JURNAL BERITA: Karpal pembela rakyat tertindas, pejuang isu ISA

1. Keputusan pentadbiran harus dilaksana eksekutif bukan penasihat

2. MB: Syabas diletak di bawah KDEB dalam penstrukturan air

3. Kerajaan Negeri bakal tempatkan sektor ekonomi di luar bandar

4. PR Selangor: Karpal pembela rakyat tertindas, pejuang isu ISA

5. Kalau BN bela rakyat, kenapa tarif air Johor paling tinggi?

6. Selangor sedia RM650,000 setahun laksana perkhidmatan bas percuma

7. Tender terbuka Langat 2, ADUN BN dicabar letak jawatan

8. DNS usul Kerajaan Negeri tuntut tunggakan dividen FELCRA

9. Umno diselar, tetap imbalan politik syarat dapat tanah FELCRA

10. Kerajaan Negeri di peringkat akhir penilaian program pemutihan kilang haram

11. Iskandar: 201 kawasan pangsapuri terbabit Skim PERMAI

12. JKR tidak alih paip Jalan B48 Jenderam Hulu

13. Pelajar UNISEL tidak terbabit demonstrasi pendidikan percuma

Categories
NASIONAL SELANGOR

Pasangan OKU Dinafi Hak Terima BR1M 2.0

OKU BR1M borhan 30 apr 01

DENGKIL 1 MEI : Pasangan Orang Kelainan Upaya (OKU) cacat penglihatan dari Jenderam Hulu dekat sini tidak menerima bantuan BR1M 2.0 bernilai RM500 sepertimana dijanjikan kerajaan Umno-BN.

Menurut Kamal Abdullah, 44, berkata mereka mendapat bantuan BR1M 1.0 dan itu mengesahkan kelayakan untuk menerima bantuan sama buat kali kedua.

Beliau mendakwa, rujukan dibuat kepada Ahli Parlimen Sepang, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, mendapati kuota pemberian automatik kepada golongan OKU seperti mereka telah dihapuskan.

“Saya dimaklumkan kami akan diberi BR1M 2.0 secara automatik tetapi sebaliknya yang berlaku.

“Sedang BR1M 1.0 diadakan dengan majlis khas melibatkan kehadiran lebih 100 orang OKU pada Oktober tahun lalu.

“Saya rasa wujud diskriminasi dalam perkara ini,” katanya yang menyara keluarga dengan bekerja kampung.

Kamal dan isteri, Noraini Salleh, 35, sudah melaporkan perkara itu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor, Persatuan Orang-Orang Buta Malaysia dan Pertubuhan Pembangunan Orang-Orang Buta Malaysia.

Calon PR DUN Dengkil, Borhan Aman Shah berkata, pihak yang dilantik bagi pemberian BR1M 2.0 perlu bersikap adil tanpa diskriminasi.

Beliau berkata, kerajaan Umno-BN perlu melihat perkara itu secara teliti supaya tiada salah faham.

“Golongan OKU ini perlu dibantu, saya harap ketelusan dijadikan amalan dalam perkara ini.

“Jangan pula dibezakan antara penyokong dan bukan penyokong kerajaan. Itu tidak betul,” dakwanya.

Katanya, pemeriksaan mesti dilakukan sama ada golongan OKU perlu didaftarkan semula untuk menerima bantuan berkenaan.