Gangguan Air Ekoran Pembaikan Paip, Pengguna Diminta Waspada

gangguan-bekalan-airISNIN, 07 OKT : Beberapa kawasan di Wilayah Kuala Lumpur dan Wilayah Gombak akan mengalami gangguan bekalan air sementara ekoran kerja-kerja kecemasan pembaikan paip di Rumah Pam Wangsa Maju.

Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Awam SYABAS,  Priscilla Alfred berkata kerja-kerja pembaikan itu dijadual dapat disiapkan dalam tempoh 8 jam bermula 7 Oktober, 10.00 malam hingga 6.00 pagi keesokan harinya.

“Pihak SYABAS berharap pengguna yang terlibat dengan gangguan sementara ini akan bersabar dengan kesulitan tersebut kerana pembaikan separa tersebut perlu dilaksanakan bagi mengelakkan kerosakan serta gangguan bekalan air yang lebih besar,”jelasnya menerusi satu kenyataan media.

Priscilla juga menasihatkan pengguna agar menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut.

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, pengguna boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS; dengan menaip PUSPEL<jarak><aduan/pertanyaan>, dan hantar ke 39222.

Informasi ini juga boleh diperolehi dari laman web SYABAS di www.syabas.com.my; www.twitter.com/puspel dan ?facebook? dengan menaip ?puspel? atau ?puspel syabas?.

Berikut adalah kawasan-kawasan yang terjejas ekoran kerja-kerja pembaikan Rumah Pam Wangsa Maju:

kawasan-terjejas1

 

Categories
NASIONAL SELANGOR

Syabas gagal lagi – MB

air-syabas_MBaSHAH ALAM 28 OGOS : Kegagalan berulang terhadap operasi Rumah Pam Wangsa Maju adalah bukti nyata bahawa Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) tidak cekap mengurusan bekalan air di Selangor, ujar Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata demikian membidas kegagalan Syabas memastikan operasi rumah pam yang telah dipulihkan itu beroperasi dengan lancar sehingga menyebabkan gangguan bekalan air di Cheras dan Bandar Tun Razak.

Menurut Khalid Ibrahim, sejak kejadian henti tugas rumah pam untuk kerja-kerja pemulihan pada Julai 2012, lebih sepuluh kali berlaku kejadian gangguan bekalan air kerana kegagalan fungsi.

“Walaupun beberapa langkah pemulihan telah dipersetujui untuk dilaksanakan Syabas, namun sehingga hari ini operasi Rumah Pam Wangsa Maju sering kali gagal dan menyebabkan gangguan bekalan air,” tegas beliau.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Bangunan SUK di sini sejurus selesai mempengerusikan Majlis Mesyuarat Exco Negeri petang tadi.

Kerajaan Negeri awal tahun ini menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan Bekalan Air Negeri Selangor bagi menyiasat punca kegagalan Rumah Pam Wangsa Maju.

Hasil siasatan mendapati Syabas gagal menyelenggara aset dan kemudahan bekalan air bermula dari 1 Januari 2005 seperti di dalam perjanjian konsesi, gagal mengenal pasti kerosakan pam-pam yang terdapat di rumah pam sehingga menyebabkan kerosakan lebih serius, gagal mengambil tindakan segera dalam membaik pulih kerosakan pam serta gagal memaklumkan kejadian sebenar kepada Kerajaan Negeri.

Sehubungan itu, bagi mengelakkan kejadian sama daripada terus berulang, Abdul Khalid berkata Kerajaan Negeri kini mengambil langkah mengarahkan pembuat pam untuk membaiki kerosakan.

Kerajaan Negeri akan menanggung kos baikpulih.

Beliau juga menyeru Kerajaan Persekutuan mempercepatkan proses rundingan pengambilalihan bagi membolehkan Kerajaan Negeri mengambil alih proses pengurusan dan operasi Syabas.

“Ini bagi memastikan hak pengguna lebih terjamin untuk mendapatkan bekalan air terawat yang lebih cekap, tanpa gangguan kerana kelemahan pengurusan dan pada kadar tarif yang munasabah,” katanya.