Categories
NASIONAL SELANGOR

Rakyat Sarawak Akan Menerima Hak Tanah Sekiranya Pakatan Memerintah Nanti

3_Rumah panjang Sungai Jerak

SARATOK, 14 JAN : Seperti di Selangor, rakyat Sarawak bakal menerima hak pemilikan tanah sekiranya Pakatan Rakyat (PR) diberi mandat untuk memerintah negara dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Ini kerana menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Sarawak merupakan sebuah negeri yang kaya dan memiliki banyak hasil tanah, namun rakyat tidak diberi peluang untuk mengerjakannya.

“Walaupun Sarawak merupakan negeri yang kaya, namun rakyat tidak dapat merasai pembangunannya.

Salah satu tanggungjawab jika kita menang di Putrajaya, kita mesti tunjukkan bahawa rakyat Sarawak akan menerima hak pemilikan tanah dan diberikan tanah supaya mereka dapat memilikinya.

“Dengan cara itu bukan sahaja mereka memperoleh pendapatan, tetapi mereka juga akan dapat membangunkan keluarga dengan cara yang lebih baik,” katanya semasa merasmikan Rumah Unding di Ulu Krian, di sini semalam.

Hadir sama, Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar serta Adun Krian, Ali Biju.

Rumah Unding yang memilki 20 unit (pintu) itu dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor yang menghulurkan sebanyak RM 360,000 untuk membinanya.

Lebih 200 penduduk rumah panjang itu yang kehilangan kediaman setelah rumah mereka hangus dalam kebakaran dua tahun dahulu.

Dalam pada itu, Abdul Khalid turut menegaskan pembangunan yang baik merujuk kepada cara sesebuah kerajaan itu menurunkan kekayaan negara kepada semua rakyat.

“Dalam pembangunan negara, yang penting ialah bagaimana kita boleh turunkan kekayaan harta benda kepada rakyat kerana kalau negeri kaya tetapi rakyat miskin, maka pembangunan itu tidak betul.

“Saya harap inilah yang dapat Kerajaan Pakatan Rakyat usahakan jika berjaya mentadbir negara kelak,” katanya lagi.

8_Mb Ceramah Di Pekan Saratok

Categories
NASIONAL

PR Selangor Tunaikan Janji, Bina Rumah Panjang Di Sarawak

1_Rumah panjang Sungai Jerak

SARATOK, 14 JAN : Keprihatinan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor dalam membela nasib rakyat benar-benar terbukti apabila tidak hanya membantu penduduk di Selangor, malah menabur bakti di daerah Saratok, Sarawak.

Terbaru, Kerajaan Negeri Selangor di bawah pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menunaikan janji untuk membina rumah panjang baru bagi lebih 200 penduduk di Sungai Jirak, di sini.

Rumah mereka hangus dalam kebakaran dua tahun lalu.

Lebih lagi, PR Selangor boleh menyumbang tiga kali ganda daripada apa yang ditawarkan oleh Kerajaan Umno-BN yang hanya mahu menyumbang RM 12,000 sahaja kepada penduduk di situ.

Rumah panjang yang dikenali sebagai Rumah Unding itu memiliki 20 buah ?pintu? atau dan dibiayai Kerajaan Selangor dengan nilai RM360,000.

Adun Krian, Ali Biju dalam ucapannya berkata, janji untuk membina semula rumah panjang itu mula disuarakan Exco Negeri Selangor, Dr Xavier Jayakumar semasa tempoh berkempen dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak pada April 2011.

“Dengan pertolongan Kerajaan Negeri Selangor, rumah panjang Unding ini dapat disiapkan dalam tempoh singkat. 8_Rumah panjang Sungai Jerak

?Semasa Dr Xavier turun padang untuk membantu Pakatan Rakyat berkempen, tiada siapa yang percaya pada kata-kata beliau.

“Namun, ternyata ia bukan janji kosong. Dengan terbinanya rumah ini, maka ia membuktikan keikhlasan dan kejujuran Pakatan Rakyat untuk membantu rakyat di Ulu Kerian, Saratok di sini,” katanya semasa menghadiri Majlis Perasmian Rumah Unding, di sini.

Majlis itu dirasmikan sendiri oleh Menteri Besar Selangor dan turut dihadiri Dr Xavier yang merupakan Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin.

Tambah Ali, rumah panjang itu dibina hasil gotong royong oleh penduduk setempat secara berperingkat tanpa menggunakan khidmat kontraktor.

Menurutnya, peruntukan Kerajaan Negeri Selangor itu juga jauh lebih baik berbanding apa yang ditawarkan Kerajaan Persekutuan.

“Kerajaan Pusat tawarkan bantuan RM 12,000 untuk membina rumah-rumah panjang di sini.

?Dengan nilai itu, apa yang boleh rakyat dapat? Bayaran kontraktor sahaja sudah mahal.

?Sudah tentu rumah yang dibina nanti tidak mampu untuk menampung ramai keluarga,” katanya lagi.

12_Rumah panjang Sungai Jerak