Categories
PBT SELANGOR

MPHS sedia 27 tong buang perabot terpakai, e-sisa sempena Deepavali

SHAH ALAM, 23 OKT: Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) menyediakan 27 tong Roll On Roll Off (RORO) sempena Deepavali bagi memudahkan orang ramai membuang sampah e-sisa dan perabot lama.

Kemudahan percuma bersaiz tiga tan ditempatkan di 11 kawasan bermula 24 Oktober hingga 4 November, menurut pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

“Kita berharap penduduk memberikan kerjasama dengan membuang sampah pukal ke dalam tong RORO bagi memudahkan kontraktor membuat kutipan dan menjaga kawasan sekitar agar berada dalam keadaan bersih serta selesa.

“Sampah sisa pepejal adalah dilarang sama sekali untuk dibuang ke dalam tong RORO ini,” katanya menerusi Facebook.

Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam MPHS di talian 03-60641331 atau 03-60641050.

Berikut senarai kawasan dan lokasi tong RORO:

24 hingga 29 Oktober

1. Hulu Bernam – Jalan Changkat Asa
2. Kalumpang – Taman Musabika
3. Kerling – Kuil Kerling
4. Kuala Kubu Baru – Ampang Pecah, Taman Teratai
5. Batang Kali – Meranti 3, Taman Wawasan, Taman Semarak
6. Ulu Yam Baru – Tapak Pasar Pagi Ulu Yam Baru
7. Rasa – Taman Rasa Utama
8. Serendah – Taman Tasik Teratai Fasa 2, Taman Serendah Indah, Taman Melati

30 Oktober hingga 4 November

1. Sungai Choh – Taman Bukit Teratai, Taman Ehsan Ibu 2 dan Koskan, Kampung Mohd Taib
2. Bukit Sentosa – Perumahan Tulip, Perumahan Tanjung, Perumahan Teluki
3. Bukit Beruntung – Perumahan Dahlia, Perumahan Semarak, Perumahan Widuri, Perumahan Kekwa, Perumahan Inai/Melur, Perumahan Anggerik/Kemboja, Lot Banglo Anggerik/Kemboja, Perumahan Teratai

Categories
PBT SELANGOR

MPS sedia enam tong buang perabot terpakai, e-sisa

SHAH ALAM, 4 FEB: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menyediakan enam tong Roll On Roll Off (RORO) bagi memudahkan orang ramai membuang sampah pukal e-sisa dan perabot lama.

Pengarah jabatan korporatnya berkata program ‘Spring Cleaning’ sempena Tahun Baharu Cina meliputi enam lokasi bermula esok hingga 7 Februari.

Mohamad Zin Masoad memaklumkan lokasi terlibat ialah Kampung Desa Aman, Taman Selayang Jaya, Kampung Baru Kundang, Kampung Sungai Terentang, Kampung Lee kim Sai dan Desa Jaya.

“MPS berharap penduduk mengambil peluang ini bagi memudahkan kontraktor membuat kutipan sekali gus memastikan kawasan sekitar bersih dan selesa,” katanya dalam kenyataan.

Untuk pertanyaan lanjut, hubungi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan di talian
03-61266024 atau layari www.mps.gov.my.

Categories
PBT SELANGOR

MBSA sedia 275 tong RORO sempena Deepavali

SHAH ALAM, 10 NOV: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan 275 tong ‘Roll On Roll Off’ (RORO) bagi memudahkan orang ramai membuang sampah pukal sempena sambutan Deepavali.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya berkata tong bersaiz tiga tan berkenaan diletakkan berperingkat di sekitar Shah Alam iaitu di Seksyen 1 hingga 36 dan Seksyen U1 hingga U20 secara percuma bermula 2 hingga 22 November hadapan.

“Tujuan pelaksanaan perkhidmatan tong ini adalah untuk memberikan kemudahan kepada penduduk melaksanakan aktiviti gotong royong secara persendirian di setiap kediaman masing-masing.

“Selain itu, penyediaannya juga bertujuan memberikan didikan kepada warga Shah Alam tentang pengurusan sampah pukal dengan cara yang betul,” kata Shahrin Ahmad dalam kenyataan.

