Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

TOP 5: Apa berita menarik hari ini?

Berikut adalah LIMA rangkuman berita menarik pada 21 APRIL 2017. Klik pautan untuk berita lanjut:

1. Masjid baru penuhi keperluan penduduk Kampung Merbau Sempak

Kerajaan Negeri mengenal pasti sebuah tapak tanah bersesuaian bagi pembinaan masjid baru di Kampung Merbau Sempak, di sini, bagi menggantikan masjid sedia ada.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, sehubungan itu perbincangan lanjut bersama Jabatan Perbendaharaan dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkenaan peruntukannya akan diadakan untuk dimasukkan dalam Belanjawan 2018.

https://selangorkini.my/2017/04/masjid-baru-penuhi-keperluan-penduduk-kampung-merbau-sempak/

2. Tindakan KPKT nafi hak rakyat nikmati hasil negara

Tindakan tidak memadai Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) membatalkan kelulusan projek kerajaan tempatan di kawasan Parlimen bukan Umno-Barisan Naional (BN) menafikan hak rakyat menikmati hasil negara dengan adil.

Ahli Dewan Negeri Rawang, Gan Pei Nei berkata, rakyat seharusnya menikmati kemudahan seperti dijanjikan itu tanpa mengira di kawasan Parlimen Umno-BN atau bukan sebagai pembayar cukai.

https://selangorkini.my/2017/04/tindakan-kpkt-nafi-hak-rakyat-nikmati-hasil-negara/

3. Lantikan 169 Ketua Blok Kuala Selangor tingkat produk tani

Seramai 169 petani di kawasan pengairan daerah Kuala Selangor dipilih sebagai Ketua Blok Pertanian Sawah Padi bagi mengusahakan produk pertanian kawasan diwakili mereka.

Lantikan membabitkan kawasan pengairan di Sawah Sempadan (39), Sungai Burong (61), Sekinchan dan Sungai Leman (69).

https://selangorkini.my/2017/04/lantikan-169-ketua-blok-kuala-selangor-tingkat-produk-tani/

4. AEON Credit-HelloGold tawar skim pembiayaan milikan emas patuh syariah

AEON Credit Service (M) menjalinkan kerjasama bersama HelloGold Sdn Bhd bagi merancakkkan lagi aktiviti jualan dalam talian dengan memperkenalkan skim pembiayaan milikan emas patuh syariah pertama di negara ini.

Pengarah Urusan AEON Credit, Kenji Fujita berkata, kaedah itu dilaksanakan sebagai inisiatif urusniaga baru pihaknya seiring kemajuan teknologi terkini.

https://selangorkini.my/2017/04/aeon-credit-hellogold-tawar-skim-pembiayaan-milikan-emas-patuh-syariah/

5. Pindaan RUU Keganasan Rumah Tangga perlu lebih awal

Tindakan pembaharuan dalam Rang Undang-Undang (RUU) Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2017 seharusnya dilaksanakan lebih awal.

Ahli Dewan Negeri Damansara Utama, Yeo Bee Yin berkata, pembaharuan itu amat baik dan perlu disokong semua pihak, namun ia agak terlewat selepas pelbagai kes keganansan rumah tangga yang dilihat semakin meningkat.

https://selangorkini.my/2017/04/pindaan-ruu-keganasan-rumah-tangga-perlu-lebih-awal/

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

TOP 5: Apa berita menarik hari ini?

Berikut adalah LIMA rangkuman berita menarik pada 20 APRIL 2017. Klik pautan untuk berita lanjut:

1. Exco cabar Umno tunai janji bantu petani

Kerajaan Negeri mencabar Umno-Barisan Nasional (BN) menunaikan janji membantu golongan tani di Selangor seperti dinyatakan sebelum ini.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, keperluan itu bagi memastikan golongan terbabit mendapat manfaat terbaik tanpa mengambil kira sentimen politik.

https://selangorkini.my/2017/04/exco-cabar-umno-tunai-janji-bantu-petani/

2. Bonus Rakyat Selangorku (BR1S) tidak wujud

Rakyat Selangor diminta mengabaikan sistem pesanan ringkas (SMS) berhubung program Bonus Rakyat Selangorku (BR1S) kerana ia adalah mesej palsu.

SMS terbabit bertujuan memperdaya penduduk di negeri itu dengan dakwaan ia adalah salah satu program dilaksanakan di bawah Kerajaan Selangor.

https://selangorkini.my/2017/04/bonus-rakyat-selangorku-br1s-tidak-wujud/

3. KPKT tidak profesional, abai kebajikan rakyat

Kerajaan Persekutuan bersikap tidak profesional dan adil terhadap rakyat apabila membatalkan kelulusan projek kerajaan tempatan di kawasan Parlimen bukan Umno-Barisan Naional (BN).

Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yiong Hian Wah berkata, arahan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu jelas tidak menghormati sistem demokrasi dan pilihan rakyat yang tidak memihak kepada Umno-BN.

https://selangorkini.my/2017/04/kpkt-tidak-profesional-abai-kebajikan-rakyat/

4. Exco Johor terpalit rasuah letak jawatan

Datuk Abd Latif Bandi yang menghadapi pertuduhan rasuah secara rasmi meletak jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor.

Perkara itu dinyatakan menerusi kenyataan media dikeluarkan peguamnya, hari ini.

https://selangorkini.my/2017/04/exco-johor-terpalit-rasuah-letak-jawatan/

5. Pulau Pinang tidak mungkin jadi milik BN

Barisan Nasional (BN) tidak mungkin mampu merampas semula Pulau Pinang daripada Pakatan Harapan (PAKATAN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), kata Ketua Menterinya, Lim Guan Eng.

Beliau berkata, hal itu kerana rakyat di negeri itu sudah dapat membayangkan bagaimana keadaan ketika berada di bawah pentadbiran BN, sebelum ini.

https://selangorkini.my/2017/04/pulau-pinang-tidak-mungkin-milik-bn/

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

TOP 5: Apa LIMA berita menarik hari ini?

Berikut adalah LIMA rangkuman berita menarik pada 16 APRIL 2017, klik pautan untuk mendapatkan berita lanjut lebih lengkap dan menarik:

 
1. Brunei temui telaga minyak & gas darat pertama dalam 37 tahun

Telaga sedalam 4,319 meter; lebih daripada tinggi Gunung Kinabalu iaitu 4,095 meter; ditemui di Layang-Layang dalam kawasan Lumut, Daerah Belait selepas 37 tahun tempat sama pernah diteroka.

Walaupun sudah berusia lebih 80 tahun, ia merupakan satu kurnia yang terus berjasa di mana Seria merupakan kelahiran bagi industri minyak dan gas di Brunei dan akan terus menjana masa depan Brunei bagi generasi mendatang.

https://selangorkini.my/2017/04/brunei-temui-telaga-minyak-gas-pertama-dalam-37-tahun-darat/

https://selangorkini.my/2017/04/mereka-carigali-dan-meneroka-selama-567-hari-tetapi-hasilnya-menakjubkan/

 
2. Sultan Selangor rasmi bas dan kereta elektrik

DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyempurnakan Majlis Pelancaran Bas dan Kereta Elektrik Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini, hari ini.

Baginda tiba bersama DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan diiringi Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali serta isteri, Datin Seri Shamshida Taharin.

https://selangorkini.my/2017/04/sultan-selangor-rasmi-bas-dan-kereta-elektrik/

 
3. Kehadiran kapal perang AS dan China, elak jadi bidak catur kuasa dunia

Dalam pada itu, Kapal pemusnah Amerika Syarikat USS Stethem dilaporkan menjalankan operasi di Laut China Selatan menurut satu kenyataan dikeluarkan Tentera Laut AS.

Kehadiran USS Stethem di Laut China Selatan meningkatkan lagi ketegangan antara Washington dan Beijing berhubung isu pertikaian wilayah yang melibatkan beberapa negara di kawasan itu.

https://selangorkini.my/2017/04/kehadiran-kapal-perang-as-dan-china-elak-jadi-bidak-catur-kuasa-dunia/
4. RM167 juta bina dan baik pulih tujuh masjid

Sejumlah RM167 juta diperuntukkan bagi membina dan membaik pulih tujuh masjid di Selangor, kata Exco Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Agama Islam dan Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi.

Beliau berkata, sebahagian besar daripadanya kini dalam proses tender dan dijangka mula kerja, pada tahun ini.

https://selangorkini.my/2017/04/rm167-juta-bina-dan-baik-pulih-tujuh-masjid/

 
5. PAKATAN galas harapan rakyat, ambilalih pentadbiran negara PRU14

Kerajaan Selangor diterajui Pakatan Harapan (PAKATAN) berjaya menganjurkan pelbagai program kebajikan untuk manfaat rakyat kerana ia ditadbir penuh integriti dan bertanggungjawab hingga mampu mencatat pencapaian ekonomi membanggakan.

Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ia berbeza dengan Umno-Barisan Nasional (BN) apabila laporan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menunjukkan ekonomi negara berada dalam keadaan parah.

https://selangorkini.my/2017/04/pakatan-galas-harapan-rakyat-ambilalih-pentadbiran-negara-pru14/

 
DISEDIAKAN OLEH: MOHD EZLI MASHUT

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

TOP 5: Apa LIMA berita menarik hari ini?

Berikut adalah LIMA rangkuman berita menarik pada 15 APRIL 2017, klik pautan untuk mendapatkan berita lanjut lebih lengkap dan menarik:

 

1. KEADILAN optimis sokongan rakyat ambilalih Putrajaya

KEADILAN yakin rakyat menyokong Pakatan Harapan (PAKATAN) dalam pilihan raya umum ke 14 (PRU14) dan mengambilalih pentadbiran negara di Putrajaya.

Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata ini ekoran pelbagai masalah termasuk kejatuhan ekonomi dihadapi kerajaan diterajui Umno-Barisan Nasional (BN).

https://selangorkini.my/2017/04/keadilan-optimis-sokongan-rakyat-ambilalih-putrajaya/

 

2. Tegakkan keadilan, teruskan perjuangan Reformasi

KEADILAN fokus menentang ketidakadilan dicetuskan Umno-Barisan Nasional (BN) ke arah mengembalikan pentadbiran negara penuh berintegriti dan bertanggungjawab.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata Reformasi diperjuangkan selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim disingkirkan pada 1998 harus diteruskan kerana rakyat mengharapkan perubahan terhadap pimpinan negara.

https://selangorkini.my/2017/04/tegakkan-keadilan-teruskan-perjuangan-reformasi/

 

3. Kurma tanam di Australia dieksport ke negara Arab

Buah kurma sinonim dengan negara Arab ekoran tumbuhan itu sesuai ditanam dan banyak di kawasan beriklim panas berpadang pasir sepanjang tahun.

Namun, berbeza di sebuah ladang di Alice Springs, Australia, apabila mencipta sejarah dengan mengeksport kurma jenis matang atau disebut khalal ke beberapa negara Timur Tengah.

https://selangorkini.my/2017/04/kurma-tanam-di-australia-dieksport-ke-negara-arab/

 

4. Perang Korea boleh berlaku bila-bila masa

Konflik ketenteraan antara Amerika Syarikat (AS) dengan Korea Utara boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja, kata China sambil menegaskan tiada siapa menang dalam peperangan itu.

Agensi Berita REUTERS melaporkan China mengeluarkan amaran itu selepas AS menyatakan, pihaknya mahu bertindak menyelesaikan isu Korea Utara ketika meningkatnya spekulasi Korea Utara dikatakan sedia melancarkan ujian nuklear.

https://selangorkini.my/2017/04/perang-korea-boleh-berlaku-bila-bila-masa/

 

5. Kapal pemusnah USS Stethem jalankan operasi di Laut China Selatan

Kapal pemusnah Amerika Syarikat USS Stethem dilaporkan menjalankan operasi di Laut China Selatan, kata Tentera Laut Amerika Syarikat (AS).

Kapal perang kelas arleigh Burke- USS Stethem (DDG 63) mengadakan operasi rutin rondaan ketenteraan menurut satu kenyataan dikeluarkan Tentera Laut Amerika.
DISEDIAKAN OLEH: MOHD EZLI MASHUT

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

TOP 5: Apa LIMA berita menarik hari ini?

Berikut adalah LIMA rangkuman berita menarik pada 14 APRIL 2017, klik pautan untuk mendapatkan berita lanjut lebih lengkap dan menarik:

 
1. 11 rakyat Malaysia dalam senarai Forbes 30 Under 30 Asia 2017

Hari ini banyak media melonjakkan nama Neelofa kerana disenaraikan dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017. Buat pengetahuan anda, selain Neelofa terdapat 10 lagi orang Malaysia yang turut berjaya masuk ke senarai itu.

Sebenarnya lebih 1,200 penyertaan dihantar kepada Forbes pada tahun lepas dan akhirnya hanya 300 orang disenaraikan mengikut 10 kategori. Daripada 10 kategori itu hanya 6 kategori sahaja diisi tempat oleh 11 orang Malaysia.

https://selangorkini.my/2017/04/11-rakyat-malaysia-dalam-senarai-forbes-30-under-30-asia-2017/

 

2. Air Selangor bakal lancar CRIS, tingkat pengurusan air

Sistem baru yang dinamakan CRIS atau ‘Customer Information Systems’ dalam memastikan perkhidmatan pengurusan air yang lebih efektif dan efisyen dijangka akan dilancarkan pada Januari 2018.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, inisiatif transformasi baru Pengurusan Air Selangor itu bertujuan memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan, pengguna dan pengebil.

https://selangorkini.my/2017/04/air-selangor-bakal-lancar-cris-tingkat-pengurusan-air/

 

3. AS gugur bom bukan nuklear terbesar

Pasukan tentera Amerika Syarikat (AS) semalam menggugurkan bom bukan nuklear, dipercayai yang terbesar setakat ini di atas kompleks kepunyaan militan Daesh di Afghanistan.

Agensi Berita Antarabangsa AFP melaporkan pasukan tentera udara AS di Afghanistan dalam satu kenyataan berkata, bom dikenali sebagai GBU-43/B Massive Ordnance Air Blast itu tepat mengenai sasaran di kompleks yang terletak di daerah Achin dalam wilayah Nangarhar.

https://selangorkini.my/2017/04/as-gugur-bom-bukan-nuklear-terbesar/

 

4. AS sedia serangan awal terhadap Korea Utara

Agensi Berita NBC melaporkan Amerika Syarikat (AS) bersiap sedia untuk melaksanakan serangan awal (preemptive strike) menggunakan senjata konvensional terhadap Korea Utara bagi menghalang ujian senjata nuklear.

