Categories
AGENDA NASIONAL

Perbicaraan kes rogol EXCO Perak bermula 11 November

IPOH, 24 SEPT: Mahkamah Sesyen Ipoh menetapkan lima hari bermula 11 November ini untuk perbicaraan kes membabitkan Exco kerajaan negeri, Paul Yong Choo Kiong yang didakwa atas tuduhan merogol pembantu rumahnya warga Indonesia, Julai lepas.

Hakim Norashima Khalid membuat keputusan itu semasa sebutan semula kes itu di sini, hari ini.

Yong yang juga EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru Perak didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan mengaku tidak bersalah pada 23 Ogos lepas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah bilik di tingkat atas rumahnya di Meru Desa Park, antara jam 8.15 malam hingga jam 9.15 malam pada 7 Julai.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Azhar Mokhtar, Ainul Wardah Shahidan dan Naidatul Athirah Azman, manakala Yong diwakili peguam bela Ram Karpal Singh dan disertai Farhan Sapian, ADUN Malim Nawar Leong Cheok Keng dan Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer.

Ram Karpal ketika prosiding sebutan semula memohon mahkamah menetapkan satu tarikh sebutan semula sebelum perbicaraan kerana pihaknya baru menerima 47 dokumen forensik dan saintifik serta berkemungkinan mendapatkan pakar sendiri untuk mengkaji semua dokumen itu.

Norashima kemudian menetapkan 22 Oktober ini sebagai sebutan semula kes berkenaan.

Sementara itu, Azhar memberitahu seramai 24 saksi akan dipanggil sepanjang tempoh perbicaraan yang ditetapkan oleh mahkamah.

Terdahulu, Yong yang berkemeja putih dan sut biru gelap tiba di mahkamah kira-kira jam 8.45 pagi dan kira-kira 200 penyokongnya hadir ke mahkamah melaungkan kata-kata sokongan kepada beliau.

Dalam pada itu, peguam pemerhati yang dilantik keluarga mangsa, Gabriel Susayan berkata pihaknya akan meminta keluarga pembantu rumah terbabit yang mendakwa terdapat pengaruh politik dalam kes berkenaan, supaya membuat laporan polis.

“Saya telah menemui ibu mangsa Jumaat lepas dan akan menemui mangsa dalam masa terdekat. Terdapat beberapa peguam hendak menemui mangsa tetapi tidak dibenarkan. Sebagai peguam pemerhati, kami perlu melindungi dan menjaga kebajikannya,” katanya kepada pemberita di luar kamar mahkamah.

Wakil Konsulat Kedutaan Indonesia di Malaysia, Sabda Tian berkata keluarga pembantu rumah warga Indonesia berusia 23 tahun itu berharap kebenaran dapat ditegakkan dengan adil.

“Kami mengharapkan semoga keputusan yang terbaik semasa tempoh perbicaraan dan yakin pemerintah Malaysia serius terhadap kes melibatkan korban (mangsa) demi keamanan buat semua pihak,” katanya.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Kertas siasatan kes rogol EXCO ke pejabat AG

IPOH, 19 OGOS: Polis Perak menyerahkan semula kertas siasatan berhubung kes seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Perak yang dikaitkan dengan tuduhan merogol pembantu rumah kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Hussain berkata, kertas siasatan itu diserahkan pada Jumaat lalu.

“Insya-Allah keputusan akan dimaklumkan pada minggu hadapan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Pada 9 Ogos lalu, Razarudin berkata, kertas siasatan itu dipulangkan semula buat kali kedua kepada pihaknya oleh Jabatan Peguam Negara untuk siasatan lebih terperinci supaya memberi keadilan terhadap kedua-dua pihak yang terbabit.

Pada 8 Julai, seorang wanita warga Indonesia berumur 23 tahun membuat laporan polis mendakwa dirogol Pengerusi Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung, Paul Yong Choo Kiong di rumah majikannya itu di Meru.

-BERNAMA

Categories
AGENDA JENAYAH

14 tahun jadi hamba seks bapa angkat

LAHAD DATU, 4 OGOS: Perbuatan kutuk seorang bapa yang menjadikan anak angkatnya sebagai hamba seks selama 14 tahun akhirnya terbongkar apabila mangsa nekad membuat laporan polis di sini minggu lalu.

