Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Cerita tentang Sekinchan bagai ‘Pertempuran Red Cliff’

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 23 NOV: Matlamat asal berkunjung ke Sekinchan awalnya, hanya tertumpu untuk melihat ekologi kehijauan sawah padinya.

Namun selepas menjejakkan kaki buat pertama kalinya ke kawasan itu, penulis Goh Yong Chuan punya tafsirannya sendiri.

Baginya, beliau menganggap Sekinchan sebagai kawasan Pertempuran Red Cliff ketika Zaman Peperangan Tiga Negara di China.

“Bot-bot nelayan apabila tidak ke laut akan berlabuh di sungai-sungai sekitar kawasan kampung.

“Bilangan kapal pukat tunda yang agak banyak dan sungai yang tidak begitu luas menyebabkan bot-bot berlabuh berderatan dan merapati satu sama lain di sini.

“Pemandangan ini membuatkan saya mengimbau angkatan tentera laut yang menakjubkan di Pertempuan Red Cliff (Chibi) yang berlaku semalam zaman peperangan sebelum Zaman Tiga Negara di China.

“Apabila air surut, kelihatan kumpulan ketam rebab memenuhi kawasan pantai lumpur, ia bagaikan pasukan askar yang sedang sibuk berlatih,” tulisnya dalam buku, Terokai Kehijauan Selangor.

15107342_1156987201023885_846318478518759142_n-1Cerita Yong Chuan, Sekinchan memberikan dimensi sebuah perkampungan yang cukup tenang, mendamaikan dengan kehijauan sawah padinya.

“Ketika melalui jalan-jalan di perkampungan nelayan dan ladang kelapa sawit di sini, kelihatan banyak burung bangau yang membuat sarang di atas pokok.

“Pada keesokan harinya, kelihatan banyak burung dari sarang ini berada di atas jalan pasir menuju ke ladang kelapa sawit dan ada pula yang berada di atas pokok-pokok,” tulisnya mengambarkan kehijauan bumi Sekinchan.

buku-pelancongan1Yong Chuan menjelajahi seluruh bukit, pantai, hutan dan perkampungan di Selangor bagi penghasilan buku Terokai Kehijauan Selangor hasil usahasama Kerajaan Negeri dan Tourism Selangor.

Inisiatif penghasilan buku itu diwujudkan bagi mempromosikan eko pelancongan negeri kepada pelancongan tempatan dan antarabangsa.

Buku setebal 200 muka surat itu dijual pada kadar serendah RM25.00 dan boleh didapati di kedai-kedai buku seluruh negeri.

GAMBAR: FB DISCOVER SEKINCHAN

=EZY=

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Laluan berbasikal tarikan baru pelancongan di Sekinchan

OLEH LIZAWATI MADFA

SABAK BERNAM, 13 OGOS: Laluan basikal akan mula diperkenal di seluruh Selangor mulai 2017, kata Exco Pelaburan, Perindustrian IKS serta Perdagangan dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim.

Beliau berkata, bagi pihak berkuasa tempatan (PBT) bertaraf bandar raya dan perbandaran laluan dicadangkan ialah sejauh 15 kilometer (km), manakala laluan bagi majlis daerah pula hanya 10 km.

“Bagi kawasan lama mungkin tidak dapat mengadakan laluan baru, maka kita bercadang menggunakan laluan berkongsi selaras dengan standard antarabangsa.

skinchan ride (1)“Kita akan cat laluan basikal selebar tiga atau empat kaki, bergantung kepada keadaan,” katanya dalam sidang media, di sini, semalam.

Terdahulu, beliau ditemani Ahli Dewan Negeri (ADN) Sekinchan, Ng Suee Lim dan Setiausaha Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB), Awaluddin Zakaria meninjau perkhidmatan bas Smart Selangor.

Mereka kemudian berbasikal untuk mengenalpasti laluan sesuai untuk aktiviti riadah berbasikal di sekitar Sekinchan.

Chang Khim berkata, laluan berkenaan berupaya menarik lebih ramai pelancong dan memudahkan pergerakan serta lebih mesra alam (eco-friendly).

“Mereka boleh berbasikal untuk ke kawasan yang menyediakan pengangkutan awam termasuk bas Smart Selangor,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Suee Lim: “Janji PRK Sungai Besar jangan tinggal janji manismu”

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 1 OGOS: Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya melunaskan janji dibuat mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai besar baru-baru ini.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Sekinchan, Ng Suee Lim berkata beliau menyemak semua janji dibuat Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi dan pemimpin lain Umno-BN.

