Categories
AGENSI SELANGOR

Operasi bersepadu: 16 ditahan, 453 saman dikeluar

KUALA LUMPUR, 21 JUN: Seramai 16 individu ditahan dan 453 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya dalam operasi bersepadu yang dijalankan polis di Plaza Tol Kajang dekat sini, bermula 11 malam semalam hingga 6 pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor Supt Azman Shari’at berkata mereka yang ditahan berusia lingkungan 20 hingga 30-an, antaranya kerana terlibat lumba haram, positif dadah dan menggunakan kenderaan curi.

Beliau berkata saman turut dikeluarkan termasuk kerana lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh serta melakukan pengubahsuaian terhadap kenderaan.

Katanya, 247 individu serta 239 kenderaan melibatkan 227 buah motosikal dan 12 buah kereta diperiksa dalam operasi tersebut.

“Polis juga membuat sitaan terhadap 77 buah motosikal dalam operasi ini,” katanya kepada Bernama, hari ini.

Operasi itu melibatkan lebih 140 pegawai dan anggota polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor serta PLUS Malaysia Bhd (PLUS).

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Sekatan jalan raya diperketat, tiada cubaan rentas negeri

KUALA LUMPUR, 25 MEI: Memasuki hari kedua Syawal, tiada lagi percubaan oleh pengguna lebuh raya untuk melakukan pergerakan rentas negeri.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata kebanyakan orang awam yang menggunakan lebuh raya hari ini hanya bagi pergerakan dalam negeri.

“Kebanyakan kenderaan bergerak di dalam negeri dan daerah yang sama sahaja iaitu di bawah kawalan. Walaupun tiada percubaan rentas negeri tetapi sekatan jalan raya diperketatkan juga,” katanya kepada Bernama.

Tinjauan Bernama di plaza tol utama ibu negara iaitu Plaza Tol Sungai Besi, Plaza Tol Jalan Duta dan Plaza Tol Gombak mendapati ketiga-tiganya dalam keadaan lancar selain tidak terlalu sibuk.

Azisman berkata pergerakan di ketiga-tiga plaza tol berjalan lancar termasuk yang diadakan sekatan jalan raya.

“Alhamdulillah, aliran trafik di ketiga-tiga sekatan jalan raya di plaza tol tersebut berjalan lancar, tiada kesesakan dan jumlah kenderaan sederhana,” katanya.

Selain itu, tinjauan Bernama mendapati pihak berkuasa turut menjalankan sekatan jalan raya di laluan masuk ke Kuala Lumpur dari arah utara dan pantai timur iaitu di Plaza Tol Jalan Duta dan Gombak.

Difahamkan polis berbuat demikian bagi mengenal pasti mereka yang mungkin telah melepasi sekatan jalan raya sebelum ini.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Jumlah kenderaan bertambah susulan sektor baharu dibenar operasi

KUALA LUMPUR, 14 APRIL: Polis tidak menolak kemungkinan peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya ketika ini adalah kerana beberapa sektor baharu dibenarkan beroperasi sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata peningkatan aliran trafik dianggar antara 12 hingga 15 peratus di kawasan bandar-bandar besar di negara ini pada waktu puncak.

“(Dijangka) Akan berlaku peningkatan pada waktu puncak iaitu pukul 7.00 hingga 9.30 pagi serta pukul 5.00 hingga 7.00 petang. Selain itu, polis percaya peningkatan jumlah kenderaan ini juga adalah kerana ada yang keluar rumah untuk berurusan di bank serta menambah stok harian,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, beliau berkata masih ada kalangan orang ramai yang ingkar dengan PKP dan anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya telah diarah membuat pemeriksaan yang teliti terhadap pengguna jalan raya.

“Pemeriksaan yang teliti akan dibuat (kepada pengguna jalan raya) walaupun ia akan memakan masa dan menyebabkan aliran trafik bergerak perlahan. Walaupun begitu, ramai yang menunjukkan surat serta dokumen daripada majikan untuk membolehkan mereka berurusan dalam tempoh PKP ini,” katanya kepada Bernama.

Terdahulu, beberapa rakaman video memaparkan keadaan sesak di beberapa kawasan tular di laman sosial sejak semalam.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Op Ambang Merdeka: 448 saman trafik dikeluarkan

KUALA LUMPUR, 31 OGOS: Enam penunggang motosikal dan seorang pemandu kereta ditahan manakala 448 saman berkaitan kesalahan trafik dikeluarkan sewaktu sambutan Op Ambang Merdeka di sekitar ibu negara sejak malam tadi hingga awal pagi ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Zulkefly Yahya berkata, ​​​​​​dalam operasi bermula 9.30 malam hingga pukul 4.30 pagi itu, saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan seperti nombor pendaftaran tidak mengikut peraturan, pengubahsuaian kenderaan melampau, tidak mempunyai cermin sisi serta tidak memiliki lesen memandu yang sah.

