Categories
NASIONAL

Aliran trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama

KUALA LUMPUR, 31 MAC: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan perlahan setakat 7.30 malam ini, susulan orang ramai mula pulang ke ibu kota selepas tamat musim cuti sekolah.

Menurut jurucakap PLUS Malaysia Berhad, aliran trafik di bahagian selatan dilaporkan perlahan dari Simpang Ampat menuju ke arah Pedas Linggi hingga ke Port Dickson, Ayer Hitam ke Machap dan Sedenak ke Senai.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah dilapor lancar setakat ini.

“Aliran trafik hanya perlahan dari Genting Sempah menuju ke Plaza Tol Gombak sejauh 25 kilometer,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini melalui talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. -BERNAMA

Categories
NASIONAL

Aliran trafik mulai perlahan

KUALA LUMPUR, 6 FEB: Aliran trafik di beberapa bahagian lebuh raya utama dilaporkan mula bergerak perlahan, setakat jam 12 tengah hari ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata, aliran trafik di bahagian utara perlahan dari ​​​​Ipoh menuju ke Simpang Pulai dan turut perlahan dari perhentian Rehat dan Rawat Sungai Perak menuju ke Terowong Menora.

“Selain itu, trafik juga bergerak perlahan dari Permatang Pauh menuju ke Perai ekoran aliran trafik yang tinggi.

“Bagi bahagian selatan, aliran trafik hanya perlahan dari Senawang ke Port Dickson serta trafik perlahan selepas keluar Plaza Tol Sungai Besi menuju ke Pusat bandar,” katanya kepada BERNAMA.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah masih lancar setakat ini.

“Selain itu, trafik dilaporkan lancar dan terkawal di Jambatan Pulau Pinang serta ​​​​​​Jambatan Sultan Abdul Halim Muádzam Shah di kedua-dua arah,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini melalui talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

*Sumber: BERNAMA

Categories
NASIONAL

PDRM kutip lebih RM3 juta bayaran saman

KUALA LUMPUR, 10 NOV: Jabatan Siasatan dan Penguat kuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPT) mengutip lebih RM3 juta bayaran saman selepas membuat tawaran diskaun sehingga 50 peratus sempena Deepavali, yang berakhir semalam.

Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkifly Yahya berkata, sejumlah 32,462 saman diselesaikan pesalah trafik antara 7 dan 9 November lalu.

Beliau berkata, pihaknya berpuas hati apabila pesalah trafik mengambil peluang menyelesaikan bayaran saman dalam tempoh tiga hari yang ditawarkan.

“Kaunter kami agak terhad hingga menyebabkan pesalah trafik terpaksa mengambil masa lama dan perkara itu akan kami perbaiki, pada masa depan.

“Saya ingin menasihati pesalah trafik supaya segera membayar saman kerana polis mempunyai dasar ‘semakin lama saman, semakin banyak yang perlu dibayar’,” katanya kepada BHOnline.

Diskaun 50 peratus itu tidak termasuk saman membabitkan kemalangan yang berlaku tahun ini, kes mahkamah yang masih berjalan, saman yang dikeluarkan ketika Ops Selamat, saman dengan status mahkamah dan saman kenderaan berat.

Categories
NASIONAL

Trafik lancar di lebuh raya utama

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 19 JUN: PLUS Malaysia Berhad dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melaporkan aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara pada hari kelima Syawal setakat ini dilaporkan lancar dan terkawal.

Memetik laporan Bernama, Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata, setakat jam 9 pagi tadi, aliran trafik di kedua-dua arah Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) bergerak lancar dan terkawal.

Keadaan trafik di sepanjang jambatan Pulau Pinang dari kedua-dua arah juga lancar meskipun mencatat pertambahan bilangan kenderaan.

Namun, katanya, aliran trafik dari Changkat menuju ke Kuala Kangsar sedikit perlahan sepanjang empat kilometer berikutan sebuah lori rosak di kilometer 230.3.

Sementara itu, LLM melaporkan aliran trafik lancar dan terkawal bermula Kuantan menuju ke Bentong melalui Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) serta di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dari Kuala Terengganu ke Kuantan.

Aliran trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), terutamanya dari arah Bentong ke Gombak juga dilaporkan lancar.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di talian 1800-88-7752 atau merujuk laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik dan www.twitter.com/llminfotrafik.

Categories
NASIONAL

Pusat kawalan trafik bakal mudahkan pengurusan trafik

OLEH SABIRAH AZIZ

SUBANG, 16 FEB: Pusat kawalan trafik kebangsaan bakal dilaksanakan dalam usaha memastikan keberkesanan sistem pengurusan trafik dan penguatkuasaan undang-undang, di semua lebuh raya utama.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pusat kawalan itu akan dilengkapi dengan sistem sensor (pengesan) dan kamera bagi memudahkan agensi terbabit.