“Masa PRK dia kata macam-macam tak lengkap dan nak bagi peruntukan. Cuma saya harap jangan hanya tinggal ‘janji manis mu’ sahaja seperti lagu Aishah,” kata Suee Lim (DAP-Sekinchan).

Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan usul pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor (DNS) Darul Ehsan Ke-13 di sini, hari ini.

PRKJelasnya, BN pada PRK terbabit turut menawarkan peruntukan bernilai berjuta Ringgit untuk menaik taraf jalan, membaiki bumbung gerai dan pelbagai kemudahan tetapi sehingga kini masih belum dilaksanakan.

Katanya, selain itu Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar turut mengambil kesempatan dengan cuba menjadi ‘hero’ apabila membangkitkan beberapa isu infrastruktur di situ.

EZY

Categories
SELANGOR

Hakmilik tanah: Penantian lama penduduk Site B Sekinchan berakhir

OLEH : HAFIZAN TAIB

SEKINCHAN, 21 MEI: Pemberian hakmilik tanah kepada keluarga berkaitan di sini, semalam, mengakhiri penantian lama kebanyakan mereka yang mengharapkan ianya selesai dengan jaya.

Kebanyakan mereka mendiami kawasan penempatan Site B Sekinchan lebih 50 tahun dan melahirkan kegembiraan dengan pemilikan tanah itu.

Lee Am Moi, 70, berkata sebelum ini beliau dan keluarga sudah memohon beberapa kali bagi pemilikan itu dan pengakhiran gembira itu disambut penuh syukur.

“Saya sudah menunggu lama saat ini kerana permohonan sebelum ini membabitkan beberapa generasi.

“Sekarang sudah berakhir dan kita gembira,” katanya kepada SelangorKini di sini, semalam.

Am Moi adalah salah seorang daripada 27 keluarga penerima dalam majlis penyerahan hakmilik tanah Site B Sekinchan dan bantuan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) disampaikan Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Yap Hen Keou, 79, juga sependapat dengan menyatakan ia adalah hadiah penuh makna kepada dirinya.

“Saya bersyukur menerima hakmilik tanah ini dan ia memberi makna besar dalam hidup saya sekeluarga.

“Dengan pemilikan diperoleh, kini keluarga boleh meneruskan hidup seperti biasa lebih gembira,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

Sekinchan lebih ‘terkenal’ daripada Putrajaya

OLEH : HAFIZAN TAIB

SEKINCHAN 21 MEI: Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali memuji pembangunan berterusan dialami Sekinchan yang lebih mempopularkannya di kalangan masyarakat termasuk pelancong luar.

Katanya, kawasan terbabit diwakili ADNnya, Ng Suee Lim, mengalami perubahan membanggakan masa kini dan bukan setakat menghasilkan padi terbaik tetapi juga menjadi destinasi pelancongan.

13177712_1012074612181812_7495528502887862040_n (1)“Baru-baru ini ada pengambaran filem dari Taiwan dilakukan di Sekinchan.

“Hari ini orang Taiwan lebih kenal Sekinchan daripada Putrajaya, mereka takut ke Putrajaya tetapi berminat ke Sekinchan kerana pembangunan yang rancak berjalan di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis penyerahan hakmilik tanah Site B Sekinchan dan bantuan SMUE Fasa Kedua di sini, semalam.

Dalam majlis itu, seramai 27 keluarga menerima hakmilik tanah disampaikan Menteri Besar.

GAMBAR: FB DISCOVERY SEKINCHAN

EZY

Categories
EKONOMI SELANGOR

Galeri Seni 3D dan Muzium Nelayan tarikan baru Sekinchan

OLEH: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 24 JAN: Kehadiran pelancong dijangka meningkat di Sekinchan tahun ini dengan kewujudan produk pelancongan baharu di kawasan DUN berkenaan.

Terbaharu, Muzium Nelayan dan Galeri Seni 3D dibangunkan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sekinchan dan Persatuan Kemajuan Pelancongan Sekinchan (PKPS) bagi menambah pilihan pelancong domestik dan luar mengunjungi kawasan eko pelancongan itu sambil menikmati keindahan alam semula jadinya.

Sekinchan 3DAdun Sekinchan, Ng Suee Lim, berkata kewujudan kedua-dua produk baharu itu memberikan keunikan tambahan kepada Sekinchan yang semakin terkenal dan popular sebagai satu destinasi eko pelancongan unik di Selangor.