Korea Utara melaungkan amaran negara itu siap sedia untuk ‘acara besar’ yang menandakan menurut pegawai AS adalah kemungkinan ujian senjata nuklear keenam pada minggu ini.

https://selangorkini.my/2017/04/as-sedia-serangan-awal-terhadap-korea-utara/

 

5. Jangan sesekali menyerah kalah, pesan Azizulhasni Awang

Faktor fizikal kecil berbanding lawan bukan penghalang untuk berjaya tetapi azam serta kemahuan adalah formula untuk menempa nama di peringkat dunia, kata jaguh trek negara, Azizulhasni Awang.

Beliau membuktikan usaha gigihnya sejak menyertai kejohanan bertaraf elit pada 2007 kini membuahkan hasil apabila menguasai acara keirin di Kejohanan Trek Dunia di Hong Kong.

https://selangorkini.my/2017/04/jangan-sesekali-menyerah-kalah-pesan-azizulhasni-awang

 

DISEDIAKAN OLEH: MOHD EZLI MASHUT

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

TOP 5: Apa LIMA berita menarik hari ini?

Berikut adalah LIMA rangkuman berita menarik pada 13 APRIL 2017, klik pautan untuk mendapatkan berita lanjut lebih lengkap dan menarik:
1. Lantik Hishammuddin taktik Najib kekal PM?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilihat hilang keyakinan kepada timbalannya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta terhadap orang kuatnya sendiri seperti Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, Datuk Seri Salleh Said Keruak and Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata ia berdasarkan perkembangan terkini pelantikan Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai menteri tugas-tugas khas di Jabatan Perdana Menteri.

https://selangorkini.my/2017/04/lantik-hishammuddin-taktik-najib-kekal-pm/

 

2. Neelofa tersenarai 300 individu ‘Forbes 30 Under 30 Asia 2017’

Pelakon Malaysia, Neelofa, adalah antara 300 individu yang tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017. Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 28, pengasas dan pengarah NH Prima International Sdn Bhd, tersenarai di bawah kategori Runcit dan E-dagang.

Beliau menjalankan beberapa perniagaan termasuk jenama pakaian wanita Muslimah, “Neelofar Hijab.” Senarai Forbes 30 Under 30 Asia 2017 itu menampilkan 300 penginovasi muda, usahawan dan peneraju yang membawa impak besar kepada dunia hari ini.

https://selangorkini.my/2017/04/neelofa-tersenarai-300-individu-forbes-30-under-30-asia-2017/

 

3. Korea Utara uji senjata nuklear ‘paling berkuasa’ 15 April?

Laman berita Voice of America melaporkan yang memetik sumber Kerajaan Amerika Syarikat (AS) dan beberapa sumber lain menyatakan Korea Utara kelihatan seperti sudah meletakkan satu peralatan nuklear dalam sebuah terowong dan ia mungkin dilancarkan pada waktu pagi Sabtu ini.

Dilaporkan ujian bawah tanah itu adalah untuk kali keenam dan dipercayai ‘paling berkuasa’ setakat ini.

https://selangorkini.my/2017/04/korea-utara-uji-senjata-nuklear-paling-berkuasa-15-april/

 

4. Harga minyak dunia turun 0.4%

Niaga hadapan minyak mentah susut untuk sesi kedua hari ini, bergerak daripada paras tertinggi satu bulan yang dicatat pada sesi terakhir susulan kenaikan inventori AS yang meningkatkan kebimbangan terhadap lebihan bekalan global.

Agensi Berita Antarabangsa REUTERS melaporkan penanda aras niaga hadapan minyak mentah Brent susut 24 cent atau 0.4 peratus kepada AS$55.62 setong dalam dagangan Asia.

https://selangorkini.my/2017/04/harga-minyak-dunia-turun-0-4/

 

5. Jujur laksana kerja, elak ambil cuti palsu lari tugas

Jujur melaksanakan tugas serta elak mengambil cuti palsu untuk lari daripada tugas antara pesanan diberikan salah seorang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Bagi penerima anugerah itu, Marlina Mokhtar berkata, pengiktirafan diberikan menjadi pendorong untuknya bekerja lebih kuat bagi memberikan perkhidmatan terbaik di peringkat pengurusan bandar.

https://selangorkini.my/2017/04/jujur-laksana-kerja-elak-ambil-cuti-palsu-lari-tugas/
DISEDIAKAN OLEH: MOHD EZLI MASHUT

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

TOP 5: Apa LIMA berita menarik hari ini?

Berikut adalah LIMA rangkuman berita menarik pada 11 APRIL 2017, klik pautan untuk mendapatkan berita lanjut lebih lengkap dan menarik:

 

1. Komited iktiraf budaya kerja cemerlang

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) komited mengiktiraf budaya kerja cemerlang dan jasa kakitangannya dengan menyediakan pelbagai anugerah serta ganjaran bagi memberikan galakan ke arah peningkatan kualiti kerja terpuji.

Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Ahmad Zaharin berkata, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) diadakan itu adalah bentuk penghargaan kepada warga kerja pihak berkuasa tempatan (PBT) itu di atas segala jasa, sumbangan dan pengorbanan mereka dalam melaksanakan tanggungjawab.

https://selangorkini.my/2017/04/komited-iktiraf-budaya-kerja-cemerlang/

 
2. KEADILAN Selangor dukung usaha positif martabat undang-undang syariah

Maka, KEADILAN Selangor ingin sekali lagi menegaskan bahawa RUU 355 ini wajar untuk diberikan sokongan dan perhatian oleh umat Islam dan ianya tidak sama sekali akan menyentuhkan hukuman kepada orang bukan Islam bahkan dalam waktu yang sama KEADILAN juga kekal menghormati hak beragama bagi penganut agama yang lain.

Di Selangor, kita telah berusaha sedaya upaya untuk memertabatkan kedudukan agama Islam dan institusinya termasuk mengangkat kedudukan wanita dimana kita menyaksikan dua Hakim Mahkamah Tinggi Syariah wanita yang pertama di Malaysia telah di lantik dalam masa 2 tahun ini.

https://selangorkini.my/2017/04/keadilan-selangor-dukung-usaha-positif-martabat-undang-undang-syariah/
3. Putrajaya iktiraf Rawang bandar selamat 2017

Pusat Bandar Rawang dipilih sebagai Projek Bandar Selamat 2017 bagi kerja pemulihan kawasan ‘blackspot’ jenayah membabitkan peruntukan RM400,000.

Ahli Dewan Negeri Rawang, Gan Pei Nei berkata, peruntukan di bawah Kementerian Dalam Negeri itu dilaksanakan bagi mengurangkan kadar jenayah di kawasan berkenaan.

https://selangorkini.my/2017/04/putrajaya-iktiraf-rawang-bandar-selamat-2017/

 
4. Korea Utara laung ancaman siap sedia berperang dengan AS

Korea Utara menyelar tindakan Amerika Syarikat menghantar unit tempur tentera laut ke Semenanjung Korea hari ini, dan memberi amaran bahawa ia bersedia untuk berperang.

Agensi Berita Antarabangsa AFP melaporkan unit penyerang Tentera Laut AS, Carl Vinson, membatalkan kunjungan ke Australia, hujung minggu ini untuk menuju ke rantau itu bertujuan mempamerkan kekuatan berdepan ancaman Korea Utara.

https://selangorkini.my/2017/04/korea-utara-laung-ancaman-siap-sedia-berperang-dengan-as/

 
5. Duti eksais naik: Pengajaran pengundi percaya janji BN

Pengundi diingatkan supaya mengambil pengajaran supaya jangan terpedaya lagi dengan janji bakal ditaburkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti.

Bekas Timbalan Pengarah Bank Negara Malaysia (BNM), Dr Rosli Yaakob, berkata hal ini berikutan banyak janji dalam manifesto BN pada PRU-13 lalu tidak ditepati.

https://selangorkini.my/2017/04/duti-eksais-naik-pengajaran-pengundi-percaya-janji-bn/

 
DISEDIAKAN OLEH: MOHD EZLI MASHUT

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

TOP 5: Apa LIMA berita menarik hari ini?

Berikut adalah LIMA rangkuman berita menarik pada 10 APRIL 2017, klik pautan untuk mendapatkan berita lanjut lebih lengkap dan menarik:

1. PREC, Bazaar Paknil tambah 20% pengunjung Kompleks PKNS

Hasrat Kerajaan Negeri dalam menjadikan Shah Alam sebagai Kota Seni terus diperkembangkan lagi PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) dengan mewujudkan Bazaar Paknil di Kompleks PKNS, di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif PREC, Fakru Radzi Abdul Ghani, menjangkakan pertambahan 20 peratus pengunjung ke Tempat Orang Lokal (TOL) di kompleks itu.

https://selangorkini.my/2017/04/prec-bazaar-paknil-tambah-20-pengunjung-kompleks-pkns/

2. Cikgu Seman kongsi pengalaman didik Sultan Muhammad V

Seorang guru berkongsi kisahnya mendidik Sultan Muhammad V ketika di bangku sekolah sempena istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong, di Balairung Seri, Istana Negara, pada 24 April ini.

Beliau adalah Seman@Kamarulzaman Hassan, iaitu bekas guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Ismail I, Kota Bharu, yang menceritakan Sultan Muhammad V tidak diberikan layanan istimewa demi untuk mendidik baginda.

https://selangorkini.my/2017/04/cikgu-seman-kongsi-pengalaman-didik-sultan-muhammad-v/

3. Tetuang Udara

SAYA terasa seolah-olah memasuki zon kesunyian biarpun sebenarnya saya kini telah menetap di kota raya setelah menerima tawaran bekerja di sebuah syarikat swasta ternama. Semua sedia maklum bahawa di kota raya ini, berpusu-pusu manusia mencari rezeki. Kesesakan lalu lintas tidak perlu dirungkai cerita lagi kerana sehingga detik kita mengejar mimpi, bunyi hon dan enjin kenderaan ikut sama berkejaran. Walaupun begitu, yang saya rasakan hanyalah kesunyian di kota raya ini sejak pertama kali menjejakkan kaki ke sini.