“Melalui penggunaan sensor dan kamera ini, kita dapat mengumpul data aliran masuk kenderaan bagi tujuan kajian. Ia masih dalam perancangan, namun sudah dibawa kepada kabinet dan sudah dipersetujui secara prinsip.

“Kita jangkakan, cadangan ini akan dilaksanakan dalam tempoh dua tahun lagi iaitu pada 2020,” katanya dalam sidang media pemantauan trafik melalui udara sempena cuti Tahun Baharu Cina, di Menara Korporat Persada PLUS, di sini.

Katanya, tujuan utama perancangan itu adalah bagi meningkatkan pengurusan trafik dengan lebih efisien, sekali gus mengurangkan kadar risiko kemalangan.

“Selain itu, ia dapat memantau kenderaan yang memasuki lebuh raya bagi tujuan keselamatan.

“Ini adalah pelan jangka panjang membabitkan semua agensi berkaitan keselamatan dan penguatkuasa lebuh raya seperti Jabatan Pengangkutan Jalan dan polis,” katanya.

Fadillah berkata, kajian terperinci berhubung pusat berkenaan giat dijalankan termasuk mendapatkan komen semua agensi penguatkuasaan serta kementerian.

“Diharapkan dengan pelaksanaan pusat ini kelak, maka ia dapat memberi lebih keselesaan kepada pengguna lebuh raya, di seluruh negara,” katanya.

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Aliran trafik lancar dan terkawal

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 30 JAN: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilihat lancar dan terkawal, setakat jam 11.30 pagi ini.

trafik1Merujuk laman sesawang rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), semakan aliran semasa menunjukkan trafik di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di kedua-dua arah terkawal.

Semakan mendapati tiada lokasi mengalami kesesakan walaupun bilangan kenderaan dilihat meningkat menuju ibu negara.

Situasi sama dapat dilihat di lebuh raya lain seperti Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menuju ke timur semenanjung.

Bagi kawasan sekitar Selangor, aliran trafik dilihat lancar di semua lebuh raya.

Antaranya, Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE).

Keadaan juga tenang di Lebuhraya Lingkaran Luar Kajang (SILK), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuhraya KL Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Kemuning Shah Alam (LKSA) dan Lebuhraya Guhtrie Koridor (GCE).

Sementara itu, di Tambak Johor, kenderaan bergerak lancar dari Malaysia ke Singapura di kedua-dua arah Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua).

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh ke laman rasmi LLM atau ikuti twitter @LLMinfotrafik.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Adun BN sambut baik pelan induk trafik

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 14 APR: Pembangkang sedia bekerjasama dengan Kerajaan Negeri bagi membangunkan pelan induk mengatasi kesesakan trafik yang lebih holistik di Selangor.

Adun Semenyih, Datuk Johan Abd Aziz berkata, beliau menyokong usaha murni itu demi kepentingan rakyat walaupun berbeza fahaman politik.

trafik2“Pelaksanaan itu harus dijalankan Kerajaan Negeri dari dulu. Setiap Adun faham tanggungjawab mereka kepada rakyat dan saya mengambil peranan bekerjasama dalam pembangunan ini,” katanya kepada Selangor Kini.

Kerajaan Negeri mengambil ketetapan merangka pelan induk bagi mengatasi kesesakan trafik di Selangor sebelum diserahkan kepada Kementerian Kerja Raya.

Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, pelan berkenaan membolehkan penyelesaian trafik secara menyeluruh dan tidak tertumpu kepada kawasan tertentu.

“Kita boleh kemukakan kepada Kerajaan Persekutuan kerana mahu penyelesaian trafik di Selangor tidak terhad melalui pembinaan lebuh raya sahaja,” kata Mohamed Azmin.

Datuk-Johan-Abd-AzizMengulas lanjut, Johan berharap komitmen Kerajaan Negeri itu direalisasikan sepenuhnya dan bukan ‘omong kosong’.

“Saya harap komitmen ini dilaksana sebaik mungkin tidak seperti projek pembersihan Sungai Klang. Hasrat itu kami sokong dan bajetnya sudah diluluskan tetapi sehingga kini tidak nampak kejayaan,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Warga kota balik kampung, trafik PLUS bergerak perlahan

KUALA LUMPUR, 27 JULAI: Keadaan trafik dilapor bergerak perlahan di beberapa kawasan di Lebuhraya Utara-Selatan arah utara pagi ini.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressway berkata trafik bergerak perlahan di Slim River ke Tapah dan kawasan mendaki di Gua Tempurung.

trafik perlahan1“Trafik juga sesak dari Jelapang menuju ke hentian Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Perak,” katanya dipetik Bernama di sini.

Menurutnya trafik bergerak lancar ke arah selatan tanah air pagi ini, termasuk dari Nilai menuju Seremban.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata trafik di Lebuhraya Karak menuju ke pantai timur juga lancar pagi ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.