“Seorang remaja lelaki berumur 19 tahun ditahan di bawah Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menggunakan nombor pendaftaran palsu pada motosikal digunakan. Lima lelaki berumur 14 hingga 21 tahun ditahan di bawah Seksyen 45A Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara bahaya.

“Seorang pemandu kereta turut ditahan di bawah seksyen yang sama kerana didapati memandu dalam keadaan dipengaruhi alkohol,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Operasi itu turut menahan empat kereta dan empat motosikal di bawah Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk dijalankan pemeriksaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana didapati melakukan pengubahsuaian melampau terhadap kenderaan masing-masing.

Mengulas lanjut mengenai operasi itu, Zulkefly berkata ia dijalankan dalam dua fasa iaitu Fasa 1 sebelum menjelang ambang Merdeka iaitu pada 9.30 malam hingga 12 tengah malam manakala Fasa 2 selepas sambutan ambang Merdeka iaitu pada 1.30 pagi hingga 4.30 pagi.

“ Untuk Fasa 1, empat sekatan jalan raya dibuat di Jalan Kuching, Jalan Loke Yew, Jalan Bangsar dan Jalan Davies. Untuk Fasa 2, Operasi Samseng Jalanan dilaksanakan bagi membanteras kegiatan samseng jalanan yg dibuat di sekitar Dataran Merdeka dan Jalan Raja Laut​​​​​​. Dalam masa yang sama, Operasi Mabuk dilaksanakan di Jalan Kuchai Lama dan Jalan Klang Lama,” katanya.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Aliran trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama

KUALA LUMPUR, 10 OGOS: Aliran trafik tinggi serta perlahan dilaporkan di beberapa lebuh raya utama pagi ini, ekoran orang ramai berpusu-pusu pulang ke kampung sempena sambutan Hari Raya Aidiladha esok.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata setakat 11 pagi ini, aliran trafik tinggi di kawasan Rawang Selatan menghala ke Rawang Utara, Slim River ke Sungkai, Tapah ke Gopeng dan Gopeng ke Simpang Pulai.

“Trafik juga perlahan dari Changkat Jering ke Taiping Utara dan Jawi ke Bandar Cassia,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik turut dilaporkan perlahan dari Plaza Tol Gombak menuju kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Genting Sempah dan Bukit Tinggi ke Plaza Tol Bentong.

“Aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 juga mengalami kesesakan di kedua-dua arah,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

-BERNAMA

Categories
NASIONAL

Trafik di lebuh raya utama perlahan pagi ini

KUALA LUMPUR, 10 JUN: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilapor perlahan pagi ini apabila orang ramai kembali ke ibu kota selepas bercuti panjang sempena perayaan Aidilfitri dan sebahagiannya mula bekerja hari ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi berkata aliran trafik masih tinggi dan bergerak perlahan di Bukit Beruntung menuju ke Rawang Selatan.

Aliran trafik juga dilapor tinggi dan bergerak perlahan di kawasan mendaki Bukit Berapit dari arah Changkat Jering menuju ke Kuala Kangsar.

Di bahagian di selatan, aliran trafik tinggi dan sesak di CIQ Bangunan Sultan Iskandar dari Woodlands, Singapura menuju ke Malaysia.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata trafik tinggi dan bergerak perlahan di Bukit Tinggi menghala ke Kuala Lumpur dan Sungai Buaya menuju ke Rawang.

Selain itu, kenderaan bergerak perlahan dari kawasan mendaki R&R Gua Tempurung Selatan menghala ke Tapah susulan kemalangan di KM321.8 arah selatan.

LLM menjangkakan trafik pada sebelah petang akan kembali lancar dan terkawal.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

-BERNAMA

Categories
NASIONAL

Trafik sesak di lebuh raya utama malam tadi

KUALA LUMPUR, 10 JUN: Aliran trafik di beberapa tempat di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT 1) dan Lebuhraya Utara-Selatan dilaporkan sesak malam tadi di penghujung cuti sempena Aidilfitri.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, trafik sesak sekitar 26 kilometer (km) dari persimpangan Karak ke Lentang dan sekitar lapan kilometer selepas Genting Sempah ke Plaza Tol Gombak.

Di LPT1, ia berkata trafik sesak sekitar 15 km selepas persimpangan Lanchang menuju persimpangan Karak.