“Produk pelancongan yang baru ini sudah pasti melonjakkan Sekinchan di mata pelancong terutama bagi mereka yang berminat menerokai sendiri tentang keindahan dan keunikan Sekinchan,” katanya kepada SelangorKini di sini, hari ini.

Beliau berkata, industri pelancongan di Selangor khususnya kawasan terbabit diyakini semakin berkembang dengan pertambahan jumlah pelancong hadir.

“Saya juga yakin kehadiran pelancong domestik dan luar terutama dari Singapura dan Taiwan akan bertambah dari semasa ke semasa,” katanya.

Perkembangan menarik itu pastinya memberi impak positif kepada penduduk tempatan yang mengusahakan pelbagai aktiviti berkaitan ekonomi.

EZY

Categories
SELANGOR

Sekinchan destinasi kelima pilihan pelancong 2020

Oleh: NORHAYATI UMOR

SEKINCHAN, 18 DIS: Kawasan Sekinchan disasarkan menjadi destinasi kelima dikenali di Malaysia dalam tempoh lima tahun, kata Adun Sekinchan, Ng Suee Lim.

Beliau berkata, Persatuan Kemajuan Pelancongan Sekinchan yang diketuainya akan memperhebatkan lagi promosi Sekinchan dalam negara dan luar negara bagi merealisasikan hasrat itu.

IMG_1898Katanya, usaha berterusan itu bagi membantu penduduk kawasannya supaya tidak hanya bergantung kepada sektor pertanian dan nelayan dalam kegawatan ekonomi ketika ini.

“Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini, penduduk Sekinchan yang sebelum ini hanya bergantung kepada sektor nelayan dan petani wajar dibantu untuk mewujudkan sektor lain. Apa yang kita mahu, sektor pelancongan diperhebatkan.

“Saya akan melakukan usaha ini secara berterusan. Kita akan berganding bahu mencari idea baru untuk mempelbagaikan produk yang ada di Sekinchan supaya menarik minat pelancong datang ke sini,” katanya kepada Selangor Kini.

Suee Lim berkata, pihaknya juga akan mempromosikan Wisma Masri yang menghasilkan produk makanan Industri Kecil Sederhana sebagai satu desinasi ‘one stop centre’ dalam salah satu produk Sekinchan.

IMG_1124“Hal itu kerana, saya mahu pelancong luar negara atau kaum Cina tidak hanya ke perkampungan Cina sahaja tetapi juga perkampungan Melayu. Saya mahu hasil ini dikongsi bersama tidak mengira kaum.

“Ini harapan saya. Saya yakin dengan tambahan sektor baru ini, semua pihak akan menjayakannya sekali gus menaikkan ekonomi penduduk Sekinchan,” katanya.

Sementara itu, Suee Lim memaklumkan pelancong dari Singapura yang teramai mengunjungi Sekinchan diikuti Hong Kong, Taiwan dan China.

Manakala, bagi pelancong tempatan pula ialah Johor, Pahang, Pulau Pinang dan Melaka.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Riadah Ahli Dewan Negeri Selangor bantu promosi pelancongan Sekinchan

Oleh: NORHAYATI UMOR

SEKINCHAN, 18 DIS: Program riadah dan rekreasi Ahli Dewan Negeri Selangor (DNS) ke Sekichan mampu membantu mempromosikan produk pelancongan kawasan itu dalam juga luar negara.

Speaker DNS, Hannah Yeoh, berkata satu pengalaman menarik apabila Adun dan kakitangan dewan berpeluang melihat produk pelancongan yang terdapat di Selangor.

IMG_1191“Setiap tahun Dewan Negeri mengadakan program sukan antaranya bowling dan menembak. Namun, tahun ini berlainan sedikit apabila kita membawa Adun dan kakitangan ke Sekinchan.

“Ia selepas cadangan daripada Adun Sekinchan, Ng Suee Lim yang seringkali mempromosikan produk kawasannya dalam dewan,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, semalam.

Beliau berkata, maklum balas yang diterima daripada ahli dewan yang mahu program riadah itu diteruskan dan mencadangkan Kuala Kubu Bharu sebagai destinasi selepas ini.

“Sejak 2008 kita adakannya. Program riadah ini tidak memerlukan bajet tinggi kerana kita menggunakan perkhidmatan bas SUK, jadi ia memang menjimatkan kos,” katanya.

IMG_1579Dalam program itu, seramai 42 orang termasuk 11 Adun dan kakitangan DNS menyertai aktiviti riadah terbabit.

