Categories
AGENDA NASIONAL

Angin kencang, bumbung lobi MSU runtuh

SHAH ALAM, 27 JAN: Bumbung bahagian lobi Kompleks Management and Science University (MSU), Seksyen 13 dekat sini runtuh akibat hujan dan angin kencang petang tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharuddin Mat Taib berkata pihaknya menerima
maklumat berhubung insiden terbabit pada jam 6.50 petang.

Menurutnya, anggota dari Balai Polis Seksyen 9 bergegas ke lokasi kejadian bagi mengesahkan maklumat daripada orang awam

“Anggota kami yang tiba di lokasi pada jam 7.10 malam memaklumkan sekeping bumbung yang berada di tingkat dua bangunan MSU jatuh ke bawah akibat ditiup angin,” katanya dalam kenyataan.

Bagaimanapun, beliau berkata tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan di lokasi.

Categories
AGENDA ALAM SEKITAR & CUACA NASIONAL

Amaran cuaca bahaya beberapa kawasan Pahang, Johor

KUALA LUMPUR, 3 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca bahaya dan buruk, dengan hujan lebat berterusan di beberapa kawasan di Pahang dan Johor.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan amaran cuaca bahaya dengan hujan lebat berterusan dijangka berlaku hari ini di daerah Pekan dan Rompin di Pahang, manakala di Johor melibatkan daerah Mersing.

Menurut kenyataan itu, amaran cuaca buruk dengan hujan lebat berterusan pula melibatkan daerah Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan dan Bera di Pahang, serta Segamat dan Kluang di Johor.

Amaran cuaca waspada dengan hujan lebat sehingga esok pula dikeluarkan bagi Kelantan, Terengganu, Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Jerantut) dan Johor (Tangkak dan Muar).

“Amaran cuaca waspada dengan hujan lebat juga dijangka berlaku di Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru sehingga hari ini,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, kebanyakan kawasan di negeri pantai barat Semenanjung, Sarawak dan lain-lain kawasan di Sabah dijangka mengalami kejadian ribut petir, hujan lebat dan angin kencang terutamanya pada waktu petang sehingga awal malam dan keadaan ini berpotensi menyebabkan banjir kilat.

MetMalaysia juga meramalkan angin kencang timur laut berkelajuan melebihi 60km/jam dengan ombak melebihi 4.5 meter dijangka boleh berlaku di perairan negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur dalam tempoh tersebut.

“Di perairan Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, angin kencang timur laut berkelajuan sehingga 60 km/jam dengan ombak sehingga 4.5 meter dijangka boleh berlaku dalam tempoh sama, dan kejadian ini boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai dan muara sungai kawasan terbabit,” menurut kenyataan itu.

– BERNAMA

Sumber Grafik: METMalaysia
Categories
AGENDA ALAM SEKITAR & CUACA NASIONAL

Amaran cuaca waspada peringkat kuning beberapa kawasan Sabah

KUALA LUMPUR, 13 SEPT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca waspada peringkat kuning dengan angin kencang dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sabah pada hari Selasa dan Rabu ini.

Ketua Pengarah MetMalaysia Jailan Simon dalam kenyataan itu berkata kawasan berkenaan termasuk bahagian Pantai Barat Sabah (Daerah Papar, Penampang, Putatan, Kota Kinabalu, Tuaran, Kota Belud), Kudat, Pendalaman (Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan) dan Labuan.

“Angin kencang 40-50 km/jam dengan ombak mencapai 3.5 meter dijangka boleh berlaku di perairan Sabah dalam tempoh itu.

“Kejadian ini boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai dan muara sungai kawasan terbabit,” menurutnya.

-BERNAMA

Categories
ALAM SEKITAR & CUACA

MetMalaysia keluar amaran angin kencang dan ombak besar

KUALA LUMPUR, 4 JAN: Angin kencang berkelajuan 60 kilometer (km) sejam dan ketinggian ombak melebihi 4.5 meter (m)dijangka berlaku di kawasan perairan barat Samui, sehingga malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, pada masa ini Ribut Tropika Pabuk berada di Teluk Siam dan dijangka merentasi Segenting Kra.

“Amaran angin kencang dengan kelajuan 50-60km sejam dan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5m juga dijangka melanda kawasan perairan Timur Samui, dalam tempoh sama,” menurut kenyataan itu yang dipetik BERNAMA.

Keadaan angin kencang dengan kelajuan 40-50km sejam dan mencapai ketinggian 3.5m itu juga dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, dalam tempoh sama.

Sementara itu, angin kencang berkelajuan 40-50km sejam dengan ombak berketinggian sehingga 3.5m dijangka berlaku di kawasan perairan Phuket dan Selat Melaka Utara, hingga 5 Januari ini.