Sahabat-sahabat sepejabat mencadangkan saya ke Jalan Tuanku Abdul Rahman. Kata mereka, saya pasti teruja ke sana melihat pelbagai ragam manusia menjual dan membeli-belah terutama ketika menghampiri musim perayaan. Kata mereka lagi, saya tidak akan berasa kesunyiaan jika berada di sana kerana suasana di sana sememangnya riuh-rendah.

https://selangorkini.my/2017/04/tetuang-udara/

4. AMK kecam Speaker, ingatkan Umno jangan jadikan RUU 355 modal politik

Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyambut baik saranan etua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menerima usul Rang Undang-Undang 355 (RUU 355) dibawa Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat, baru-baru ini.

Bagaimanapun, Timbalan Ketua AMK, Dr Afif Bahardin berkata, polemik RUU 355 yang dimainkan Umno sebelum ini tidak wajar digunakan sebagai modal politik dan menimbulkan keresahan dalam masyarakat.

https://selangorkini.my/2017/04/amk-kecam-speaker-ingatkan-umno-jangan-jadikan-ruu-355-modal-politik/

5. Umat Islam mesti jadi kaya

Peserta HIJRAH Selangor diseru untuk konsisten dengan perniagaan dijalankan dan tidak mudah berputus asa dengan cabaran mendatang.

Ahli Dewan Negeri Bangi, Shafie Ngah berkata, peserta juga diingatkan untuk tidak terpedaya dengan sebarang ‘jalan pintas’ dalam perniagaan.

https://selangorkini.my/2017/04/umat-islam-mesti-jadi-kaya/

DISEDIAKAN OLEH NURUL FARINA NAZLAN

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

TOP 5: Apa LIMA berita menarik hari ini?

Berikut adalah LIMA rangkuman berita menarik pada 9 APRIL 2017, klik pautan untuk mendapatkan berita lanjut lebih lengkap dan menarik:
1. RM173 juta bangunkan 30,000 usahawan HIJRAH Selangor

Tahun kedua diperkenalkan kepada rakyat seluruh negeri, sistem mikrokredit Prorgam Hijrah Selangor (HIJRAH) menyediakan bantuan sebanyak RM173 juta sepanjang tempoh skim itu diwujudkan di negeri ini.

Pengerusi Eksekutif Yayasan Hijrah Selangor, Datuk Dr Mansor Othman berkata, seramai 30,000 usahawan menerima manfaat daripada perlaksanaan bantuan keusahawanan di bawah pentadbiran Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

https://selangorkini.my/2017/04/rm173-juta-bangunkan-30000-usahawan-hijrah-selangor/

 

2. Pandangan DSAI mengenai Usul Persendirian YB Marang- RUU 355

YB Dato’ Seri Ustaz Abdul Hadi dan YB Datuk Takiyuddin menerangkan di Parlimen bahawa RUU Pindaan kepada Akta 355 ( “RUU 355”) bukanlah percubaan untuk melaksanakan hudud dan jaminan diberi RUU 355 ini tidak terpakai kepada yang bukan Islam sebab dilakukan dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan. Yang ditekankan adalah pemerkasaan Mahkamah Syariah yang wajar dipersetujui secara prinsipnya oleh semua.

https://selangorkini.my/2017/04/pandangan-dsai-mengenai-usul-persendirian-yb-marang-ruu-355/

 

3. AS gerakkan tentera ke semenanjung Korea

Pasukan serangan Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) akan digerakkan ke arah barat Lautan Pasifik berhampiran dengan semenanjung Korea.

Agensi Berita Antarabangsa REUTERS melaporkan seorang pegawai AS memberitahu agensi itu langkah dilakukan ketika perhatian bertumpu kepada program pembangunan senjata oleh Korea Utara.

https://selangorkini.my/2017/04/as-gerakkan-tentera-ke-semenanjung-korea/

 

4. PKNS FC tersenyum disebalik kekecewaan Kedah

PKNS FC berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan semalam meskipun sekadar mencatatkan keputusan seri 1-1 menentang Kedah di gelanggang lawan.

Pengurus pasukan Mahfizul Rusydin Abdul Rashid berkata, satu mata itu cukup berharga buat mereka tambahan beraksi dalam keadaan hujan selain beberapa insiden terjahan yang berlaku antara pemain kedua-dua pasukan.

https://selangorkini.my/2017/04/pkns-fc-tersenyum-disebalik-kekecewaan-kedah/

 

5. HIJRAH terima 85 peratus pembayaran balik

Program Hijrah Selangor (HIJRAH) menerima 85 peratus bayaran balik pinjaman skim mikrokredit untuk tempoh suku pertama tahun ini.