Wanita berusia 27 tahun itu mendakwa menjadi mangsa rogol bapa angkatnya selepas tinggal bersama dua adiknya dengan lelaki itu sejak 2004 di tiga kawasan setinggan berasingan di sekitar daerah ​​​​​​​ini selepas kedua ibu bapanya bercerai.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor berkata, mangsa mendakwa dirogol oleh suspek berusia 50-an itu ketika mangsa berumur 12 tahun dengan kejadian terakhir pada Disember tahun lalu.

Beliau berkata mangsa tidak melaporkan kejadian lebih awal kerana takut selepas suspek mengugut akan membunuhnya sekeluarga.

“Namun kerana tidak tahan dengan sikap suspek, mangsa membuat laporan polis pada 28 Julai lalu dan terus dirujuk ke Hospital Lahad Datu dan doktor mengesahkan terhadap kesan koyakan lama pada kemaluan mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, polis kini sedang giat menjalankan operasi memburu suspek.

Katanya, kes tersebut ​​​​​​​disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya membantu polis sehingga suspek dapat ditangkap.

– BERNAMA

Categories
SELANGOR

Polis buru bapa disyaki rogol anak 13 tahun

KUALA LUMPUR, 30 JULAI: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki merogol anak kandungnya berusia 13 tahun di Kajang, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, lelaki berumur 40 tahun itu didakwa merogol anak perempuannya sejak enam tahun lalu.

Beliau berkata, mangsa mendakwa dirogol tiga kali seminggu dan diugut supaya mendiamkan diri jika tidak mahu ibunya dicederakan.

“Mangsa yang tidak tahan dengan sikap suspek mendapatkan bantuan daripada guru dan membuat laporan pada Khamis lalu.

“Hasil pemeriksaan perubatan mendapati terdapat kesan koyakan dan melecet pada bahagian kemaluan mangsa dan mangsa kini dimasukkan ke hospital bagi rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Dzaffir berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai perkara itu supaya menghubungi pegawai penyiasat di talian 019-2299906 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

-BERNAMA

Categories
SELANGOR

Suspek kes rogol maut jatuh tingkat 12 PPR

SHAH ALAM, 19 MEI: Seorang lelaki dipercayai suspek kes samun dan rogol di sebuah premis di Bandar Kinrara Puchong pada 11 Mei lalu maut selepas terjatuh dari tingkat 12 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak, di ibu negara, semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Megat Mohd Aminuddin Megat Alias berkata, suspek berusia 22 tahun itu cuba melarikan diri selepas polis melakukan serbuan di rumahnya, kira-kira jam 10.10 malam.

“Anggota polis bertindak memecahkan pintu selepas suspek enggan membukanya. Suspek kemudian cuba melarikan diri ke unit bawah dengan bergayut di ‘grill’ dapur.

POLIS BIRU 2 4x4“Selepas dipujuk, suspek masih enggan menyerah diri sebelum terjatuh ke bawah,” katanya dalam satu kenyataan, lapor BERNAMA.

Mohd Aminuddin berkata, lelaki berkenaan kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur sebelum disahkan meninggal dunia.

Katanya, semakan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Pada 16 Mei lalu, seorang wanita warga Indonesia serta lelaki warga Bangladesh berusia 33 dan 34 tahun iaitu mangsa kes berkenaan tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang.

Seorang lagi suspek yang berusia 26 tahun ditahan di Kuala Selangor, pada 14 Mei lalu.

Pada 13 Mei lalu, satu video berhubung kejadian samun dan rogol oleh dua lelaki di sebuah premis Puchong, tular di media sosial.

Categories
NASIONAL

Dua remaja perempuan dirogol 38 lelaki

SHAH ALAM, 28 MEI: Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun membuat laporan di Balai Polis Ketereh, Kelantan, hari ini kerana dirogol secara beramai-ramai oleh 38 orang lelaki melayu di sebuah rumah.

Pengadu yang juga pelajar tingkatan tiga kemudiannya dihantar ke hospital perubatan Kuala Krai untuk membuat pemeriksaan lanjut.

Hasil awal rawatan mendapati terdapat kesan koyakan teruk pada hymen dan kesan kemasukan yang berulang-ulang kali pada kemaluan mangsa.

blogger-image-162863562Bersama mangsa terdapat juga dua orang saksi yang juga rakannya dan kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Kesiksaan.

Dalam kejadian pada 20 Mei lalu, seorang rakan lelaki mereka dipaksa menyaksikan perbuatan kejam itu oleh lelaki berusia 20 hingga 40 tahun secara bergilir-gilir.

Bagaimanapun dua daripada suspek berjaya ditahan kelmarin dan polis sedang menjalankan gerakan besar-besaran memburu 36 lagi suspek.