Beliau berharap penduduk memberikan kerjasama dengan meletakkan sampah berkaitan di dalam tong RORO disediakan bagi memudahkan pihak kontraktor membuat kutipan dan menjaga kawasan sekitar supaya berada dalam keadaan bersih.

Sebarang pertanyaan berhubung perkhidmatan tong RORO boleh hubungi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam MBSA di talian 03-5510 5133 sambungan 1316.

Categories
PBT SELANGOR

MBSA sedia 237 tong untuk sisa perabot, barang elektrik lama

SHAH ALAM, 15 JAN: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan 237 tong ‘Roll On Roll Off’ (RORO) sempena Tahun Baharu Cina bagi memudahkan orang ramai membuang sampah pukal seperti perabot dan barang elektrik lama.

Ketua bahagian korporat dan perhubungan awamnya berkata tong bersaiz tiga tan akan diletakkan di Seksyen 2 hingga Seksyen 36 dan Seksyen U1 hingga Seksyen U20 bermula 14 hingga 24 Januari.

“Perkhidmatan ini memberi kemudahan kepada penduduk melaksanakan gotong-royong secara persendirian di setiap kediaman masing-masing dan memberi didikan kepada warga Shah Alam berhubung pengurusan sampah pukal dengan cara betul,” kata Shahrin Ahmad.

Justeru, beliau berharap penduduk memberikan kerjasama dengan meletakkan sampah pukal di dalam tong disediakan bagi memudahkan kontraktor membuat kutipan dan menjaga kawasan sekitar.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat boleh menghubungi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam MBSA di talian 03-55105133 sambungan 1643/1316.

Categories
PBT SELANGOR

MDHS sedia 44 tong RORO lupus barangan pukal

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 6 FEB: Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) menyediakan 44 tong ‘Roll On Roll Off’ (RORO) secara percuma bagi memudahkan orang ramai melupuskan barangan pukal, sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

Pegawai Komunikasi Korporatnya, Junainah Abdullah berkata, perkhidmatan tong RORO bersaiz tiga tan itu diletakkan di beberapa kawasan sekitar, sejak semalam hingga 14 Februari ini.

“Ia termasuk di Batang Kali, Bukit Beruntung, Bukit Sentosa dan Kuala Kubu Bharu.

“Orang ramai boleh membuang sampah pukal seperti perabot lama dan barangan elektrik iaitu almari, sofa, tilam, katil, peti ais, radio, televisyen, pengecas bateri, telefon bimbit serta sampah kebun.

“Bagaimanapun, penduduk dilarang sama sekali membuat sampah sisa pepejal kedalam tong RORO ini,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut menggesa penduduk supaya dapat memberi kerjasama dengan membuang sampah pukal ke dalam tong RORO yang disediakan.

Katanya, hal itu bagi memudahkan kontraktor membuat kutipan dan menjaga kawasan sekitar supaya berada dalam keadaan bersih, selesa serta terurus.

Jika mempunyai sebarang pertanyaan berhubung perkhidmatan tong RORO, orang ramai boleh menghubungi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, MDHS di talian 03-60641331 atau 03-60641050.

Berikut adalah lokasi spesifik perkhidmatan tong RORO:

1. Perumahan Melur 1, Bukit Beruntung
2. Lot Banglo Anggerik, Prima Beruntung, Bukit Beruntung
3. Perumahan Anggerik/ Kemboja, Bukit Beruntung
4. Kg. Air Panas, Kerling
5. Perumahan Tanjung, Bukit Sentosa
6. Perumahan Teluki, Bukit Sentosa
7. Balai Penghulu Ulu Yam Bharu (Desa Kelisa), Hulu Yam Bharu
8. Taman Bukit Bunga, Kuala Kubu Bharu
9. Taman Lembah Damai, Kerling
10. Bandar Utama Batang Kali, Seksyen 3
11. Kampong Sejantung, Kalumpang
12. Taman Tanjak, Kuala Kubu Bharu
13. Taman Merpati Titiwangsa, Kalumpang
14. Perumahan Anggerik 5, Bukit Sentosa
15. Perumahan Seroja 3, Bukit Sentosa
16. Perumahan Ros 1, Bukit Sentosa
17. Kampung Hassan, Hulu Bernam
18. Pekan Hulu Yam Lama
19. Taman Belida, Hulu Yam
20. Taman Desa Patin, Hulu Yam
21. Kg. Bukit Chandang, Batang Kali
22. Kg. Seri Serendah, Serendah
23. Taman Cempaka, Serendah
24. Taman Idaman, Serendah
25. Kg. Dato Harun & Kg. Dato Harun Tambahan, Serendah
26. Rumah Kilat, Serendah
27. Rumah Murah, Serendah
28. Kg. Damai, Serendah
29. Taman Desa Kiambang 1, Serendah
30. Kg. Assam Kumbang, Kuala Kubu Bharu
31. Perumahan Semarak, Bukit Beruntung
32. Taman Desa Anggerik, Serendah
33. Pekan Hulu Yam Baru (tapak pasar)
34. Pekan Hulu Yam Baru (berdekatan YST)
35. Kg. Sg. Chik Tambahan, Hulu Yam
36. Kg. Baru Tambahan dan Kg. Pisang, Hulu Yam
37. Perumahan Mawar/ Kekwa, Bukit Beruntung
38. Perumahan Inai, Bukit Beruntung
39. Kg. Chuang 6, Rasa
40. Taman Rasa Jaya, Rasa
41. Taman Rasa Utama, Rasa
42. Kg. Kandaiah, Rasa
43. Taman Semarak, Batang Kali
44. Jalan Macau, Serendah

Categories
SELANGOR

MBSA sedia perkhidmatan sewa tong RORO

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 13 OKT: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan perkhidmatan sewa tong Roll-On Roll-Off (RORO) untuk tujuan pengumpulan semua sisa bahan binaan atau bangunan.

Pegawai Komunikasi Korporat, Shahrin Ahmad, berkata terdapat dua jenis tong RORO yang disediakan iaitu tong RORO tiga tan ybersaiz 9’ panjang x 6’ lebar x 2 ½’ tinggi dan tong RORO tujuh tan bersaiz 18’ panjang x 8’ lebar x 2 ½’ tinggi dengan keduanya ditutup dengan kanvas.

MBSA-Shahrin Ahmad“Kadar bayaran mengikut saiz dan kapasiti yang ditetapkan iaitu tujuh tan RM420 dan tiga tan RM270.

“Inisiatif itu diambil bagi memastikan sisa binaan tidak mengganggu laluan awam dan memastikan pengurusan sampah sisa binaan sistematik serta mengelakkan pembuangan sampah haram,” katanya dalam kenyataan media.

Shahrin berkata, permohonan sewaan tong RORO boleh dibuat melalui Bahagian Pembersihan Awam (BPA), Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, Wisma MBSA atau hubungi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam di talian 03-5510 5133.

“MBSA berharap masalah pembuangan sampah sisa binaan secara tidak teratur akan dapat diatasi, sekali gus boleh membantu menangani masalah sampah haram,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

MBSA sediakan khidmat tong RORO

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 10 OGOS: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan perkhidmatan tong RORO atau “Roll On-Roll Off’ bagi mengelak pemilik premis mengambil perkhidmatan kontraktor haram.

Timbalan Pengarah Jabatan Korporat & Pembangunan Komuniti, Shahrin Ahmad, berkata kontraktor dilantik majlis adalah berdaftar di bawah seliaan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam.

“Mereka bertanggungjawab dalam menguruskan tong RORO di kawasan pentadbiran MBSA mengikut jenis premis yang ditetapkan.

MBSA tong RORO“Tong itu bertujuan memudahkan pengurusan sampah kebun dan sampah pukal termasuk perabot lama seperti peti ais, kerusi dan meja lama, almari, sofa, kipas, katil, ketuhar dan sebagainya,” katanya dalam kenyataan media.

Shahrin berkata, perkhidmatan itu juga bagi mengatasi masalah pembuangan sampah haram di pentadbiran MBSA.

Permohonan bagi perkhidmatan tong RORO boleh dibuat melalui Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, Tingkat 4, Wisma MBSA atau hubungi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam di talian 03-5510 5133 sambungan 1547/1645.

“Majlis berharap pemilik premis dapat bekerjasama menguruskan pembuangan sampah disaluran yang betul demi menjaga keharmonian bandaraya Shah Alam,” katanya.

EZY