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari berkata, perkembangan positif itu membuktikan keberkesanan program bantuan keusahawanan perbankan tanpa faedah itu.

https://selangorkini.my/2017/04/hijrah-terima-85-peratus-pembayaran-balik/
DISEDIAKAN OLEH: MOHD EZLI MASHUT

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

TOP 5: Apa LIMA berita menarik hari ini?

Berikut adalah LIMA rangkuman berita menarik pada 8 APRIL 2017, klik pautan untuk mendapatkan berita lanjut lebih lengkap dan menarik:
1. Kerajaan naikkan 5% duti eksais bagi MPV mampu milik – Honda BR-V, Perodua Alza akan terima kesan

Jika anda ingin membeli kenderaan kini, ada eloknya dilakukan sebelum harga kenderaan dinilai semula selepas ini. Anda boleh rujuk dan bandingkan harga di CarBase.my. Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sebelum ini menyatakan tiada rancangan untuk memansuhkan duti eksais.

https://selangorkini.my/2017/04/kerajaan-naikkan-5-duti-eksais-bagi-mpv-mampu-milik-honda-br-v-perodua-alza-akan-terima-kesan/

 
2. Anak Selangor tekad ‘tawan’ London dengan ‘kapcai’

Anak jati kelahiran Klang, Mohd Alfifshahrin Zakaria, 31 bakal memulakan siri jelajah ke Kota London menggunakan motorsikal jenis ‘kapcai’ dengan ditemani isterinya, Diana Latief, 30.

Bercakap kepada SelangorKini, Alfi berkata, pengembaraan mereka berdua berbeza sebagaimana kelaziman penunggang motorsikal lain apabila tidak menggunakan motorsikal berkuasa tinggi.

https://selangorkini.my/2017/04/anak-selangor-tekad-tawan-london-dengan-kapcai/

 
3. Pesawat pejuang J-11 China dikesan di pulau buatan Laut China Selatan

Sebuah pesawat pejuang China dirakam berada di sebuah pulau buatan di Laut China Selatan, kali pertama dilihat dalam setahun dan sejak Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengambil alih jawatan, demikian lapor kumpulan pemikir AS kelmarin.

Agensi Inisiatif Ketelusan Maritim Asia (AMTI) iaitu sebahagian daripada Pusat Strategik dan Pengajian Antarabangsa Washington berkata, pesawat pejuang J-11 dilihat dalam satu imej satelit yang dirakam pada 29 Mac lalu di Pulau Woody di rangkaian kepulauan Paracel, lapor REUTERS.

https://selangorkini.my/2017/04/pesawat-pejuang-j-11-china-dikesan-di-pulau-buatan-laut-china-selatan/

 
4. Lebih 700,000 disasar lawat Hulu Selangor 2017

Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) menyasarkan lebih 700,000 pengunjung ke daerah itu sempena Tahun Melawat Hulu Selangor 2017.

Yang Dipertuanya, Noraini Roslan berkata, Tahun Melawat Hulu Selangor yang bertemakan ‘Panorama Hulu Selangor Keindahan Alam Semulajadi’ itu turut memilih haiwan tapir yang diberi gelaran ‘Mr Tapiruz’ sebagai maskot.

https://selangorkini.my/2017/04/lebih-700000-disasar-lawat-hulu-selangor-2017/

 
5. Tun M: Kami berbeza, saya oren, Najib epal

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan pentadbiran beliau ketika bergelar Perdana Menteri sangat jauh berbeza dengan pentadbiran di bawah Perdana Menteri hari ini, Datuk Seri Najib Razak.

Ketika menjelaskan perbezaan itu, Mahathir menyifatkan perbezaan antara kedua-dua mereka bagaikan buah oren dan epal.

https://selangorkini.my/2017/04/tun-m-kami-berbeza-saya-oren-najib-epal/

 
DISEDIAKAN OLEH: MOHD EZLI MASHUT

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

TOP 5: Apa LIMA berita menarik hari ini?

Berikut adalah LIMA rangkuman berita menarik pada 4 APRIL 2017, klik pautan untuk mendapatkan berita lanjut lebih lengkap dan menarik:

 
1. Selama 22 tahun gaji graduan cuma naik RM200
Permulaan gaji graduan perlu diberikan perhatian khusus Kerajaan Persekutuan ekoran permulaan gaji pada 2017 adalah RM2,000 berbanding tahun 90-an RM1,800.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian berkata, selama 22 tahun ini, kadar gaji hanya meningkat lebih kurang RM200 sahaja.

https://selangorkini.my/2017/04/selama-22-tahun-gaji-graduan-cuma-naik-rm200/

 
2. Kerajaan Negeri, GLC sumbang RM605,555 jayakan Piala Sultan Selangor

Kerajaan Negeri dan anak syarikat berkaitan Kerajaan Negeri Selangor (GLC) menunjukkan komitmen bagi memastikan kecemerlangan penganjuran Piala Sultan Selangor 2017 (TSSC 2017) apabila menjadi penaja utama kejuaraan kali ini.