Keadaan itu turut melanda kawasan perairan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang dalam tempoh sama, kata kenyataan itu.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk pekerja di pelantar minyak, menangkap ikan serta perkhidmatan feri

Ia turut berbahaya kepada bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Categories
ALAM SEKITAR & CUACA NASIONAL

Amaran Cuaca Buruk: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang

Dikeluarkan pada : 02:01pm pada 07 Oktober 2017

Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di negeri Kedah (Daerah Padang Terap, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), P. Pinang (Daerah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan),

Perak (Daerah Kerian, Larut,Matang&Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Perak Tengah, Hilir Perak, Muallim dan Batang Padang),

Selangor (Daerah Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Sepang dan Hulu Langat), WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, N. Sembilan, Melaka, Johor (Daerah Tangkak , Muar dan Batu Pahat),

Sabah : Bahagian Pedalaman (Daerah Kuala Penyu, Beaufort dan Sipitang), Pantai Barat (Daerah Kota Belud, Tuaran, Kota Kinabalu, Penampang dan Papar) dan Kudat; dan

Sarawak : Bahagian Limbang, Kapit (Daerah Song), Mukah, Sibu, Sarikei, Betong, Sri Aman, Samarahan, Serian dan Kuching dijangka berterusan sehingga lewat petang, Sabtu 7 Oktober 2017.

Amaran cuaca 7 OKT
SUMBER: MET MALAYSIA

Categories
ALAM SEKITAR & CUACA SELANGOR

Amaran Cuaca Buruk: Ribut petir, hujan lebat & angin kencang

Dikeluarkan pada : 03:49pm pada 30 September 2017

Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di negeri Selangor (Daerah Gombak, Petaling dan Klang), WP Kuala Lumpur,

N. Sembilan (Daerah Jempol, Tampin dan Kuala Pilah), Sabah : Bahagian Pedalaman (Daerah Tambunan), Pantai Barat (Daerah Ranau, Kota Belud dan Tuaran), Kudat (Daerah Kota Marudu) dan Tawau (Daerah Tawau dan Semporna); dan

Sarawak : Bahagian Bintulu, Mukah, Sibu, Sarikei dan Betong dijangka berterusan sehingga awal malam, Sabtu 30 September 2017.

 

 

Amaran cuaca 30 SEPT
SUMBER: MET MALAYSIA

Categories
ALAM SEKITAR & CUACA

Amaran Cuaca Buruk: Ribut petir, hujan lebat & angin kencang

Dikeluarkan pada : 05:00pm pada 20 September 2017

Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di negeri Kedah (Daerah Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), P. Pinang,

Perak (Daerah Kerian, Larut,Matang & Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Manjung dan Perak Tengah),

Selangor (Daerah Gombak dan Hulu Langat), WP Kuala Lumpur, N. Sembilan (Daerah Jelebu, Jempol, Kuala Pilah dan Seremban),

Sabah : Bahagian Pedalaman (Daerah Kuala Penyu, Beaufort dan Sipitang); dan Sarawak : Bahagian Limbang dijangka berterusan sehingga awal malam, Rabu 20 September 2017.

SUMBER: MET MALAYSIA

Cuaca Buruk 20 SEPT

Categories
NASIONAL

Angin kencang timur laut sehingga 4 Januari

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 1 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), hari ini mengeluarkan amaran kategori kedua berhubung angin kencang dan laut bergelora.
Dijangkakan, angin kencang timur laut dengan kelajuan 50-60 kilometer sejam (kmsj) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter berlaku berterusan di kawasan perairan Samui, Tioman, Condore, Bunguran, Reef North, Layang-layang, Reef South, Labuan, Sulu dan Palawan, sehingga  4 Januari ini.
BanjirMerujuk laman seswang JMM, keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.
Amaran ribut petir menyeluruh turut berlaku di perairan Tioman, Bunguran, Reef South, Reef North, Layang-Layang, Palawan dan Sulawesi dijangka berterusan ,sehingga petang ini.
Keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot kecil.
Sementara itu, angin kencang timur laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan dan Kudat) dan Wilayah Persekutuan (WP) Labuan , sehingga 4 Januari ini.
banjirKeadaan angin kencang dan laut bergelora itu adalah berbahaya kepada bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
Pada masa sama, aktiviti ribut petir juga berlaku di perairan Sabah meliputi Kudat dan Pantai Barat, WP Labua, Sarawak  dan Selangor serta Johor, sehingga petang ini.
Semalam, JMM turut mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat jingga dengan hujan sekejap-sekejap, kadangkala sederhana di Sabah iaitu di Kudat, Pantai Barat, Pedalaman dan Sandakan serta WP Labuan yang dijangka berterusan sehingga hari ini.
-NFN-