pada 20 Julai lalu, METMalaysia melaporkan negeri ini diramal mengalami cuaca hujan dan ribut petir hingga Ahad ini (26 Julai).

Ia membabitkan daerah Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang, Gombak, Klang, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

Turut dijangkakan mengalami cuaca sama ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Wilayah Persekutuan, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Untuk maklumat terbaharu mengenai keadaan cuaca semasa di negeri ini, orang ramai boleh melayari laman sesawang www.met.gov.my

Sumber Grafik: METMalaysia
Categories
SELANGOR

Hujan dan ribut petir berterusan di Selangor

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 6 JUN: Cuaca hujan dan ribut petir diramalkan berlaku di beberapa daerah seluruh Selangor sehingga Rabu depan, 12 Jun.

Jabatan Metereologi Malaysia (MetMalaysia) melalui laman webnya melaporkan, keadaan itu dijangkakan berlaku di Hulu Langat, Kuala Langat, Petaling, Gombak dan Hulu Selangor.

Hujan dan ribut petir itu turut dilaporkan kemungkinan berlaku pada waktu petang dan juga malam di beberapa lokasi.

Sementara di Sepang pula, cuaca hujan dijangkakan berlaku di beberapa tempat pada waktu pagi.

Namun, bagi daerah Klang dan Sabak Bernam pula diramalkan cuaca panas sehingga 12 Jun ini.

Categories
ALAM SEKITAR & CUACA

Amaran Cuaca Buruk: Ribut petir, hujan lebat & angin kencang

Dikeluarkan pada : 05:12pm pada 03 September 2017

KEMASKINI AMARAN :

Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di negeri Perlis, Kedah, P. Pinang, Perak, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, N. Sembilan (Daerah Jelebu, Tampin, Kuala Pilah, Rembau, Seremban dan Port Dickson),

Melaka, Johor (Daerah Tangkak , Muar dan Batu Pahat) dan

Sabah : Bahagian Pedalaman (Daerah Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Daerah Penampang dan Papar) dan WP Labuan dijangka berterusan sehingga awal malam, Ahad 3 September 2017.

Cuaca buruk 3 SEPT

Amaran Cuaca Buruk:
Dikeluarkan pada : 02:45pm pada 03 September 2017

Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di negeri Perlis, Kedah, P. Pinang dan Perak (Daerah Kerian, Larut,Matang&Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datoh, Hilir Perak dan Batang Padang) dijangka berterusan sehingga lewat petang, Ahad 3 September 2017.

SUMBER: MET MALAYSIA

Categories
ALAM SEKITAR & CUACA

Amaran ribut petir

Dikeluarkan pada pukul 06:14AM, 14 Mac 2017

SEKSYEN A: UNTUK PERAIRAN MALAYSIA
AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH

Ribut petir di perairan Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka dijangka berterusan sehingga pagi, Selasa, 14 Mac 2017.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

SEKSYEN B: UNTUK PERKAPALAN
AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH

Ribut petir di perairan Selat Melaka Selatan dan Sulawesi dijangka berterusan sehingga pagi, Selasa, 14 Mac 2017.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

SUMBER: MetMALAYSIA