Bagi mengelak kesesakan di Plaza Tol Karak, anda boleh menggunakan laluan alternatif dengan keluar di persimpangan Lancang (Exit 816), katanya.

Sementara itu, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memaklumkan bahawa trafik bergerak perlahan di Lebuhraya Utara-Selatan dari Gopeng ke Tapah dan terus ke Sungkai dan dari Behrang ke Bukit Beruntung.

Situasi serupa turut dilaporkan bagi laluan Pendang-Gurun; Sungai Petani (Selatan)-Bertam; Changkat Jering-Taiping (U) dan Kuala Kangsar-Terowong Menora.

Pergerakan trafik turut dikesan perlahan dari Pedas-Linggi ke Seremban, Machap ke Sedenak seterusnya ke Kulai.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

-BERNAMA

Categories
NASIONAL

Trafik perlahan di beberapa kawasan lebuh raya utama malam ini

KUALA LUMPUR, 6 JUN: Aliran trafik di sesetengah kawasan di beberapa lebuh raya utama dilaporkan perlahan setakat 9 malam ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi, berkata trafik perlahan dari Bukit Tagar ke Bukit Beruntung, Ipoh ke Gopeng, Changkat Jering ke Bukit Berapit serta Kuala Kangsar menuju Sungai Perak.

“Trafik juga perlahan di Kilometer 392.2 arah selatan iaitu dari Behrang menuju Tanjung Malim berikutan kemalangan namun tiada lorong terhalang,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), berkata trafik perlahan dari Terowong Genting Sempah menuju Plaza Tol Gombak serta Bentong ke Bukit Tinggi.

“Aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 juga dilapor perlahan di beberapa kawasan,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

– BERNAMA

Categories
NASIONAL

Trafik lancar di beberapa lebuh raya utama pagi ini

KUALA LUMPUR, 6 JUN: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilapor lancar dan terkawal setakat 10 pagi ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi berkata, trafik lancar sepanjang lebuh raya PLUS, Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA), Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) dan Jambatan Pulau Pinang.

Trafik dilaporkan mulai perlahan sepanjang 5km dari Tapah ke Gopeng berikutan kerja pengalihan kemalangan malam tadi yang melibatkan sebuah lori kontena di KM311.8 arah utara dan buat masa ini lorong kiri masih ditutup.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah juga dilaporkan lancar setakat ini.

Bagaimanapun, aliran trafik tinggi dan dijangka berterusan sehingga petang dari arah ibu negara menuju ke Plaza Tol Gombak.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

– BERNAMA

Categories
NASIONAL

Trafik lancar di beberapa lebuh raya utama pagi ini

KUALA LUMPUR, 5 JUN: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan lancar dan terkawal setakat pukul 9.30 pagi ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi berkata trafik lancar sepanjang lebuh raya PLUS, Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA), Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) dan Jambatan Pulau Pinang.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah juga dilapor lancar setakat ini.

Bagaimanapun, aliran trafik tinggi dari ibu negara menuju ke Plaza Tol Gombak namun berada dalam keadaan terkawal.

Aliran trafik tinggi turut berlaku di laluan mendaki ke Genting Sempah, katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

– BERNAMA

Categories
NASIONAL

Kenderaan meningkat namun trafik terkawal – PLUS

KUALA LUMPUR, 4 JUN: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan lancar dan terkawal setakat 9 malam ini, walaupun terdapat peningkatan jumlah kenderaan.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad, ketika dihubungi berkata, aliran trafik menuju ke utara dan selatan masih lancar.

“Aliran trafik sedikit perlahan sejak petang tadi dari Port Dickson menuju Kawasan Rehat dan Rawat Sebelah Senawang namun keadaan trafik masih terkawal.

“Lain-lain kawasan di lebuh raya PLUS, Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA), Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) dan Jambatan Pulau Pinang setakat ini dilaporkan masih lancar,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), berkata, aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah juga dilapor lancar setakat ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

– BERNAMA

Categories
NASIONAL

Trafik perlahan di lebuh raya utama pagi ini

KUALA LUMPUR, 4 Jun : Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilapor perlahan setakat 9 pagi ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi berkata trafik mulai perlahan dari Slim River ke Sungkai dan Sungkai ke Bidor berikutan peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya.

“Terdapat kemalangan lori di KM 415.1 arah Selatan dari Lembah Beringin ke Bukit Tagar menyebabkan lorong kanan dan tengah terhalang namun trafik terkawal.

“Aliran trafik dijangka meningkat pada sebelah petang,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah juga dilapor lancar setakat ini.

“Trafik sedikit perlahan sebelum masuk Plaza Tol Gombak berikutan pertambahan kenderaan,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. -BERNAMA