Program sehari itu membawa Adun dan kakitangan melawat ke beberapa kawasan menarik di Sekinchan antaranya Ah Maa House, Muzium Padi, restoran makanan eksotik, Wisma Masri yang mengeluarkan produk makanan industri kecil sederhana dan Hotel Antik.

Menariknya, setiap peserta berpeluang menaiki kereta antik dalam lawatan itu ke beberapa desitinasi dilawati.

-NFN-

SUEE LIM : Lawatan Nazri Aziz ke Sekinchan mampu bawa perubahan dalam industri pelancongan Selangor

Keindahan Sekinchan mampu menarik pelancong dalam luar negara dan dalam memperkasa industri pelancongan Selangor, perbezaan idealogi politik diketepikan demi menjalin kerjasama dengan Kerajaan Pusat.

Categories
SELANGOR

AKTIVITI YB: Explore Race produk baru perkenal pelancongan Sekinchan

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 3 JUN: Program ‘Explore Race’ dijalankan dalam usaha memperkenalkan eco-pelancongan di Sekinchan membabitkan 200 peserta seluruh negara selama dua hari, baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan, Ng Suee Lim berkata, program seperti itu wajar diadakan supaya kawasan Sekinchan menjadi produk pelancongan yang ‘wajib’ dilawati.

Katanya, program dengan kerjasama Jalan-Jalan Travel itu membolehkan pelancong memahami, mengenali, merasai dan mencintai kawasan menarik sekitar Sekinchan.

IMG_2960“Saya berharap pengunjung yang hadir di sini tidak akan berfikir panjang untuk datang kembali melawat Sekinchan.

“Kita juga ingin pengunjung menghebahkan kepada ahli keluarga dan kenalam berkenaan keindahan yang terdapat di Sekinchan,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, hebahan melalui facebook dan instagram adalah media yang paling cepat dan dilawati pengunjung.

Suee Lim memaklumkan Media Bay sedang membuat rakaman video Sekinchan untuk dipromosi ke luar negara sebagai inisiatif menggalakkan lagi kedatangan pelancong asing.

-NFN-

Categories
SELANGOR

AKTIVITI YB: Rakyat, pelajar jadi keutamaan Adun Sekinchan

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 29 MEI: Adun Sekinchan, Ng Suee Lim mengambil inisiatif menyerahkan bantuan RM1,000 kepada Sekolah Rendah Agama Taman Harmoni, di sini, dalam usaha memastikan keselesaan dan kebersihan pelajar terjamin.

Bantuan terbabit bagi menyelenggara tandas sekolah yang sebelum ini gagal berfungsi dengan baik dan tidak dapat digunakan pelajar.

IMG-20150525-WA0040“Bagi saya, prasarana di sekolah perlu lengkap dan berada dalam keadaan yang baik kerana ia tempat pelajar menuntut ilmu. Bantuan ini sedikit sebanyak membantu meringankan beban sekolah.

“Sebagai wakil rakyat yang dilantik, kita perlu membantu rakyat tanpa mengira kaum dan agama. Soal kebajikan rakyat dan pelajar adalah sangat penting untuk diutamakan,” katanya.

Pada masa sama, Suee Lim turut menyumbang RM1,500 untuk membaik pulih jalan ban 1 dan parit 7 yang rosak teruk.

-NFN-

Categories
SELANGOR

26 mangsa ribut di Sekinchan terima RM300

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 25 MEI: Seramai 26 penerima bantuan mangsa ribut di Sekinchan menerima bantuan RM300 yang disampaikan Adunnya, Ng Suee Lim dalam satu majlis di Balai Raya Nurul Falah, baru-baru ini.

Suee Lim berkata, sumbangan itu bagi meringankan musibah atau bencana yang menimpa mangsa.

“Kita berharap, ia sedikit sebanyak membantu mangsa membaiki kerosakan kediaman,” katanya.

IMG-20150515-WA0020Selangor Kini difahamkan, kediaman penerima rosak akibat dilanda ribut, pada April lalu.

Pada masa sama, Suee Lim mahu penduduk Sekinchan mengambil peluang memohon Skim Hijrah yang diperkenalkan Kerajaan Negeri bagi masyarakat yang berminat dalam peniagaan.

“Tiada faedah dikenakan. Ia saluran tepat untuk peminjam dan mengelakkan masyarakat membuat pinjaman yang salah seperti ‘Ah Long’.

“Kerajaan Negeri juga ingin membantu masyarakat untuk menambah pendapatan dan memudahkan membuat pinjaman kerana kelonggaran syarat berbanding pinjaman di bank,” katanya.

-NFN-