Pengerusi/Pengurus Pasukan TSSC 2017, Tan Sri Abd Karim Munisar berkata, kesungguhan itu dapat dilihat apabila Kerajaan Negeri dan GLC menyumbang sebanyak RM605,555.55 untuk penganjuran kali ini.

https://selangorkini.my/2017/04/kerajaan-negeri-glc-sumbang-rm605555-jayakan-piala-sultan-selangor/

 
3. Stadium Mini Paya Jaras dijangka mula diguna Ogos ini

Stadium Mini Paya Jaras bernilai RM7.2 juta dijangka siap dan boleh diguna sepenuhnya pada Ogos ini.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman, berkata ia merupakan projek menaik taraf padang sedia ada di situ yang kurang selesa.

https://selangorkini.my/2017/04/stadium-mini-paya-jaras-dijangka-mula-diguna-ogos-ini/

 
4. Permintaan tinggi, pemaju digesa percepat laksana Rumah Selangorku

Kerajaan Negeri menggesa pemaju mempercepatkan pelaksanaan pembinaan Rumah Selangorku ekoran permintaan yang tinggi.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Samad berkata, Kerajaan Negeri turut melaksanakan pemantauan secara berkala melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).

https://selangorkini.my/2017/04/permintaan-tinggi-pemaju-digesa-percepat-laksana-rumah-selangorku/

 
5. Apa yang berlaku DUNIA hari ini? Harimau punca lapangan ditutup, lagi kapal dirampas, teknik CIA didedah Wikileaks

https://selangorkini.my/2017/04/apa-yang-berlaku-dunia-hari-ini-harimau-punca-lapangan-ditutup-lagi-kapal-dirampas-teknik-cia-didedah-wikileaks/

 
DISEDIAKAN OLEH: MOHD EZLI MASHUT

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

TOP 5: Apa LIMA berita menarik hari ini?

Berikut adalah LIMA rangkuman berita menarik pada 1 APRIL 2017, klik pautan untuk mendapatkan berita lanjut lebih lengkap dan menarik:

1. MB: Terpulang kepada SPRM untuk siasat

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan terpulang kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat dirinya berhubung dakwaan rasuah lampau seperti yang dibangkit semula segelintir pihak tidak bertanggungjawab.

Katanya, sudah menjadi tanggungjawab SPRM membenteras gejala rasuah dan beliau bersikap terbuka berhubung perkara itu.

https://selangorkini.my/2017/04/mb-terpulang-kepada-sprm-untuk-siasat/

2. Pentadbiran cemerlang PAKATAN bukti mampu ambil alih Putrajaya

Kecemerlangan pentadbiran Kerajaan Selangor dengan pencapaian ekonomi membanggakan membuktikan PAKATAN berkemampuan mengambilalih pentadbiran negara di Putrajaya, pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) ini.

Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pentadbiran Kerajaan Negeri yang ditunjangi penuh berintegriti dan tanggungjawab itu membabitkan kesepakatan semua parti di dalam PAKATAN dan diakui Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER).

https://selangorkini.my/2017/04/pentadbiran-cemerlang-pakatan-bukti-mampu-ambil-alih-putrajaya/

3. Persekutuan beri cadangan ‘gagal’, Selangor sedia skim bantu rakyat beli rumah

Ketika Putrajaya tampil dengan saranan ‘milikan cara baru memiliki kediaman’ yang mengundang kritikan rakyat, Kerajaan Negeri tampil dengan inisiatif berkebajikan dalam membantu rakyat memiliki kediaman sendiri.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, warga Selangor khususnya mereka yang berpendapatan sederhana diberi pilihan untuk menyertai Skim Smart Sewa yang dilaksanakan di peringkat negeri ini.

https://selangorkini.my/2017/04/persekutuan-beri-cadangan-gagal-selangor-sedia-skim-bantu-rakyat-beli-rumah/

4. PAKATAN kukuh di Selangor

Kecemerlangan pentadbiran Pakatan Harapan (PAKTAN) di Selangor membuktikan kesepakatan semua parti dalam gabungan itu dan tiada masalah berbangkit membelenggunya.

Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, tidak timbul isu supaya PAS menarik diri daripada pentadbiran Kerajaan Negeri kerana PAKATAN di negeri itu kini menjadi contoh kepada pentadbiran di negeri lain.

https://selangorkini.my/2017/04/pakatan-kukuh-di-selangor/

5. Budaya tradisi keilmuan demi pembangunan Selangor

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali gembira dengan sambutan yang dipamerkan pengunjung pada Pesta Buku Selangor 2017 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), di sini.

Katanya, penganjuran kali ke-12 itu menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri membudayakan tradisi keilmuan melalui pembacaan buku berkualiti demi membangun bangsa dan memakmur negeri.

https://selangorkini.my/2017/04/budaya-tradisi-keilmuan-demi-pembangunan-selangor/

DISEDIAKAN OLEH NURUL FARINA NAZLAN