JURNAL BERITA: Karpal pembela rakyat tertindas, pejuang isu ISA

1. Keputusan pentadbiran harus dilaksana eksekutif bukan penasihat

2. MB: Syabas diletak di bawah KDEB dalam penstrukturan air

3. Kerajaan Negeri bakal tempatkan sektor ekonomi di luar bandar

4. PR Selangor: Karpal pembela rakyat tertindas, pejuang isu ISA

5. Kalau BN bela rakyat, kenapa tarif air Johor paling tinggi?

6. Selangor sedia RM650,000 setahun laksana perkhidmatan bas percuma

7. Tender terbuka Langat 2, ADUN BN dicabar letak jawatan

8. DNS usul Kerajaan Negeri tuntut tunggakan dividen FELCRA

9. Umno diselar, tetap imbalan politik syarat dapat tanah FELCRA

10. Kerajaan Negeri di peringkat akhir penilaian program pemutihan kilang haram

11. Iskandar: 201 kawasan pangsapuri terbabit Skim PERMAI

12. JKR tidak alih paip Jalan B48 Jenderam Hulu

13. Pelajar UNISEL tidak terbabit demonstrasi pendidikan percuma

Iskandar: 201 kawasan pangsapuri terbabit Skim PERMAI

http://tv.selangorku.com

Categories
SELANGOR

Iskandar: 201 kawasan pangsapuri terbabit Skim PERMAI

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 17 APRIL: Sebanyak 201 kawasan pangsapuri terbabit dalam rundingan pelaksanaan Skim Penyelesaian Migrasi Meter Air Individu (PERMAI) untuk menikmati pemberian 20 meter padu air percuma yang diberikan Kerajaan Negeri.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Abdul Samad, berkata daripada jumlah itu 44 kawasan sudah berjaya diselesaikan di bawah skim berkenaan sehingga kini.

Beliau berkata, ia dikendalikan sepenuhnya sebuah jawatankuasa khas yang ditubuhkan pada Jun 2012 antara Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) bersama Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS).

iskandar samad dun“Mesyuarat diadakan secara berjadual supaya pemaju badan pengurusan bersama (JMB) atau perbadanan pengurusan dapat diberi khidmat nasihat secara terus dan tepat daripada SYABAS berkenaan mekanisme pelaksanaan migrasi meter air individu khususnya bagi pangsapuri bukan kos rendah.

“Skim terbabit perlu melaksanakan migrasi meter individu untuk mendapatkan air percuma secara automatik dan kalau kita amati sebelum ini untuk pangsapuri kos rendah ada dua skim iaitu Skim Lapor dan Dapat serta kupon air,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Halimaton Saadiah Bohan (BN-Kota Damansara) pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Iskandar berkata, Kerajaan Negeri juga berhasrat mengurangkan kuota 80 peratus unit rumah yang wajib diduduki atau didiami yang ditetapkan SYABAS kepada 50 peratus sahaja bagi melayakkan sesebuah pangsapuri itu menyertai skim berkenaan.

“SYABAS menetapkan 80 peratus konsep daripada penduduk pangsapuri boleh dilakukan migrasi (meter pukal kepada individu) tetapi Kerajaan Negeri akan meminta SYABAS mempertimbangkan supaya kuota itu dikurangkan kepada 50 peratus,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, Kerajaan Negeri akan menaik taraf semula kerosakan yang berlaku di Flat Majlis Perbandaran Klang (MPK) di Pandamaran melalui Skim Bantuan Baik Pulih Harta Bersama Bagi Pangsapuri (CERIA).

Katanya, flat berkenaan akan dibaikpulih menggunakan peruntukan RM13 juta pada tahun ini termasuk 54 kawasan lain yang akan dimasukkan dalam fasa kedua.

“Apabila habis RM13 juta ini kita akan mohon untuk ditambah peruntukan itu untuk baik pulih pangsapuri seterusnya,” katanya.

PPRTSementara itu, ketika mengulas berkenaan projek perumahan rakyat (PPR) di Selangor, Iskandar berkata, Kerajaan Negeri belum mempunyai perancangan untuk membina kediaman jenis berkenaan pada skala besar.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri bercadang mewujudkan rumah untuk disewa melalui pembelian rumah mampu milik yang dibina pemaju.

“Kerajaan Negeri akan membeli kediaman yang dibina Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan bakal dijadikan rumah untuk disewa.

“Setakat ini, empat kawasan memiliki PPR iaitu di Kota Damansara, Lembah Subang, Kampung Baru Hicom dan Serendah membabitkan 5436 unit,” katanya.

-NFN-